Wednesday, July 15, 2015

Husni Kantoi Bohong Nafi Pindahan AS$700 Juta Ke Akaun Najib?


Kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengenai 1MDB yang sudah kantoi dipercayai ada kaitan dengan rombakan kabinet yang dikhabarkan akan dilakukan Najib selepas AidilFitri.

Ahmad+Husni+Hanadzlah

Sebagai langkah awal untuk memastikan kedudukannya kekal dalam kabinet Najib, Najib perlu dibodek dengan sebaik mungkin.

Oleh itu walaupun siasatan belum selesai, Najib perlu dikatakan bersih dari sebarang skandal yang didakwa pelbagai pihak terhadapnya.

Jadi, rakyat perlu diperbodohkan dengan segera biarpun menyedari risiko kantoi menipu itu ada tapi itu semua tak apa, janji Najib suka.

Untuk memperbodohkan rakyat berkatalah Ahmad Husni..
"Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku.

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul.

"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas itu dihentikan. Kita harus bersabar dan menunggu laporan akhir daripada (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya dalam satu kenyataan. ~ AstroAwani
Malangnya cubaan Ahmad Husni untuk memperbodohkan rakyat dikantoikan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pua berkata, Husni berbohong mengenai isu pemindahan AS$700 juta, sebaliknya ketua audit negara sendiri ada menimbulkan banyak keraguan mengenai kontroversi pemindahan wang tersebut.
"Menteri kewangan II membuta tuli berbohong mengatakan laporan awal ketua audit negara tidak menemui sebarang bukti salah laku terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

"Menteri kewangan II juga melulu mengatakan isu 'pemindahan AS$700 juta' kepada individu tertentu tidak timbul. Tetapi kita tidak tahu sama ada Husni merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak atau Low Taek Jow kerana tidak mahu menamakannya.

"Tidak kira siapa yang menteri itu rujuk, ketua audit negara tidak pernah membersihkan isu 'AS$700 juta' dalam laporan awal. Sebaliknya pemindahan AS$700 juta menimbulkan banyak persoalan meragukan di mana ketua audit berkata mereka perlu menyiasat lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir," ~ The Malaysian Insider
Pua merujuk kepada pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa mereka mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri.

Pua, yang juga salah seorang ahli PAC mempertikai tindakan Husni sebagai membelakangi arahan ketua audit supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB.
"Mengapa menteri mempunyai keistimewaan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum dan membuat kesimpulan mengenai laporan interim itu tetapi ahli PAC diarah supaya menutup mulut mereka."
Tak cukup dengan Tony Pua kenyataan Husni itu turut dibidas oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya Kementerian Kewangan tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tentang siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana siasatan belum selesai.

Pihaknya masih lagi menjalankan prosiding dan siasatan Ketua Audit Negara yang juga belum selesai sepenuhnya.
"Jadi tidak molek untuk eksekutif memberi kenyataan tentang 1MDB.

"Malah, siasatan yang ada belum sampai peringkat kesimpulan," katanya..

Tambah Nur Jazlan, kenyataan Menteri Kewangan Kedua itu memperlekehkan PAC.

Selain itu, ia juga menyebabkan siasatan yang sedang dijalankan tidak bernilai ~ MalaysiaGazette
Bohong pun tak apa. Dosa pahala belakang kira, janji kekal dengan jawatan yang ada. Mungkin itu apa yang berada dalam otak Husni.

BACA INI JUGA: Rosmah Mansor Arah Bank Negara Siasat Isu RM2 Juta!

Sumber: Darisungaiderhaka

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon