Thursday, June 18, 2015

Mayat Aktres Korea Ditemui Hancur Selepas Skydiving


Teka-teki kehilangan pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui di perairan sebuah pantai berdekatan daerah Goheung, Korea, Selasa lalu.

Jung In Ah

Berita menyayat hati ini menjadi topik hangat dan menarik perhatian ramai peminat hiburan Korea di Internet.

Menurut laporan media Korea, aktres jelita ini dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti payung terjun atau skydiving pada 13 Jun lalu.

Difahamkan, kehilangan aktres itu disedari selepas beberapa minit memulakan penerbangan.

Berikutan itu, misi pencarian segera dijalankan sebelum mayat In Ah ditemui bersama payung terjunnya terapung di pantai berhampiran, tiga hari kemudian.

Laporan siasatan turut mendakwa mayat pelakon itu ditemui dalam keadaan hancur.

Pihak berkuasa percaya cuaca buruk mengakibatkan mangsa mengalami kesulitan untuk melakukan pendaratan.

Majlis pengebumian In Ah dijadualkan berlangsung esok.

BACA INI JUGA: Skandal Jean Harlow Kekal Misteri Di Pentas Hollywood

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon