Tuesday, June 16, 2015

Kerjasama Pakatan Rakyat Berakhir Secara Rasmi


Setelah beberapa bulan PAS, PKR dan DAP yang bernaung dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) bergelumang dengan pelbagai kontroversi, ia diisyitiharkan menemui titik noktah secara rasmi.

Pakatan Rakyat Berakhir

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang merujuk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, solusi tersebut dicapai setelah banyak krisis muncul terutamanya sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

Memetik kenyataannya seperti disiarkan portal Rocketkini, “Ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

“Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.”

Dalam kenyataan sama, Guan Eng bertubi-tubi menyasarkan Abdul Hadi sebagai punca utama terbubarnya Pakatan Rakyat.

Antaranya, dia menuduh Abdul Hadi memungkiri janji peribadi yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan pada 10 Februari lalu mengenai isu perlaksanaan Hudud.

Tambah memburukkan keadaan, kata Guan Eng, Presiden PAS itu terus mengkhianati PR apabila Muktamar Tahunan PAS meluluskan tanpa bahas usul memutuskan hubungan dengan DAP.

“Memandangkan Pakatan Rakyat dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di Muktamar PAS itu telah membunuh Pakatan Rakyat.

“Justeru kini, tiada lagi Pakatan Rakyat.

“DAP akan bekerjasama dengan PKR dan semua pihak yang mahu melihat pemerintahan Umno/Barisan Nasional berakhir, bagi membentuk semula politik Malaysia dengan cita-cita menawan Putrajaya demi rakyat.”

Nampaknya, DAP yang dilihat sebagai sekutu kuat PAS suatu ketika dahulu, telah mengisytiharkan parti Islam itu sebagai seterunya.

BACA INI JUGA: Najib Mahu Rakyat Terima Kehilangan Berbilion Ringgit - Tun Mahathir

Sumber: Mynewshub.cc

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon