May 15, 2015

Stacy AF Anggap Tuduhan Masuk Islam Melampau!

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Stacy menganggap tuduhan berita palsu mengenai dirinya sudah memeluk islam adalah satu perbuatan yang melampau.

Stacy AF masuk Islam

Menurutnya, isu berkaitan dengan agama tidak sepatutnya dipermainkan dan hal ini turut memberi kesan kepada keluarganya.

“Saya tak tahu nak cakap apa. Tak kisah pun ya, geram pun ya. Sebelum ini saya pernah terpalit dengan khabar angin seperti ini tetapi bagi saya gosip ini agak melampau. Lebih-lebih lagi bab berkaitan agama, kita tidak boleh main-main.

“Ia agak sensitif terutamanya bagi masyarakat kita. Kalai terkena dekat saya seorang, tidak apa. Ini tidak, kasihan keluarga saya menerima panggilan sejak semalam (Rabu) sehingga ke hari ini (Khamis) yang hanya mahu mengesahkan sama ada saya masuk Islam atau tidak.

“Ia sekali gus memberi tekanan buat mereka yang tidak tahu apa-apa,” katanya kepada Mstar Online susulan viralnya gambar seorang wanita yang kononnya Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang ustaz.

BACA INI JUGA: Normalisasi, Seks Bebas Dan Dosa Sebagai Perkara Biasa

Sumber: Mynewshub.cc

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

1 comments so far

Isu agama ni isu yg agak sensitif kan...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon