Apr 8, 2015

Furious 7 Kutip RM1.4 Billion Selepas Seminggu Ditayangkan!

Filem francias "Fast & The Furious" telah memecahkan rekod baru apabila berjaya mengutip RM520 juta selepas seminggu ditayangkan di Amerika Syarikat.

Furious-7

Menurut laporan dari CNN, dengan kutipan box office ini telah berjaya mengalahkan rekod kutipan yang dipegang oleh filem "Captain America: The Winter Soldier" sebelum ini dengan kutipan sebanyak RM346 juta.

Dengan kutipan di seluruh dunia sebanyak RM873 juta, filem ketujuh ini telah mengutip sebanyak RM1.4 billion.

Dengan mengekalkan pelakon dalam hampir setiap siri termasuk Dwayne 'The Rock' Johnson telah menjadikan siri filem "Fast & The Furious" ini antara jenama paling terkenal di Hollywood.

Selain itu, "Furious 7" ini juga merupakan penampilan terakhir aktor Paul Walker yang merupakan salah seorang pelakon utama sejak dari filem pertama lagi.

Paul telah meninggal dunia dalam satu kemalangan pada tahun 2013 yang mana ketika itu penggambaran "Furious 7" masih berjalan.

Inilah Caranya Paul Walker 'Dihidupkan' Fast dan Furious 7

Paul-walker-CGI

Kepada sesiapa yang telah menonton filem terbaru Fast & Furious 7 sudah pasti sedikit hairan dengan watak Brian OConnor yang boleh dihidupkan kembali dalam filem ini.

Kematian Paul Walker menyebabkan pihal Universal menunda pelancaran Fast & Furious 7 selama setahun.

Namun, pihak Universal tetap memastikan tidak akan memadam adegan-adegan yang sudah dilakonkan Paul Walker sebelum ini. Dengan teknologi CGI atau Computer Generated-Imagery, susuk tubuh Brian OConnor boleh dihidupkan semula.

Bagi menjadikan filem ini 'real' dengan susuk tubuh sebenar Paul Walker, WETA telah menggunakan Cody dan Celeb Walker sebagai pelakon di dalam filem Fast & Furious 7 ini.

Cody Walker digunakan untuk meniru gerak tubuh Paul Walker dan Celeb Walker digunakan untuk pandangan mata.

Teknologi canggih ini bukan pertama kali digunakan dalam dunia perfileman Hollywood. Pada tahun 2000, filem Gladiator juga mengalami perkara serupa. Aktornya Oliver Reed telah terkena serangan jantung semasa penggambaran dan mereka telah menggunakan teknik CGI.

Hasilnya pun tidak jauh berbeza dari watak asal.

BACA INI JUGA: 20 Filem Adaptasi Hollywood Dengan Kutipan Tertinggi

Sumber: Tupai.com.my/Sejuk-kuku.blogspot.com

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

4 comments

filem yang best....tak tengok lagi pun penangannya hebat..kiki

Hujung minggu ni baru nak tonton. Tak sempat nak tengok kat wayang..:(

Rugi klu x menonton wayang ni. Layan.. :)

penggunaan teknologi yang agak hebat. mampu menghasilkan wajah yang hampir serupa. belum sempat menonton

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon