Sunday, December 14, 2014

X5 Max, Telefon Pintar Ternipis Di Dunia


Info Gadjet. Vivo secara rasminya telah melancarkan X5 Max yang kini akan mengambil alih tahta gelaran telefon pintar ternipis di dunia daripada Oppo R5 dengan ketebalan hanya 4.75mm.

X5 Max

Sebagai rekod, Oppo R5 mempunyai ketebalan 4.85mm, iaitu perbezaan hanya sebanyak 0.1 mm sahaja.

Vivo X5 Max hadir dengan skrin paparan 1080p Super AMOLED 5.5-inci dan mempunyai sokongan dwi SIM (microSIM dan nanoSIM).

Lebih menarik, jika tidak memperlukan slot SIM tambahan, slot ini juga menyokong kad memori microSD.

Dari segi spesifikasi dalaman, Vivo X5 Max hadir dengan pemproses Snapdragon 615, 2GB RAM dengan memori simpanan dalaman 16GB.

Vivo X5 Max juga hadir dengan kamera 13MP Sony IMX214 selain kamera hadapan selfie 5MP. Selain itu, walaupun nipis, X5 Max hadir dengan slot 3.5mm headphone yang tidak terdapat pada Oppo R5.

Dari segi sistem operasi pula, X5 Max hadir dengan Android 4.4.4 KitKat diatas Funtouch OS 2.0.

ViVo juga menyertakan aplikasi Karaoke khas pada X5 Max ini dengan kerjasama Yamaha.

Vivo X5 Max akan mula ditawarkan di pasaran China mulai 22 Disember pada harga $485 iaitu sekitar RM1,693.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat mengenai penjualanya di pasaran antarabangsa.

Sumber:
http://www.androidheadlines.com/2014/12/thinnest-smartphone-world-vivo-x5-max-gets-dismantled.html

3 comments

  1. Menarik juga ni... thanks sharing SP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang ada banyak duit tu bolehlah beli satu..:)

      Delete
  2. Makin canggih smartphone sekarang....skrin besar dan phone nipis pilihan sekarang

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon