Thursday, December 11, 2014

TV3, TV9 Anjur Pertandingan Drama Pendek


Sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2015, stesen TV3 dan TV9 bekerjasama untuk menganjurkan pertandingan drama pendek yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Pertandingan Drama Pendek

Kesemua pembikin filem, penerbit, pelakon, penulis skrip dan yang berminat dialu-alukan untuk bersama-sama mencipta drama lima minit.

Pemenang tempat pertama akan memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM10,000 manakala pemenang tempat kedua akan memenangi wang tunai RM 5,000 dan RM3,000 bagi tempat ketiga.

Selain itu, drama anda akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9. Anda hanya perlu menghasilkan sebuah video berkonsepkan drama sepanjang 5 minit.

Peraduan drama pendek ini sudah mula dibuka kepada orang awam bermula 1 November lalu hingga 31 Januari 2015.

Tema pertandingan adalah terbuka, selagi video itu menyampaikan mesej positif seperti kisah keluarga, persahabatan, kasih sayang, penyelesaian masalah, perpaduan dan lain-lain.

Anda bebas untuk membuat keputusan dalam pemilihan tema mengikut kreativiti tersendiri.

Pemilihan genre dan stail juga tidak terhad, anda boleh menghasilkan drama mencemaskan, seram, ngeri, komedi dan romantik.

Apa yang ingin dilihat adalah kemahiran penceritaan yang menarik di mana penonton dapat menjiwai drama disamping menerap mesej yang positif buat masyarakat.

Ini adalah peluang untuk anda menunjukkan hasil kerja dan idea kepada penonton. Jika hasil kerja anda terpilih, ini bermakna, anda bakal melihat hasil karya anda di kaca televisyen!

Namun kepada yang berminat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan.

Syarat-syarat Pertandingan
  1. Untuk memasuki pertandingan ini, semua kerja yang dikemukakan hendaklah mematuhi durasi lima minit yang disebutkan di atas.
  2. Fail tidak boleh melebihi 30mb dan haruslah berformat mp4.
  3. Sila pastikan anda tidak memaparkan sebarang jenama yang bertentangan dengan jenama yang menaja pertandingan ini.
  4. Sila pastikan semua muzik adalah status bebas royalti.
  5. Untuk mengelakkan sebarang kemusykilan, maklumat berikut mengenai hasil kerja anda perlulah dilengkapkan dengan jelas di halaman profil (profile page) Veedo seperti tajuk dan nama penuh peserta.
  6. Segala penyertaan mestilah di hantar ke www.vedoo.my sebelum 31 JANUARI 2015.

Peringatan: Tiada aset wajib yang perlu di muat turun untuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan drama pendek ini anda bolehlah layari laman web dfkl di www.dfkl.com.my. –BH Online

3 comments

  1. Peluang baik ni kpd sesiapa yg berminat & berbakat...

    ReplyDelete
  2. Menarik...tapi xde bakat mengambil video le. SP cubalah... :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon