Friday, December 19, 2014

Stesen Radio BFM Hina Islam?!


Satu laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berikutan tindakan sebuah stesen radio, membincangkan secara terbuka isu sensitif berkaitan kalimah Allah, daging korban dan hak orang Melayu.

Stesen Radio BFM Didakwa Hina Islam

Laporan polis dibuat oleh Pekida Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pewaris dan Kelab Intelek & Pendidikan terhadap stesen radio BFM, saluran 89.9 di Balai Polis Dang Wangi, di sini, kelmarin.

Penyampai radio BFM, Sharaad Kutin serta Umapagam Ampikaypagan dan Caroline, dalam satu slot yang disiarkan di stesen berkenaan, dikatakan telah membincangkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk soal pemakaian tudung bersama pemanggil bernama Ezra dan Patrick Teoh, pada 12 Disember 2014, jam 6 petang hingga 7 malam.

Muhammad Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, “Ketika mendengar siaran tersebut di rumah, saya dapati terdapat unsur penghinaan dan hasutan terhadap agama Islam.

“Kita sebagai penduduk di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama, seharusnya menghormati satu sama lain terutama agama rasmi negara ini iaitu Islam.”

Tambahnya, tindakan stesen radio tersebut dilihat melanggar akta perlembagaan pengguna di Malaysia, di mana isu berbaur rasis boleh mewujudkan sentimen perkauman dan suasana tidak harmoni di kalangan rakyat.

“Kami menggesa agar Akta Hasutan 1948 dihormati dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mesti menyiasat sedalam-dalamnya penyampai radio dan stesen berkenaan supaya perkara ini dapat dibendung sebaik mungkin.

“Perkara ini tak sepatutnya berlaku dan kita anggap ini mungkin strategi golongan liberal yang menentang keputusan berkaitan kalimah Allah, walaupun telah diputuskan oleh mahkamah,” ujar Mohd Mustaffa Hamzah dari PPIM.

Ujarnya, “Perkara ini dilihat dapat memporak-perandakan hubungan kaum di Malaysia dan mereka bukan sahaja telah mencabar keputusan mahkamah, bahkan kedaulatan Islam itu sendiri.

“Kita sememangnya bebas bersuara namun di dalam masyarakat majmuk Malaysia, perkara ini tidak seharusnya di keudarakan stesen radio terbabit.”

Stesen Radio BFM Didakwa Hina Islam [2]

Mewakili pendirian Pekida Malaysia, Syahrir Abd Aziz pula berkata, “Sebagaimana ditetapkan pada persidangan perwakilan baru-baru ini di Kelantan, Pekida Malaysia akan lebih agresif kerana Al-Quran sendiri mengatakan, mempertahankan Islam adalah tunggak utama bagi para pendakwah.”

“Jadi sekiranya ada unsur-unsur hendak mempolitikkan perkara ini, kami nasihatkan tidak perlulah, kerana agama adalah isu paling sensitif.”

“Pekida Malaysia tidak teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada pihak ingin memainkan isu-isu ini kembali terutama berkaitan kalimah Allah dan babitkan perkauman,” ujarnya.

Tindakan BFM didakwa, telah melanggar beberapa peraturan termasuk berkaitan kelulusan siaran apabila memaparkan topik agama Islam sedangkan antara syarat pemegang stesen radio berlesen adalah ‘tidak membekalkan kandungan yang bertentangan daripada budaya dan nilal moral aspirasi masyarakat’.

Sumber:
http://mynewshub.cc/2014/12/18/stesen-radio-bfm-didakwa-hina-islam-ngo-lapor-polis/

7 comments

  1. Kenapa ada pihak yg kian jelas merendahkan CahayaNYA ,mungkin ,atau,kita tak menjelaskanya , kita gagal menunjukan, kita sebenarnya agama yg lurus

    ReplyDelete
  2. http://madey09.blogspot.com/ datang jenguk blog anda ya

    ReplyDelete
  3. Aorry SP ingat kan blog lain..tak apa lah komen tu..terbaik marilah martabtakan agama suciNya..

    ReplyDelete
  4. kena siasat tu SP..tidak bermoral..

    ReplyDelete
  5. Kita patut bersatu agar Islam lebih kukuk.. Bila Islam kukuh, msykt lain takkan berani nak ckp yg bukan2... wallahua'lam

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon