Oct 16, 2014

JPJ Buru Lampu ‘Putih’, No Plat Pelik Mula 1 November 2014

Operasi Khas JPJ. Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.

Operasi Khas JPJ
Gambar hiasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna kenderaan yang melanggar kesalahan berkenaan.

Beliau berkata, bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

“Saman dan notis larangan itu dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

“Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar,” katanya pada sidang media.

Katanya, pihaknya juga menetapkan tempoh sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan.

Peraturan Baharu Pemasangan Cermin Gelap JPJ

Cermin gelap atau memasang tinted film untuk menggelapkan cermin kenderaan adalah dibenarkan, dengan syarat anda hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Namun, sebelum anda berkunjung ke kedai tint film untuk menggelapkan cermin kereta, pastikan anda tahu berapa kadar peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Berikut adalah peratus ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk panduan anda: 
 
Bermula 1 November 2014, kadar baharu ketelusan cahaya yang dibenarkan adalah seperti berikut:
  • Cermin hadapan: 70 peratus
  • Cermin sisi hadapan: 50 peratus
  • Cermin sisi belakang: 30 peratus
  • Cermin belakang: 30 peratus

Peraturan baharu cermin gelap

Peraturan Baru Cermin JPJ

Kaedah 5 (1) dan Kaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin cermin depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70%, manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%.

Peraturan lama cermin gelap

Anda boleh baca mengenai peraturan ini dan justifikasi yang JPJ kemukakan, serta tindakan yang akan dikenakan ke atas pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap di Facebook page JPJ.

Tak puashati? Nak lagi gelap? Boleh, sekiranya anda termasuk dalam kalangan individu-individu yang terkecuali seperti di bawah:)

Pengecualian peraturan cermin gelap

Terdapat dua kategori kenderaan yang boleh memasang cermin gelap (yang tidak tertakluk kepada peraturan di atas).

1. Kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh individu-individu di bawah:
  • Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong.
  • Duli Yang Maha Mulia Raja sesuatu negeri atau konsortnya.
  • Pemangku raja sesuatu negeri atau konsortnya.
  • Pembesar memerintah negeri bagi Negeri Sembilan atau konsortnya.
  • Bakal raja sesuatu negeri atau konsort bakal raja itu.
  • Bekas raja sesuatu negeri atau konsortnya.
  • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri.
  • Hakim Mahkamah Agong atau Mahkamah Tinggi.
  • Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masing oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Turus Angkatan Tentera.
2. Kenderaan yang mendapat kebenaran bertulis dari Ketua Pengarah JPJ (atas sebab-sebab kesihatan dan keselamatan pemohon). Pemohon boleh mengemukakan permohonan bertulis penggunaan cermin gelap kepada Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia.

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ
Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ [2]
Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ [3]

Mereka yang ditahan ketika masih menggunakan lampu aksesori tambahan pada atau selepas 1 November 2014 akan dikenakan denda tidak melebihi RM 300 dan pihak JPJ akan meminta pemilik kenderaan melucut ‘strobe light’ dari kenderaan mereka.

Pemasangan lampu aksesori kenderaan yang tidak dibenarkan JPJ

1) Pemasangan lampu HID secara retrofit.
2) Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
3) Pemasangan apa–apa lampu tambahan selain warna putih/amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah/amber pada bahagian belakang.

Kompaun atau denda bagi kesalahan ini adalah saman tidak melebihi RM300.00.

-SENTIASAPANAS.COM

Blogger biasa yang menulis untuk berkongsi berita dan infomasi untuk memberi manfaat dan ilmu pengetahuan.

2 comments

Lampu putih tu mmg buat org silau lah.. terutama klu waktu hujan... bahaya buat org lain..

Betul tu. Sepatutnya dikuatkuasakan sejak dulu lagi..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon