Wednesday, October 08, 2014

External Hardisk Dengan Sistem Pemusnah Terbina


Info Gadjet. Masihkah anda ingat dengan siaran siri TV Mission Impossible? Pada awal setiap episod Jim Phelps, agen Impossible Missions Force akan menerima pita rakaman yang memberitahu beliau misi bahaya yang perlu beliau lakukan.

SecureDrives

Selepas arahan diberikan pita rakaman tersebut akan termusnah dengan sendirinya. Asap akan kelihatan berkepul-kepul keluar dari pemain pita secara automatik.

Sistem pemusnah terbina ini kini menjadi realiti dengan hadirnya SecureDrives di pasaran. SecureDrives ialah cakera SSD yang boleh memusnahkan dirinya sendiri apabila diberi arahan oleh pengguna.

Ini boleh dilakukan dengan menghantar SMS khas kepada SecureDrives. Di dalam cakera ini terdapat alat pemusnah yang memecahkan cip memori NAND Flash secara fizikal sekaligus membuatkan data yang disimpan hilang buat selama-lamanya.

Tahap keselamatan SecureDrives tidak terhenti di sini, pemacu cakera keras ini juga boleh ditetapkan untuk musnah dengan sendiri apabila kabel SATA yang disambungkan dicabut.

Terdapat juga sistem tambahan yang akan memusnahkan cakera jika isyarat GSM tidak dapat dihubungi untuk tempoh masa tertentu , jika bateri cakera turun ke tahap kritikal dan ia mengesan ada cubaan untuk membuka cangkerang yang menyimpan cakera.

Setiap SecureDrives mempunyai muatan dalaman 128 Gigabyte dan dijual pada harga 1027 Pound (RM 5417) sebuah.

Harga jualan yang sangat mahal tetapi sekiranya keselamatan kandungan data peribadi anda adalah sangat berharga, sistem pemusnah terbina SecureDrivse pastinya berbaloi untuk dimiliki.

Sumber: Mynewshub.cc

6 comments

  1. Bagus juga klu ada sistem mcm ni kat hp atau tab.. klu kena curi, boleh kita letupkan je.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...setuju sgt kalau ianya dimuatkan dalam hp dan tab. Satu sistem sekuriti yg baik tapi tiada apa yg tinggal le sebagai backup.

      Delete
    2. SP minat nak beli tapi mahal sangat..huhu

      Delete
  2. Mahal nyerr... rasanya kena tunggu sikit hari lagi laa... baru murah... hehehe... biasanya mula2 keluar memang mahalll :D

    ReplyDelete
  3. menarik....tapi rasanya dah ada gadjet yg akan memadamkan data jika tidak dapat pecah masuk kod keselamatan

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon