Friday, June 20, 2014

Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan?


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) hari ini menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Berita berkenaan dilaporkan melalui akaun twitter akhbar Berita Harian hari ini.

Menurut laporan akhbar sama, Muhyiddin berkata beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin ditanya pemberita mengenai khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan upacara penutupan Persidangan Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, sebentar tadi.

Berikutan itu, Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat selaku Timbalan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri mahu mengekalkannya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin dan spekulasi bahawa Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno akan meletakkan jawatannya dalam kabinet untuk memberikan sepenuh fokus kepada Umno.

Menurut khabar angin yang tersebar luas bahawa beliau memberi laluan kepada seorang ahli kabinet lain untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dengan berita Muhyiddin menafikan spekulasi berkenaan, tamatlah cakap-cakap yang diterima dari pelbagai versi bahawa pemimpin Umno itu mahu melepaskan jawatannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin Letak Jawatan [2]

Ia juga sekaligus membuktikan jaringan saf kepimpinan antara Najib dan Muhyiddin masih utuh dalam memacu bangsa Melayu dalam Umno.

Sebenarnya tidak diketahui, apakah punca timbulnya spekulasi berkenaan Muhyiddin sehingga beliau dikatakan akan meletakkan jawatan sedangkan beliau sentiasa dilihat tiada masalah menjalankan tugas seharian.

Pada hari ini, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Exco Pelajaran Negeri di ibu negara bagi memberi penerangan dan membincangkan isu yang ada berkaitan pendidikan.

Mesyuarat selama tiga jam bermula 9.30 pagi itu turut disertai Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Mesyuarat kali keenam itu juga merupakan platform terbaik buat Muhyiddin, yang juga Menteri Pendidikan memperincikan setiap inisiatif yang telah dan akan dilaksanakan kementerian dalam sektor berkenaan.

Selain itu, mesyuarat juga memberi ruang kepada semua exco untuk membangkitkan perkara berkaitan hal-hal pendidikan di negeri masing-masing. –Mynewshub.my

Anwar Diperlekeh Wartawan BBC

Anwar Diperlekeh Wartawan BBC

ANWAR Ibrahim sangat sinonim dengan media barat. Hubungan beliau dengan mereka ibarat aur dengan tebing, mula terjalin sejak beliau dipenjara pada akhir 1990an.

Anwar dan beritanya dalam media barat sebelum dipecat dari Kabinet pada 2 September 1998 tidak signifikan. Maknanya kalau adapun lebih bersifat berita hasil daripada kenyataan atau portfolio yang dipegang. Malah ketika itu jika analisis kandungan dibuat, dari segi populariti Dr Mahathir Mohamed jauh mengatasinya.

Ketika itu media barat melihat Dr Mahathir sebagai musuh bersama yang harus dimusnahkan kerana salah satunya ialah kritikannya terhadap dasar Israel dan Zionis Yahudi serta sikapnya terhadap dasar-dasar barat.

Media alternatif seperti sekarang tidak wujud untuk menyaingi laporan media barat. Mereka berjaya mempengaruhi minda pelajar untuk bersikap anti kerajaan dan pada masa sama pro-Anwar. Puncanya tentulah kandungan berita yang disiar dalam akhbar-akhbar ini.

Hari ini walaupun pelajar kita masih ramai yang cenderung menyokong pembangkang, namun hakikatnya maklumat mengenai negara kita dan dasar-dasar kerajaan dari sumber sahih semudah memetik jari.

Maklumat berada di hujung jari bagi mereka yang mencari kebenaran.

Media barat pula yang dilihat seperti hilang kawalan dan masih agresif tidak habis-habis dengan laporan negatif mengenai kita. Dalam kes kehilangan MH370, imej Malaysia terus diconteng.

Mereka mendakwa kerajaan kita menyembunyikan maklumat. Bahkan kita dituduh mempunyai maklumat mengenai kedudukan MH370. Anwar sendiri menganggap episod kehilangan pesawat ini sebagai satu cover-up.

Pada sekitar tahun 1990an dan 2000, BBC News dan beberapa media barat yang berpengkalan di United Kingdom atau AS banyak melapor mengenai perbicaraan Anwar dalam kes liwat.

Maka tidaklah memeranjatkan minggu lalu BBC News sekali lagi menghidangkan isu sama untuk tontonan dunia dengan mengadakan temu bual membabitkan Anwar. Wartawan yang mengendalikan temu bual itu ialah Stephen Sacku.

Mesej yang dihasilkan dari interviu itu agak jauh daripada jangkaan. Sepatutnya pada akhir wawancara Anwar seperti biasa muncul wira tapi dalam konteks kali ini hal itu tidak berlaku. Anwar gagal menepis soalan serta jawapannya pula mengundang sindiran daripada Stephen.

Anwar mendakwa dia terpaksa berjuang menentang kerajaan ‘autoritarian’ berhubung isu liwat namun hal ini disangkal Stephen dengan berkata “tidak, anda berdepan dengan perjuangan di mahkamah.”

Maksudnya ini bukan urusan kerajaan tetapi merupakan hal ehwal membabitkan Anwar dan mahkamah.

Ketika wawancara itu, Anwar berusaha mengalih subjek tetapi ditegur Stephen berulang kali. Malah wartawan itu mempertikai jawapan yang diberi. Stephen enggan diheret dalam isu kehilangan pesawat MH370 kerana soalannya mengenai isu politik belum habis dijawab.

Anwar juga gagal meyakinkan Stephen bahawa mahkamah dan media di negara ini tidak bebas. Kata Stephen: “Anda telah menyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah melakukan segala-galanya dalam PRU13 namun anda masih tidak boleh menang.”

Anwar yang cuba meyakinkan Stephen bahawa pembangkang di Malaysia menang kerana menang undi popular tapi berlaku sebaliknya. Dengan nada skeptis Stephen bertanya bukankah BN menang lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU13 yang lalu.

Wartawan itu juga tidak setuju dakwaan Anwar tentang isu kehilangan MH370 yang didakwa tokoh reformasi itu ada cover up. Kata Stephen lagi: “Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang.”

Banyak yang hendak diulas mengenai wawancara BBC News tempoh hari, namun hakikatnya zaman Anwar memperoleh kelebihan di barat melalui layanan istimewa dari media asing merupakan sebuah sejarah lapuk.

Sementara Najib berusaha membawa Malaysia memasuki era baharu serta pada masa sama mengadunkan dasar politiknya yang dilihat pro rakyat dengan keadaan semasa, suasana diakar umbi mulai melalui saat-saat perubahan memihak BN.

BBC News bukanlah yang pertama dalam hal ini, malah keputusan PRK Teluk Intan yang memihak calon BN adalah satu testimoni bahawa bintang Anwar sudah tidak sama macam dulu-dulu.

Soalnya siapakah selepas Anwar?. Jika benar dia sudah hilang umphhnya maka tidak syak lagi kita akan lihat kemunculan ikon baharu bagi menggantikan ikon lama agar agenda media barat di negara ini, seperti selalu, dapat diteruskan.



Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon