Monday, June 23, 2014

Jawapan BODOH AirAsia Isu Halau Penumpang Mengandung!


Semalam tersebar dakwaan di media sosial sepasang suami isteri dan anak yang bergegas pulang dari Seoul, Korea Selatan untuk menghadiri majlis pengkebumian bapa mereka gagal melakasanakan niat tersebut akibat “dihalau” oleh AirAsia.

Air-asia-bodoh

AirAsia didakwa enggan membenarkan pasangan tersebut menaiki penerbangan AiraAsia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu atas alasan wanita terbabit sedang mengandung tujuh bulan.

AirAsia dalam satu kenyataan media menjelaskan, wanita itu diketahui hamil 28 minggu dan tidak mempunyai surat daripada doktor yang menyatakan dia selamat untuk menaiki penerbangan.

“Peraturan ini terkandung dalam terma dan syarat penerbangan maka AirAsia tidak dapat menerimanya sebagai penumpang atas faktor keselamatan.

“Bagaimanapun AirAsia telah menyediakan penginapan percuma dan menukar penerbangan mereka tanpa caj tambahan dan terbang pulang pada hari berikutnya selepas mendapat surat doktor,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, penumpang hamil perlu memberitahu syarikat penerbangan itu dan menandatangani Penyata AirAsia/AirAsia X Liabiliti Terhad untuk kehamilan sehingga 27 minggu.

Apakah dengan kenyataan seperti ini bermakna Air asia mempunyai prosedur tidak membenarkan wanita mengandung terbang?

Satu screenshot yang menunjukkan seorang pengguna Facebook dipercayai kakitangan Air Asia menjawab berita yang disiarkan.

Air-asia-bodoh [2]

Jika demikian mengapa kaunter Air Asia menjual tiket kepada wanita terbabit? Ini bukan beli dalam talian.

Selebihnya alasan takut bersalin atas kapal terbang yang hanya terbang 40 minit tidak masuk akal. Jarang sekali berlaku orang beranak secara tiba-tiba tanpa tanda.

Jika pun kemungkinan berlaku kontraksi atas kapal terbang ia adalah risiko yang perlu diambil oleh Air Asia selaku penyedia perkhidmatan dan penumpang yang menaikinya.

Kita terima alasan jika mereka tetap menyatakan perlu surat kebenaran doktor sebagai prosedur.

TAPI JIKA ALASAN DI ATAS DIGUNA PAKAI NYATALAH MEREKA INI JENIS BODOH SOMBONG!

Sumber: Mynewshub/MYKMU

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon