Tuesday, February 18, 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu


Kemelut rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai

Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.

Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai [2]

Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu di mana-mana media.

Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU pada Jun 2003.

Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai [3]

Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.

Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.

Emran Sebak, Erra Tenang

Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai [3]

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, kelihatan tenang manakala Engku Emran, 39, sebak ketika melakukan lafaz tersebut.

Pasangan itu terdahulu tiba di mahkamah secara berasingan kira-kira pukul 11.45 pagi.

Erra ditemani pelakon Erma Fatima dan Datin Umie Aida dan suami Umie iaitu Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.

Kemunculan Erra agak mengejutkan apabila dia memakai topeng menutup mukanya.

Pelakon filem Hingga Hujung Nyawa itu memfailkan permohonan cerai dan hak penjagaan anak mereka menerusi peguam syarie, Ahmad Nazib Johari selaku plaintif pada Isnin (semalam).

Manakala Engku Emran diwakili peguam syarie Roslan Sujak Rafiee.

Ketika di mahkamah Erra menjelaskan, permohonan cerai dibuatnya selepas hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman selain tidak tinggal bersama sejak setahun lalu.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan turut bersetuju untuk menyelesaikan hak penjagaan anak mereka iaitu Engku Aleesya yang kini berusia lima tahun tanpa sebarang pertikaian.

Engku Emran selaku defendan diberikan hak penjagaan sepenuhnya terhadap anak perempuan mereka manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan.

Pelakon itu juga tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya.

Sementara itu, Erra ketika ditemui media selepas sebutan kes tersebut memberitahu lega segala spekulasi mengenai rumah tangganya selesai.

“Penceraian ini berlaku secara baik dan Alhamdulillah semuanya selesai,” katanya.

Bagaimanapun, Engku Emran enggan mengulas mengenai penceraian mereka.

Nurul Izzah MOHON CERAI, Bukan Fasakh?

Nurul Izzah MOHON CERAI
Gambar fail.

Sementara itu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan kes cerai membabitkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu selepas berjumpa dengan pihak-pihak dalam kamarnya di sini yang memaklumkan masih berusaha untuk mencari penyelesaian secara baik.

Bagaimanapun, Nurul Izzah selaku plaintif tidak hadir pada prosiding itu.

Malaysiakini melaporkan, Nurul Izzah tidak memohon fasakh sebaliknya memohon penceraian secara baik.

Nurul Izzah menyerahkan permohonannya bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Sumber: Mynewshub/mStar

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon