Sunday, December 29, 2013

Surat Paling Menyentuh Hati Seorang Isteri Yang Telah Meninggal


Brenda Schmitz, ibu kepada empat anak lelaki, mati dua tahun lalu kerana kanser ovari.

Brenda Schmitz Sad Letter

Namun dia melakukan sesuatu yang menyentuh hati apabila meninggalkan sepucuk surat kepada sebuah stesen radio melalui kawannya. Amanat Brenda, surat itu dibacakan selepas suami menemui pengganti dirinya.

Stesen radio berkenaan, Star radio di Des Moines, Iowa, Amerika Syarikat menyiarkan sebuah program istimewa sejak 20 tahun lalu iaitu memperkenankan impian pendengar mereka sempena Krismas.

(Baca: Memori Cinta Yang Menyedihkan Dari Seorang Duda)

Tahun ini apabila mereka membaca surat Brenda, buat kali pertama semua kakitangan radio menitiskan air mata dan tiada sesiapa rasa mereka tergamak menghampakan permintaannya.

Dalam surat yang ditaip kerana menurut Brenda tangannya terlalu menggigil selepas menerima rawatan, ayat pertama memberitahu bahawa ketika surat itu dibaca dia sudah lama tiada kerana penyakit kanser ovari.

Klik untuk paparan penuh.

Seterusnya, Brenda memberitahu tiga permintaannya sempena Krismas.

Permintaan pertama Brenda adalah memanjakan orang baru dalam hidup suaminya di spa. Kata Brenda, wanita tersebut layak menerimanya selepas menyambung tanggung jawab memelihara 4 anak lelaki yang ditinggalkannya – sesuatu yang dia tahu bukan mudah dilaksanakan.

Seterusnya, Brenda meminta supaya keluarganya diberikan satu percutian dan yang terakhir, mengadakan satu jamuan untuk doktor dan kakitangan unit kanser di Mercy Medical Centre yang merawatnya dahulu.

Sebaik surat dibacakan, suami Brenda, David yang dijemput ke konti radio mengalirkan air mata.

David Schmitz

Ditanya perasaannya, David menyatakan dia tersentuh tetapi tidak terkejut dengan tindakan Brenda kerana selama ini dia sentiasa dapat ‘merasakan’ kehadiran Brenda walaupun selepas dia sudah meninggal dunia.

Segala permintaan Brenda dipenuhi stesen radio Star termasuk memberikan percutian magis kepada David bersama isteri baru, Jane dan anak-anak ke Disney World selama empat hari.

David Schmitz Family

“Sudah 20 tahun program khas Krismas kami bersiaran tapi ini kali pertama kami menerima permintaan sebegini.

(Baca: Tanda-tanda Seorang Wanita Meminati Anda)

“Semua orang menitiskan air mata bila mengetahui kemuliaan hati Brenda yang masih memikirkan orang-orang yang disayanginya meskipun selepas dia sudah tiada,” ujar pengurus jenama stesen radio tersebut, Scott Allen.

Sumber: Christianpost.com

2 comments

  1. W'salam, sudah dimasukkan ke dalam senarai BLOGLIST..TQ

    ReplyDelete
  2. The best a real human life with emotions. Y do we have to instill hatted to each other when one day we all be gone. B nice b sweet god wll always hear our prayers. To those flood victims hope n pray tht u all be ok. Amin

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon