Tuesday, October 29, 2013

Yuna Kena 'Boo' Semasa Buat Persembahan!


Siapa sangka penyanyi Malaysia yang kini menempa nama di persada antarabangsa, Yunalis Zarai atau Yuna pernah melalui dicemuh di awal kemunculannya dulu.

Yuna

Kisah itu diceritakan oleh sahabat baiknya, Fathema Fazlena Ahmad Kamal atau Nina, 27 menerusi ruangan Jejak Bintang, Harian Metro.

“Awal kemunculan Yuna, dia mengikuti sebuah persembahan ‘gigs’ dan sebaik muncul di pentas dia diperlekehkan penonton sambil disambut laungan ‘boooooo!’.

Penonton skeptikal dengan imej wanita bertudung yang selalu dikaitkan dengan muzik nasyid. Sementara Yuna pula wanita bertudung yang membawakan genre jazz dan ‘free pop’.

“Mahu tidak mahu dia terpaksa juga membuat persembahan di hadapan mereka. Sebaik membuka mulut dan memetik gitarnya, sebahagian penonton terpegun dan pada akhir persembahan dia memperoleh tepukan,” ujarnya.

Jelas Nina lagi, dia sendiri tidak menyangka Yuna akan pergi jauh dalam bidang nyanyian kerana sebelum ini dia seorang yang pendiam dan pemalu.

“Dia pun selalu cakap tidak mahu terbabit dalam ‘main–stream’. Justeru, di luar sangkaan kami apabila dia berani menyahut cabaran untuk menetap di Amerika Syarikat dan hidup berdikari sedangkan Yuna anak manja. Apapun, saya sentiasa mempercayai bakatnya,” katanya.

Ha, mungkin betul kata orang. Jangan disangka orang yang pendiam itu tidak ada apa-apa.

Biasanya mereka menunggu waktu yang terbaik untuk menunjukkan nilai sebenar yang ada pada diri mereka. Yunalah antaranya.

Yuna Pendiam, Geek, Nerd Di Sekolah

Yuna

Siapa menyangka gadis pendiam dan pemalu seperti Yuna berjaya mengecapi kejayaan di negara luar, lagi-lagi di bumi Uncle Sam yang diketahui bukan calang-calang orang boleh menembusi pasaran muzik di sana.

Namun menurut sahabat baik penyanyi tersebut, Fathema Fazlena Ahmad Kamal atau Nina kejayaan yang dikecapi Yuna bukanlah sesuatu yang mustahil kerana sejak kecil rakannya itu sudah menunjukkan bakat besar yang dimilikinya.

Nina juga menambah, Yuna gemar membuat persembahan pada Hari Guru dan Hari Kantin dan lagu yang menjadi pilihannya ialah Pasti nyanyian Ning Baizura dan Hero, Mariah Carey.

Selain itu, Nina juga mendedahkan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 27, seorang pelajar yang nerd dan geek ketika di alam persekolahan.

“Yuna sebenarnya sangat pendiam, dia seorang geek dan nerd di sekolah Dia ada satu tabiat suka duduk di corner dan buat hal sendiri. Waktu kecil dia suka melukis dan bila sudah besar kecenderungannya lebih pada gajet,” katanya yang dipetik menerusi Harian Metro, hari ini.

Walaupun namanya kini sedang berada di puncak kerjaya, namun Nina memuji sikap rakan baiknya itu yang tidak sesekali melupakannya.

“Dia selalu WhatsApp saya dan memaklumkan kepulangannya ke Malaysia. Yuna bagi saya masih orang yang sama dan tidak pernah berubah,” katanya.

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon