Friday, October 25, 2013

Kelengkapan Perang Tentera Amerika Yang Paling Mahal


Banyak negara di dunia ingin memperkuatkan pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat dan kelengkapan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber dan kos kewangan yang tinggi. Artikel dibawah adalah mengenai kelengkapan tentera Amerika yang canggih namun menelan kos pembuatannya yang sangat tinggi.

Northrop Grumman B-2 Spirit

Northrop Grumman B-2 Spirit

The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh.

Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.

Kos pembikinan bagi setiap satu berjumlah US$737 juta pada tahun 1997. Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu.

Ianya pertama kali digunakan semasa Perang Kosovo pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.

Bell-Boeing V-22 Osprey

Bell-Boeing V-22 Osprey

Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih pantas dari helikopter biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.

Ianya pertama kali digunakan pada tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey telah menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

USS George H.W. Bush (CVN-77)

USS George H.W. Bush (CVN-77)

Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) dibina untuk tentera laut AS. Kos pembinaannya ialah $6.2 billion.

Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia.

Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kelebihan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar selama 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.

Lockheed Martin F-35 Lightning II

Lockheed Martin F-35 Lightning II

F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu yang dikenali sebagai "Joint Strike Fighter Program".

Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.

F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta.

AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.

McDonnell Douglas F/A-18 Hornet

McDonnell Douglas FA-18 Hornet

F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.

Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.

Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon