Tuesday, August 06, 2013

Pengkhianat Polis Kes Lahad Datu Di Penjara Tujuh Tahun Sahaja!


Seorang anggota polis yang mengkhianat rakan sepasukan dalam serangan pengganas Sulu di Lahad Datu awal tahun ini dengan menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan mereka iaitu Hassan Ali Basari yang berpangkat Koperal dalam pasukan PDRM dipenjara 7 tahun bermula tarikh tangkap 2 Mac.

Koperal Hassan Ali Basari dibawa keluar dari mahkamah.

Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, hukuman penjara maksimum mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan, ke atas Koperal Detektif Hassan Ali Basari, 61, kerana menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan pengganas di Sabah.

(Baca: Pengkhianat Polis Mengaku Amerika Syarikat Sokong Pencerobohan Lahad Datu)

Hakim P. Ravinthran memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap 2 Mac.

Beliau berkata walaupun Seksyen 130M turut membawa hukuman denda jika sabit kesalahan, hukuman itu tidak akan dikenakan.

Hassan didapati bersalah melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Cawangan Khas Lahad Datu antara Januari dan 2 Mac tahun ini.

Ravinthran berkata beliau menjatuhkan hukuman penjara maksimum ke atas Hassan kerana tertuduh bukan orang awam biasa. -Bernama

Admin: Pengkhianat yang menyebabkan kematian beberapa anggota polis kita dipenjara 7 tahun maksimum sahaja!? Hakim tu tidur masa buat keputusan ke?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon