Friday, January 25, 2013

Kejam! William Yau Mangsa Culik Di Temui Mati


Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong.


Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 11 pagi tadi dikatakan dapat mengesahkan parut di dahi kanak-kanak malang itu.

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, ibu bapa kanak-kanak itu turut mengecam pakaian yang ada pada badan mayat kanak-kanak itu.

Polis yakin kanak-kanak itu telah meninggal dunia seminggu lalu dan tidak terdapat sebarang kesan kecederaan melainkan beberapa gigitan serangga di badannya.

Gigitan itu kata beliau mungkin berlaku ketika mayat itu terapung selama seminggu di laut.

Maklumat berkenaan diperoleh melalui laporan akhbar The Star.

Ibu William juga dilihat terpaksa dipapah keluar untuk pulang dari rumah mayat berkenaan.

Gambar ibu bapa William Yau ketika tiba di HTAA.

Bagaimanapun, keputusan sebenar dan penuh akan hanya diketahui dalam beberapa hari lagi apabila pihak hospital selesai sepenuhnya melaksanakan ujian post-mortem dan ujian DNA.

William Yau dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu dan usaha mengesan telah dilakukan dengan giatnya sejak itu.

Mayat kanak-kanak yang ditemui di dijeti semalam dianggarkan berusia di antara enam atau tujuh tahun.

Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan ‘Active Group’ berwarna putih dan ‘Best Team’ berwarna biru.

BACA INI JUGA: Sebarkan - William Yau Zhen Zhong Kanak-kanak Yang Hilang

Sumber: Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon