Tuesday, January 08, 2013

Chua Cheng Lan, 21, Hilang 6 Bulan Lalu Dirayu Pulang


Seorang gadis dirayu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga bagi memberi penghormatan terakhir kepada mayat neneknya yang akan dikebumikan hari ini.


Chua Cheng Lan, 21, yang pernah bekerja sebagai jurujual di sini, hilang dari rumahnya di Kampung Peringat sejak enam bulan lepas kerana dipercayai mengikut teman lelaki.

Bapanya, Chua Chee Huat, 52, yang bekerja sebagai tukang cat kereta di sini berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Melor berhubung kehilangan anak gadisnya itu, pada Julai lepas.

“Bagaimanapun, anak saya tidak pulang sehinggalah neneknya meninggal dunia kelmarin kerana sakit tua. Saya amat berharap supaya anak saya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita di Kampung Aril, Pauh Lima di sini.

Neneknya Lua Mek Hong, 79, meninggal dunia dua hari lepas.

Orang ramai yang mempunya maklumat mengenai Cheng Lan boleh menghubungi keluarganya atau bapa saudaranya, Chua Chee Seng, di Kampung Peringat, Jalan Pasir Puteh atau menelefon ke talian 019-9838059.

-BERNAMA

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon