Tuesday, December 25, 2012

Unik! Perkampungan Yang Di Buat Dari Batu


Info Unik Dunia. Kandovan adalah satu-satunya perkampungan yang dibangunkan sepenuhnya dari batu. Semua rumah yang ada di kampung tersebut dibangunkan dari batu dan ada diantaranya sudah berusia 7 abad lamanya! Kota unik dari batu ini terletak di antara kota Osku dan Tabriz.


Satu-satunya hotel yang ada di tempat ini adalah The Kandovan Tourism Cliff Hotel dan merupakan sebuah hotel terunik di dunia selepas satu lagi hotel hotel dalam gua di Turki.

Menurut legenda, penduduk kota ini pertama kali datang kesini selepas melarikan diri dari tentera Mongol. Mereka lari dan menggali tempat persembunyian di tebing batu vulkanis dan tinggal di sana.

Tempat yang pada awalnya digunakan sebagai tempat persembunyian akhirnya berkembang menjadi rumah-rumah yang lengkap dengan dapur, bilik mandi dan ruang tamu.

Rumah-rumah di perkampungan ini menggunakan kaca dengan warna indah untuk tingkap rumah mereka.

Jika anda melawat ke Kandovan samada kota Osku ataupun Tabriz, anda akan disambut dengan pemandangan indah hijau dedaunan pepohonan, sehingga anda akan lupa bahawa anda sedang berada di Iran yang tandus dan kering. Semakin hampir, anda akan semakin terpesona dengan bentuk rumah unik yang luar biasa indah.

Di setiap bahagian kota ini, terdapat pelbagai papan tanda yang menawarkan tempat tinggal kepada pengunjung. Beberapa rumah yang ada juga sudah diubah menjadi kandang kuda ataupun sangkar burung.

Namun, masih banyak rumah yang sama sekali tidak tersentuh oleh pembangunan moden, membuatkan anda terbuai nostalgia suasana kehidupan 7 abad lalu.

Penduduk Kandovan kebanyakannya bekerja sebagai petani atau penggembala lembu. Sumber pendapatan mereka juga datang dari sektor pelancongan.

Mereka menyedari potensi besar rumah kuno mereka dan mula belajar hidup bersama dengan para pelawat dari seluruh dunia.

Pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di Hotel Kandovan Tourism Cliff yang terletak di tengah-tengah kota.

Di sepanjang sungai yang membelah kota batu ini, terdapat banyak cafe, di mana anda boleh duduk menikmati secangkir kopi atau segelas jus Zam-zam sejuk dengan angin lembut yang dipenuhi wangian aroma bunga mawar.

-SENTIASAPANAS.COM

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon