Wednesday, December 26, 2012

Robin van Persie Hampir Terbunuh!


Sir Alex Ferguson mahu FA Inggeris menghukum Ashley Williams selepas pertahanan Swansea itu bertindak ganas, apabila dengan sengaja menendang bola ke arah Robin van Persie (RVP) yang rebah di atas padang pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Liberty, kelmarin.

Sengaja..Rembatan Williams (kanan) tepat mengenai belakang kepala van Persie.

Insiden berlaku pada minit ke-74 apabila rembatan kencang Williams tepat mengenai bahagian belakang kepala penyerang Manchester United itu, meskipun wisel sudah dibunyikan pengadil, Michael Oliver.

Kelakuan ganas Williams mendapat reaksi Ferguson yang menyifatkan ia sebagai tindakan paling berbahaya di atas padang yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.

“Van Persie bertuah kerana masih hidup. Ia merupakan aksi yang teruk daripada Ashley dan dia sepatutnya digantung untuk tempoh yang lama.

“Tindakannya itu boleh menyebabkan leher van Persie patah dan boleh terbunuh," katanya.

Bagaimanapun, FA hanya boleh mendakwa Williams sekiranya Oliver mengaku gagal melihat insiden berkenaan.

Sementara itu, Williams cuba berdolak-dalik mengenai insiden itu dengan berkata: "Saya cuba mengeluarkan bola dari kawasan bahaya, malangnya bola terkena kepala van Persie...Saya bukan sengaja".

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon