Friday, December 21, 2012

Lindsay Lohan Tiada Duit Bayar Rawatan


Aktres bermasalah Lindsay Lohan dikatakan memerlukan pakar psikologi bagi mengubati gangguan mental yang dihadapinya.


Menurut laporan portal Contactmusic, pelakon berusia 26 tahun itu telah bersetuju untuk mendapatkan pakar psikologi tetapi tidak mempunyai wang untuk menanggung kos itu.

"Sejak Lindsay keluar masuk penjara, dia telah mengalami sedikit gangguan mental dan dia sangat memerlukan pakar psikiatri untuk merawatnya.

"Bagaimanapun Lindsay tidak berduit lagi seperti dahulu. Dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut," kata sumber.

Tambah sumber itu, Lindsay memerlukan RM750 hingga RM900 untuk kos rawatan bagi tempoh sejam sahaja.

-mStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon