Saturday, December 29, 2012

Britney Spears Di Tendang Keluar Dari X Factor USA


Kontrak penyanyi terkenal Britney Spears di dalam rancangan realiti X Factor USA dilaporkan tidak akan diperbaharui.


Penyanyi lagu Hold It Against Me itu yang menjadi salah seorang daripada panel hakim dalam siri kedua rancangan terbitan Fox itu bersama Simon Cowell, Demi Lovato dan L.A. Reid, akan 'dipecat'.

Dia dikenakan tindakan itu kerana mengecewakan produser melalui penampilannya yang dikatakan tidak bersemangat dan penghakiman yang membosankan.

Sumber memberitahu majalah US Weekly bahawa penyanyi berumur 31 tahun itu yang mempunyai kontrak setahun bernilai AS$1.5 juta (RM4.65 juta), mungkin dipecat selepas Reid mengumumkan tidak akan kembali ke rancangan itu tahun depan.

"Spears akan dipecat. Produser mahu mengekalkannya di dalam rancangan itu tetapi keadaan tidak memberangsangkan. Mereka membayarnya untuk melihat dia menyatakan sesuatu yang menarik tetapi tidak berlaku," kata sumber itu.

Sumber itu berkata, Cowell juga merasa kecewa dengan sikap Spears.

"Dia (Cowell) mahu Spears yang gila-gila sebaliknya membosankan pula," ujar sumber itu.

-AGENSI

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon