Tuesday, November 13, 2012

Mahkamah Sahkan Sri Wani Seorang Wanita Tulen!


Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan bahawa bekas dekan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Dr Baharom Sanugi perlu membayar kos RM12,000 kepada isterinya, Sri Wani Choo Abdullah seperti diperintahkan mahkamah pada 30 Ogos lalu.

Sri Wani
Sri Wani

Perkara itu diputuskan Hakim Mohd Amran Mat Zain selepas Baharom yang sebelum ini membuat permohonan bagi menggantung perintah bayaran kos berkenaan, dua bulan lalu.

Mohd Amran antara lain dalam penghakimannya berkata, pihak pemohon tidak menyatakan secara terperinci alasan munasabah mengapa perintah mahkamah itu perlu digantung pelaksanaannya.

“Mahkamah memerlukan butiran meyakinkan. Mahkamah lihat tiada persetujuan secara dokumentasi atau bentuk keterangan menunjukkan fakta tersebut,” katanya.

Mohd Amran juga berkaitan permohonan itu hanya dibuat pemohon dalam dua hari sebelum tamat tempoh bayaran selama 30 hari yang ditetapkan mahkamah.

“Tempoh masa bayaran juga telah berlalu, yang menunjukkan pemohon tidak bersungguh-sungguh dan cuba menghalang proses mahkamah,” katanya.

Mahkamah turut menolak permohonan pergantungan tersebut dengan kos yang akan ditaksirkan mahkamah kemudian.

Pada prosiding sebelum ini, Baharom memaklumkan mahkamah beliau tidak mampu membayar jumlah kos sebanyak RM12,000 ditetapkan mahkamah kerana tidak berkemampuan selepas tidak mempunyai pendapatan selepas dibuang kerja.

Perkara itu antara alasan beliau memfailkan permohonan untuk menggantung perintah mahkamah semasa prosiding hujahan kesnya sebelum ini.

Pada 30 Ogos lalu, Baharom, 61, diperintah membayar kos mahkamah kepada isteri ketiganya itu, selepas Mahkamah Tinggi menolak empat permohonan yang difailkan professor itu termasuk permohonan faraq nikah (dipisahkan perkahwinan) dan perintah mahkamah agar Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) selepas meragui jantina sebenar wanita terbabit.

Mahkamah turut menolak permohonan komital (pemenjaraan) dan perintah menegah Sri Wani daripada mengeluarkan kenyataan kepada pihak media yang difailkan oleh Bahrom sebelum ini.

Ekoran itu, Hakim Mahkamah Tinggi yang mengendalikan kes tersebut, Abdul Walid Abu Hassan menetapkan Baharom membayar kos kepada plaintif sebanyak RM3,000 bagi setiap kes yang difailkan kerana telah membuang masa dan kos plaintif, yang mana bayaran itu perlu diselesaikan dalam tempoh satu bulan dari kes itu dibacakan.

Sementara itu, ketika ditemui diluar mahkamah, Sri Wani berkata, dia bersyukur kerana keputusan mahkamah memihak dirinya, selepas puas dia menderita sejak suaminya mula membawa kes ke mahkamah.

“Saya harap dia (Baharom) membayar kos yang ditetapkan mahkamah, kerana saya mengalami banyak kerugian kerana selama dua tahun urusan perniagaan terabai, serta perlu membayar kos guaman,” katanya.

BACA INI JUGA: Merenung Payudara Mampu Memanjangkan Usia Lelaki

Sumber: SH

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon