Tuesday, September 25, 2012

Polis Wanita Di Buang Kerja Selepas Cium Suami!


Di Amerika Syarikat (AS), seorang anggota polis wanita, Jannine England, telah dipecat selepas dia mencium suaminya yang merupakan seorang ketua polis tempatan, Timothy Escola, semasa bertugas, di dalam sebuah kereta polis yang membawa seorang suspek perompak pada tahun 2011 lalu.

Polis Di Buang Kerja Kerana Bercium

Bagaimanapun, suaminya yang berumur 57 tahun itu dibenarkan untuk bersara dengan mendapat pencen penuh dan tidak dipecat.

Isterinya yang berusia 30 tahun itu tidak dibenarkan untuk meletakkan jawatan tetapi dia dipecat oleh pihak pengurusan polis.

England kemudian membuat aduan kepada Suruhanjaya Peluang Hak Persamaan Pekerjaan AS.

Dalam keputusan suruhanjaya itu, England didapati tidak dibenarkan untuk bersara kerana dia seorang wanita.

Suruhanjaya tersebut menyatakan England tidak menerima layanan yang sama seperti pegawai-pegawai lelaki lain.

Menurut suruhanjaya itu, pegawai-pegawai lelaki dibenarkan bersara walaupun mereka telah melakukan kesalahan semasa bertugas.

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar Massillon menyatakan ia berhak untuk memecat England kerana dia masih berada dalam tempoh percubaan semasa menjadi anggota polis.

Kesian.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. kehilangan kerja karena hal seperti ini mikir lagi deh

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon