Thursday, May 29, 2014

Selepas Cadbury, Babi HALAL Dalam Tin Pula!

Selepas Cadbury, Babi HALAL Dalam Tin Pula!

Geleng kepala dibuatnya tatkala melihat gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Nescafeais.com.

Babi-HALAL-Dalam-Tin

Macam mana produk daging babi kisar yang sah-sah haram untuk orang Islam boleh diletakkan logo halal?

Biarpun ia bukan logo halal JAKIM, ia tetap perbuatan yang salah dan mungkin boleh mengelirukan.

Bayangkan kalau ada orang yang kurang cerdik dan tidak memahami perkataan ‘pork’ itu, tak pasal-pasal dibelinya juga sebab nampak logo halal.

Parah-parah...

Apapun, diharap agar pihak berwajib terutamanya JAKIM membuat pemantauan lebih menyeluruh bagi mengelakkan lebih banyak kes seumpama berlaku. -Mynewshub.my

Apakah Kilang Cadbury Perlu Dibakar?

Coklat-Cadbury-Haram

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyifatkan tindakan segelintir badan bukan kerajaan yang mahu membakar kilang Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd (Cadbury) sebagai keterlaluan dan tidak melambangkan imej Islam.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata walaupun penemuan DNA khinzir dalam dua produk coklat Cadbury merupakan perkara serius, namun tindakan yang dipenuhi emosi dan tidak rasional hanya akan memalukan umat Islam.

“Kenyataan sebegini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman individu tersebut berkaitan agama Islam.

“Islam sebagai agama kesejahteraan sentiasa menonjolkan sifat rahmat dan kasih sayang Allah, apatah lagi makanan itu dimakan tanpa diketahui dan disedari mengandungi unsur daripada babi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Selasa.

Amidi berkata selain mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat terbabit, prosedur susulan dalam penguatkuasaan Akta Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu diperbaiki.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond).

Susulan daripada itu Jakim menggantung serta merta sijil pengesahan halal dua produk keluaran Cadbury itu. -mStar Online

-Sentiasapanas.com

Adam Corrie Mahu TV3 Henti Sebar Fitnah

Adam Corrie Mahu TV3 Henti Sebar Fitnah

Pelakon Adam Corrie meminta stesen televisyen TV3 berhenti dari memfitnahnya dengan mengatakan dirinya merupakan seorang ahli parti PAS sehingga dia telah digam oleh stesen televisyen berkenaan.

Adam Corrie

"Saya mula menyedari tentang hal ini tahun lalu. Pada waktu itu, saya telah ditawarkan untuk memegang watak utama dalam sebuah telemovie berjudul "Zikir Tanpa Bibir".

"Setelah telemovie itu siap sepenuhnya, produsernya ada berjumpa dengan pihak TV3 untuk mendapatkan hak penyiaran.

"Namun, sejurus mereka mendengar nama saya, telemovie tersebut ditolak mentah-mentah. Mereka memberikan alasan bahawa saya merupakan ahli PAS," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Adam yang memeluk Islam pada 13 Julai 2007 lagi, selepas telemovienya ditolak mentah-mentah oleh TV3, malah program ilmu berjudul "Muhammad Ku" yang turut menampilkannya dalam dua episod turut dipotong dan digantikan dengan orang lain.

"Baru-baru ini saya telah dijemput untuk menghadiri rakaman program ilmu berjudul "Muhammad Ku". Namun setelah merakamkan sebanyak dua episod, produser rancangan itu menghubungi saya dan memberitahu, khidmat saya tidak diperlukan lagi.

"Tambah produser itu lagi, babak yang melibatkan penampilan saya telah dipotong dan digantikan dengan orang lain."

Dalam pada itu, Adam meminta pihak TV3 yang mendakwa dirinya seorang ahli PAS untuk tampil berikan bukti.

"Jika benar saya merupakan ahli PAS, buktikan. Saya terkilan kerana ada antara selebriti yang secara terang-terangan terlibat dengan parti tersebut tetapi masih dibenarkan muncul dalam drama pada slot waktu perdana."

Iqram Dinzly nafi lakukan hubungan songsang

Iqram Dinzly Gay

Pelakon popular, Iqram Dinzly menyangkal dakwaan yang mengatakan dia melakukan hubungan songsang dengan seorang pelajar Malaysia di London, tambah memburukkan keadaan lagi, Iqram juga didakwa mengirim gambar kemaluan lelaki untuk tatapan pelajar itu.

"Ya, saya mengakui saya masuk ke kelab malam tersebut tetapi ia hanya sekadar ingin melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

"Namun saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya melakukan hubungan songsang kerana ia tidak mempunyai bukti.

"Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja.

"Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya ia tidak menjadi masalah," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Tambah Iqram lagi, tidak mungkin dia akan melakukan hubungan terlarang itu kerana mereka hanya berkawan biasa sahaja, tambahan spekulasi tersebut tidak benar kerana tiada sebarang bukti langsung.

Sumber: Tupai.com.my

HOT! Skandal Bekas MP Dan Isteri Orang Terbongkar!

HOT! Skandal Bekas MP Dan Isteri Orang Terbongkar!

Bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa di negara ini.

HOT! Skandal Bekas MP Dan Isteri Orang Terbongkar! [2]
Gambar hiasan.

Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan pegawai kanan terbabit pada November 2013.

Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik, dikatakan ‘diikat’ Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.

Menurut sumber, perbuatan curang wanita itu yang juga seorang pemilik sebuah syarikat pembekal, berjaya dihidu suaminya selepas hampir sebulan mereka berkahwin.

(Baca: 3 Mobile App Popular Perosak Perkahwinan!)

Menurutnya, isteri pegawai terbabit kerap menyimpan telefon bimbit dan tidak membenarkan suaminya menyentuh, melihat sebarang mesej atau menjawab panggilan.

“Tindak-tanduk wanita itu semakin hari semakin mencurigakan dan seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Apabila ditanya, dia akan beri pelbagai alasan yang tidak munasabah seperti bimbang maklumat atau rahsia sulit berkaitan politik terdedah.

HOT! Skandal Bekas MP Dan Isteri Orang Terbongkar!

“Isterinya kerap ‘outstation’ ke Melaka kononnya ada mesyuarat atau urusan politik. Sepanjang berada di sana, wanita itu langsung tidak menjawab panggilan,” katanya.

Sumber berkata, perbuatan wanita itu terbongkar selepas suaminya ternampak mesej melalui aplikasi ‘WhatsApp’ antara isterinya dan Datuk terbabit pada 27 Januari lalu ketika ke pusat beli-belah di Ampang. –SINAR HARIAN

Wednesday, May 28, 2014

PANAS! Abby Abadi Failkan Perceraian!

PANAS! Abby Abadi Failkan Perceraian!

Keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi apabila pelakon itu akan memfailkan perceraiannya pada Khamis (esok).

Abby Abadi Bercerai

mStar Online dimaklumkan, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, akan memfailkan perceraian terhadap Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini kira-kira pukul 9 pagi.

(Baca: Top 10 Janda Paling Hot Indonesia)

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Terdahulu pada 17 Mei lalu Abby menulis status di laman Instagram miliknya meminta agar para peminat mendoakan keadaan rumah tangganya itu.

Sebelum berkahwin dengan pemuda dari Kelantan itu, Abby pernah bernikah dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga orang anak. -MSTAR

UPDATE!

Suami Abby Abadi Lakukan Dua Kali Lafaz Cerai

Muhamad Noor Farhan
Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini diberitahu suami kepada pelakon Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, melakukan dua kali lafaz cerai terhadap pelakon itu termasuk salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.

Sehubungan itu Hakim Syarie iaitu Shaiful Azli Jamaludin terpaksa menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang dibuat pelakon itu kepada 11 Jun depan bagi membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, sebelum itu mendedahkan kepada mahkamah suaminya pernah memberitahu seorang kenalan bahawa mereka sudah bercerai.

Mengikut sumber, Farhan, 25, telah menceraikan Abby, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perbicaraan yang dihadiri pasangan ini adalah untuk mengesahkan lafaz yang sudah diberi itu.

Pasangan itu bagaimanapun meminta nasihat kes itu kepada bapa saudara Muhammad Noor Farhan yang juga defendan dalam kes ini dan mereka kemudiannya melakukan rujuk tanpa melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu turut memberitahu kejadian itu berlaku pada Januari lalu. Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan.

Mereka bernikah di Selatan Thailand. –mStar

-Sentiasapanas.com

Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal

Suatu ketika dahulu, Facebook menggemparkan dunia dengan berita pengambil alihan aplikasi permesejan popular; Whatsapp dengan harga $19 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Pengambil alihan sebegini dianggap perkara biasa dalam dunia perniagaan dan teknologi, namun tidak semua pengasas bersetuju untuk menjual syarikat mereka walaupun ditawarkan harga yang tinggi.

Failed Web Purchase Deals

Ada syarikat yang berjaya meningkatkan nilai mereka selepas menolak pengambil alihan, namun tidak semuanya bernasib baik.

Berikut adalah beberapa tawaran pengambil alihan popular yang pernah ditolak.

1. Snapchat

Snapchat

Snapchat ialah sebuah aplikasi sosial yang popular kerana semua mesej yang dihantar melaluinya akan terpadam daripada pelayar selepas 24 jam.

Pada penghujung 2013, ia ditawarkan 3 bilion oleh gergasi media sosial, Facebook. Pengasas Snapchat, Evan Spiegel dan Bobby Murphy dikatakan menolak kerana menanti tawaran yang lebih baik.

2. Friendster

Friendster

Diasaskan pada tahun 2002, Friendster merupakan pelopor kepada laman sosial. Pada tahun 2003, Friendster menolak tawaran $30 juta daripada Google atas saranan banyak pihak yang mencadangkan supaya mereka menunggu kemahsyuran internet.

Namun, laman-laman sosial baru seperti MySpace dan Facebook mula membanjiri pasaran dan meninggalkan Friendster jauh dibelakang.

Akhirnya, MOL Global membeli Friendster dengan nilai $$26.4 juta. Sekiranya Friendster menerima tawaran Google pada masa itu, sahamnya kini mungkin bernilai sekurang-kurangnya $180 juta.

3. Facebook

Facebook

Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, ia merupakan laman sosial terbesar buat masa ini. Selain menolak tawaran pembelian bernilai $1 bilion daripada Yahoo!, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran daripada MySpace dan Viacom sebelumnya.

Nampaknya, Zuckerberg mengambil tindakan yang wajar kerana Facebook berkembang pesat dan berjaya menjadi jenama media sosial yang berpengaruh dalam masa beberapa tahun sahaja.

4. Yahoo!

Yahoo!

Ia merupakan antara enjin carian internet terawal yang menyumbang kepada landskap internet hari ini. Namun, Google mula menampakkan dominasinya pada tahun 2008.

Microsoft cuba menghalang monopoli Google dengan menawarkan untuk membeli Yahoo! dengan nilai $44.6 bilion namun tawaran itu ditolak oleh salah seorang pengasas Yahoo! yang merasakan nilai tersebut terlalu rendah.

Malangnya, saham Yahoo! jatuh menjunam selepas itu dan Microsoft hilang minat terhadapnya.

5. Twitter

Twitter

Pada tahun 2008, populariti Twitter yang sedang meningkat menimbulkan minat Facebook untuk membelinya dengan harga $500 juta.

Twitter menolak kerana tawaran Facebook ialah dalam bentuk saham, sedangkan Twitter mahukan tunai.

Tawaran Facebook juga dikatakan terlalu rendah dan pada hari ini, Twitter dianggarkan bernilai lebih $24 bilion.

6. Groupon

Groupon

Ketika Google menawarkan untuk membeli Groupon pada 2010, laman kupon sosial tersebut memperoleh pendapatan $1 bilion setahun. Tawaran pembelian Google bernilai $6 bilion namun ditolak oleh CEO Andrew Mason.

Malangnya, selepas penolakan tersebut, populariti Groupon menjadi pudar dan keuntungannya merudum.

7. Rovio

Rovio

Syarikat Finland yang mencipta fenomena permainan mobil Angry Birds ini pernah ditawarkan $2 bilion oleh Zynga. Rovio menolak pembelian tersebut dan kini masih teguh dalam arena permainan mobil.

8. Foursquare

Foursquare

Pernah menjadi kegilaan diawal kemunculannya dalam arena media sosial, Foursquare menarik minat Facebook dan Yahoo! Tawaran Yahoo! pada 2010 dilaporkan bernilai $200 juta namun CEO Foursquare mahukan nilai yang lebih tinggi.

Kemunculan aplikasi geotagging lain seperti Gowalla dan Spindle yang kemudiannya terjual pada harga lebih rendah memberikan petanda tidak baik untuk Foursquare. Ia kini diramalkan bernilai kurang daripada $50 juta.

9. Qwiki

Qwiki

Aplikasi video ini memenangi anugerah pilihan editor di TechCrunch Disrupt, lantas Google menawarkan pembelian bernilai $150 juta.

Qwiki membuat keputusan untuk menunggu namun malangnya, aplikasi Vine dilancarkan dan Qwiki terus menjunam. Yahoo! akhirnya membeli Qwiki dengan nilai $50 juta.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

'Makan Coklat Babi Cadbury Tak Perlu Tukar Darah'

'Makan Coklat Babi Cadbury Tak Perlu Tukar Darah'

Ada isu semalam di mana ada NGO secara terangan di media massa mengeluarkan statement dan dan menunjukkan kekecewaan ditipu oleh Cadbury selama ini.

Dr MAZA

Sehingga ada yang mengeluarkan statement berkenaan bagaimana dengan darah umat islam yang makan coklat cadbury sebelum-sebelum ini. Perlu ke cadbury bertanggung jawab untuk tukar darah mereka semua.

Jadi Dr MAZA melalui FB beliau ada respons terhadap situasi yang lebih kurang aku ceritakan di atas jadi kita baca dan fahami.

"Membantah Cadbury itu sesuatu yang bagus sebagai hak pengguna yang tidak boleh diperdayakan.

"Namun, berlebihan dalam hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain adalah merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.

Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya.

Malangnya, dalam masa yang sama kita tidak pula bising habis-habisan dalam perkara yang jelas haram seperti riba, korupsi, judi, salah guna harta awam dan seumpamanya.

Inilah fahaman Islam yang hanya terasa 'haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi."

BACA INI JUGA: Benarkah Makanan Mempengaruhi Akhlak Kita?

sumber: phat

Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?

Kenapa Perlu Mencemburui Orang Yang Berbakat?

Waa..jealousnya! Itulah antara perasaan dan ungkapan yang biasa kita jumpa apabila terbaca atau terdengar mengenai kejayaan seseorang dalam apa-apa bidang atau usaha.

Jelaousnya

Jarang pula kita menelaah dan mengkaji apa rahsia mereka yang membolehkan mereka mengecapi kejayaan itu. Lebih menyedihkan, ada pula antara kita yang meremehkan pencapaian itu dengan mengatakan "Biasalah, dia ada bakat!"

Malah ini boleh dikatakan menjadi kesimpulan spontan yang biasa kita rumuskan apabila kita mendengar tentang kejayaan-kejayaan orang lain.

Suatu Ketidakadilan?

Pemain biola

Apakah mungkin kita sebenarnya melakukan suatu ketidakadilan apabila seolah menafikan usaha, kerajinan, ketekunan dan keazaman kental yang perlu dimiliki oleh seseorang yang berjaya?

Seorang pemain biola terkemuka di dunia pernah merungut apabila kemahirannya dikaitkan dengan 'bakat' dengan berkata, "Saya berhempas pulas berlatih dan mencari pengalaman selama 22 tahun tanpa  berputus asa, dan sekarang mereka mengatakan ia hanya bakat?!"

Cuba kita bayangkan kalau kita terpaksa bekerja keras untuk menyiapkan satu kerja penting, sehingga tidak tidur dan kurang makan, mengorbankan masa untuk bersama keluarga, melalui tekanan yang hebat, lalu akhirnya hasil tersebut mendapat keputusan yang baik, tiba-tiba ada orang berkata, "Senanglah bagi dia, dia ada bakat!" Seolah-olah kejayaan itu dapat dihasilkan sebegitu baik dengan sebelah mata. Tak rasa sakit hati?

Jadi, di mana peranan BAKAT?

Ronaldo

Tidak dapat dinafikan, bakat ada sumbangan dan peranannya dalam kejayaan kita. Tetapi ia bukan satu-satunya penentu.

Bakat hanyalah salah satu ramuan dalam resepi kejayaan. Ia tetap memerlukan ramuan-ramuan lain yang kadang-kadang sama penting malah lebih penting daripada bakat itu sendiri.

Buku 'Talent is Never Enough' karya J.C. Maxwell menyenaraikan lebih 10 perkara yang tidak kurang penting daripada bakat, termasuklah keberanian, kesanggupan kita berlatih dan juga passion atau keghairahan kita menyerlahkan bakat kita.

Pernahkah kita terfikir bahawa jika bakat sahaja memadai, mengapa pemain bola sepak berkemahiran tinggi seperti Ronaldo tetap disyaratkan menghadiri sesi latihan tanpa dikecualikan? Malah beliau dianggap melanggar kontrak jika dengan sengaja tidak hadir. Kan?

Memahami 'advantage' BAKAT

Training hard

Salah satu cara memahami bakat ialah menggunakan skala 1 hingga 10. Dengan adanya bakat, bermakna anda mungkin bermula pada skala 3 atau 4. Atau jika anda mempunyai bakat luar biasa, mungkin anda bermula pada tahap skala 5.

Sedangkan orang lain mungkin bermula pada skala 1 atau 2. Jika anda dan orang tersebut melalui sesi latihan yang sama dari semua segi, pasti anda akan mendahului dan kelihatan lebih 'berbakat' berbanding orang lain, dan ini pasti terzahir melalui hasil dan pencapaian anda yang lebih hebat.

Namun apa jadi jika orang lain berusaha dengan jauh lebih gigih?

Better than others

Apa kata orang tersebut berlatih 4-5 jam sehari berbanding anda yang hanya berlatih 1-2 jam? Anda akan mendapati bahawa jurang perbezaan dari segi kecekapan tidak lagi begitu ketara.

Walaupun mungkin dari satu segi anda lebih beruntung kerana tidak perlu terlalu bersusah payah untuk menghasilkan natijah yang sama baik dengan orang yang berlatih jauh lebih kuat dan gigih berbanding anda.

Namun hakikatnya ialah, berhadapan dengan kegigihan yang menggunung, bakat tidak lagi sepenting mana yang disangka!

Namun di sinilah 'titik kelemahan' atau Achilles Heel yang banyak menggagalkan orang yang memiliki bakat tinggi.

Apabila kita berasa cukup bagus dengan kemahiran yang ada, apabila kejayaan datang dengan mudah tanpa perlu bermandikan peluh, apabila kita meyakini bahawa cukup sekadar kita menggantung harapan kepada bakat semata-mata tanpa menghiraukan ramuan-ramuan kejayaan yang lain, maka sebenarnya kita sudah tertipu.

Malah ada kalanya kejayaan yang dikecapi itulah yang menanam bibit kejatuhan yang akhirnya menyebabkan kita tersungkur dalam arena kehidupan.

Ramai orang berbakat yang gagal

Genius Melayu yang menjadi pelacur
Sufiah Yusof, genius yang pernah menjadi pelacur.

Di negara kita Malaysia, kita pernah mendengar tentang beberapa kanak-kanak pintar (prodigy) yang mampu membaca pada usia sangat muda. Mungkin berpunca daripada faktor ibubapa yang hanya mementingkan perbuatan mencanang kemampuan anak, berbanding memahami tanggungjawab besar yang mengiringi anugerah sebegitu, akhirnya anak-anak tersebut tidak ke mana dari segi kejayaan yang dicapai.

BAKAT vs Kemahiran

'Everyone can do a handstand', Peter Bregman

Cara berfikir yang lebih selamat dan praktikal ialah melihat semua kebolehan sebagai satu kemahiran yang boleh dikuasai dengan cara berusaha secara tekun dan gigih. Dalam tulisan beliau 'Everyone can do a handstand', Peter Bregman menegaskan bahawa hampir kesemua kemahiran yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan boleh dikuasai jika kita sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk berlatih, sebagaimana semua orang sebenarnya boleh belajar berdiri atas tangan!

Persoalannya bukanlah mustahil atau tidak, tetapi adakah kita sanggup melalui prosesnya dan membayar 'harga'nya?

BAKAT sebenarnya lebih kepada ALASAN

Jessica Cox

Jelaslah, bagi kebanyakan kita, bakat hanyalah satu alasan untuk tidak melakukan satu perkara yang betul, atau mengelakkan diri daripada bersusah payah mengasah potensi yang ada.

"Saya tiada bakat belajar", "Saya tiada bakat bercakap", "Saya tiada bakat berniaga", adalah antara reaksi yang menjadikan bakat sebagai alasan untuk tidak bersugguh-sungguh dalam berusaha.

Habis, apa pula cerita insan-insan istimewa yang kadang kala tidak cukup kaki dan tangan, ada yang tidak berpelajaran, ada yang buta huruf, tetapi mampu melakar kejayaan-kejayaan hebat yang sangat memberi inspirasi? Adakah mereka juga berjaya semata-mata kerana bakat?

Bagi mereka yang juga sibuk menyalahkan ketiadaan bakat sebagai punca mereka tidak berjaya, jawapannya senang saja... "Itulah, rezeki mereka sebab berjaya!"

Aduh! Rezeki pulak! Ada-ada saja!

BACA INI JUGA: Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!

[Sumber]

Video Iklan Coklat Babi Cadbury Yang Meloyakan

Video Iklan Coklat Babi Cadbury Yang Meloyakan

Kami tahu ramai umat Islam yang marah mengenai isu DNA khinzir dalam dua produk coklat Cadbury, baru-baru ini.

Iklan Babi Cadbury

Bagi melahirkan rasa tidak puas hati itu, ada pihak yang dengan rajinnya telah mengubahsuai video komersil coklat berkenaan.

Biarpun agak melucukan, namun ia mempunyai maksud yang cukup mendalam sebenarnya.

Saksikan..



Tuesday, May 27, 2014

Senarai Barang Ada DNA Babi HALAL

Senarai Barang Ada DNA Babi HALAL

Isu “Rokok Ada Sel Babi” bangkit semula selepas isu coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Rokok Ada Sel Babi

Isu rokok ada sel babi ni dah lama, tapi mungkin zaman tu ledakan internet belum begitu terasa.

Berita ni hanya berlegar di kalangan yang membaca surat dan internet hanya yang ada sahaja ketika itu. Boleh bilang dengan jari orang yang ada internet masa tu berbanding zaman ini, maklumat hanya di hujung jari. Isu panas terus boomm, budak kecil pun tahu. Elok sangat isu ini dibangkitkan semula.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Senarai Nama Barang yang Ada Babi Halal

Babi-halal

Senarai barang yang mengandungi lemak babi
  • Minyak masak LAM SOON (Cap Helang dan Buruh)
  • Ubat Pearl Cream Arche (Thailand)
  • Ajinomoto (Thailand)
  • Ais krim berharga RM1.00 ke atas
  • Semua tauhu buatan orang cina
  • Sabun LUX dan Lotion Badan Buatan Malaysia, USA dan Thailand
  • Sabun Fab berbuku
  • Lobak Jeruk
  • Mee dan Kueteow basah (buatan cina)
  • Krim Muka Hazeline Snow

Senarai nama barang yang mengandungi kulit babi, uri dan binatang yang tidak halal
  • Semua jenis serbuk mee segera terutama Maggi
  • Pucuk, kulit popia, fish cake dan bebola ikan buatan orang cina
  • Daging burger import
  • Sardin, kari ayam dalam tin dan yon taufu buatan orang cina
  • Kasut bola jenis ‘Gold Cup’
  • Berus gigi jenis ‘Reach’
  • Mee kering (sanggol)
  • Semua sabun mandi yang diimport
  • Ajinomoto kecuali keluaran kilang lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
  • Semua jenis shampoo kecuali keluaran orang islam
  • Have Pearl Cream
  • Ramuan Kentucky Fried Chicken dan Mc Donald
  • Ubat kurap buatan orang cina
  • Beehon segera siam
  • Mee rebus tulang dan kiub perasa ayam
  • Sabun mandi yang berminyak

Senarai nama yang mengandungi gelatin (Lemak babi dan binatang tidak halal)
  • Bosset wine gum
  • Dairy milk coklat
  • Coklat cadbury/Chewing gum
  • Sugus strawberry
  • Passer Doily Mixture
  • Trebo Mint Chewing gum/ Peppermint
  • Scothes vikmin
  • Share extra atrenght
  • Black current jelly
  • Royal gulaman dan Decart oranges
  • Valvis gelatin
  • Sarung kapsul ubat
  • Ais krim dalam bekas plastik
  • Gula-gula fruities
  • Cake mets vilber punch
  • Coklat cake
  • Tepung kastard lady’s choice
  • Semua jenis jelly
  • semua jenis gincu
  • Semua jenis Sheisedo
  • Lady’s choise jelly
  • Pringgles Patoto Chip’s

Senarai nama yang mengandungi alkohol dan unsur-unsurnya
  • Barangan AVON keseluruhannya
  • Pewangi ketiak terutama jenama Vitalis dan Concord
  • Minyak rambut Brylcream (hijau)
  • Racun serangga jenis spray seperti Shelltox, Baygon dan Mortin
  • Seluruh ubat batuk jenis sirup
  • Keseluruhan ball pen dakwat kering
  • Tonik bayi grape water, Tonik waterberry compound

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Istimewanya Kota Madinah Di Hati Rasulullah

Istimewanya Kota Madinah Di Hati Rasulullah

Info Agama. Madinah sangat istimewa buat umat Islam, ia adalah kota suci kedua selepas Mekah. Terletak di daerah Hedzjaz, Semenanjung Arab, kira-kira 275 kilometer dari Laut Merah, 450 kilometer dari Kota Mekah dan 1,000 kilometer dari Riyadh, Arab Saudi.

Kota Madinah

Rasulullah SAW adalah orang yang bertanggungjawab menjadikan kota ini sebagai kota suci (al-Haram).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud' "Sesungguhnya Nabi Ibrahim menjadika Mekah sebagai tanah haram, aku pun menjadikan Madinah sebagai tanah haram". (HR Muslim)

Sebelum berhijrah, Baginda pernah bermimpi berhijrah ke sebuah tempat. Sabda Nabi yang bermaksud, "Aku bermimpi telah berhijrah dari Mekah ke suatu tempat yang terdapat pokok kurma, anganku melayang pada Kota Yamamah atau Hajar dan ternyata ia adalah Kota Yathrib". (HR Bukhari)

Cinta itu turut dizahirkan daripada perbuatan Baginda seperti yang dinyatakan dalam hadis yang bermaksud, "Ketika Rasulullah pulang dari mengunjungi mana-mana tempat dan melihat tembok Kota Madinah, Baginda menundukkan kenderaannya, walaupun ketika berada di atas unta. Baginda melakukannya kerana sangat mencintai kota ini". (HR Bukhari)

Malah Baginda berdoa agar Madinah dan penduduknya sentiasa dilimpahi dengan keberkatan, sebagaimana dinyatakan dalam hadis ini, "Ya Allah, jadikanlah keberkatan Kota Madinah, dua kali ganda keberkatan Kota Mekah". (HR Bukhari)

Sebuah lagi yang turut menggambarkan betapa berertinya kota ini buat Baginda, sehingga tidak mahu ia dinodai dengan dosa. Sebaliknya, Nabi mahukan agar Madinah sentiasa disimbah cahaya keimanan.

Sabda Baginda yang bermaksud, "Sesungguhnya keimanan akan menjalar ke Kota Madinah sebagaimana ular menjalar ke sarangnya". (HR Bukhari)

Beberapa buah hadis menyebut tentang keistimewaan menunaikan solat serta beribadat di masjid yang dibina oleh Baginda sewaktu menetap di Madinah. Sabda Nabi yang bermaksud, "Tidak dianjurkan untuk berkunjung kecuali di tiga buah masjid iaitu, Masjidilharam, Masjidil Nabawi dan Masjid Aqsa". (HR Bukhari)

"Solat di masjidku lebih baik daripada seribu solat di masjid lain kecuali Masjidilharam". (HR Bukhari)

"Antara rumahku dan mimbarku ini adalah sebahagian dari taman-taman syurga dan mimbarku ini di atas kebunku". (HR Bukhari)

Oleh itu tidak hairanlah kota ini menjadi lambang cinta seorang Rasul yang tidak terperi. Banyak riwayat yang menceritakan betapa hebatnya cinta Nabi terhadap kota ini.

Justeru, Baginda sentiasa berdoa agar kota itu menjadi kota yang mereka cintai. Ini dibuktikan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "Ya Allah, berikanlah kami kecintaan terhadap Madinah seperti cinta kami terhadap Mekah atau melebihinya".

"Madinah adalah tempat hijrahku, disanalah tempat tinggalku, dari sana aku nanti akan dibangkitkan, penduduknya adalah tetanggaku, tentulah menjadi suatu kewajipan bagi umat menjaga tetanggaku". (Al-Firdaus oleh Ad-Dailami)

Doa mohon keberkatan takdir

"Ya Allah, berikanlah kerelaan kepada diriku untuk biasa menerima takdir-Mu dan berkatilah aku dalam perkara yang telah engkau takdirkan untuk diriku sehingga aku tidak akan senang untuk menyegerakan takdir yang masih Engkau tangguhkan dan aku tidak akan senang untuk menangguhkan takdir yang telah Engkau datangkan lebih cepat".

-Sentiasapanas.com