Tuesday, May 27, 2014

Coklat BABI Cadbury Berdepan Saman RM100 Juta!

Coklat BABI Cadbury Berdepan Saman RM100 Juta!

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA babi.

Coklat BABI Cadbury

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

"Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya.

“Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

"Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut.

"Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam.

"Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja beragama Islam," katanya.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA babi.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak.

"Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian.

"Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya. -Sinar Harian

Umat Islam boleh saman syarikat coklat

Coklat BABI Cadbury [2]

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan umat Islam yang mempunyai bukti serta berasa tertipu dengan syarikat pengeluar coklat Cadbury boleh mengemukakan saman menuntut ganti rugi, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Beliau berkata, Jakim disaran mengambil tindakan tegas terhadap Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd susulan penemuan DNA khinzir dalam dua produknya selain meminta syarikat itu memohon maaf secara terbuka dengan beberapa syarat lain.

"Saya menyarankan Jakim mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar yang telah memberi salah representasi mengenai isu halal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, Jakim perlu tegas untuk memberi pengajaran kepada syarikat terbabit dan semua pengeluar produk makanan supaya lebih sensitif dalam isu halal haram terutama bagi umat Islam.

Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).

Dalam pada itu, Jakim berkata keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA khinzir dalam dua sampel coklat Cadbury itu akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh dalam tempoh tujuh hari.

Mengulas isu sama, Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) berkata ia akan bekerjasama dengan Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) untuk menyediakan khidmat guaman kepada masyarakat Islam bagi menyaman syarikat itu.

"Bagi kalangan masyarakat Islam, ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Syarikat itu tidak sepatutnya keluarkan produk itu kerana ia turut menganiaya pekerja beragama Islam dalam syarikat itu sendiri," kata Presiden JMM Mohd Azwanddin Hamzah. -Bernama

Status halal Malaysia tercabar

Logo Halal

Timbalan Pengerusi 1 Pas Pusat, Nasrudin Hassan melahirkan rasa kesal di atas pengesahan dua sampel produk keluaran Cadbury Dairy Milk iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond yang mengandungi DNA babi (Porcine) yang jelas mencabar kewibawaan status halal Jakim.

Menurutnya yang merangkap Ahli Parlimen Temerloh, kenyataan Jakim yang sebelum ini menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah membabitkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat kini mula diragui.

"Pada Mac lalu, negara sudah dikejutkan dengan laporan 1.3 juta ekor ayam yang disembelih setiap harii di 2,000 pusat penyembelihan ayam di seluruh negara diragui status halalnya, dan kali ini kita dikejutkan dengan isu DNA babi dalam makanan kita.

"Isu ini mencalar imej Malaysia sebagai sebuah negara yang telah diiktiraf sebagai peneraju pembangunan industri halal dan diberi kepercayaan mengetuai rundingan dalam kalangan negara Islam bagi mewujudkan standard halal universal, ianya akan memberi kesan serta implikasi negatif kepada umat Islam, pengambilan bahan makanan haram mempengaruhi tingkah-laku khususnya aspek spiritual mereka," katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, usaha umat Islam untuk memenuhi kriteria ‘halalan thoyyiba’ pada sudut pemakanan disia-siakan dengan pengambilan produk berkenaan tanpa sedar disebabkan kesilapan dan kecuaian pihak-pihak tertentu.

Justeru, beliau mengambil langkah mendesak pihak kerajaan dan Jakim untuk mengambil tindakan proaktif dan afirmatif dengan melakukan pemeriksaan mengejut secara besar-besar kepada semua pengeluar produk makanan khususnya kepada syarikat pengeluar makanan yang telah diberikan sijil halal oleh Jakim sebelum daripada ini.

Tambahnya lagi, tindakan tegas seperti denda dan pembatalan sijil halal dan lesen pernigaan perlu dibuat terhadap pihak yang tidak mematuhi standard yang telah ditetapkan. -Sinar Harian

-Sentiasapanas.com

Adakah Sekadar Meraikan Israk Mikraj?

Adakah Sekadar Meraikan Israk Mikraj?

Info Agama. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad SAW ) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Isra’: 1).

Israk Mikraj

Peristiwa ini diperingati pada setiap 27 Rejab tahun hijrah sekalipun ulama berbeza pandangan mengenainya dengan tujuan mengukur keimanan kita sebagai umat Islam. Iaitu untuk beriman kepada perkara-perkara ghaib yang di luar fikiran logik manusia dengan meyakini tanda-tanda kekuasaan Allah.

Di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku ialah Nabi Muhammad dibelah dadanya untuk dibersihkan, melewati tempat-tempat bersejarah seperti Kota Thaibah (Madinah), Bukit Thursina dan Baitul Laham, dipertemu dengan para nabi, dipertonton peristiwa-peristiwa ajaib dan dipertemu dengan Allah, yang akhirnya membawa kepada pensyariatan solat fardhu lima kali sehari semalam.

Hakikatnya hikmah bersejarah peristiwa Israk dan Mikraj ini bukan sekadar mengenai perjalanan ajaib Rasulullah dan peristiwa-peristiwa yang dialami dalam tempoh satu malam akan tetapi juga mengandungi iktibar yang besar kepada umat manusia.

Pertama, sentiasa berpegang teguh kepada kebenaran sekalipun kebenaran itu mungkin tidak difahami atau disenangi oleh orang lain. Kualiti inilah yang dipegang oleh Nabi Muhammad ketika baginda menyampaikan khabar "perjalanan malam" kepada kaumnya. Dikhabarkan bahawa terdapat umat Islam yang murtad setelah mendengar peristiwa yang disampaikan oleh Rasulullah ini.

Prinsip berpegang kepada kebenaran termasuklah dari segi percakapan, perbuatan, pemerhatian, persaudaraan dan ibadah. Berpegang kepada kebenaran bukanlah bermaksud bercerita mengenai aib orang kepada pihak yang tidak sepatutnya, masalah rumah tangga kepada kepada orang luar dan lain-lain yang boleh membawa kepada fitnah.

Justeru, misalnya mendiamkan perihal dosa yang pernah dilakukan terdahulu yang kemudiannya telah bertaubat nasuha bukanlah satu pembohongan. Sebaliknya ia adalah lebih baik didiamkan daripada diceritakan kepada orang yang berkemungkinan mencetuskan fitnah.

Kedua, sebuah persahabatan yang ikhlas sebagaimana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar sehingga beliau mendapat gelaran As-Siddiq kerana terus membenarkan kata-kata Nabi Muhammad berkenaan peristiwa Israk Mikraj. Situasi ini mengajar kita bahawa kehidupan di dunia ini tidak semata-mata berpusat kepada diri sendiri dan keluarga. Bahkan kehidupan manusia di dunia ini juga adalah sebagai makhluk sosial dengan menjaga hubungan sesama jiran tetangga dan sahabat handai.

Jambatan persaudaraan dan persahabatan ini tidaklah bermakna segala-gala perkara harus dikongsi bersama seperti kisah rumah tangga masing-masing, pemilikan aset seperti wang tunai dan hartanah kerana ia bukan prasyarat dalam ukhuwah.

Sebaliknya silaturrahim dijaga atas dasar perjuangan agama, permuafakatan, saling membantu, berkasih sayang dan merentasi umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Justeru, seandainya kita memilih untuk sentiasa bermusuhan dengan masyarakat, maka sesungguhnya kita telah membina kehidupan dalam kerugian.

Ketiga, sentiasa menginsafi hakikat adanya balasan terhadap setiap perbuatan baik dan perbuatan yang tidak baik yang dilakukan oleh umat manusia. Sekalipun tidak diterima di dunia, pasti ada bahagiannya di akhirat kelak. Dengan menyedari hakikat ini mudah-mudahan kita akan sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan balasan dan pengiktirafan manusia kerana Allah pasti akan membalasnya sekalipun bukan di dunia.

Begitu juga perbuatan yang tidak baik dilakukan oleh manusia seperti langgar lari, mencuri, mengumpat dan seumpamanya. Kita mungkin mampu menyembunyikan daripada manusia tetapi tidak mungkin kita boleh menyorokkannya daripada pengetahuan Allah. Justeru umat manusia diseru agar sentiasa bertaubat tanpa menangguh hingga penghujung usia.

Keempat, adalah untuk menghargai setiap waktu yang kita ada semasa hayat di dunia. Sebagaimana Nabi Muhammad diperlihatkan dalam peristiwa Israk Mikraj akan seorang wanita tua yang bongkok sebagai simbolik hayat bagi dunia yang kita diami ini sebelum berlakunya kiamat pada bila-bila masa. Begitu juga dengan hayat kita sebagai manusia yang boleh dipanggil pulang oleh Allah pada bila-bila yang dikehendaki-Nya.

Justeru waktu yang kita ada di dunia ini hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik, yang membahagiakan diri kita dan orang lain, yang menguntungkan dan membuahkan kejayaan serta sentiasa membawa kita kepada mengingati Allah.

Permusuhan hendaklah dielakkan lebih-lebih lagi melibatkan perkara-perkara kecil dan remeh. Hal demikian kerana permusuhan akan mengambil sebahagian daripada hayat kita untuk melakukan perkara yang sia-sia yakni membenci seseorang.

Memperingati peristiwa Israk Mikraj pada setiap tahun hijrah seharusnya dapat mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah. Hal demikian dengan memperakui adanya perkara-perkara ghaib yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar mahupun boleh diterima logik akal akan tetapi menjadi petunjuk kepada tanda-tanda kekuasaan-Nya.

Sebagai umat Islam yakinlah bahawa tiada yang mustahil kepada Allah dan sebagai hamba-Nya hendaklah kita menghargai kehidupan yang kita miliki hari ini.

Penulis ialah Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

10 Pemain Bola Sepak Paling Kaya 2014

10 Pemain Bola Sepak Paling Kaya 2014

Senarai 10 pemain terkaya dunia termasuk dua bintang Liga Perdana Inggeris ini yang merangkumi aset, gaji, tempoh kontrak, bonus dan pengesahan penajaan.

Jom baca siapa mereka..

Cristiano Ronaldo
RM660 juta (£122 juta)

Cristiano Ronaldo

Pemain Portugal yang dinobatkan pemain terbaik dunia 2013 ini hanya sedikit mengatasi pesaingnya Lionel Messi selepas berada di kedudukan teratas senarai pemain terkaya di dunia.

Lionel Messi
RM652 juta (£120.5 juta)

Lionel Messi

Bintang Barcelona yang juga pemenang Ballon d'Or 2013, Lionel Messi berada di kedudukan kedua di belakang Ronaldo, dengan Barca dikecewakan tiga kali berturut-turut selepas gagal mengatasi Real dalam merebut kejuaraan La Liga sebelum ini.

Samuel Eto'o
RM378 juta (£70 juta)

Samuel Eto'o

Pemain Cameroon, Samuel Eto'o, menerima pemotongan gaji sebanyak RM70 juta (£13 juta) selepas menyertai Chelsea dari Anzhi Makhachkala musim ini, dengan gajinya berubah dari RM1,900,000 (£350,000) kepada RM540,000 (£100,000). Ketika di Rusia beliau merupakan pemain bola sepak yang menerima gaji tertinggi di dunia.

Wayne Rooney
RM373 juta (£69 juta)

Wayne Rooney

Penyerang Manchester United ini baru sahaja menandatangani kontrak terbesar dalam sejarah bola sepak British yang mana beliau akan menerima RM460 juta (£85 juta) dalam tempoh lima tahun akan datang. Dengan perjanjian baru ditambah dengan pelbagai perjanjian penajaan, ia membuatkan Rooney menjadi pemain bola sepak Inggeris yang menerima bayaran tertinggi.

Kaka
RM365 juta (£67.5 juta)

Kaka

Pemain Brazil ini kecundang di Real Madrid, namun kembali bangkit ke prestasi terbaiknya di AC Milan. Beliau pastinya akan dikenang sebagai salah seorang pemain kegemaran kelab itu.

Neymar
RM356 juta (£66 juta)

Neymar

Selepas membuat perpindahan besar ke Eropah pada musim lalu, Neymar meletakkan dirinya dalam senarai 10 pemain terkaya. Bintang Barcelona, Neymar, kini turut bersama skuad negaranya, Brazil, untuk bersaing dalam Piala Dunia yang dijadual berlangsung tidak lama lagi.

Ronaldinho
RM346 juta (£64 juta)

Ronaldinho

Pemain berusia 33 tahun ini meninggalkan Eropah empat tahun lalu tetapi dia kekal sebagai pemain bola sepak yang paling dikenali di dunia. Beliau yang kini beraksi di Atletico Mineiro masih mempamerkan kemampuan dan bakatnya.

Zlatan Ibrahimovic
RM308 juta (£57 juta)

Zlatan Ibrahimovic

Selepas siri perpindahan di kalangan kelab besar termasuk AC Milan, Inter, Barcelona, Juventus dan PSG, turut menyaksikan Zlatan mengumpul kekayaan yang besar. Pemain lincah Sweden ini adalah salah seorang pemain paling berkarisma dan juga mempunyai perjanjian penajaan besar dengan jenama sukan Nike.

Gianluigi Buffon
RM281 juta (£52 juta)

Gianluigi Buffon

Kapten Itali dan Juventus ini adalah penjaga gol yang menerima bayaran paling tinggi dalam dunia bola sepak selepas menandatangani kontrak besar dengan Old Lady.

Thierry Henry
RM254 juta (£47 juta)

Thierry Henry

Thierry Henry adalah salah seorang daripada dua pemain yang beraksi di luar Eropah yang tersenarai dalam 10 pemain terkaya dunia. Beliau menandatangani kontrak lumayan dengan New York Red Bulls pada 2010. Lagenda Arsenal itu kini berusia 36 tahun tetapi masih menjadi penjaring utama di kelab MSL.

[Sumber]

Monday, May 26, 2014

5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS

5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS

Di Amerika Syarikat, kewujudan geng motor sememangnya sudah lama bertapak. Walaupun perbuatan ganas mereka begitu meresahkan pihak berkuasa, namun sehingga kini, motosikal mereka masih lagi menderu-deru di jalanan.

Berikut merupakan 5 Geng Motor Paling Ditakuti Di AS.

Outlaws

Outlaws Gang Motor

Geng motor ini merupakan yang paling lama di AS. Lahir pada tahun 1935 di Bar Matilda, ia menjadi acuan bagi geng motor yang lain. Mereka sering melakukan aktiviti penjualan dadah secara terbuka.

Hell’s Angels

Hell’s Angels

Merupakan geng motor terbesar di AS. Geng yang memiliki lambang tengkorak bersayap ini ditubuhkan pada tahun 1948 di California. Aktiviti mereka bukan hanya touring, juga melakukan aktiviti penjualan dadah dan merompak sejumlah minimarket.

Mongols MC

Mongols MC

Ini adalah geng motor yang terdiri dari orang-orang yang kecewa terhadap kumpulan Hell’s Angels. Setelah ditubuhkan, geng ini jadi musuh utama Hell’s Angels. Mereka kerap bergaduh dengan anggota Hell’s Angels, malah sanggup berbunuhan hanya kerana hal-hal kecil yang remeh-temeh.

Warlocks

Warlocks Philadephia

Geng motor yang sangat terkenal kerana sikap rasis. Hanya orang berkulit putih sahaja yang akan diterima menjadi anggota kumpulan. Geng yang diasaskan oleh veteran perang AS pada 1967 di Philadephia, memiliki lambang menyerupai simbol mitologi Yunani kuno, Harpy. Biasanya mereka akan menyerang geng lain yang keturunan Afrika.

Bandindos

Bandindos

Didirkan pada tahun 1966 di Texas oleh kelompok veteran perang Vietnam. Lambang mereka unik, gambar kartun orang Mexico.

BACA INI JUGA: Top 5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

[Sumber][Edited by SP]

Tahukah Anda Betapa Berkhasiatnya Biji Tembikai?

Tahukah Anda Betapa Berkhasiatnya Biji Tembikai?

Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain.

Khasiat Biji Tembikai

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat.

Ia kaya vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.

Ramai yang sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan.

Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebaliknya dikunyah bagi mendapat­kan khasiatnya. Misalnya di negara Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek atau dicampur bersama salad. Di Nigeria pula, biji tembikai dijadikan antara bahan dalam penyediaan sup.

Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan saja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki.

Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebusnya selama 45 minit di dalam periuk bertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan ­lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan.

Tubuh memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan.

Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein.

Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein.

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa gebu dan lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengelak masalah penuaan pramatang.

Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.

BACA INI JUGA: Khasiat Lobak Merah Yang Anda Tidak Pernah Tahu

Sumber: Hmetro

15 Produk Jenama Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

15 Produk Jenama Coklat Cadbury Ada DNA Babi?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempertikaikan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendedahkan keputusan ujian tiga sampel coklat Cadbury hanya selepas tiga bulan analisis itu dilakukan.

Coklat Cadbury ada babi

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, keputusan itu juga hanya dimaklumkan secara rasmi selepas maklumat berkenaan bocor dan tersebar luas melalui media sosial dan ia disifatkan sebagai penganiayaan kepada pengguna.

Beliau turut mendakwa, pihaknya dimaklumkan masih terdapat kira-kira 15 produk lain dipercayai mengandungi asid deoksiribonulkleik (DNA) babi namun belum didedahkan KKM kepada umum.

“Kenapa baru sekarang maklumat ini didedahkan sedangkan ujian dibuat pada Februari lagi.

Dan jika benar ada 15 produk lain turut mengandungi DNA babi, kenapa masih dirahsiakan?” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya Akta Halal yang pernah dicadangkan kerajaan 15 tahun lalu diwujudkan bagi mengendalikan hal seumpama ini, bukannya sekadar bergantung kepada Akta Perihal Dagangan 2011.

“Insya-Allah Selasa ini kami (PPIM) akan panggil semua NGO (badan bukan kerajaan) Islam untuk bersama menyatakan bantahan serta mengambil tindakan terhadap Cadbury mewakili seluruh umat Islam di Malaysia.

“Ini kerana mereka gagal memastikan produk yang dihasilkan halal walaupun sudah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Kami juga mahu produk Cadbury disita semuanya, bukan hanya yang disahkan ada DNA babi kerana mengikut Akta Makanan 1983 pun, jika ada keraguan boleh sita semua sekali.

Kita tak mahu kelak ada manipulasi untuk tukar pembungkusan atau sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Yusof Abdul Rahman meminta pengeluar coklat itu memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai keputusan analisis itu jika mereka tidak tahu mengenainya.

“Isu ini seolah-olah didiamkan.

Jika ujian dilakukan pada Februari, adakah Cadbury juga tidak tahu mengenainya atau mereka mengambil langkah berdiam diri untuk menyelamatkan pasaran? Kami mahukan penjelasan. -Hmetro

“Jangan Ada Logo Halal Tapi Tak Halal”

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Syarikat pengeluar makanan perlu lebih bertanggungjawab sebelum memasarkan produk mereka di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata sekiranya sesuatu produk itu sudah mendapat logo halal, maka isi kandungannya juga perlulah sentiasa bebas dari sebarang unsur tidak halal.

“Janganlah pula ada logo halal tetapi letak barang tidak halal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah anjuran Pharmaniaga Berhad di pusat beli belah eCurve di sini.

Beliau berkata mengulas mengenai pendedahan Kementerian Kesihatan yang mendapati dua sampel coklat Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine).

Dr Hilmi berkata syarikat pengeluar produk berkenaan perlu menarik balik produk mereka di pasaran.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen derma darah, Dr Hilmi berkata kini dengan adanya teknologi Apheresis yang digunakan Pusat Darah Negara (PDN), penderma mempunyai pilihan untuk menderma hanya komponen darah seperti plasma, platlet atau sel darah merah.

“Dengan teknologi ini, darah penderma tidak diambil sepenuhnya tetapi, komponen diperlukan sahaja diambil seperti platlet dan teknologi ini selamat serta tidak mempunyai kesan sampingan kepada penderma.

“Jadi masyarakat tidak perlu risau, kerana menderma darah sememangnya tidak mendatangkan kesan negatif kepada pendermanya,” katanya.

Seorang penderma darah warga emas, Ong Lim Chuen, 59, berkata beliau berasa bangga kerana dapat melakukan sumbangan kecil kepada pesakit yang memerlukan darah.

“Kempen kesedaran mengenai kepentingan menderma darah perlu ditingkatkan lagi dan masyarakat tidak perlu risau kerana tiada sebarang masalah akan timbul sekiranya individu yang sihat tubuh badan menjalani pendermaan darah,” katanya yang sudah menderma sebanyak 39 kali setakat ini.

Kempen derma darah selama dua hari bermula hari ini anjuran syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad dengan kerjasama PDN berlangsung di pusat beli belah eCurve bertujuan memberi peluang kepada pengunjung menderma darah tanpa perlu hadir ke hospital pada hujung minggu ini. -mStar Online

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Sanggup Makan Babi Demi Cokelat Cadbury!

Tak dinafikan memang ramai umat Islam yang mempunyai pemahaman kurang sempurna tentang agama.

Sepatutnya bila itu berlaku, kenalah belajar untuk menjadi lebih faham.

Malangnya ada sesetengah orang Islam ini, bukan sahaja jahil malah begitu yakin pula menunjukkan kejahilannya pada orang lain.

Habis semua hukum agama dibantai mengikut logik dan kesenangan diri sendiri sampai kadang-kadang kelihatan menggugat akidah.

Contohnya status Facebook yang dibuat seorang remaja berkaitan cokelat.

Kata adik ni, tak ada sebab orang muda sepertinya nak boikot makan cokelat Cadbury semata-mata isu haram sebab itu cuma mainan politik.

Baginya babi tak boleh makan kalau dalam bentuk daging, dah jadi cokelat tak apa…

Anak siapalah ni ye? Kalau tahu siapa ibu bapanya mintalah mereka hantar anak belajar agama sebab sesat sangat dah ni! -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Rakaman CCTV Penuntut Malaysia Selepas Dirogol

Rakaman CCTV Penuntut Malaysia Selepas Dirogol

Seperti pernah disiarkan sebelum ini pada 17 Mei lalu merupakan tarikh yang menjadi detik ngeri buat seorang penuntut Malaysia di Indonesia apabila dirogol tiga lelaki tidak dikenali.

Pelajar-Malaysia-Kena-Rogol-Di Bandung

Mahasiswi kedoktoran dari Universiti Padjadjaran, Bandung itu diculik ketika mahu mengeluarkan wang di ATM berhampiran rumah sewanya.

Mangsa kemudiannya dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki dalam kereta yang dipandu sebelum ditinggalkan 40 kilometer dari tempat dia diculik di tempat letak kereta RM Grafika, Tangkuban Perahu.

Kejadian ini rupa-rupanya sempat dirakam sebuah kamera CCTV yang terdapat pada salah satu restoran di situ.

Amat menyedihkan apabila dapat dilihat, mangsa berjalan terhuyung hayang selepas ditinggalkan sambil meminta pertolongan.

Dia kemudiannya diselamatkan pasangan suami isteri yang membawanya ke hospital.


Selain dirogol, mangsa juga disamun penjenayah terbabit yang turut mengambil wang tunai, telefon bimbit dan komputer riba miliknya.

Kereta penjenayah turut dapat dilihat dalam rakaman CCTV memecut meninggalkan lokasi selepas menurunkan mangsa.

Sudah pasti, insiden ini merupakan satu pengalaman pahit buat mangsa yang berusia 20 tahun dan baru berada di semester satu pengajiannya.

Didoakan semoga penjenayah kejam yang terlibat dalam kes ini akan segera dapat ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.

Sumber: Mynewshub.my

7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia

7 Gangster Wanita Paling Menakutkan Di Dunia

Ada beberapa perkara di dunia yang tidak kelihatan seksi walaupun ia dilakukan oleh seorang wanita. Lebih-lebih lagi pula jika anda terpaksa menerima arahan daripada wanita tersebut.

Gangster girl

Dan lebih menakutkan lagi apabila wanita yang memberikan arahan itu adalah seorang ketua gangster ataupun 'God Mother'. Ini bukanlah cerita gurauan tentang wanita-wanita yang menjadi pemimpin dalam dunia gangster.

Bagi anda yang menyatakan bahawa dunia jenayah hanyalah permainan lelaki pasti akan berfikir dua kali setelah mengenali mereka.

Berikut merupakan 7 wanita yang pernah menggemparkan dunia jenayah.

Judy Moran

Judy Moran 'Family Matriarch'

Judy Moran adalah seorang wanita berusia 66 tahun yang telah memimpin gangster terbesar di Melbourne. Dia digelar dengan gelaran 'Family Matriarch'.

Xie Caiping

Xie Caiping

Hampir setahun yang lalu, kota Chongqing, China melakukan tindakan tegas membenteras keganasan.

Satu operasi besar-besaran menangkap hampir 1,500 suspek yang kesemuanya berada di bawah pimpinan Xie Caiping.

Caiping menjalankan perniagaan kasino secara haram dan bertanggungjawab untuk mengawasi polis bagi melindungi anak-anak buahnya.

Sandra Avila Beltran

Sandra Avila Beltran

Dengan gelaran sebagai "Ratu Pasifik', Sandra lahir dan dibesarkan untuk menjadi 'God Mother' di Mexico. Bapa saudaranya pula adalah 'God Father' Mexico.

Sandra mendapat gelaran itu kerana bertanggungjawab dalam merapatkan hubungan antara kartel Valle del Norte Colombia dan kartel Sinaloa serta membantu mengembangkan aktiviti penyeludupan di sepanjang Pantai Pasifik Mexico.

Sandra dipenjarakan atas tuduhan jenayah terancang, penggubahan wang haram dan konspirasi pengedaran dadah.

Rosetta Cutolo

Rosetta Cutolo

Wanita ini menjadi seorang gangster kerana merasa sedih dan kecewa ketika saudaranya ditangkap polis Itali.

Dia kemudiannya meneruskan perniagaan yang dijalankan saudaranya itu. Dia disenaraikan sebagai suspek yang paling dikehendaki di Itali kerana termasuk dalam keluarga Raffaele Cutolo, Nuova Camorra Organizzata (NCO), iaitu gangster yang paling ditakuti di Itali.

Setelah menyerbu markas polis Itali pada tahun 1981, dia menghabiskan masa selama 10 tahun sebagai buruan sehinggalah dia akhirnya menyerah diri.

Maria Licciardi

Maria Licciardi

Dari tahun 1993 hingga 2001, Maria Licciardi adalah ketua keluarga Licciardi dan 'Capo di Tutti Capi' sebuah kumpulan gangster dari Napoleon.

Dibawah pimpinannya, keluarga Licciardi lebih tersusun dan lebih menguntungkan dalam semua usaha mereka.

Mungkin sumbangannya yang paling penting adalah memperkenalkan industri pelacuran di Camorra.

Padahal sebelum itu ada beberapa kod etika yang melarang mafia mendapatkan wang hasil daripada pelacuran.

Perkara ini mungkin nampak janggal dengan memikirkan seorang wanita sepatutnya mampu menghalang wanita daripada dijadikan pelacur.

Maria Leon

Maria Leon

Seorang ibu berusia 44 tahun dengan 13 anak mungkin kedengaran tidak bahaya. Namun berbeza dengan Maria Leon, dia menjadi ketua sindiket pengedaran dadah terbesar yang menguasai timur laut Los Angeles dan Beirut.

Dia menyusun perniagaannya dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya.

Griselda Blanco

Griselda Blanco

Ketika berusia 11 tahun, dia menculik kanak-kanak keluarga kaya yang tinggal bersebelahan dengan tempat tinggalnya untuk mendapatkan wang tebusan.

Apabila ibu bapa kanak-kanak yang diculiknya tidak mahu membayar wang tebusan, dia akan membunuh kanak-kanak tersebut.

Setelah berpindah ke New York dari Colombia di era 70an, dia memulakan kariernya dalam penyeludupan dadah.

Dia melarikan diri ke Miami bagi mengelakkan dakwaan pihak berkuasa. Dan disanalah dia meletakkan Miami sebagai ibukota kokain Amerika.

Dia dipercayai telah mendalangi lebih daripada 200 pembunuhan termasuk ketiga-tiga suaminya. Pada tahun 1988, dia ditangkap oleh DEA di California dan menghabiskan 16 tahun dipenjara.

Apabila dibebaskan pada tahun 2004, dan dihantar ke Colombia namun tidak pernah lagi dilihat sehingga kini.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, May 24, 2014

Pelik! Pelangi Muncul Pada Waktu Malam

Pelik! Pelangi Muncul Pada Waktu Malam

Info Pelik. Kita biasa melihat pelangi muncul pada waktu siang yang biasanya muncul semasa matahari bersinar ketika hujan gerimis atau selepas hujan berhenti.

Moonbow

Tetapi bagaimana pula dengan pelangi pada waktu malam? Mungkin ia kedengaran pelik, tetapi fenomena unik ini memang benar-benar berlaku dan dikenali sebagai Moonbow.

Moonbow adalah pelangi yang dihasilkan oleh pantulan, pembiasan dan penyebaran cahaya dari bulan yang berinteriaksi dengan titisan air hujan yang turun dari langit.

Sama seperti pelangi di waktu siang, Moonbow terjadi disebabkan oleh pembiasan cahaya. Pelangi pada waktu siang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari, manakala pelangi yang terjadi pada waktu malam pula disebabkan oleh pembiasan cahaya bulan.

Lunar-Rainbow
Pengunjung yang mahu menyaksikan Moonbow.

Moonbow sangat jarang terjadi kerana memerlukan keadaan dan kriteria khusus untuk menyebabkan fenomena itu berlaku.

Masa terbaik untuk melihat Moonbow adalah ketika bulan penuh kerana cahaya yang banyak diperlukan untuk mewujudkan fenomena ini.

Bulan perlu berada pada titik rendah iaitu pada kedudukan disekitar 42 darjah di langit pada waktu malam yang gelap selepas hujan.

Tidak seperti pelangi berwarna-warni yang dihasilkan oleh cahaya matahari pada waktu siang, Moonbow kelihatan berwarna putih dan kurang jelas pada mata kasar kita. Ini kerana cahaya bulan terlalu malap untuk merangsang reseptor kon warna di mata manusia.

Akibatnya, mata manusia sukar untuk membezakan warna dalam Moonbow dan ia sering kelihatan berwarna putih sahaja.

Walau bagaimanapun, warna-warna sebenar Moonbow akan dapat dilihat dalam gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure'.

Moonbow Victoria Water Falls
Moonbow di Air Terjun Victoria, Afrika.

Selain pembiasan cahaya bulan pada titisan air hujan, cahaya yang dipantulkan oleh bulan pada percikan air di air terjun juga menghasilkan Moonbow. Cara terbaik untuk melihat Moonbow pada air terjun adalah dengan berdiri di antara air terjun dan bulan penuh dibelakang anda.

Lokasi-lokasi air terjun yang selalu berlaku fenomena Moonbow adalah di Yosemite Falls, California dan Cumberland Falls, Kentucky, Amerika Syarikat. Selain itu, Moonbow juga sering dilihat di air terjun di Victoria Falls, Afrika.

Air terjun Yosemite Falls adalah salah satu tempat popular untuk menyaksikan fenomena ini. Ramai orang akan berkunjung ke Yosemite Falls setiap tahun untuk melihat dan merakam fenomena unik itu.

Jika bulan penuh muncul dan langit cerah di Yosemite Falls, akan ada cahaya yang mencukupi untuk menghasilkan pelangi di air terjun tersebut.

Moonbow Yosemite Falls, California
Moonbow di Air terjun Yosemite Falls, California.
.
Musim luruh dan musim panas adalah masa yang sangat sesuai untuk menikmati spektrum cahaya menakjubkan ini di air terjun Yosemite. Keindahan pelangi itu akan dapat dilihat pada waktu malam hingga beberapa jam sebelum matahari terbit.

Sementara itu, seorang jurugambar, Charlie Hamilton James yang pernah merakamkan Moonbow di air terjun Victoria, Afrika, memberitahu bahawa Moonbow tidak terlalu menarik apabila dilihat dengan mata kasar. Ia hanya kelihatan seperti lengkungan cahaya berwarna putih yang malap.

Tetapi selepas melihat hasil gambar yang diambil dengan menggunakan teknik 'Long Exposure' iaitu dengan membiarkan kamera dipasang untuk masa yang lama akan mendedahkan keindahan sebenar Moonbow.

Dan percayalah, ia adalah pemandangan yang sangat menakjubkan!

-Sentiasapanas.com

12 Tangga Paling Cantik Di Dunia

12 Tangga Paling Cantik Di Dunia

Bila dilihat adakah sesetengah seni lukisan pada tangga ini sama dengan seni lukisan di bandar anda? Jika tidak, mungkin ini akan memberi inspirasi kepada anda dan komuniti untuk menghasilkan suatu seni lukisan pada tangga yang mampu memukau orang yang melaluinya.

Apa yang membuatkan tangga ini begitu cantik? Seni jalanan yang ditampilkan pada tangga ini mampu menarik ramai orang yang melihatnya. Malah seni lukisan pada tangga ini boleh dijadikan inspirasi di negara lain yang tidak mempraktikkan seni jalanan sebegini.

1. Philadelphia Museum of Art

Philadelphia Museum of Art

2. 16th Avenue Tiled Steps, San Francisco

16th Avenue Tiled Steps, San Francisco

3. Valparaíso, Chile

Valparaíso, Chile

4. Seoul, South Korea

Seoul, South Korea

5. Sicily, Italy

Sicily, Italy

6. Rio de Janeiro, Brasil

Rio de Janeiro, Brazil

7. Stairs to the musical theater in Seoul, South Korea

Stairs to the musical theater in Seoul, South Korea

8. Beirut, Lebanon

Beirut, Lebanon

9. Stairs of Peace in Syria

Stairs of Peace in Syria

10. Morlaix, France

Morlaix, France

11. Istanbul, Turkey

Istanbul, Turkey

12. Rio de Janeiro, Brazil

Rio de Janeiro, Brasil

Sumber: Mynewshub.my