Thursday, March 27, 2014

MH370: Boeing Dan MAS Bakal Berdepan Saman!

MH370: Boeing Dan MAS Bakal Berdepan Saman!

Lebih ramai keluarga penumpang MH370 menghubungi firma guaman yang berpangkalan di Chicago untuk membantu mereka memfailkan saman terhadap pembuat pesawat itu, Boeing dan Malaysia Airlines (MAS) kerana yakin tragedi berlaku kerana kegagalan mekanikal.

MH370 - Ribbeck Law Chartered

Keluarga – dari China, Malaysia dan Indonesia – adalah yang terakhir menghubungi Ribbeck Law Chartered, iaitu pakar undang-undang penerbangan, selepas firma itu memfailkan petisyen penemuan dalam Mahkamah Negeri Circuit of Cook, Illinois, bagi pihak Dr Januari Siregar yang hilang anak berusia 25 tahun apabila pesawat MH370 terhempas.

Dr Januari yang juga seorang peguam, menghubungi Ribbeck kerana dia bekerja dengan mereka semasa pesawat Garuda Indonesia terhempas lima tahun lalu.

Petisyen itu bertujuan untuk mendapatkan rekabentuk dan pembuatan bermasalah yang mungkin menyebabkan tragedi melibatkan 239 penumpang dan anak kapal di atas pesawat itu.

Seramai 239 penumpang di atas pesawat itu termasuk 153 warganegara China dan 12 anak kapal yang semuanya rakyat Malaysia.

Pemfailan ini, kata Ketua Litigasi Penerbangan Global Ribbeck, Monica Kelly, adalah tindakan pra-litigasi untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam tragedi itu.

Boeing dinamakan sebagai defendan pertama manakala MAS, sebagai syarikat penerbangan dinamakan sebagai defendan kedua.

“Kami yakin kedua-dua defendan bertanggungjawab ke atas tragedi pesawat MH370,” kata Kelly.

Beliau mendedahkan, pihak yang terlibat mempunyai masa 30 hari untuk menjawab petisyen ini, di mana selepas ini firma itu akan memfailkan saman bernilai jutaan ringgit bagi pihak keluarga terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami jangka akan mewakili lebih 50% daripada keluarga penumpang yang berada di atas pesawat itu,” tambahnya.

“Keluarga nampanya menerima hakikat bahawa pesawat itu terhempas dan mereka sedia menerima punca sebenar mengapa ia berlaku dan tindakan ini akan memberikan mereka maklumat.

“Kami akan buktikan kegagalan mekanikal dalam rekabentuk pesawat adalah punca kapal terbang ini terhempas,” katanya.

MH370, pesawat Boeing 777-200ER, hilang daripada radar pada 8 Mac selepas terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Selepas 17 hari pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan berdasarkan bukti baru, pesawat MH370 itu berakhir di selatan Lautan Hindi, tenggara Perth, Australia, tanpa ada yang terselamat.

Bagaimanapun, tiada sebarang cebisan ditemui sehingga kini walaupun beberapa satelit berjaya merakam objek di kawasan dinyatakan.

122 Objek Dikesan Di Lautan Hindi

Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) telah menerima data imej satelit baru dari Airbus Defence and Space di Perancis semalam berkaitan objek yang ada kemungkinan datang dari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata imej berkenaan telah dirakam pada Ahad lepas.

“ARSM telah membuat analisis ke atas data terbaru satelit berkenaan yang menunjukkan satu kawasan di Lautan Hindi dengan keluasan kira-kira 400 km persegi menunjukkan 122 objek berpotensi dari MH370.

“Sesetengah objek bersaiz kira-kira 1 meter panjang dan objek lain ia bersaiz berbeza, sesetengah objek berwarna terang yang dijangkakan bahan berupa pepejal, ia dikesan kira-kira 2,557km dari Perth, Australia,” kata Hishammuddin dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Menurut beliau informasi itu segera diberikan kepada pihak berkuasa Australia yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di koridor Selatan di Lautan Hindi.

“Maklumat data satelit yang diterima ARSM segera diberikan kepada Pusat Koordinasi Menyelamat Australia di Perth semalam,” katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata perlu diingatkan kesemua objek berkenaan masih belum boleh disahkan daripada peswat MH370 tetapi ia adalah satu lagi petunjuk baru dalam mengesan pesawat berkenaan.

“Kita masih belum boleh membuat pengesahan objek berkenaan adalah serpihan pesawat MH370 bagaimanapun ini adalah satu lagi petunjuk baru yang akan membantu operasi SAR pesawat MH370,” katanya.

Dengan kemasukan data satelit dari Airbus berkenaan, sehingga kini terdapat empat petunjuk data imej satelit telah diterima dari Australia, China dan Perancis dengan menunjukkan objek yang berkemungkinan adalah serpihan pesawat itu.

Operasi SAR MH370 masuk hari ke-19 hari ini selepas pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dikendalikan oleh juruterbang MAS Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantu juruterbang Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Antikythera, Misteri Kecanggihan Artifak Purba!

Antikythera, Misteri Kecanggihan Artifak Purba!

Pada tahun 1901, sekumpulan penyelam melakukan pencarian di dasar lautan berdekatan Pulau Antikythera di Yunani (Greece). Di situlah terkuburnya bangkai kapal Rom yang gah suatu ketika dahulu.

Misteri Antikythera

Sebuah serpihan artifak purba dibawa naik. Strukturnya ganjil. Mempunyai banyak gear seperti sebuah penggerak mekanikal. Para saintis segera melakukan kajian. Hasilnya sangat mengejutkan.

Artifak yang digelar Antikythera mechanism itu merupakan satu kejuruteraan mekanikal yang begitu kompleks. Mengandungi roda gerigi dengan bebola yang tinggi mekanisme buatannya.

Kajian bertahun-tahun mendapati, artifak ini ada kaitannya dengan ilmu astronomi. Sama ada ia digunakan sebagai peralatan untuk kaji bintang mahupun berfungsi sebagai alat penunjuk arah untuk menuju ke sesuatu destinasi berdasarkan kedudukan matahari, bulan dan bintang.

Usianya? Lebih kurang 2,000 tahun! Anggaran ia dibuat sekitar awal tahun 100 Sebelum Masihi. Dan inilah yang memeningkan para saintis yang mengkaji artifak ini.

Bagaimana teknologi secanggih artifak ini boleh wujud pada 2,000 tahun lampau, sedangkan teknologi seperti ini didapati wujud sekitar abad ke-15?

"Alat ini luar biasa. Hitungan astronominya dalam menjejaki sesuatu destinasi sungguh mengagumkan dan sangat tepat.

"Kami terngaga seakan tidak percaya melihat ketelitian dalam pembuatannya," kata salah seorang profesor yang pakar dalam bidang astronomi yang mengkaji artifk purba ini.

Malah, dia menyifatkan Antikythera Mechanism yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi di Athens lebih bernilai harganya berbanding potret Monalisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vinci.

Sehingga kini, tiada seorang pengkaji pun mampu merungkai pembuatan teknologi ini. Bahkan, mereka sentiasa tertanya-tanya, bagaimana mesin hebat seperti ini boleh dicipta pada zaman di mana manusia ketika itu belum lagi mampu meneroka hukum graviti, ilmu anatomi bahkan ilmu astronomi!

Bagaiman manusia di zaman purba dulu mempunyai teknologi sehebat itu? Persoalan ini terus menjadi tanda tanya para saintis.

Atau mungkin kita boleh persoalkan semula, sejarah peradaban yang ditulis para pengkaji tidak tepat faktanya?

Artifak Antikythera Mechanism mungkin salah satu bukti bahawa manusia zaman silam beribu-ribu tahun dahulu sudah mampu mencipta teknologi tinggi dan hebat berbanding manusia hari ini.

Bukan sekadar bertelanjang atau hidup dalam gua-gua batu seperti yang dimomokkan dalam buku-buku sejarah moden.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, March 26, 2014

MH370: Mimpi Ustaz Darul Manzil Pesawat Dirampas?

MH370: Mimpi Ustaz Darul Manzil Pesawat Dirampas?

Assalamualaikum.. Semalam, saya tidak bercadang kemana-mana ekoran seharian menahan sakit akibat gout.

MH370-terhempas

Sekitar jam 11 malam, sahabat lama saya (Fadli) datang ke rumah bersama adiknya. Tujuan mereka datang adalah kerana pinta saya ikhtiarkan mengubati Pak Cik mereka yang mengalami masalah sihir.

Kalau orang lain memang saya akan menolak. Tapi bila mengenangkan si Fadli ni kawan lama saya sejak dari darjah 1 dan kami pernah susah-senang bersama ketika bujang dulu, maka saya terima perlawaannya. Diringkaskan cerita, saya pulang ke rumah jam 3:10 pagi.

Lapar pulak perut saya bila sampai di rumah. Maka saya ajak isteri menemani saya makan di luar, di restauran yang hanya 2 kilometer dari kediaman kami. Sekitar jam 4 pagi, kami sudah ada di rumah. Mungkin kerana terlampau penat, saya terus lena sebaik saja kepala menghempas bantal.

Sebelum tidur, memang saya selalu bacakan Al-Kautsar 11 kali dan kemudian nyatakan seperti ini, “Ya Allah, kalau ada sesuatu untukku / pesakitku / penyakitku / apa saja, kau tunjukkanlah.” Entah kenapa malam tu saya terniat MH37O...

Saya melihat 2 pesawat terbang di udara. Sebuah adalah MH370 dan saiz kapal yang satu lagi lebih kecil berbanding MH370 tetapi bukan jenis kapal terbang tempur. Kapal terbang yang satu lagi itu juga bukan jenis pesawat komersial. Pada pendapat saya yang tidak arif tentang model kapal terbang, saya andaikan itu adalah pesawat persendirian.

Kedua-dua kapal itu terbang rendah di persisiran pantai yang kedudukan geografinya berbatu-batu besar. Saya kira pantai sebegitu bukan destinasi pelancongan kerana persisirannya membahaya untuk didiami..

Saya kemudian diperlihatkan suasana yang berlaku dalam kapal terbang MH370. Dari ruang penumpang, saya lihat masing-masing cemas di tempat duduk masing-masing. Melilau saya berjalan di dalamnya mencari krew penerbangan. Rupanya pramugari dan pramugara duduk di ruang belakang dan ruang depan berdekatan almari simpanan makanan. Ada dua bayi yang saya lihat menangis sambil ditenangkan ibu masing-masing. Mereka seolah-olah diberi amaran untuk tidak beralih dari tempat duduk. Wajah mereka ketakutan sama sekali.

Saya berjalan menuju ke ruang kemudi. Memang pelik bila saya lihat Kapten kapal dan pembantunya berhempas pulas menekan suis-suis yang ada dan cuba memusing stereng kawalan. Sepertinya, kapal terbang itu dikawal secara auto. Cemas wajah kedua-dua juruterbang tersebut.

Tiba-tiba, saya rasakan kapal terbang itu melencong ke kiri dan naik tinggi secara mendadak. Berhempas pulas Kapten cuba mengawal stereng pandu namun tiada apa-apa kesan.

Tidak semena-mena kapal itu turun menjunam, kemudian terbang stabil membelah lautan. Saya terdengar suara di corong radio.

“You don’t ever try to change the route. There are no chance to turn back to your country. We control everything, we knew what you done inside”

Pemandangan saya ditarik keluar dari luar kapal terbang MH370. Saya seperti terbang di awan-awangan melihat kedua-dua pesawat di permukaan lautan yang saya tidak tahu namanya. Tiba-tiba, saya lihat pesawat yang satu lagi melepaskan sesuatu ke depan yang kemudian turun menjunam ke air sehala laluan MH370.

Kemudian, ruang air yang ditimpa ‘benda’ itu membuahkan letupan yang amat besar. Kapal terbang MH370 kemudian melalui ruang tersebut dan disedut ke dalam air dari ekor pesawat. Kelihatan ruang air di bawahnya berputar. Kapal terbang MH370 menjunam ke dalam air dari bahagian ekornya. Beberapa kali ia berpusing sebelum hilang dari pandangan.

Pesawat yang satu lagi melencongkan arahnya ke kiri dan terbang membelah awan. Saya masih di situ, memerhati kejadian yang tak pernah saya lihat dalam hidup. Sebaik saja air pusaran hilang, saya lihat dua serpihan besi terapung-apung di permukaan air. Serpihan itu terumbang ambing mengikut gelombang ombak yang ganas.

Saya tidak tahu apa yang berlaku pada nasib penumpang di dalam MH370.. Menitis air mata bila melihat kejadian itu. Tiba-tiba saya tersedar dari tidur… Termenung saya memikirkan mimpi yang dialami.

Saya berharap itu semua hanyalah mainan tidur dan sangat-sangat berharap kesemua penumpang di dalam MH370 masih hidup.. Sama-samalah kita berdoa akan keselamatan mereka.. Amin. –USTAZ DARUL MANZIL

Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

Pengarah, Spike Jonze pernah mendedahkan bahawa watak OS Samantha yang dilakon suara oleh Scarlett Johansson dalam filem "Her" sebenarnya diberikan lebih awal kepada pelakon Samantha Morton (dan kerana itu juga nama watak tersebut Samantha).

Scarlett Johansson

Namun sebaik sahaja produksi tamat, pihak penerbit merasakan ada yang tidak kena dan tidak meyakinkan tentang versi Morton dan keserasiannya dengan pelakon utama, Joaquin Phoenix. Lalu Morton digantikan dengan Johansson.

Kasihan Samantha Morton. Tapi dia bukanlah pelakon pertama yang dilepaskan (atau bahasa kurang manisnya, 'dipecat') oleh pihak produksi.

Antara yang lain termasuk;

Richard Gere
Watak Chico, "The Lords of Flatbush" (1974)

Richard Gere

Menurut Sylvester Stallone, pelakon utama filem ini, watak Chico lakonan Perry King sebelum ini sebenarnya telah diberikan kepada bintang "Pretty Woman", Richard Gere.

Namun begitu, Gere terlalu mendalami karakter sehingga hampir menyakiti Stallone dalam latihan. Stallone akui bahawa Gere banyak melakukan perkara-perkara yang menjengkelkannya sehingga dia memutuskan untuk memberi kata dua pada pengarah filem tersebut, Martin Davidson dan Stephen verona, untuk memilih antara mereka.

"Mereka akhirnya pilih saya, dan sehingga ke hari ini Richard Gere tidak menyukai saya," ujar Stallone dengan selamba.

Pengajaran: Jangan cari pasal dengan orang yang pernah jadi Rambo dan Rocky!

Eric Stoltz
Watak Marty McFly, "Back to the Future" (1985)

Eric Stoltz

Sekalipun dari awal lagi pengarah Robert Zemeckis mahukan Michael J. Fox sebagai Marty McFly dalam filem tersebut, kesibukan Fox dalam siri TV "Family Ties" tidak membolehkan dia membintangi filem tersebut. Maka pihak produksi membuat keputusan untuk menyerahkan tanggungjawab melakonkan watak tersebut kepada pelakon Eric Stoltz.

Malangnya, sekalipun telah empat minggu membuat penggambaran, Zemeckis merasakan pelakon "Fast Times at Ridgemont High" itu tetap tidak sesuai dengan watak McFly, remaja sekolah tinggi 80-an yang sesat di tahun 1955 dalam mesin masa itu. Malah produser Steven Spielberg mengatakan Stoltz terlalu serius dan dramatik untuk watak tersebut yang sepatutnya lucu.

Akhirnya, Stoltz digugurkan dari filem tersebut dan pihak produksi sekali lagi cuba mendapatkan Michael J. Fox. Mujur kali ini Fox berjaya mengatur jadualnya dan memungkinkan dia melakukan kedua-dua siri TV dan filem aksi advencer tersebut.

Pengajaran: Adakalanya kehebatan lakonan dramatik bukan sesuatu yang dicari.

Stuart Townsend
Watak Aragorn, "The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring" (2001)

Stuart Townsend

Sebelum Viggo Mortensen, watak Aragorn, pemimpin de facto The Fellowship dalam filem adaptasi "Lord of the Rings" karya J.R.R. Tolkien ini diberikan kepada pelakon "Battle in Seattle", Stuart Townsend. Namun begitu, sehari sebelum penggambaran bermula, Townsend digantikan dengan Mortensen atas alasan dia terlalu muda untuk watak tersebut, sekalipun Townsend telah menghabiskan masa selama dua bulan membuat latihan. Tambah menjengkelkan lagi, Townsend tidak dibayar untuk susah payahnya berlatih selama dua bulan!

Pengajaran: Jika anda sudah diberi peranan, itu tidak bermakna pengarah tidak akan ubah fikiran.

Harvey Keitel
Watak Kapten Willard, "Apocalypse Now" (1979)

Harvey Keitel

Filem perang klasik arahan Francis Ford Coppola ini pada mulanya memberikan watak Kapten Benjamin J. Willard, kapten tentera yang dipertanggungjawabkan memasuki hutan rimba ketika Perang Vietnam untuk mencari Kolonel Pasukan Khas, Walter E. Kutz (Marlon Brando), kepada pelakon Harvey Keitel, yang popular melalui filem "Reservoir Dogs" dan "Pulp Fiction".

Namun begitu, hanya selepas seminggu membuat penggambaran, Coppola membuat keputusan untuk menggantikan Keitel dengan Martin Sheen, selepas Keitel mengatakan dia mengalami kesukaran untuk melakonkan watak Willard sebagai seorang yang pasif seperti yang diminta pengarah tersebut.

Pengajaran: Pendapat anda yang mungkin tidak sekufu dengan pendapat pengarah akan menyebabkan anda digantikan dengan orang yang boleh mendengar kata.

Sean Young
Watak Tess Trueheart, "Dick Tracy" (1990)

Sean Young

Bintang jelita Sean Young, yang terkenal dengan perangai diva dan sukar dikawal, telah diberikan peranan sebagai Tess Trueheart, watak cinta buat karakter titular lakonan Warren Beatty ini.

Namun begitu, tidak sampai beberapa minggu dalam penggambaran, Young telah dipecat dan digantikan dengan Glenne Headly, bukan kerana perangainya, tapi kerana studio produksi mengatakan dia tidak cukup keibuan untuk melakonkan watak tersebut.

Tapi menurut Young sendiri, dia digugurkan kerana enggan akur pada perlakuan Warren Beatty yang dianggap sebagai gangguan seksual terhadap dirinya. Dia berkata, "Saya amat bersyukur bila digugurkan. Saya tidak akan mampu bekerjasama dengan Beatty."

Namun begitu, pihak Beatty telah menafikan tuduhan tersebut.

Pengajaran: Adakalanya ada hikmah di sebalik pengguguran.

Megan Fox
Watak asalnya Mikaela Banes, "Transformers: Dark of the Moon" (2011)

Megan Fox

Sekalipun dia muncul dalam dua filem "Transformers" arahan Michael Bay sebelum ini sebagai Mikaela, teman wanita Sam (Shia LaBeouf), sesuatu yang diperkatakan Fox tentang Bay membuatkan studio produksi cukup bengang sehinggakan dia dipecat dari francais tersebut dan digantikan dengan watak baru lakonan Rosie Huntington-Whiteley.

Dalam temuramahnya dengan pihak media, Fox telah menyamakan Bay dengan Hitler. Sekalipun Bay tidak begitu terasa dengan kritikan Fox, penerbitnya, Steven Spielberg, seorang aktivis Holocaust, amat marah dengan komen yang dibuat Fox dan menggugurkan pelakon tersebut dari filemnya.

Pengajaran: Jangan buat lawak tentang Hitler dengan Steven Spielberg.

Lindsay Lohan
Watak Max McKenzie, "The other Side" (2011)

Lindsay Lohan

Ketika seluruh dunia menanti saat dia jatuh dan dia sendiri sudah tiga tahun tidak menghasilkan filem baru, Lindsay Lohan cuba untuk menaikkan semula kerjaya lakonannya dan begitu teruja menerima tawaran untuk membintangi filem sulung arahan David Michaels, "The Other Side".

Namun begitu, studio produksi tidak yakin dengan keazaman Lohan dan merasakan lebih baik mereka melabur untuk orang lain berbanding mengambil risiko menggunakan khidmat Lohan, yang terkenal dengan perangai yang tidak menentu. Lalu mereka membuat keputusan untuk menggugurkannya dan digantikan dengan pelakon lain.

Pengajaran: Jangan jadi Lindsay Lohan.

Ryan Gosling
Watak Jack Salmon, "The Lovely Bones" (2009)

Ryan Gosling

Sebelum watak Jack Salmon, si bapa yang bersedih selepas kematian anak perempuannya dalam filem "The Lovely Bones" arahan Peter Jackson diberikan kepada Mark Wahlberg, Ryan Gosling telah diberikan tanggungjawab melakonkan filem tersebut.

Gosling, yang begitu berdedikasi dan bersemangat untuk melakonkan wataknya, membuat keputusan untuk menaikkan berat badannya sehingga 30kg. Namun begitu, tindakannya itu hanya mengundang kemarahan Jackson, yang mempunyai visi berbeza tentang rupa Jack Salmon.

Tapi tidak seperti Townsend yang marah pada Jackson bila digugurkan, Gosling mengakui dia juga telah membuat keputusan yang salah. Katanya, "Ia filem yang besar dan banyak benda yang perlu diuruskan. Jackson tidak ada masa untuk menguruskan hal setiap seorang pelakon yang ada dan saya pula muncul di lokasi dengan idea yang berbeza. Jadi akhirnya saya hanya gemuk dan tidak ada pekerjaan!"

Pengajaran: Tanya pengarah sebelum ubah bentuk badan.

BACA INI JUGA: Selebriti Terkenal Yang Menjadi Inspirasi Lagu Hits

Sumber: Yahoo.Malaysia

Seni Ciuman Suami Untuk Merangsang Isteri

Seni Ciuman Suami Untuk Merangsang Isteri

Dalam aktiviti seksual berkemungkinan besar anda tidak menggunakan salah satu alat atau senjata terbaik ini secara maksimum. Alat atau senjata tersebut ialah adalah mulut anda. Wanita memang sering dambakan ciuman seorang lelaki.

Cium isteri

Kita tidak hanya berbicara tentang oral seks di sini, walaupun anda perlu memberi kenikmatan oral secara teratur jika anda ingin menjadi pasangan yang baik.

Dan kami akan melangkaui mencium di mulut dalam artikel ini, yang anda harus kuasai sekarang ialah jika anda ingin mencium pasangan anda di tempat lain (tubuhnya).

Ciuman mesra dan hangat ini diharap dapat menyemarakan lagi hubungan dengan pasangan anda, kerana ia juga dapat membantu menghilangkan stres isteri anda.

Simulasi mulut anda dapat dibahagikan kepada berbagai berbagai cara seperti mencium, menjilat, menggigit dan menghisap.

Mana-mana kawasan yang biasanya anda sentuh dengan tangan anda kemungkinan besar akan merasa lebih baik jika dirangsang oleh mulut yang basah dan hangat.

Lelaki selalunya mencium wanita di beberapa tempat kegemaran mereka yang jelas sahaja seperti mulut, sementara yang lain sering diabaikan.

Telinga

Selain bibir, ciuman pertama yang harus lelaki berikan ialah di kawasan telinga.

Telinga adalah kawasan ciuman yang terdedah yang sering diabaikan dan menggunakan mulut anda adalah cara terbaik untuk merangsang mereka.

Menggigit lembut daun telinga ialah cara yang boleh dipercayai untuk menghantar reaksi menggigil pada tubuh wanita.

Walaupun ciuman ini mendatangkan kegelian pada pasangan anda dan kadang kala mereka ketawa, anda harus cuba mengusapkan bibir anda terhadap telinganya, bulu-bulu lembut halus anda pada telinganya mampu  mencipta gelombang geli yang mengasyikan.

Belakang leher

Belakang leher adalah kawasan yang boleh mendatangkan ghairah wanita.

Berikan ciuman mulut anda dibelakang lehernya lebih-lebih lagi apabila dia tidak sedar dan anda memberikan ciuman mengejut pada kawasan tersebut dengan mendekati dia secara diam-diam dari belakang, menyapu rambutnya dari belakang leher dan ciuman di situ.

Dia akan melupakan tugas dan inginkan sesuatu yang lebih daripada anda.

Muka

Ini bukan bermaksud ada hanya memberi ciuman bibir dan mulut sahaja.

Ada beberapa kawasan yang menjadi titik kesukaan seorang wanita pada wajahnya. Berikan ciuman ringan di pipinya, dahi, rahang, malah hidung dan kelopak matanya yang tertutup.

Tapi jangan menjilat wajahnya. Jangan menggigit. Wajahnya perlu dicium dengan kelembutan dan rasa hormat.

Pangkal Bahu

Sementara pakaiannya masih pada badan, salah satu tempat yang paling intim anda boleh meletakkan beberapa ciuman di sepanjang pangkal bahunya.

Pangkal bahu seorang wanita dikatakan mempunyai titik-titik nikmat yang bersambung dengan payudaranya.

Mulakan dengan ciuman di sana sebelum anda berpindah ke tempat lain sementara dia berpakaian lengkap.

Pinggul

Pinggulnya lebih sensitif daripada yang ada sangkakan. Boleh jadi kerana mereka begitu dekat dengan pusat kenikmatan fizikalnya.

Apapun alasannya, mencium, menjilat dan menggigit pada pinggulnya akan menghantar arus kenikmatan kejari-jari kakinya dan naik ke atas kepalanya.

Jangan mengabaikan bahagian ini dengan memberikan ciuman hangat.

Payudara

Menempatkan mulut anda pada payudara isteri boleh menjadi sangat seksi, tapi jika salah melakukannya boleh mengundang kesakitan.

Mencium, menjilat dan menghisap semua dianjurkan dengan seberapa lembut malah menggigit boleh diterima selama anda melakukannya dengan betul.

Payudaranya sangat sensitif, jadi jangan lupa bahawa anda perlu melayan mereka secara lemah lembut.

Payudara seharusnya tidak lebam ketika anda 'selesai' dengan mereka. Juga, ingat bahawa putingnya bukan satu-satunya bahagian yang memerlukan perhatian.

Gunakan mulut anda sebelum turun ke payudaranya untuk memberi kesan yang maksimum.

Kawasan yang anda tidak patut cium

Tidak kira di mana mulut anda berakhir, itu mungkin akan meninggalkan keasyikan namun, ada beberapa bahagian tubuh wanita yang anda harus mendapatkan izin untuk sebelum mulut anda hinggap dan meneroka, termasuk kaki dan kemaluanya.

Beberapa wanita tidak suka membiarkan kawasan sensitifnya diterokai, minta izin terlebih dahulu sebelum anda menerokai.

Ada juga wanita yang suka ibu jari kakinya dihisap dan digigit manja dan mainan lidah dikawasan tersebut. Namun begitu, anda harus tahu sejauh mana kerelaan pasangan anda membenarkannya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, March 25, 2014

Bakar Kulit Untuk Kelihatan Cantik!

Bakar Kulit Untuk Kelihatan Cantik!

Info Kesihatan. Demi untuk cantik, perasaan takut dan rasa sakit ditolak ke tepi. Sebahagian wanita di China, sanggup mengambil risiko dengan meletakkan api dimuka semata-mata ingin kelihatan sihat dan muda.

Huo Liau

Rawatan kecantikan menggunakan api sebenarnya bukanlah perkara luar biasa di China. Malah, penduduk di sana telah mengetahui perkara ini sejak lama dahulu.

Mereka menamaknnya sebagai 'Huo Liau', yang bermaksud rawatan api. Ia merupakan satu bentuk terapi alternatif yang diamalkan secara meluas dan sangat popular di kalangan penduduk China.

Huo Liau biasanya dilakukan di pusat rawatan kecantikan atau salon. Boleh dikatakan, hampir kebanyakan tempat seperti itu menawarkan terapi api kepada orang ramai.

Prosedur kecantikan pelik ini biasanya dimulakan dengan merendam tuala muka ke dalam cecair alkohol dan sedikit ubat sebelum dilekapkan ke muka pelanggan.

Huo Liau [2]

Tuala tersebut kemudian dinyalakan dengan api dan dibiarkan terbakar selama seminit atau lebih.

Kebaikan rawatan ini dikatakan mampu merangsang sel-sel baru dan menegangkan kedutan sehingga kulit tampak lebih muda.

Rawatan api tidak hanya terhad diletakkan di muka untuk tujuan kecantikan tetapi kaedah sama juga digunakan pada mana-mana bahagian badan.

Antaranya, belakang badan, kaki, perut dan kepala. Cara ini dipercayai mampu menjadi penawar ajaib dalam merawat sakit sendi, insomnia, senak, obesiti dan selsema.

Huo Liau [3]

Walaupun kaedah ini dikatakan selamat dan tidak berbahaya, tetap timbul persoalan dan keraguan tentang keberkesanannya.

Adakah rawatan api benar-benar memberi kesan positif seperti didakwa?

-Sentiasapanas.com

Rayuan BR1M 3.0 Bermula 1 April 2014

Rayuan BR1M 3.0 Bermula 1 April 2014

Mereka yang gagal dalam permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 boleh membuat rayuan bermula 1 April ini.

Rayuan BR1M 3.0 2014

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang rayuan boleh didapati di mana-mana cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Borang rayuan yang lengkap diisi beserta dokumen berkaitan perlu dihantar ke pejabat LHDN sebelum 30 April 2014,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Husni dalam pada itu memaklumkan, tempoh perlindungan takaful i-BR1M untuk penerima bantuan itu bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Menurutnya, perlindungan untuk kes kematian bukan kemalangan sebanyak RM1,000, kematian akibat kemalangan dan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan masing-masing RM30,000.

Tambah beliau, borang tuntuan i-BR1M boleh didapati di pejabat pengendali Takaful atau boleh di dimuat-turun menerusi laman web www.malaysiantakaful.com.my atau https://ebr1m.hasil.gov.my.

“Sebarang pertanyaan berkenaan tuntutan i-BR1M, boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan i-BR1M di talian 03-2716 2716 atau melalui e-mel kepada i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 69 kes penipuan atau salah guna baucar BR1M dikesan setakat ini dan siasatan terperinci sedang dilakukan.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda dan disenarai hitam sebagai penerima BR1M.

Ahmad Husni memaklumkan, seramai 6.8 juta orang layak menerima BR1M 2014 melibatkan peruntukkan sebanyak RM3.37 bilion dan 57 peratus atau 3.68 juta dariapada mereka telah menerima bantuan itu menerusi akaun bank masing-masing.

Manakala, 43 peratus atau 2.80 juta penerima yang tidak mengemukakan akaun bank termasuk transaksi pindahan kredit tidak berjaya, bayaran akan diterima secar aberperingkat melalui Majlis Pengagihan BR1M dan seterusnya penerima boleh menunaikan terus di BSN, Public Bank, Maybank dan CIMB. -Mynewshub.my

Misteri Penyakit Daging Bertukar Batu!

Misteri Penyakit Daging Bertukar Batu!

Info Pelik. Setiap langkah dan pergerakan dalam kehidupan harian Lucy Pratt perlu sentiasa dilakukan secara berhati-hati.

Lucy Pratt

Luka kecil akibat terhantuk atau terjatuh boleh bertukar menjadi igauan ngeri kepada gadis berambut perang ini.

Manakan tidak, wanita yang berasal dari Stourbridge, West Midlands, England ini menghidap sindrom pelik yang menyebabkan dagingnya mengeras menjadi tulang.

Pratt langsung tidak boleh terluka kerana setiap kecederaan yang dialami walaupun sedikit sudah cukup untuk mempercepatkan pembekuan daging menjadi keras.

Cerita Pratt, dia mula mengalami gejala tersebut ketika berusia 15 tahun.

Katanya, seperti kanak-kanak lain, dia menjalani kehidupan normal sehinggalah pada suatu hari, dia terjatuh semasa sedang bermain.

Tanpa disangka, satu benjolan besar timbul pada belakang badannya dan semakin membengkak setiap hari sehingga dia berasa sangat sakit.

"Benjolan itu sebesar tapak tangan dan berwarna kemerah-merahan. Saya tidak boleh baring atau meletakkan sebarang beban di kawasan yang tercedera kerana terlalu sakit," tuturnya seperti dipetik portal Daily Mail.

Bimbang dengan keadaan kesihatan Pratt, ibu bapanya, Nick dan Sheryll Hadley membawa anak gadis mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Keputusan ujian biopsi pada mulanya mendapati dia menghidap penyakit nekrosis miositis proliferatif yang mana gentian otot dan kulit menjadi bengkak serta kemerah-merahan.

Aktiviti lasak

Lucy Pratt Aged three

Bagaimanapun, dia disahkan menghidap fibrodisplasia osfikans progresiva (FOP) apabila salah seorang doktor mendapati ibu jari kaki kanannya lebih kecil berbanding kaki kiri yang mana keadaan itu merupakan gejala umum pesakit FOP.

Ujian X-ray serta beberapa pemeriksaan lain turut mengesahkan bahawa Pratt menghidap penyakit tersebut.

Dalam usia yang baru menjangkau 27 tahun, wanita ini sudah tidak mampu menggerakkan sebahagian tubuh termasuk leher kerana kesan kecederaan yang berlaku sebelum ini.

Dia tidak lagi dibenarkan melakukan aktiviti lasak dan sukan kerana dikhuatiri akan ditimpa kecederaan serius.

"Saya tidak mampu memandu kereta, memakai baju serta menyikat rambut," katanya sambil memberitahu, semua itu terpaksa dilakukan dengan bantuan ibunya.

Walaupun masih dapat berjalan, pergerakannya sangat terbatas. Dia juga tidak boleh mengangkat tangan melepasi paras kepala.

Keadaan itu dikatakan akan terus merebak ke bahagian lain tubuh dan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Dalam kata lain, wanita ini sedang bertarung dengan masa sebelum seluruh badannya menjadi kaku seperti batu dan terperangkap dalam tubuh sendiri.

Meskipun kesihatan fizikalnya tidak seperti manusia normal, gadis ini berjaya menghabiskan sesi persekolahan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Mutasi tisu

Lucy Pratt with her mother

Malah, lulusan Universiti Oxford dalam bidang Sains Fisiologikal itu kini bekerja sepenuh masa dengan sebuah syarikat penerbitan sains bioperubatan di London.

Menurut pakar perubatan dari Universiti Oxford, Prof. Dr. Paul Wordsworth, kecederaan juga boleh membuatkan sendi-sendi pesakit menjadi keras kerana pertumbuhan tulang berlaku tanpa henti.

Jelasnya, pertumbuhan tulang berkembang dari atas ke bawah sama seperti pertumbuhan tulang ketika di peringkat janin.

Kebiasaannya, keadaan ini akan bermula pada leher dan seterusnya merebak ke bahu, lengan, dada dan kaki.

Namun, dalam sesetengah kes, penyakit ini juga bermula pada bahagian punggung, perut dan akhir sekali kepala.

Wordsworth memberitahu, setakat ini, masih belum ada penawar untuk merawat penyakit berkenaan.

"Apa yang boleh dilakukan hanya proses melewatkannya supaya tidak merebak dengan cepat selain menjalankan pembedahan pengasingan gen yang menyebabkan daging menjadi keras.

"Tulang yang terus tumbuh tanpa henti juga perlu dipotong bagi melambatkan proses ini," ujarnya.

[Sumber]

MH370: Pesawat SAH Terhempas Secara Misteri

MH370: Pesawat SAH Terhempas Secara Misteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas malam ini mengesahkan bahawa MH370 yang hilang sejak 17 lalu sebagai terhempas di Selatan Lautan Hindi.

MH370: Pesawat SAH Terhempas Secara Misteri

MH370 disahkan terbang ke koridor selatan dan berakhir di kawasan 2,500 kilometer dari bandar Perth, Australia.

Hasil itu diperoleh melalui analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan.

“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin memaklumkan bahawa menurut data terkini, Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

“MH370 terbang ke koridor selatan dan posisi terakhir adalah di selatan Lautan Hindi.

“Dengan kesedihan dan kekesalan yang mendalam, saya ingin memaklumkan, dengan data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi,” katanya.

Keluarga penumpang yang terlibat kata beliau telah dimaklumkan mengenai rumusan itu.

Pada peringkat ini, kesemua penumpang dianggap sebagai terkorban dalam tragedi itu.

Jelas beliau, sidang akhbar berkaitan perkembangan baru itu akan dibuat esok bagi memberikan lebih banyak maklumat.

Beliau bagaimanapun meminta pihak media akan menghormati privasi keluarga para penumpang yang terlibat.

Tambah Najib, berita itu pasti menyedihkan pihak keluarga dan beliau meluahkan rasa simpati yang amat kepada semua waris mangsa.

Ketika pengumuman itu dibuat, ramai wartawan yang mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 turut menitiskan air mata.

Pesawat malang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Usaha mencari dibahagikan kepada dua koridor iaitu koridor utara yang menganjur dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke sebelah utara Thailand, manakala koridor selatan meliputi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Operasi SAR MH370 disifatkan sebagai yang terbesar seumpamanya dalam sejarah membabitkan lebih 27 negara. -Mynewshub.my

Penjelasan Inmarsat Bagaimana Ia Merumuskan MH370 Terhempas

Inmarsat MH370

Lokasi kehilangan MH370 diperkecilkan melalui pengkajian yang rapi terhadap ‘ping’ dari kapal berkenaan kepada satelit, menurut syarikat Inmarsat dari United Kingdom (UK) yang menyediakan data satelit koridor utara dan selatan, semalam.

Peningkatan tahap kompleks dalam mengkaji maklumat itu merupakan penyebab mengapa selepas dua minggu baru sebarang rumusan yang kukuh dicapai, tambah syarikat itu.

Menurut laporan The Telegraph, MH370 menghantar isyarat ‘ping’ kepada satelit secara berterusan setiap jam walaupun semua sistem komunikasi lain kapal telah dimatikan.

Isyarat seperti itu biasanya digunakan untuk menyeragamkan maklumat masa.

Dengan mengkaji aliran ‘ping’ berkenaan, Inmarsat memutuskan bahawa kapal itu telah terbang lebih 5 jam selepas meninggalkan ruang udara Malaysia dan berkemungkinan telah mengambil dua laluan.

Naib Presiden Kanan (Hubungan Luar) Inmarsat Chris McLaughlin berkata kepada The Telegraph; “Kita melihat kepada kesan Doppler, yakni perubahan frekuensi akibat pergerakan satelit dalam orbitnya. Apa yang kami peroleh kemudiannya adalah jangkaan laluan utara dan jangkaan laluan selatan,”.

Walaupun Inmarsat menyampaikan maklumat itu kepada kerajaan Malaysia pada 12 Mac, ia terus mengkaji data yang ada.

Sejak itu, perbandingan turut dilakukan dengan lain-lain kapal terbang dalam laluan yang sama dan Inmarsat berjaya mewujudkan ‘persamaan luar biasa’ antara laluan yang diramal ke selatan dan bacaan yang diterima dari kapal terbang yang lain.

Maklumat itu bersama anggaran kelajuan MH370, memperkecilkan kawasan pencarian kepada 3 peratus daripada keluasan koridor selatan.

“Kami berkerja berdasarkan di mana ‘ping’ terakhir berlaku dan kami tahu bahawa kapal berkenaan mesti telah kehabisan minyak sebelum ‘ping’ otomatik seterusnya, tetapi kami tidak tahu kelajuan kapal itu bergerak – kami andaikan ia 450 knots,” kata McLaughlin.

“Kita tidak tahu bila bahan bakar kapal itu habis, kita tidak boleh tahu sama ada kapal itu menjunam atau meluncur dan kita tidak tahu sama ada kapal itu ketika penghujungnya sedang terbang lebih perlahan kerana ia terbakar dan berasap.” tambahnya.

Analisis itu telah diserahkan selepas ia dinilai oleh rakan industri penerbangan yang lain di UK dan oleh Boeing, lapor Sky News.

Punca kapal itu terhempas bagaimanapun masih misteri.

Sumber: Mynewshub.my

Derita Hidap Penyakit Misteri Dermatografia

Derita Hidap Penyakit Misteri Dermatografia

Info Kesihatan. Gusar hati Sarah Beal, 43, memikirkan penyakit misteri yang sedang dihidapnya sehinggakan seluruh kulitnya gatal-gatal.

Sarah Beal dermatografia

Apa sahaja yang dilakukan serba tidak kena. Bukan sahaja mengalami kegatalan yang berpanjangan, malahan turut meninggalkan kesan garisan hodoh pada kulit apabila digaru.

"Pada mulanya saya fikir keadaan ini berpunca daripada pertambahan usia yang menyebabkan kulit menjadi sensitif. Namun, lama-kelamaan saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

"Pernah sekali saya cuba menggores kulit di belakang badan. Ia bukan sahaja meninggalkan kesan calar yang agak besar, tetapi juga berwarna merah dan sangat sakit," kata pengusaha kedai kek ini kepada akhbar Daily Mail di Britain.

Lakaran kulit

Sarah Beal dermatografia [2]

Penderitaan ibu kepada lima orang anak tersebut berlarutan apabila kulitnya terasa bagaikan dicucuk jarum jika terkena sebarang jenis kain.

Misteri yang menghantui wanita dari Warkishwire, sebuah daerah kecil di England itu bagaimanapun terungkai kira-kira tiga tahun lalu selepas dia menemui sebuah artikel yang menceritakan mengenai penyakit Dermatografia.

Dermatografia atau penyakit lakaran kulit merupakan sejenis penyakit gatal-gatal yang disebabkan oleh permukaan kulit yang sensitif.

Menurut seorang pakar dari Persatuan Dermatologi Britain, Matthew Gass, keadaan tersebut berlaku apabila sel-sel di bawah permukaan kulit yang membebaskan histamin, iaitu sejenis bahan kimia yang dikeluarkan dalam badan sebagai tindak balas terhadap alahan, mengeluarkannya dalam jumlah yang sedikit.

Sarah Beal dermatografia [3]

"Akibatnya, kulit akan meninggalkan kesan bengkak terutamanya apabila tergores sesuatu. Namun, kesan tersebut akan hilang secara automatik kira-kira sejam kemudian.

"Kegatalan juga dikatakan kerap terjadi apabila kulit bergeseran dengan sesuatu objek seperti menggosok atau mengusap kulit. Kesan daripada tindak balas tersebut, kulit akan meninggalkan garis-garis kasar berwarna merah," jelasnya.

Ujarnya, jika keadaan tersebut berlaku, individu boleh mengambil ubat Anthihistamin bagi menghalang kesan histamin dan secara tidak langsung mengurangkan kegatalan dan ruam-ruam.

Menurut Sarah lagi, sebaik mengetahui keadaan tersebut, dia bertindak menguji kulitnya dengan melakar bentuk hati di tangan menggunakan sebatang sudu.

"Tidak lama kemudian, objek hati terbentuk di tangan saya dan ia membuatkan saya teruja.

"Walaupun kulit mula gatal-gatal dan sakit, tetapi saya rasa perkara unik telah berlaku kepada saya," tambahnya.

Histamin

Sarah Beal dermatografia [4]

Disebabkan terlalu teruja, Sarah memuat naik lakaran tersebut ke dalam akaun Facebook miliknya dan perkara itu mendapat pujian dalam kalangan rakan dan sanak saudara.

"Penyakit ini membuatkan saya alah kepada barang kemas seperti rantai dan gelang.

"Lebih membimbangkan kerana saya ada membela dua ekor anjing. Saya risau kerana cakaran anjing menyebabkan kulit saya bertambah teruk," katanya.

Dalam pada itu, Pakar Kulit Klinik Ko di Klang, Selangor, Dr. Ko Chung Beng berkata, keadaan tersebut merupakan perkara normal yang berlaku terhadap individu tanpa mengira umur.

Sarah Beal dermatografia [5]

"Penyakit ini tiada kaitan dengan keturunan atau alergi terhadap apa-apa jenis makanan kerana keadaan tersebut berlaku disebabkan oleh kekurangan pembebasan sel histamin di dalam kulit.

"Bagaimanapun, individu tidak perlu terlalu rungsing memandangkan kesan tersebut tidak berpanjangan dan akan hilang dalam tempoh yang singkat," katanya.

Tambah Chung Beng, Anthihistamin dan Steroin merupakan dua jenis ubat yang mampu memulihkan individu daripada penyakit tersebut.

"Buat masa ini tiada pembedahan yang dapat menyembuhkan penyakit tersebut sepenuhnya. Pesakit masih perlu bergantung kepada salah satu ubat tersebut jika mengalami kegatalan atau kesakitan yang melampau," katanya kepada Jurnal baru-baru ini.

[Sumber]