Saturday, March 29, 2014

MH370: Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

MH370: Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berharap artis-artis negara ini tidak membalas segala tomahan yang dilemparkan oleh artis-artis negara China yang melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia berhubung insiden pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH370.

MH370 - Tak Perlu Balas KEBODOHAN Artis China

Freddie berkata, pihaknya kesal dengan tuduhan liar beberapa selebriti negara republik itu yang mempersoalkan ketelusan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang membabitkan pihak berkuasa negara ini.

“Saya sangat kecewa dengan tindakan beberapa selebriti popular China melalui laman sosial mereka yang mengecam dan mempersoalkan tindakan Malaysia mengendalikan proses mencari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

“Mereka juga tidak sepatutnya mempengaruhi dan meminta rakyat negara itu memboikot artis Malaysia yang mencipta nama di sana,” katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Tambah Freddie, tragedi yang menimpa pesawat MH370 adalah merupakan satu kejadian yang tidak dijangka.

Katanya, mereka seharusnya berfikir secara rasional dan bersama-sama bersimpati terhadap kejadian ini.

“Bukan rakyat China sahaja yang menimpa musibah ini, sebaliknya penumpang lain daripada beberapa negara turut sama terlibat, ia adalah satu kemalangan dan semua pihak tidak perlu menyalahkan sesiapa.

“Saya berharap artis Malaysia tidak bertindak membalas serta mengeruhkan lagi keadaan yang akhirnya akan menjejaskan hubungan dua negara terutamanya dalam industri hiburan,” katanya.

Terdahulu, sebuah akhbar di China iaitu Beijing Youth Daily pada Selasa melaporan beberapa selebriti kelahiran negara itu antaranya aktor Liu Ye dan Yang Lan menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan misi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh negara.

Penyanyi Shila Amzah yang popular di negara berkenaan turut terkena tempias akibat sikap tidak professional segelintir artis berkenaan. –mStar Online

Agensi Pelancongan Terkenal Di China BOIKOT Penjualan Tiket MAS

chinese_families_protest_malaysia_embassy

Tiket penerbangan Malaysia Airlines (MAS) diboikot agensi pelancongan atas talian China kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka mengendalikan insiden MH370.

Agensi popular China seperti eLong, LY.com dan Qunar didapati tidak lagi menjual tiket MAS, menurut laporan laman berita agensi South China Morning Post.

“Kami akan terus mengharamkan serta-merta sehingga kerajaan Malaysia dan Malaysia Airlines mendedahkan setiap maklumat yang mereka miliki bagi mencari kebenaran disebalik pesawat hilang secepat mungkin,” kata eLong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman sosial Weibo.

Agensi eLong dan LY.Com juga akan membayar pampasan kepada mereka yang menempah tiket MAS sebelum ini.

South China Morning Post juga melaporkan pengumuman tersebut mendapat sokongan ramai rakyat China, kenyataan oleh eLong menerima 7,000 komen pengguna Weibo dan dikongsi hampir 10,000 pengguna laman sosial tersebut.

Pesawat Boeing 777-200ER hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Lebih 150 daripada 239 penumpang MH370 itu merupakan warga China.

Rata-rata ahli keluarga penumpang mangsa MH370 dan rakyat China berang dengan cara pihak berkuasa mengendalikan insiden tersebut, mendakwa banyak perkara yang disembunyikan daripada pengetahuan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dimana penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Sejurus pengumuman tersebut, ahli keluarga penumpang berang dan bersedih, serta menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak bertanggungjawab dalam insiden tersebut.

Malahan sebelum ini keluarga penumpang pesawat MH370 dari China juga melepaskan kemarahan mereka hari ini dalam pertemuan pertama di Beijing bersama pegawai kerajaan Malaysia selepas dua minggu pesawat itu dilapor hilang.

Berpuluh-puluh ahli keluarga penumpang MH370 awal minggu lalu juga bertempur dengan polis di luar Kedutaan Malaysia di Beijing hari ini selepas mereka menuntut MAS dan kerajaan Malaysia memberikan penjelasan mengenai apa yang berlaku.

Dalam pada itu, percubaan The Malaysian Insider untuk mendapatkan komen Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia, Paul Paw menemui kegagalan. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pasangan Malaysia Di Sweeden Dipenjara 14 Dan 10 Bulan!

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan.

Sementara itu, mengikut kenyataan akhbar yang dimuat naik ke laman sesawang Mahkamah Daerah, Hakim Mattias Moller dipetik sebagai berkata Shalwati didapati bersalah mencabuli integriti anak perempuan dan anak lelaki sulungnya selain mendera dua lagi adik lelaki mereka.

Azizul pula didapati bersalah mencabuli integriti anak lelaki sulungnya dan mendera anak perempuan serta anak lelaki kedua.

Bagaimanapun, dia dibebaskan daripada sebarang pertuduhan berkaitan anak bongsunya.

Pasangan itu juga diarah membayar ganti rugi kepada anak-anak mereka berdasarkan sabitan mahkamah.

Menurut kenyataan itu lagi, Moller berkata keganasan yang dilakukan pasangan itu secara relatif adalah kecil namun pertuduhan terhadap mereka membaitkan perlakuan keganasan yang sistematik dan berulang.

"Kebanyakan keganasan itu dilakukan dengan tangan namun sebatang rotan dan penyangkut baju turut digunakan," katanya.

Mahkamah itu turut memutuskan bahawa keterangan anak-anak pasangan itu boleh dipercayai dan tiada bukti yang menunjukkan mereka ingin mendatangkan mudarat kepada ibu bapa mereka dengan mereka maklumat tidak benar serta menyerahkannya kepada polis.

Moller juga berkata meskipun tiada sokongan dalam bentuk pemerhatian perubatan, butiran yang diberikan kanak-kanak berkenaan disahkan oleh keterangan saksi pendakwaan berdasarkan apa yang diberitahu anak-anak pasangan itu kepada mereka. -Bernama

Keluarga pasangan di Sweden tak rancang merayu

Norshalena Norshal
Norshalena Norshal sedih kakak dipenjara.

Keluarga pasangan Malaysia, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden semalam, reda dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan.

Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan berkata walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

"Ini selepas perbincangan dengan anggota keluarga, kalau buatpun kita takut hukuman bertambah berat sedangkan peguam kitapun sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mahkamah Daerah Solna menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik.

"Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebihpun tak boleh," katanya.

Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu.

"Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan terus kami jaga," katanya.

Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut reda dengan keputusan mahkamah.

"Kami redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun," kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini.

Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.

"Kami dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka.

"Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui," katanya.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat.

Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7. -Bernama

-Sentiasapanas.com

6 Filem Balas Dendam Terbaik

6 Filem Balas Dendam Terbaik

Filem genre apakah yang mampu membuatkan anda menjerit marah, pasrah, puas hati dan insomnia dalam masa yang sama?

Disini kami senaraikan '6 Filem Balas Dendam Terbaik' yang bakal memandu anda kepada pengalaman diatas dengan pesanan, "Tak elok berdendam!"

Quantum of Solace (2008)

Quantum of Solace (2008)

James Bond yang kita kenal adalah salah seorang hero dengan kualiti yang serba-serbi sempurna; kacak, kool, hebat bergasak, hatta lengkap dengan kereta dan gajet-gajet canggih.

Dan segalanya berubah dengan keluarnya reboot berjudul Casino Royale (2006) -- Daniel Craig sebagai Bond, seorang agen muda yang kemudiannya jatuh cinta pada seorang lagi agen wanita bernama Vesper Lynd (Eva Green).

Sekuelnya, Quantum of Solace menyaksikan Bond seolah-olah baru tiba dari neraka dengan satu misi demi menuntut bela diatas kematian kekasihnya itu.

Dengan mengenepikan segala risiko, Bond mengamuk sehingga dia ditendang keluar dari organisasi.

Kill Bill (2003-2004)

Kill Bill (2003-2004)

Mengambil karya klasik The Bride Wore Black dan Lady Snowblood sebagai rujukan, filem hasil tangan Quentin Tarantino, Kill Bill yang terbahagi kepada dua bahagian (volume 1&2) ini adalah antara cereka pembalasan dendam paling gila.

Filem ini dimulakan dengan petikan "Revenge is a dish best served cold' semacam memberi kita hint kepada apa yang bakal disaksikan nanti.

Disusuri imej seorang pengantin wanita yang sedang mengandung (Uma Thurman) terbaring parah di majlis perkahwinannya. Sebelum satu das tembakan dilepaskan ke kepala wanita itu dari tangan bapa kepada bayi yang dikandungnya, Bill.

Terselamat dari ajal, dia kembali dalam misinya untuk menghukum kebinatangan Bill, bekas kekasih, ketua dan mentornya sendiri sambil menghukum setiap ahli Viper Assasination Squad yang pernah dianggotainya.

Old Boy (2003)

Old Boy (2003)

Oh Dae-Su (Choi Min-sik) diculik dan dikurung selama 15 tahun disebuah motel tak bertingkap tanpa sebab yang dia patut tahu. Suatu hari dia dibebaskan juga tanpa mengetahui dalang disebalik semua itu. Maka dari situlah bermula misinya untuk menjejak dan membalas dendam kepada pelaku berkenaan.

Old Boy adalah sebuah cereka 'Dendam atas dendam' yang membawa kita mengikuti siri-siri amukan Dae-su, sambil membutakan kita pada hakikat betapa sedari awal cerita Dae-su hanyalah sasaran kepada sebuah pembalasan dendam yang lebih besar.

Filem kedua daripada Trilogi Balas Dendam arahan Park Chan Wook ini dikenali sebagai sebuah Thriller bergaya dengan kekejaman visual dan babak (single-take) pertarungan epik menggunakan tukul.

Kejayaan Old Boy adalah langkah kanan dalam mendedahkan kepada dunia akan keadaan sebenar industri perfileman kontemporari Korea Selatan yang sebelum ini hanya dikenali dengan karya-karya cinta sahaja.

Ocean Eleven (2001)

Ocean Eleven (2001)

Keinginan untuk membalas dendam itu sendiri adalah satu bentuk motivasi yang sangat kuat, tambahkan cinta dan wang kedalamnya, maka lengkaplah segala perencah yang bakal mengheret seorang lelaki untuk melakukan segala benda-benda gila.

Itulah yang menjadi titik tengah kepada ketidakwarasan Danny Ocean (George Clooney) dalam filem komedi jenayah, Ocean's Eleven.

Selepas dibebaskan dari penjara, Danny mula merekrut sepuluh penjenayah dengan kepakaran berbeza dalam rancangannya untuk merompak tiga buah kasino bernilai $150 juta dolar, demi membalas dendam ke atas musuhnya, Terry Benedict (Andy Garcia) dan menjahanamkan hubungan Terry dengan bekas isteri Danny, Tess (Julia Roberts).

Walaupun pada akhirnya mungkin sukar untuk memutuskan mana yang lebih manis, Bahagian Terry dalam rompakan atau hakikat yang dia berjaya merampas semula Tess, pasti tidak ada yang lebih hebat dari kejayaan melunaskan dendam itu sendiri.

The Mask Of Zorro (1998)

The Mask Of Zorro (1998)

Dalam siri asal novel Pulp karya Johnston McCulley, seperti Robin Hood, Zorro adalah wira seumpamanya di era penjajahan Sepanyol ke atas California, melindungi golongan kelas bawahan daripada ditindas politikus rakus dan para bangsawan.

Namun, untuk filem The Mask Of Zorro, usahanya adalah bersifat individu, atau lebih tepat bersentimen dendam selepas isterinya dibunuh dan anak perempuannya diculik dan Zorro sendiri telah dipenjarakan selama 20 tahun oleh seorang gabenor korup.

Satu twist yang cemerlang bagi sisi gelap watak legenda ini (lakonan oleh Anthony Hopkins), dengan menambahkan kematian dan pembalasan dendam demi mewujudkan aksi jagoan, dan ia terus ditambah baik dengan tindakan Hopkins merekrut Antonio Banderas sebagai 'Zorro muda' dalam misi untuk melunaskan dendamnya itu.

Namun, sayang sekali sekuel 'The Legend of Zorro (2005) gagal menggunakan sebaiknya persediaan ini. Tapi itulah risiko yang sering dihadapi bagi sesebuah filem sekuel kan?

The Crow (1994)

The Crow (1994)

Satu tips yang mungkin berguna disini, kalau seseorang yang telah anda bunuh setahun yang lepas, tiba-tiba muncul ditingkap bilik anda dengan berpakaian serba hitam kecuali catan pelik pada muka dan dia cuba mengancam anda.

Perkara terbaik yang wajar dilakukan adalah untuk tidak menguji sama ada boleh atau tidak anda bunuh dia sekali lagi. Kerana orang itu berkemungkinan mempunyai nasib yang sama seperti Eric Draven (Brandon Lee), yang mana bersama tunangnya menjadi mangsa keganasan jenayah yang dilakukan sekumpulan samseng keji. Draven dibangkitkan semula semata-mata untuk melempiaskan dendam serakahnya itu.

Meskipun filem ini lebih dikenali melalui kisah kematian bintangnya, Brandon Lee dilokasi penggambaran, The Crow masih antara karya dendam bermutu, padat dengan visual ganas yang merasuk semangat manusia yang sering teraniaya macam kita?! Heh..

BACA INI JUGA: Siapa "Raja Kematian" Terulung Hollywood?

-Sentiasapanas.com

HOT! Video INTIM Pelakon Wanita Pakistan Tersebar!

HOT! Video INTIM Pelakon Wanita Pakistan Tersebar!

Sebuah video buatan sendiri yang menampilkan pelakon Pakistan, Meera dan suaminya Navid Shahzad, seorang juruterbang syarikat penerbangan yang berasal dari Pakistan dan menetap di Amerika Syarikat, mencetuskan kontroversi di negara ini apabila ia dikongsikan di internet beberapa bulan lalu.

Meera and husband Navid Shahzad Sex video

Mahkamah Pakistan juga telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon ini dan suaminya.

Pihak polis telah diarahkan untuk mendakwa mereka di mahkamah pada 2 April berkaitan dengan video seks yang didakwa mereka, yang telah bocor dalam talian.

Hakim mengeluarkan perintah itu atas suatu petisyen, yang menuduh Meera dan Kapten Navid Shahzad kerana melakukan dosa dengan penggambaran detik-detik intim mereka.

(Baca: Petua Hubungan Intim Hingga Ke Subuh)

Pempetisyen mendakwa, video lucah pasangan itu tersebar dalam masyarakat dan menggesa mahkamah untuk membuat hukuman yang tegas terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, Shahzad berdegil dan berkata tiada gunanya bersedih dan menangis mengenai video itu kerana mereka sudah berkahwin.

Video yang menjadi viral dan telah dimuat naik oleh orang yang tidak dikenali telah tersebar di beberapa laman web sejak beberapa hari lalu.

Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan telah menghalang akses kepada video berikut permintaan daripada Meera, yang telah muncul dalam dua filem India.

Walaupun Meera mendakwa bahawa ia adalah video palsu, Shahzad juga menegaskan dia dan Meera adalah pasangan suami isteri dan tiada gunanya membuat video kontroversi itu.

-Sentiasapanas.com

Friday, March 28, 2014

Kos Pencarian MH370 Mencecah RM1 Bilion?!

Kos Pencarian MH370 Mencecah RM1 Bilion?!

Jika kos untuk mencari kotak hitam pesawat penerbangan 447 Air France yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada tahun 2009 mencecah lebih 40 juta dolar (RM131.6 juta), kos pencarian pesawat MH370 pula dijangka lebih 10 kali ganda daripada itu.

Kos Pencarian MH370 Mencecah RM1 Bilion!

Ia dinyatakan oleh seorang pakar Oseanografi, Zhao Chaofang dari Universiti Ocean China di Qingdao menerusi South China Morning Post.

Menurutnya, saintis China yakin bahawa negara mereka sudah membelanjakan beberapa juta yuan dalam usaha mencari pesawat MH370 yang kini sudah memasuki hari ke-21.

“Jika operasi ini diregangkan kepada pencarian jangka masa panjang, 200 juta dolar (RM658 juta) setahun hanya cukup makan untuk mengekalkan usaha multinasional ini,” ujarnya.

Dalam operasi mencari ini, China mengerahkan 10 kapal, manakala Malaysia enam, Australia lima dan sebuah lagi dari United Kingdom (UK).

Setiap kapal akan membakar minyak sebanyak RM530 bagi setiap jam.

Kos ini ditambah dengan penggunaan satelit yang dianggarkan bernilai RM212 juta setiap satunya.

China setakat ini sudah menggunakan lebih 20 satelit dalam pencarian pesawat tersebut.


Setakat ini, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, isu mengenai kos belum lagi dibincangkan oleh kerajaan Malaysia dan negara lain yang membantu operasi tersebut.

Secara teorinya, zamalah kanan di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Oh Ei Sun, yang juga bekas setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kos operasi sepatutnya dibiayai oleh negara yang mengetuai siasatan.

Bagaimanapun, secara praktikalnya pula, rakan negara biasanya akan membantu menampung kos itu sebagai tanda keikhlasan mereka.

Laporan tersebut turut menyebut, tiada protokol antarabangsa yang menetapkan mengenai pembahagian kos siasatan kemalangan buat masa ini.

Pencarian pesawat MH370 kini mencatat rekod operasi terpanjang dalam sejarah pesawat penumpang sekaligus mengatasi rekod 10 hari pesawat Boeing 737-400 PT Adam Skyconnection Airlines Indonesia yang hilang di perairan pulau Sulawesi pada 1 Januari 2007. -Mynewshub.my

Keluarga Penumpang Di China Angkuh?

Keluarga Penumpang Di China Angkuh?

Insiden kehilangan pesawat MH370 ternyata mengundang suasana sedih dan muram bukan sahaja di kalangan waris penumpang dan krew penerbangan, malah turut dirasai oleh orang ramai.

Bagaimanapun, selepas 20 hari kehilangannya, ramai ahli keluarga yang mula redha dan menerima hakikat mereka mungkin telah kehilangan orang tersayang terutamanya selepas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengesahkan pesawat tersebut mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi.

Namun, suasana yang berbeza pula berlaku di Beijing, China apabila rata-rata mereka tidak berpuas hati dan melahirkan kemarahan secara melampau termasuklah menuduh Malaysia sebagai ‘pembunuh’.

Menerusi tulisan Celia Lim yang disiarkan di beberapa portal Singapura, dia membidas sikap waris keluarga penumpang China yang disifatkannya sebagai ‘luar biasa’.

“Semakin hari, kesedihan itu diluahkan dengan cara menjerit, membaling objek, membuat permintaan yang bukan-bukan, menyerang sidang media, mogok lapar dan mengadakan protes di Kedutaan Malaysia di Beijing. Memang menyedihkan apabila kehilangan orang tersayang. Tetapi, ramai lagi keluarga penumpang negara lain yang sedih dan kecewa! Namun, mereka tidak bertindak seperti keluarga penumpang China.

“Adakah ia disebabkan budaya dan sosial yang berbeza? Xenophobia? Atau mungkin kerajaan China dan medianya telah secara sengaja atau tidak sengaja menyemarakkan api kemarahan di kalangan mereka?

“Apabila penerbangan domestik China terhempas dan mengorbankan kesemua penumpangnya, saya tidak melihat pula televisyen menyiarkan kesedihan ahli keluarga mereka sehingga membaling objek ke arah pegawai kerajaan atau mengadakan mogok lapar,” katanya.

Tambah Celia lagi, dia percaya mungkin kerajaan Malaysia tidak menangani keadaan ini seperti yang sepatutnya, namun harus diingatkan bahawa insiden ini merupakan bencana yang tidak pernah disangka-sangka.

“Ia umpama mencari jarum dalam sisa rumput kering, tambah-tambah pula jika anda langsung tidak tahu di kawasan rumput mana ia berada. Ia misi yang hampir mustahil! Dengan hampir 26 negara terlibat dalam pencarian ini, bukan semua mereka sanggup berkongsi informasi dan laporan kepada Malaysia.

“Sesetengah maklumat yang berkaitan dengan kawasan tertentu, pertahanan kebangsaan, politik dan pandangan antarabangsa adalah sensitif dan penting untuk dikongsikan begitu sahaja.

“Saya berharap masih ada keajaiban berlaku biarpun kesimpulan awal yang diumumkan oleh Perdana Menteri menyatakan tiada yang terselamat dalam insiden itu,” akhirinya.

Pandangan Celia itu turut dipersetujui oleh beberapa pembaca lain menerusi laman Facebook The Real Singapore.

Eliaz Trazaguet menulis: “Apakah erti ‘TAKDIR’ di China? Mungkin ada seseorang yang boleh menjelaskan kepada mereka maksudnya. Jika mereka meninggal dunia kerana penyakit, kemalangan atau sebarang bencana, suruh mereka buat bantahan. Sudah-sudahlah..semua orang akan mati suatu hari nanti.”

Ahmad Johari pula berkata: “Tidak sensitif…daripada membazir tenaga di situ (protes), ada baiknya mereka mengumpul maklumat dan membantu usaha mencari…”

Bagi penulis, tidak salah untuk melahirkan kesedihan, namun pada masa yang sama mereka juga perlu melihat insiden ini dari segenap segi dan tidak hanya memikirkan perasaan mereka sahaja. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com

Derita Isteri Bersuamikan VIP

Derita Isteri Bersuamikan VIP

Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.

Derita Isteri Bersuamikan VIP
Gambar hiasan.

Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk berusia 63 tahun itu.

Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.

Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.

“Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.

(Baca: Kisah Hidup Gadis Cun Yang Hidup Berpeleseran)

“Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.

"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam.

Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.

“Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

“Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.

“Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh.

“Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu,” katanya. -Sinar Harian Online

Benarkah Gunung Bergerak Seperti Awan Dilangit?

Benarkah Gunung Bergerak Seperti Awan Dilangit?

Penemuan sebuah gua dipergunungan Mexico yang dipenuhi ratusan kristal gergasi yang saiznya mencecah 12 meter panjang amat mengejutkan para geologi saintis dan ahli kaji bumi.

Naica-Giant-Crystal-Cave

Semakin dalam mereka memasukinya, semakin besar saiz kristal ditemui. Kristal ini bagaikan pancang yang memacak bahagian atas gua agar kukuh kedudukannya.

Para saintis, pakar geologi dan ilmuwan terkemuka melalui pelbagai kajian mendapati, gunung-ganang bagaikan memiliki 'akar' jauh di dalam tanah.

Fungsinya bagaikan pasak yang digunakan untuk menahan atau mencegah tanah daripada bergoyang.

Dalam erti kata lain, gunung-ganang menggenggam lapisan kerak bumi menggunakan 'pasak' yang memanjang dari atas ke bawah lapisan permukaan bumi, sekaligus menghubungkan semua lapisan di dalam bumi.

Kesemua fakta ini hanya diketahui pada kurun ke-19 hasil kajian saintis Barat sedangkan ribuan tahun sebelum itu, rahsia ini telah disebut dalam kalam suci Al-Qur'an.

Gunung-Ganang-sentiasa-bergerak

Seperti yang disebut dalam surah Al-Anbiya ayat 31: "Dan telah Kami jadikan bumi gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu tidak goncang bersama mereka, dan telah Kami jadikan di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk."

Banyak lagi ayat-ayat lain dalam Al-Qur'an yang menerangkan tentang fungsi gunung-ganang diturunkan ribuan tahun sebelum fakta saintifik menemui kebenarannya seabad yang lalu.

Misalnya dalam surah Luqman ayat 10: "Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya, Dia meletakkan gunung-gunung (dipermukaan) bumi agar bumi tidak menggoncangkan kamu, dan dikembangbiakkan padanya segala macam jenis haiwan. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuhan yang baik."

Kita mungkin melihat gunung itu berdiri kaku di tempatnya. Hakikat sebenarnya, ia bukan begitu.

Seperti disebut dalam surah An-Naml ayat 88, "Kita menyangka gunung itu kekal ditempatnya, sedangkan ia bergerak bagai awan."

Dan ayat itu terbukti benar apabila kajian mendapati, pergerakan plat bumi menyebabkan bentuk geografi muka bumi berubah-ubah, begitu juga akan gunung-ganang ini.

Betapa agungnya ciptaan Allah, yang tidak tercapai oleh akal fikiran manusia. Sayangnya, jarang sekali kita melihat kebesaran-Nya dengan tawaduk. Malah, ramai diantara kita tidak mempunyai rasa takut kepada Allah.

Tidak hairanlah firman Allah yang menyindir kita dalam surah Al-Hasyr ayat 21 yang menyebut: "Sekiranya Kami turunkan Al-Qur'an ini kepada sebuah gunung, nescaya engkau akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah dan (ingatlah), perumpamaan ini Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."

-Sentiasapanas.com

Thursday, March 27, 2014

PANAS! Risikan Rusia Dakwa AS Rampas MH370!

PANAS! Risikan Rusia Dakwa AS Rampas MH370!

Satu laporan yang diedarkan di Kremlin yang disediakan oleh Main Intelligence Directorate of the General Staff of the Armed Forces (GRU) menyatakan bahawa ibupejabat Aerospace Defence Forces (VKO) 'hairan' tentang situasi yang berlaku.

MH370 Hijacked

Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) didakwa telah 'menangkap dan kemudian mengalihkan' sebuah kapal terbang komersial milik Malaysia Airlines (MAS) ke satu kem rahsia dipercayai terletak di Diego Garcia dalam kawasan Lautan Hindi

Menurut laporan ini, pesawat MH370 (juga dikenali dengan 748 melalui perkongsian kod dengan penerbangan China Southern Airlines) merupakan penerbangan komersial dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China, apabila pada 8 Mac pesawat Boeing 777-200ER ini secara tiba-tiba 'ghaib' dalam penerbangan berserta 227 penumpang dari 15 buah negara yang kebanyakannya daripada negara China, beserta 12 anak kapal.

Sesuatu yang menarik untuk diberi perhatian, laporan ini menyebut, sebenarnya Penerbangan MH370 sudah berada di bawah pengawasan GRU sebaik sahaja ia menerima maklumat terdapat kargo 'sangat mencurigakan' yang dikesan mempunyai kaitan dengan Republik Seyschelles yang sebelum itu kargo berkenaan berada di dalam kapal kontena MV Maersk Alabama.

Antara perkara pertama yang membangkitkan wasangka GRU ialah apabila dalam tempoh 24 jam kerja-kerja pemunggahan kargo 'sangat mencurigakan' itu dilakukan dan sebelum dimasukkan ke dalam MH370, dua orang Tentera Laut Amerika Syarikat yang terlatih iaitu Mark Daniel Kennedy, 43, dan Jeffrey Keith Reynolds, 44 dijumpai mati di dalam 'keadaan yang mencurigakan'. [Baca laporan Dailymail..]

Jeffrey Reynolds, 43 (left) and Mark Kennedy, 44
Jeffrey Reynolds, 43 (kiri) dan Mark Kennedy, 44.

Kennedy dan Reynolds, adalah pekerja di firma keselamatan The Trident Group yang diasaskan oleh US Navy Special Operations Personnel (SEAL’s) dan Senior US Naval Surface Warfare Officers yang telah lama diketahui oleh GRU berfungsi untuk melindungi pemindahan aset-aset penting meliputi bahan-bahan atom dan biologi di seluruh dunia.

Setelah GRU mengesahkan bahawa kargo 'sangat mencurigakan' berada di atas kapal Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada 8 Mac, Moscow segera memaklumkan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri China (MSS) kebimbangan mereka dan segera menerima 'jaminan' bahawa 'semua langkah' akan diambil bagi memastikan apa yang telah disimpan akan kekal tersembunyi sebaik sahaja pesawat ini memasuki ruang udara mereka.

Walau bagaimanapun, laporan ini turut menyebut atas sebab-sebab masih tidak diketahui, MSS telah bersiap sedia untuk mengalihkan Penerbangan MH370 dari destinasi yang dijadualkan di Beijing ke Haikou Meilan International Airport (HAK) yang terletak di Wilayah Hainan (aka Pulau Hainan)

Sebelum memasuki Zon The People Liberation Army (PLA) yang dilindungi di Laut China Selatan atau dikenali juga sebagai Kepulauan Spratly, Penerbangan 370 'ketara menyimpang' dari laluan penerbangannya dan telah dikesan oleh satelit dan radar VKO terbang ke rantau Lautan Hindi serta melengkapkan penerbangan hampir 3,447 kilometer (2,142 batu) ke Diego Garcia.

MH370 Hijacked [2]

Adalah kritikal untuk diberi perhatian bahawa ketika penyimpangan penerbangan MH370 berlaku, pakar-pakar GRU menyebut, dalam masa yang sama semua akses komunikasi telefon bimbit yang dikendalikan oleh China Mobile tersekat di keseluruhan Kepulauan Spratly.

Liputan telefon China Mobile dilanjutkan ke Kepulauan Spratly pada tahun 2011 supaya tentera PLA yang ditempatkan di pulau-pulau, para nelayan dan kapal-kapal saudagar dalam kawasan itu boleh menggunakan perkhidmatan mudah alih, yang boleh juga digunakan untuk memberi bantuan apabila berlaku kejadian ribut mahupun aktiviti menyelamat di lautan.

Bagaimana Tentera Laut Amerika Syarikat mampu untuk mengalihkan Penerbangan MH370 ke pangkalan Diego Garcia, laporan ini berkata, ianya berjaya dilakukan dari jauh kerana pesawat Boeing 777-200ER ini dilengkapi dengan sistem FBW, terbang dengan wayar (fly-by-wire) yang berupaya menggantikan manual kawalan penerbangan pesawat konvensional dengan antara muka elektronik bagi membolehkan ia dikawal secara jarak jauh seperti kendalian mana-mana pesawat dron.

Walau bagaimanapun, meskipun pesawat ini mampu dikawal dari jauh, sistem komunikasi hanya boleh dinyah-aktif secara manual; dan dalam insiden Penerbangan MH370, sistem laporan datanya telah ditutup pada jam 01:07 pagi, diikuti dengan transponder (alat yang menghantar lokasi dan altitud) yang telah ditutup pada jam 01:21

Apa yang kekal membingungkan tentang kejadian ini, dari analisis GRU media arus perdana Amerika Syarikat dilihat masih belum menuntut plot radar dan imej satelit Lautan Hindi dan Laut China Selatan daripada rejim Obama. Hal ini disebabkan kepentingan kawasan ini di mana tentera AS melindungi keseluruhan kawasan di Diego Garcia kerana kawasan ini mempunyai kepentingan dari segi lorong udara dan perkapalan.

MH370 Hijacked [3]

Adalah sangat menyedihkan dan laporan ini membuat suatu kesimpulan penting, Amerika Syarikat sebenarnya menyembunyikan fakta 'kehilangan' Penerbangan MH370 kerana mereka juga sebenarnya telah berbuat demikian selepas peristiwa 11 September 2011.

Rejim Bush 'menghilangkan' penerbangan American Airlines Flight 77 yang membawa 64 penumpang dan anak kapal selepas secara palsu mendakwa ia akan menghentam Pentagon, tetapi kemudiannya telah disahkan oleh CNN bahawa peristiwa tersebut tidak berlaku.

Sumber: Bicaraworld.blogspot.com

Alexia Sloane, Kanak-kanak Penterjemah 4 Bahasa!

Alexia Sloane, Kanak-kanak Penterjemah 4 Bahasa!

Bayangkan anda berada dalam sebuah majlis persidangan yang dianggotai oleh beberapa orang warga asing seperti Taiwan, Korea, Jerman dan sebagainya. Ahli speaker pula bercakap dalam bahasa Perancis.

Alexia Sloane
Alexia Sloane.

Sudah tentu majoriti tidak memahami. Dan untuk memudahkan cara, para anggota disediakan penterjemah bahasa melalui 'earphone' ditepi meja.

Bila diletakkan ke telinga, tiba-tiba terdengar suara kanak-kanak sedang menterjemah bahasa Perancis ke bahasa Inggeris. Apa perasaan anda? Adakah penganjur tersilap?

Alexia Sloane, kanak-kanak berusia 13 tahun yang bekerja secara sambilan sebagai penterjemah bahasa di Parlimen Eropah. Sebenarnya, seawal usia 10 tahun lagi, Alexia sudah fasih bertutur dalam empat bahasa, Inggeris, Sepanyol, Perancis dan Cina.

Kini dia sedang belajar beberapa bahasa lain seperti Jerman, Arab, Rusia dan Itali.

Lebih menarik lagi, Alexia adalah seorang kanak-kanak istimewa yang kehilangan penglihatannya sejak berusia dua tahun kerana menghidap ketumbuhan dalam otak yang dipanggil Neurofibromatosis peringkat 1.

Ketika ketumbuhan itu dikesan, ia berada betul-betul diantara saraf mata Alexia. Namun, belum sempat dibedah ia sudah meragut kedua-dua mata kanak-kanak istimewa ini.

Alexia Sloane with Family
Alexia bersama ibu bapa dan adiknya.

Menurut ibu bapanya, Isabella, 43 dan Richard, 61, mereka mula menyedari kelakuan pelik Alexia ketika bercuti di Perancis.

Alexia yang pada mulanya sangat ceria dengan percutian itu tiba-tiba bertukar suram. Dia seolah-olah berada dalam ketakutan dan tidak henti-henti menangis. Namun, mereka tidak mengambil serius kerana beranggapan Alexia membuat perangai.

Alexia kemudiannya bertanya, kemanakah semua orang menghilang? Reaksi itu seolah-olah dia tidak boleh melihat sedangkan di sekeliling kanak-kanak itu ada ramai orang.

Sangsi dengan kelakuan ini, Isabella terus membawa Alexia ke hospital berdekatan. Melalui imbasan MRI, semuanya terjawab.

Lanjutan daripada pemeriksaan ini, doktor merancang untuk menjalankan pembedahan. Bagaimanapun, doktor menjangkakan akan ada komplikasi kerana usia Alexia yang terlalu muda.

Alexia Sloane visited European Parliament
Alexia bersama Ahli Parlimen Eropah.

Lantas doktor memilih untuk menjalankan rawatan kimoterapi selama 18 bulan. Malangnya, hanya sempat menjalani rawatan selama 10 minggu sebelum mata Alexia tiba-tiba gelap.

Sedar kekurangan yang terpaksa dihadapi anaknya, Isabella menghantar Alexia menuntut ilmu seawal mungkin. Bayangkan, ketika baru berusia empat tahun, Alexia sudah pandai membaca dan menulis tulisan Braille dengan lancar tanpa sebarang kesalahan biarpun pada bentuk-bentuk yang sukar.

Kini, perkembangan Alexia terus mencatat kejayaan. Majoriti kanak-kanak seusianya sedang sibuk menghadap Facebook, YouTube mahupun blog, Alexia mampu tersenyum lebar memegang trofi hasil dari terbitan novel tulisannya.

Begitu juga dalam keghairahan kanak-kanak sebayanya sibuk berfesyen, Alexia lebih senang ke parlimen untuk bekerja tanpa menghiraukan orang lain.

Kehebatan yang dimiliki Alexia tidak terhenti disitu. Dia juga hebat bermain alat muzik. Mintalah apa saja lagu, pasti Alexia tidak akan menghampakan anda.

Alexia Sloane play music

Menurut Alexia, meskipun keadaannya begitu, dia tetap bersyukur kerana mampu melakukan apa saja yang setanding manusia normal. Semangat itulah yang membuatkan Alexia terus maju mengejar impian.

Menurut Alexia lagi, bila tiba masanya, dia ingin menyambung pengajian dalam bidang linguistik di Universiti Cambridge. Dia ingin menjadi pakar bahasa dan menumpukan perhatian pada bidang penulisan.

Walaupun Alexia sudah menjadi penterjemah parlimen, namun itu cumalah kerja sambilan sahaja. Jadi, cita-citanya itu merupakan kemuncak untuk melengkapkan dirinya menjadi penulis yang berwibawa.

Menurut ibunya, dia berbangga dengan pencapaian dan kemahiran yang ditunjukkan Alexia. Pun begitu, jauh disudut hati, dia amat risau dengan perkembangan kesihatan Alexia kerana ketumbuhan ini masih ada, cuma tidak aktif.

Besar kemungkinan ia akan kembali lagi. Cuma masanya tidak diketahui. Doanya hanya satu, agar anak istimewanya dapat menikmati kehidupan seperti orang lain walaupun serba kekurangan.

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

-Sentiasapanas.com

Pelawak Terkenal, Ali Mamak Meninggal Dunia

Pelawak Terkenal, Ali Mamak Meninggal Dunia

Pelawak terkenal era 80an, Datuk Ali Mamak atau nama sebenarnya Osman Jantan meninggal dunia jam 4.20 pagi tadi.

Datuk Ali Mamak @ Osman Jantan Meninggal Dunia

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Alllahyarham yang dikenali melalui sitkom ‘Santan Berlada’ meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana kanser tahap kedua.

Perkara ini juga disahkan oleh anak lelakinya, Shahrul Nizam melalui akaun Facebook (FB) peribadinya.

Alllahyarham yang merupakan anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun, dan telah dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Jenazah akan dibawa ke Hulu Langat, Selangor untuk dikebumikan sebelum Zohor. -Sinar Harian Online

Al-Fatihah.

Nurul Izzah sah mohon cerai

Nurul Izzah sah mohon cerai

Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Pengesahan itu dibuat kakitangan mahkamah dekat sini namun enggan mendedahkan butiran lanjut. -Hmetro

MH370: Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia

Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia

Berkaitan dengan insiden kehilangan pesawat MH370 pula, kini sentimen anti Malaysia semakin berleluasa di Tanah Besar China apabila sebilangan besar penduduknya menyalahkan kerajaan Malaysia di atas tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semalam juga telah diadakan protes oleh ahli keluarga penumpang dari China di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Terbaharu, menurut laporan Beijing Youth Daily, kebanyakan selebriti kelahiran China menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan kelembapan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh negara.

Antaranya aktor Liu Ye mempersoalkan kenapa kerajaan lambat mengatakan pesawat itu berpatah balik menyebabkan semua operasi SAR terpaksa bertumpu di Laut China Selatan.

liu-ye
Namun, seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, operasi SAR sebelum ini tertumpu di Laut China Selatan berikutan penemuan beberapa objek oleh satelit China sendiri yang menyebabkan pencarian lebih tertumpu di bahagian tersebut.

Jadinya, penduduk China perlulah membuang segala kesangsian dan tiada apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan Malaysia berhubung insiden tersebut.

Kalau mereka kehilangan ahli keluarga tersayang, rakyat Malaysia dan 12 warganegara lain pun kehilangan orang tersayang juga.

Kita faham penderitaan yang dialami mereka, namun janganlah sampai mengambil peluang ini untuk mewujudkan sentimen Anti Malaysia.

Bukannya kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak berusaha untuk mencari namun, sehingga kini penemuan positif berhubung insiden itu masih belum ditemui.

Namun tak semua selebriti di sana berfikiran seperti Liu Ye, di mana pelakon China yang mencipta nama di Hollywood, Zhang Ziyi menyifatkan tragedi yang berlaku sangat menyayat hati.

Malah mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden tersebut.

Apa-apa pun, di saat sukar ini perbanyakkan berdoa mengikut amalan agama masing-masing untuk kesejahteraan 239 nyawa yang masih belum diketahui nasibnya sehingga kini. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com