Monday, March 24, 2014

MH370: AS 'Longlai' Kerana Tiada Pengganas Islam?

MH370: AS 'Longlai' Kerana Tiada Pengganas Islam?

Penyiasat kes kehilangan misteri Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 beranggapan komitmen Amerika Syarikat (AS) dalam isu MH370 akan meningkat berkali ganda andai ia dapat dikaitkan dengan serangan pengganas Islam.

Jemaah Islamiah

The Wall Street Journal memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu berkata, andai kumpulan seperti Jemaah Islamiah yang terbabit dalam pengeboman Bali pada tahun 2002 dipercayai terbabit, maka lebih banyak lagi bantuan akan mula digerakkan Washington.

Setakat ini, kesemua penumpang kecuali warga Rusia dilaporkan pihak berkuasa Malaysia sebagai bebas dari sebarang ikatan dengan mana-mana kumpulan pengganas.

Di Indonesia, di mana Jemaah Islamiah pernah melakukan serangan-serangan yang ganas, Presidennya, Susilo Bambang Yudhoyono secara peribadi mengesahkan kesemua 7 warga Indonesia dalam penerbangan MH370 tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas pada minggu lepas.

(Baca: MH370: Konspirasi Dan Agenda Amerika Syarikat)

Menurut Pengarah Institut Analisis Polisi Konflik yang berpusat di Jakarta, Sidney Jones yang juga pakar mengenai keganasan di rantau ini, tidak ada sebarang bukti kukuh atau kaitan dengan tindakan pengganas dalam kehilangan MH370.

“Saya tidak ada rasa ada sebarang penjelasan melibatkan pengganas.

“Tidak ada mana-mana kumpulan pengganas yang beroperasi di rantau ini yang mampu bertindak ke tahap yang demikian, tidak siapa pernah berminat untuk menyerang Malaysia, tidak ada apa dalam latar belakang juruterbang yang mampu menzahirkan hubungan dengan kumpulan radikal, tidak ada sesiapa pun mengesan perbualan pengganas dan tidak ada mana-mana penumpang pun mempunyai hubungan pengganas,” katanya

Sehingga kini, pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal masih belum ditemui selepas hilang pada 8 Mac lalu. -Mynewshub.my

Bahaya Pakaian Berwarna Kuning?

Bahaya Pakaian Berwarna Kuning?

Setiap orang mempunyai warna kesukaan masing-masing, termasuk kuning. Satu kajian mendapati, penggunaan warna kuning dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius.

Baju kuning
Gambar hiasan.

Berdasarkan penemuan awal daripada kajian sebelumnya mendapati, bahan kimia beracun yang dikenali sebagai bifenil berpoliklorin (PCB), ditemui dalam pewarna kuning pada pakaian dan peralatan cetakan.

Bahan kimia itu dianggap mungkin menjadi karsinogen kerana diketahui dapat menyebabkan kanser pada haiwan, namun kesannya terhadap manusia belum diketahui.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati, bahan kimia tersebut dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi berbanding kecacatan ketika lahir, kanser dan masalah perkembangan anak.

Penyelidik dari Universiti Rutgers di New Jersey, AS, Lisa Rodenburg berkata, produk kegunaan harian paling banyak mengandungi bahan kimia terbabit.

Kajian yang dimuatkan dalam jurnal Environmental Science & Technology itu menguji 16 helai pakaian kuning dan 28 sampel kertas.

"Sebanyak 16 sampel pakaian dan 26 sampel kertas disahkan positif bahan kimia terbabit.

"Penggunaan bahan ini berada pada fasa yang membimbangkan dan dikhuatiri jika pengguna telah berusaha menghindari produk berwarna kuning, mereka masih berisiko terkena racun tersebut melalui udara dan air, yang akhirnya dapat masuk ke dalam tubuh mereka," jelasnya.

Ujarnya, PCB juga boleh memasuki tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang terdedah kepada bahan tersebut.

BACA INI JUGA: Persamaan Memakan Kuning Telur Dengan Perokok!

sumber: kosmo

MH370: Hipotesis Pe­ngarang ‘Understanding Air France 447’

MH370: Hipotesis Pe­ngarang ‘Understanding Air France 447’

Kapten Bill Palmer yang pernah menerbangkan pesawat Airbus A330 di beberapa syarikat penerbangan terkemuka dunia mendapat perhatian media apabila cuba menimbulkan beberapa keraguan terhadap siasatan kehilangan MH370.

Understanding Air France 447 Captain Bill Palmer

Beliau yang juga pe­ngarang ‘Understanding Air France 447’ mahu semua pihak membuat kesimpulan berdasarkan maklumat diperoleh daripada siasatan kehilangan pesawat itu dengan lebih teliti.

Beliau bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat itu terbang selama beberapa jam selepas terputus hubu­ngan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara adalah tindakan yang disengajakan.

Namun, ia bukan satu-satunya penjelasan logik untuk menerangkan laluan penerbangan tersasar dari arah sebenar.

Sebagai contoh, kenyataan bahawa besar kemungkinan Sistem Penghantaran Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) sengaja dimatikan meninggalkan fakta bahawa ACARS diperlukan untuk menghantar isyarat kepada satelit.

Palmer berkata, pesawat itu mempunyai pelbagai fungsi dan saluran yang bersambung dengan ACARS dan sekurang-kurangnya salah satu daripada sambungan masih boleh digunakan.

“Sebagai contoh, satu bahagian sistem komunikasi ini digunakan untuk menghubungkan pesawat dengan pusat kawalan trafik udara.

“Satu lagi digunakan untuk berkomunikasi menerusi mesej teks, antara pesawat dengan syarikat penerba­ngan. Mesej juga boleh dihantar secara automatik untuk tujuan penyelenggaraan seperti melaporkan kerosakan dan menghantar data enjin rutin.

“Jadi, tindakan mematikan semua fungsi ini de­ngan sengaja masih belum jelas,” katanya.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu laporan berita menerangkan ketinggian pesawat diterbangkan antara 45,000 dan 23,000 kaki.

Tindakan itu mungkin dilakukan dengan sengaja untuk memastikan penumpang tidak sedarkan diri.

“Namun, saya berpendapat fakta itu mungkin konsisten dengan keadaan pesawat yang terbang sepenuhnya tanpa pengawasan dan pengaktifan sistem autopilot.

“Malah, ia boleh jadi benar jika sistem ‘auto throttles’ pesawat dimatikan atas sebab-sebab tertentu,” katanya.

Katanya, kenyataan yang menyebut tindakan menukar laluan hanya boleh dilakukan juruterbang mahir memang tepat tetapi mengapa seorang juruterbang mahir tidak mampu menangani situasi pada ketinggian 20,000 kaki?

“Mungkin berlaku sesuatu yang menghalang anak kapal mengawal pesawat itu termasuk kebakaran, perlanggaran atau letupan.

“Semua itu boleh berlaku tanpa sebarang insiden pelanggaran kokpit,” katanya.

Kapal terbang dilaporkan membuat pusingan mencurigakan. Perkara ini boleh merungkai persoalan sama ada perubahan arah itu dikawal seseorang atau sebaliknya.

“Jika sistem autopilot tidak diaktifkan dan pesawat terbang dengan sendiri, saya jangka akan ada banyak perubahan arah.

“Bagaimanapun, jika hala tuju pesawat dikawal dengan tetapan lokasi atau menerusi program komputer, laluan penerbangan akan menjadi sangat lurus,” katanya.

Ketika analisis dilakukan untuk mengenal pasti laluan pesawat itu, katanya nampak jelas pihak berkuasa gagal memastikan sama ada ia terbang ke arah barat laut menghala Pakistan atau ke barat daya menghala ke Lautan Hindi.

“Dari segi teknikal, Boeing 777-200ER adalah pesawat yang diterbangkan dengan kawalan digital sepenuhnya.

“Dengan tetapan autopilot off, pesawat akan melaraskan pergerakan ke atas atau bawah hidung kapal terbang bagi mengekalkan kelajuan,” katanya.

Menurutnya, satu sistem perlindungan turut dibina untuk memastikan pesawat terlalu laju atau perlahan.

Input sementara pada roda kawalan atau perubahan berat kapal terbang, suhu mahupun lain-lain perubahan atmosfera sepanjang perjalanan boleh mendorong pesawat terbang lebih tinggi.

“Kerana itu, saya juga mahu melihat perubahan hala tuju pesawat yang boleh dijangka dalam keadaan autopilot dimatikan,

“Apa yang pasti, pergerakan Boeing 777 biasanya tertakluk kepada gangguan atmosfera di hujung sayap.

“Walaupun pesawat konvensional cenderung melingkar ke bawah dalam keadaan itu (membuat pusi­ngan), 777 mampu berada stabil dalam ketinggian tertentu.

“Malah, dengan sistem kawalan digital itu, 777 menjadi pesawat yang stabil, mampu terbang berjam-jam dengan sistem autopilot dimatikan,” katanya.

Katanya, maklumat konsisten dalam misteri kehilangan pesawat itu hanyalah sedikit dan keadaan sebenarnya masih kabur dan boleh berubah-ubah.

“Apa saja senario boleh menyumbang kepada punca kehilangan pesawat. Ia mung­kin tindakan sengaja anak kapal, kehilangan transponder atau terputus komunikasi.

“Kerana itu, saya menyeru supaya semua pihak tidak terus membuat kesimpulan berdasarkan bukti tidak meyakinkan. Bukti yang ada mungkin ‘konsisten dengan perbuatan sengaja’, tapi ia juga perlu bersesuaian de­ngan penjelasan yang lain,” kata­nya.

BACA INI JUGA: Misteri Simbol MH370 Dalam Filem-filem Hollywood

Sumber: Hmetro

Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

Adakah Bangsa Yakjuj Dan Makjuj Makhluk Asing?

Diakhir zaman nanti akan muncul dua bangsa yang dipanggil Yakjuj Dan Makjuj yang akan membawa bersamanya kehancuran dan kemusnahan di muka bumi. Kemunculan mereka amat sesuai dengan cara hidup di akhir zaman nanti di mana rata-rata manusia telah lupa Allah serta hidup dalam kemungkaran. Ini adalah balasan dari Pencipta Alam di atas semua itu.

Bangsa Yakjuj Dan Makjuj
Gambar hiasan.

Jika dari zaman dahulu sehingga ke masa kini tiada ulama ataupun ilmuan yang dapat mengenalpasti kedua-dua bangsa tersebut dengan tepat, jadi adakah bangsa Yakjuj Dan Makjuj berkemungkinan adalah dua spesis makhluk asing yang berasal dari langit?

Siapa sebenarnya bangsa Yakjuj Dan Makjuj?

Ilmuan zaman silam mentafsirkan bahawa Yakjuj Dan Makjuj adalah daripada bangsa Mongol ataupun Tartar. Pihak barat pula berpendapat mereka mungkin bangsa Rusia. Jika mereka adalah daripada bangsa manusia, di manakah mereka mereka kini dan kenapa mereka tidak dapat dikesan?

Dan yang lebih penting lagi, kenapa mereka tidak menunjukkan belang sebenar pada masa kini. Mengapa perlu menunggu sehingga akhir zaman? Mungkin kerana mereka tidak ada di muka bumi pada masa ini!

Kemunculan makhluk asing di bumi mempunyai ciri manifestasi yang terbatas dari segi ruang dan masa. Mengikut kajian, radius operasi mereka terbatas dalam lingkungan hanya lebih kurang 25 kilometer sahaja.

Dunia Barat mengenali mereka sebagai Gog dan Magog

Waktu kemunculan di sesuatu lokasi terhad kepada beberapa jam sahaja. Durasi penampakan UFO dan makhluk asing adalah dalam tempoh 5 hingga 20 minit. Jadi, masa kemunculan mereka di atas permukaan bumi pada amnya tidak melebihi 2 jam sahaja.

Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj dicatat pada zaman Raja Zulkarnain. Lokasinya mungkin di daerah Persia atau Rusia. Kedua-dua bangsa tersebut dikatakan berada di suatu lembah di antara dua bukit.

Kedudukan mereka agak terbatas. Ini membawa maksud mereka tidak bergerak jauh dari tempat mereka ditemui. Keadaan ini ada persamaan dengan batasan geografi oleh sesuatu spesis makhluk asing.

Setiap spesis makhluk asing memilih hanya suatu lokasi spesifik di Bumi. Mereka tidak muncul di dua atau lebih lokasi yang berjauhan. Kemunculan pertama Yakjuj Dan Makjuj hanya terhad di satu tempat sahaja.

Jarak masa

Jika Yakjuj Dan Makjuj pernah ditemui pada sesuatu lokasi di zaman silam, kenapa kemunculan kedua tidak pernah dicatat hingga ke hari ini? Ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan kemunculan sejenis spesis makhluk asing. Malah, kebanyakan spesis makhluk asing hanya dilihat sekali dan kemudian tidak dilaporkan lagi.

Jarak masa dari satu penemuan ke penemuan yang lain mengambil masa yang panjang. Ini biasanya berlaku dalam tempoh puluhan atau ratusan tahun kemudiannya. Jarak masa yang sangat lama ini amat bertepatan dengan peredaran bintang-bintang di kosmos.

Bagi makhluk asing yang datang dari planet yang berasal dari galaksi yang jauh, ijtimak (conjunction) sangat kritikal. Ini bererti planet mereka dan bumi perlu berada pada garisan yang lurus dan tidak dilindungi oleh planet atau bintang lain.

Oleh kerana setiap planet, bintang serta galaksi sentiasa bergerak, ijtimak yang diperlukan mungkin mengambil masa yang lama untuk berlaku.

Sebagai contoh, Bumi, Bintang Kejora dan Matahari berada pada garisan selari hanya berlaku bagi setiap 105 tahun. Sebab itulah makhluk asing walaupun memiliki teknologi yang canggih, tidak mampu mengatasi batasan alam semulajadi alam. Mereka terpaksa menunggu masa yang paling sesuai untuk datang ke bumi.

Jika dahulu bangsa Yakjuj Dan Makjuj pernah muncul dan kemudian tidak kelihatan lagi hingga kini, mereka mungkin sedang menunggu masa yang sesuai untuk mucul bagi kali kedua.

Perkara yang sama terjadi kepada setiap spesis makhluk asing. Sesetengah makhluk asing hanya perlu menunggu beberapa bulan atau tahun. Ada yang perlu menunggu ratusan tahun. Ini semua bergantugn pada kedudukan planet mereka dengan bumi.

Sifat

Makhluk asing terdiri dari dua bentuk, yang baik dan yang jahat. Kebanyakan makhluk asing yang ditemui mempunyai satu etika yang sama. Mereka tidak memaksa manusia untuk mengikut mereka dan mereka mententeramkan manusia yang ketakutan apabila berdepan dengan mereka.

Bagi kes penculikan, makhluk asing mengurangkan tekanan serta trauma yang manusia alami dengan memadamkan ingatan mereka tentang episod penculikan tersebut. Jadi, mangsa tidak sedar yang dia telah diculik.

Akan tetapi, terdapat sekumpulan kecil makhluk asing yang bersikap kasar dengan manusia. Mereka menculik tanpa rasa belas kasihan dan memperlakukan mangsa seperti haiwan.

Ada yang memutilasikan manusia. Ada yang membunuh manusia untuk tujuan tertentu dan ada yang tidak memulangkan mangsa ke bumi selepas diculik.

Sikap kasar serta agresif ini mempunyai persamaan seperti yang pernah dicatat bagi bangsa Yakjuj dan Makjuj. Mereka adalah dua bangsa yang sangat agresif. Jika mereka adalah spesis makhluk asing, maka mereka adalah yang paling jahat di alam maya ini.

Untuk kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan di dunia, maka sebab itulah Allah belum mengizinkan mereka untuk bertapak di muka Bumi.

Bahasa

Menurut penduduk di mana Yakjuj dan Makjuj muncul pada zaman silam, mereka memaklumkan kepada Raja Zulkarnain bahawa kedua-dua bangsa tersebut bercakap dalam bahasa yang mereka tidak faham dan kedua-dua bangsa ini juga tidak faham bahasa tempatan.

Ini menunjukkan bahawa Takjuj dan Makjuj bukan dari daerah tersebut. Mereka adalah pendatang asing ataupun makhluk asing!

Pada zaman ini, ramai saksi bertemu dengan makhluk asing melaporkan bahawa makhluk asing bercakap dalam bahasa yang tidak dapat difahami. Oleh kerana makhluk terbabit bukan dari Bumi, sudah tentulah percakapan ataupun bahasa yang digunakan mereka adalah asing bagi kita.

Dua bangsa dalam satu kumpulan

Kehadiran Yakjuj dan Makjuj adalah unik kerna mereka terdiri daripada dua bangsa tetapi bergerak dalam satu kumpulan.

Di masa silam, setiap pengganas atau yang membawa kerosakan di muka bumi terdiri dari satu bangsa seperti kaum Monggol, Tartar, Viking dan sebagainya.

Di masa kini terdapat banyak laporan menceritakan terdapat dua jenis spesis makhluk asing di dalam sesebuah pesawat UFO. Ini memberi gambaran dua jenis spesis bekerjasama dalam satu kumpulan.

Cara untuk menghindari Yakjuj dan Makjuj

Kaedah yang diguna pakai oleh Raja Zulkarnain untuk menahan atau menghindari Yakjuj dan Makjuj daripada mengganggu penduduk tempatan ialah dengan membina tembok yang diperbuat dari besi dan diperkuatkan dengan tembaga. Ini adalah sesuatu yang unik serta ganjil untuk membina tembok sebegini.

Sejarah telah membuktikan bahawa dengan membina tembok dari batu, sudah memadai untuk menghalang sebarang penceroboh seperti Tembok Besar China. Tetapi kenapa untuk Yakjuj dan Makjuj, perlu pada suatu kaedah yang luar biasa?

Besi serta tembaga berkebolehan untuk membawa arus kuasa elektrik serta elektromagnet. Batu-bata tiada ciri tersebut. Seperti yang kita tahu, UFO dan makhluk asing sering bergantung pada kuasa elektromagnet untuk sistem penerbangan pesawat mereka serta persenjataan yang akan digunakan mereka.

Jika kita tahu atau ada blueprint pembinaan tembok yang dibina oleh Raja Zulkarnain, kita mungkin memperoleh rahsia penggunaan alat yang dapat melumpuhkan tenaga kuasa elektromagnet dari UFO. Ini dapat melemahkan mereka serta menghindari mereka daripada mendarat di sesuatu kawasan.

Adakah Yakjuj dan Makjuj makhluk asing?

Berdasarkan pemerhatian di atas, kita yakin bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah dua bangsa yang bersatu dan berasal dari langit.

Ini diperkuatkan dengan ayat Al-Qur'an, Surah Al-Anbiya: 96-97 yang bermaksud: "Hingga apabila dibukakan (pembatas) Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.."

Ayat ini tentu merujuk kepada langit dan bukan bukit atau gunung kerana semua manusia dapat melihat mereka walaupun berada di pelosok manapun!

Jika Yakjuj Dan Makjuj berasal dari langit, maka mereka adalah dari spesis makhluk asing. Kita mungkin bernasib baik kerana hidup pada zaman ini. Bagi umat yang berada paling akhir zaman, mereka akan menyaksikan kemunculan Yakjuj Dan Makjuj dalam jumlah yang ramai di seluruh dunia. Kehidupan di dunia tidak akan sama lagi.

Ramalan Nostradamus bahawa akan berlaku kemusnahan dan api dari langit tentu ridak merujuk pada kedatangan Yakjuj Dan Makjuj kerana kemusnahan dan kerosakan yang besar telah disimpan untuk manusia akhir zaman.

Ia seperti suatu 'hadiah' istimewa buat mereka yang lupa kepada Allah! Yakjuj Dan Makjuj pasti datang!

Hanya masa yang akan menentukannya!

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Negara-negara Yang Paling Di Lawati Alien?

-Sentiasapanas.com

Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!

Tragedi Charkhi Dadri, Nahas Udara Paling Dahsyat!

Kemalangan udara melibatkan nahas pesawat boleh dikatakan antara igauan paling ngeri yang mungkin berlaku.

Charkhi Dadri Disaster

Walaupun risiko kemalangan udara berjaya dikurangkan melalui perkembangan teknologi penerbangan moden, namun risiko kegagalan operasi sesebuah pesawat tidak dapat disangkal.

Kira-kira 18 tahun lalu, satu peristiwa hitam telah menggemparkan dunia penerbangan. Satu kemalangan besar antara dua buah pesawat telah berlaku di ruang udara Charkhi Dadri, India pada 12 November 1996.

Pada pukul 6.32 petang waktu tempatan, pesawat Boeing 747-100 Saudi Arabian Airlines dengan kod penerbangan SVA 763 berlepas dari New Delhi, India untuk perjalanan ke Dahran, Arab Saudi.

Pada masa yang sama, pesawat Ilyushin II-76 Kazakhstan Air dengan kod penerbangan KZA 1907 dilaporkan sedang turun dan bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Indra Ghandi, New Delhi.

Kira-kira lapan minit selepas penerbangan SVA 763 berlepas, ia telah naik ke ketinggian 14,000 kaki. Pada masa yang sama pesawat Kazakhstan Airlines penerbangan KZA 1907 telah turun kepada 15,000 kaki.

Tiba-tiba, kedua-dua pesawat tersebut berlanggar antara satu sama lain. Pelanggaran itu telah menyebabkan kedua-duanya jatuh terhempas.

Kesemua 349 orang penumpang terbunuh, menjadikan tragedi ini perlanggaran diatas udara yang paling dahsyat di dunia dan kemalangan ketiga paling teruk dalam sejarah penerbangan.

Tragedi Charkhi Dadri
Gambaran tragedi perlanggaran.

Hasil siasatan mendapati, kemalangan itu berlaku akibat kegagalan juruterbang pesawat Kazakhstan Airlines mengikut arahan menara kawalan trafik udara lapangan terbang New Delhi yang mengarahkannya untuk mengekalkan altitud.

Pesawat KZA 1907 telah turun lebih daripada 1,000 kaki (300 meter) di bawah ketinggian yang ditetapkan iaitu 15,000 kaki (4,600 meter) kerana bergelut dengan awan tebal.

Pada masa itu, menara kawalan mendapati KZA 1907 sudah terlalu hampir dilaluan SVA 763 dan pasti akan bertembung jika tidak kembali ke altitud yang ditetapkan.

Pengawal menara kawalan cuba menghubungi KZA 1907 untuk memberi amaran bahaya yang bakal berlaku. Percubaan gagal dan tiada sebarang respon dari pesawat Kazakhstan Airlines.

Akhirnya, pesawat penerbangan SVA 763 yang sedang terbang naik telah bertembung di ruang udara Charki-Dadri dengan pesawat penerbangan KZA 1907 yang sedang cuba mendarat turun.

Perlanggaran itu menyebabkan sayap kiri dan penstabil pesawat penerbangan SVA 763 musnah. Pesawat yang terbakar itu berpusing-pusing dan jatuh pada kelajuan 1,135 kilometer sejam dan hancur kerana tekanan sebelum mencecah tanah.

Charkhi Dadri KZA 1907

Sementara itu, pesawat penerbangan KZA 1907 turut jatuh terhempas tetapi keadaan pesawat tidak hancur sepenuhnya. Empat penumpang ditemui masih hidup dari bangkai pesawat Kazakhstan, tetapi meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Bangkai pesawat Saudi Arabian Airlines telah ditemui di daerah Bhiwani, Haryana, berhampiran Dhani, manakal bangkai pesawat Kazakhstan Airlines jatuh terhempas di daerah Rohtak, Haryana, berhampiran Birohar.

Sejak nahas yang dahsyat itu, taraf keselamatan bidang penerbangan telah dipertingkatkan dengan sistem Pencegah Perlanggaran Trafik (Tcas) bagi mengelak tragedi hitam itu berulang kembali.

BACA INI JUGA: 10 Kehilangan Pesawat Udara Yang Menggempar Dunia

-Sentiasapanas.com

Saturday, March 22, 2014

MH370: Komunikasi 'Ganjil' 54 Minit Terakhir

MH370: Komunikasi 'Ganjil' 54 Minit Terakhir

Komunikasi pada 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan didedahkan The Telegraph.

MH370 weird communication

Laporan itu juga mendedahkan transkrip komunikasi juruterbang bersama dan menara kawalan, dan lain-lain pengawal trafik udara , bermula dari masa Boeing 777-200ER itu berlepas dari landasan hingga ke kedudukannya di ketinggian yang mencecah puluhan ribu kaki di atas Laut China Selatan.

Transkrip bermula pada 00.25 dengan arahan am daripada menara kawalan kepada juruterbang pesawat Boeing 777-200ER milik Malaysia Airlines (MAS). Perbualan terperinci bermula pada 00.36.

Ia termasuk pertukaran dari satu lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu telah disabotaj, dan juga perkataan terakhir pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid , 27: "All right, good night. "

Penganalisis berkata urutan mesej yang muncul sebagai "perfectly routine". Walau bagaimanapun, mereka berkata terdapat dua ciri yang menonjol sebagai berpotensi ganjil.

MH370 weird communication [2]

Yang pertama adalah mesej dari kokpit pada 01:07. yang memberitahu menara kawalan, pesawat itu terbang pada 35,000 kaki. Ini mengulangi mesej yang disampaikan enam minit lebih awal.

Tetapi, ia berlaku pada 1:07, ketika ACARS, peranti isyarat pesawat, menghantar mesej terakhir sebelum ia dipadamkan dalam masa 30 minit kemudian, seperti disengajakan. Satu transponder berasingan telah dipadamkan pada 01:21, namun penyiasat percaya ACARS telah ditutup sebelum 01:19 iaitu ketika komunikasi dari Fariq.

Ciri lain yang pelik, yang boleh dijadikan sebab pesawat itu disyaki mengalami kemalangan adalah bila hilangnya komunkasi dan seterusnya penyerahan pengawal trafik udara di Kuala Lumpur kepada petugas di Bandaraya Ho Chi Minh.

"Jika saya mahu merampas pesawat tersebut, ia akan menjadi point di mana saya akan melakukannya," kata Stephen Buzdygan, bekas juruterbang British Airways yang memandu 777s.

"Mungkin ada sedikit ruang kosong di antara pengawal trafik udara ... Ia adalah satu-satunya masa semasa penerbangan mereka akan mungkin tidak telah dapat dilihat dari bawah," katanya.

Maklumat yang didedah The Telegraph itu menambah spekulasi mengenai nasib MH370, sama ada ia adalah mangsa kemalangan tiba-tiba atau dirampas. Transkrip ini juga menunjukkan bahawa jika juruterbang yang terlibat, mereka sangat berhati-hati untuk menyembunyikan niat sebenar mereka.

Menurut transkrip kokpit, dari saat tanda masuk di 12.36 apabila pesawat itu masih di atas darat, Fariq, melakukan rutinnya memberitahu lokasi, kenaikan dan ketinggian.

Walaupun dia telah mengambil pendekatan yang sedikit kasual dan pada masa-masa berlepas dari kata-kata rasminya, tidak apa-apa tanda bahawa kapal terbang akan hilang.

Sesetengah pakar berkata mereka tidak melihat apa-apa yang boleh membuatkan mereka merasa ada perbuatan jahat munkin telah berlaku.

The Telegraph mendakwa mereka telah berulang kali meminta pihak MAS, Pihak Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan pejabat Perdana Menteri untuk mengesahkan rekod komunikasi ini namun hanya pejabat Perdana Menteri memberi jawapan bahawa data itu tidak akan didedahkan.

[Sumber]

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Kebelakangan ini ramai selebriti mula memberikan perhatian terhadap gaya hidup sihat.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Antaranya Fara Fauzana, Marsha Milan, Tasha Shilla dan Sharifah Sakinah.

Dalam ramai-ramai selebriti ini, Sharifah Sakinah yang paling dilihat menonjolkan aktivitinya di laman-laman sosial berkongsi tips dan gambar kecergasan dengan peminat-peminatnya.

Sakinah juga dilihat gemar menayangkan ‘body’ sambil mendedahkan perutnya di laman Instagram.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut

Mungkin pelakon ini mahu memberikan inspirasi kepada peminatnya di luar sana untuk kekal cergas dan cerdas dan perkara ini diakui Sakinah apabila semakin ramai mula menayangkan gambar perut mereka di laman sosial masing-masing.

“Kalau dulu saya tayang perut di Instagram, sekarang ini ramai pula yang ikut, tayang perut mereka di Instagram masing-masing.

Sharifah Sakinah Bangga Tayang Perut [3]

“Saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial. Saya tiada niat lain semata-mata ingin menaikkan semangat dan inspirasi kepada peserta lain yang turut mengikuti program tersebut,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

Dalam perkembangan lain, Sakinah kini turut mengurangkan aktiviti lakonannya demi memberikan perhatian kepada projek fitness yang dikelolakannya bersama sebuah pusat kecergasan iaitu 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness yang akan diadakan pada September depan.

Sumber: Mynewshub.my
VIP Black, Aplikasi iPhone Paling Mahal Di Dunia!

VIP Black, Aplikasi iPhone Paling Mahal Di Dunia!

Tahukah Anda? Bagi pengguna setia iPhone, terdapat banyak aplikasi pelbagai fungsi yang boleh dimuat turun dari Apple’s Apps Store dan ada sestengahnya boleh dimuat turun secara percuma manakala ada diantaranya boleh dimuat turun dengan kos kurang dari USD$5.

VIP Black

Tapi, tahukah anda, terdapat aplikasi iPhone yang berada dalam lingkungan kos sebanyak USD$250 hingga USD$1,000?

VIP Black dianggap sebagai aplikasi iPhone yang paling mahal di dunia hari ini. Aplikasi ini boleh dimuat turun selepas membayar kos sebanyak USD$999.99 dan sudah tentu, hanya mereka yang kaya-raya sahaja yang mampu mengeluarkan wang sebanyak itu untuk membeli aplikasi tunggal ini.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian bahawa aplikasi VIP Black ini mempunyai daya tarikan dan fungsinya yang tersendiri disebalik kosnya yang tinggi.

Hakikatnya, aplikasi VIP Black ini hanya akan dijual kepada individu kaya yang memiliki aset bernilai lebih dari USD$1 juta.

Pendapatan tahunan dan aset pembeli yang bercita-cita untuk memilikinya akan disahkan bagi mengesahkan bahawa bakal pelanggan memenuhi keperluan dan ciri-ciri mandatori untuk memiliki aplikasi berharga ini.

Jadi, bukan semua yang memiliki wang tunai sebanyak USD$1,000 boleh membeli aplikasi ini dengan sewenang-wenangnya.

Mereka yang bertuah dengan membeli aplikasi ini boleh mendapat perkhidmatan kelas pertama yang ditawarkan oleh VIP Black. Pelanggan juga boleh meminta pelbagai perkhidmatan mewah seperti pengawal peribadi, butler, kasino, jet peribadi, gaya peribadi,dan lawatan teater melalui aplikasi VIP Black.

Perkhidmatan-perkhidmatan sampingan lain yang boleh menyempurnakan gaya hidup mewah orang kaya seperti pakej selamat datang, naik taraf bilik secara percuma di hotel-hotel lima bintang, kemudahan lounge VIP di lapangan terbang dan juga hadiah kejutan juga boleh mendatangkan faedah dengan penggunaan aplikasi ini.

Namun sayangnya, khidmat perkhidmatan premium ini hanya boleh didapati di United Kingdom.

Aplikasi VIP Black telah diikat dengan jenama-jenama mewah seperti Hotel Firmdale, Restoran Gordon Ramsay dan Virgin Edisi Terhad bagi menawarkan perkhidmatan kelas pertama standard yang tinggi kepada pelanggan dihormati.

Aplikasi ini boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan bagi setiap pelanggan.

Sumber:
http://drysheet.blogspot.com/2014/02/hebat-vip-black-aplikasi-iphone-paling.html

Yahudi Tanam Pokok Ghorqod Untuk Pertahanan!

Yahudi Tanam Pokok Ghorqod Untuk Pertahanan!

Pohon-pohon ini ditanam di sekitar sempadan Israel dengan Genting Gaza untuk menghadapi serangan roket dari Semenanjung Gaza. Ia berfungsi untuk menghalang pandangan dari tentera yang ada di Semenanjung Gaza.

Pokok Ghorqod Yahudi

"Dengan cara ini warga Israel yang tinggal di sekitar Gaza dapat lebih dilindungi dan di sisi lain boleh juga menikmati pemandangan hijau," ujar salah seorang pegawai tentera Israel, Brigjen Elkabetz

Tentera Israel sendiri mengakui, ketika ini penduduk di sempadan dapat hidup dengan lebih aman sejak gencatan senjata dengan Hamas.

Gencatan senjata tersebut dicapai setelah Israel menggempur wilayah Gaza dalam operasi ketenteraan yang diberi nama “Pillar of Defence” November lalu.

Kaedah pertahanan dengan menanam pohon sebenarnya mempunyai sejarah panjang di Israel. Pada awal-awal penubuhan negara Zionis, Israel menanam banyak pokok di wilayahnya untuk menghalang tentera Arab yang berperang dengannya.

Rasulullah SAW 14 abad yang lalu pernah menyatakan di dalam hadis, kisah berlindungnya kaum Yahudi pada pohon Ghorqod ketika peperangan melawan tentera Islam di akhir zaman.

Hadis itu berbunyi, "Tidak akan berlaku kiamat sehingga Muslimin memerangi Yahudi. Mereka diperangi oleh Muslimin sehingga orang yahudi bersembunyi di sebalik batu dan pohon. Batu dan pohon itu berkata: Wahai Muslim, wahai hamba Allah, Ini dia Yahudi berada dibelakangku, kemarilah dan bunuhlah dia. Melainkan pohon Ghorqod. Sesungguhnya ia adalah daripada pokok Yahudi".

Galakan Kerajaan Israel

Di dalam laman web Jewish National Fund (JNF), terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok.

Dana khas kebangsaan ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 250 juta pokok dan projek-projek lain.

Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka menawan negara Palestin.

Sukan Olimpik

Gharqad Tree

Ramai yang tidak menyedari bahawa pokok yang sering ditanam di acara-acara besar dunia seperti Sukan Olimpik itu adalah pokok Gharqad iaitu lambang kepada bangsa Yahudi.

Replika pokok yang biasanya diletakkan di atas bukit dan kemudian ada ramai manusia keluar dari bawah pokok tersebut sebenarnya menunjukkan dengan jelas simbolik kelangsungan hidup Yahudi.

Kesombongan

Puak Zionis Yahudi sangat yakin akan dapat mengalahkan seluruh umat manusia, khususnya umat Islam dan menjadi pemimpin dunia, namun di sisi lain mereka juga berlumba-lumba menanam Tanah Palestin yang mereka duduki secara tidak sah dengan pokok Gharqad.

Maka kenyataan ini menjelaskan sesungguhnya mereka memahami hakikat hari akhir zaman, di mana mereka akan dikejar oleh umat Islam dan hanya pokok Gharqad satu-satunya tempat yang bersedia untuk dijadikan tempat berlindung.

Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi SAW, cuma keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Friday, March 21, 2014

Video Bapa Rela 'Terkorban' Demi Anak Ke Sekolah!

Video Bapa Rela 'Terkorban' Demi Anak Ke Sekolah!

Kesungguhan lelaki ini untuk memastikan anak-anaknya ke sekolah memang mengagumkan. Bayangkan dia sanggup menyeberangi banjir untuk memastikan anaknya tidak ketinggalan pelajaran.

Sanggup Terkorban Demi Anak Ke Sekolah!

Dia mengangkat anak-anaknya itu di dalam beg plastik dan menyeberangi air dan arus deras yang melanda perkampungan Sam Lang di Hanoi.

Banjir tersebut menyebabkan anak-anaknya tidak dapat ke sekolah terutama selepas jambatan berhampiran tidak dapat digunakan.

Bagi mengelakkan anak-anaknya tercicir pelajaran, di bapa sanggup mengendong anaknya dalam beg plastik dan menyeberangi kawasan banjir.

Tong Thi Minh bizzare pic in vietnam

Meskipun lelaki itu sendiri terpaksa bergelut dengan air yang setinggi lehernya, namun dia tetap memastikan air berkenaan tidak masuk ke dalam beg plastik itu, dan mengelakkan anaknya basah.

Kesungguhannya itu telah dirakamkan oleh seorang guru Tong Thi Minh.

Bagaimanapun Minh berkata, ia adalah perkara normal ketika musim banjir kerana jambatan yang ada tidak mampu menahan arus deras.

“Saya mula mengajar di sini sejak bulan September tahun lepas. Pada mulanya saya tidak tahu bagaimana mahu mengatasi keadaan banjir ini, namun lama kelamaan saya mengikut apa yang dilakukan penduduk,’’ katanya yang memberitahu penduduk kampung itu juga melakukan perbuatan sama untuk menghantar anak mereka ke sekolah. -Mynewshub.my/Sentiasapanas.com