Monday, February 03, 2014

Tolak Ajaran Syiah Ciptaan Yahudi!

Tolak Ajaran Syiah Ciptaan Yahudi!

Info Syiah. Satu tuduhan yang berat dalam buku sejarah Syiah mengatakan Sayidina Umar telah menendang pintu rumah Sayidatina Fatimah sehingga menyebabkan Sayidatina Fatimah mengalami keguguran.

Syiah dan Yahudi

Kemudian.. Sayidina Umar memaksa agar Sayidina Ali Berbai'ah kepada Sayidina Abu Bakar supaya Sayidina Abu Bakar boleh menjadi khalifah Islam.

Sesungguhnya, ini adalah suatu pembohongan yang nyata dari puak Syiah.

Puak Syiah juga menghina sahabat-sahabat nabi dan telah menuduh Khalifah Muawiyah terlibat dalam pembunuhan cucu Rasulullah sedangkan Syeikh Daud Al-Fathani telah menulis di dalam kitabnya; Imam Al-Ghazali dengan ulama yang sezaman dengannya mengatakan tiada bukti kukuh untuk menuduh yang Muawiyah terlibat dalam pembunuhan cucu Nabi.

Dalam ajaran Syiah Imamiyah pula, solat Jumaat tidak diwajibkan sehinggalah dibangkitkan Imam Mahdi barulah solat Jumaat akan diwajibkan. Sedangkan tiada mana-mana dalil atau hadis Nabi yang mengatakan solat Jumaat akan menjadi wajib bila mana Imam Mahdi akan dibangkitkan.

Mereka mengatakan dalam Al-Qur'an, waktu solat cuma ada 3 waktu dan golongan Syiah Imamiyah menjamakkan solat Zuhur dengan Asar, Maghrib dengan Isyak. Solat Subuh boleh dilewatkan sampai terbit matahari. Dan batas waktu solat Isyak hanya sampai pukul 12 malam sahaja. Lebih dari pukul 12 malam, sudah tidak boleh lagi sembahyang Isyak sedangkan dalam hadis-hadis yang sahih dalam kitab Shahih Al-Bukhari, malaikat Jibrail datang menemui Nabi menerangkan cara-cara masuk waktu solat dari waktu Subuh sampailah waktu Isyak. Mereka hanya mengikut ayat Al-Qur'an secara zahir dan tidak berpandukan pada hadis yang sahih.

Ajaran Syiah bukannya datang daripada ahli bait Nabi tapi datang daripada Abdullah bin Saba, seorang bangsa Yahudi yang berpura-pura masuk Islam.

(Baca: Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi)

Dia memeluk agama Islam pada zaman sahabat dan dia adalah orang pertama yang menabur fitnah tentang adanya wasiat yang mengatakan Sayidina Ali lebih layak menjadi khalifah Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Berkaitan dengan nikah mutaah yang menjadi amalan puak Syiah, Nabi sudah mengharamkannya. Begitu juga Sayidina Ali sudah mengharamkan diikuti dengan Sayidina Umar.

Nikah mutaah hanya berlaku ketika Perang Khaibar sahaja. Sebaik sahaja tamat Perang Khaibar, nikah mutaah telah diharamkan.

Namun, golongan Syiah menolak hadis yang mengharamkan nikah mutaah dengan beralaskan hadis ini bukan diriwayatkan oleh Ahlul Bait. Ini kerana golongan Syiah Imamiyah sendiri menolak hadis Nabi yang bukan daripada golongan ahli bait Nabi.

Mutaah_Sesat_Syiah

Sebuah kisah tentang perdebatan antara ulama Sunni dan ulama Syiah yang mana ulama Syiah sentiasa menolak untuk berdebat tentang mazhab mereka.

Kemudian, pemimpin Iran memanggil semua ulama Syiah dan ulama Sunni dengan tujuan untuk mengetahui perbezaan di antara mereka.

Kesemua ulama Syiah menghadirkan diri tetapi seorang ulama Sunni (Deedat) tiba lewat sedikit berbanding ulama Sunni yang lain.

Ulama Sunnah (Deedat) yang baru tiba berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengan. Ulama Syiah memandang kehairanan lalu bertanya; "Mengapa kamu mengepit kasut kamu begitu?"

Lantas ulama tersebut menjawab; "Aku terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah SAW, Syiah suka mencuri kasut!"

Ulama Syiah menjawab; "Mana ada Syaih di zaman Rasulullah!"

Ulama Sunnah seraya berkata; "PERDEBATAN KITA TELAH TAMAT. KESIMPULANNYA, DARI MANA DATANG AGAMA SYIAH KAMU SEMUA?"

Semoga Allah memberi hidayah kepada penganut ajaran Syiah agar kembali kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah.

Wallahualam.

-Sentiasapanas.com

Sunday, February 02, 2014

Kamlari, Sistem Jual Anak Untuk Dijadikan Hamba!

Kamlari, Sistem Jual Anak Untuk Dijadikan Hamba!

Manjita Chaudhary tidak menyangka bapanya sendiri tergamak menjualnya ketika usianya baru mencecah sembilan tahun. Lebih menyedihkan hatinya, pada usia semuda itu dia dijual kepada polis Nepal dengan harga RM80!

Jujri Tharu
Jujri Tharu (tengah) menceritakan kisahnya selepas diselamatkan.

Dia meninggalkan keluarganya di Barat Nepal dan berhijrah sejauh 200 kilometer untuk tinggal di rumah majikannya yang terletak berhampiran sempadan India.

Sebaik tiba di rumah majikannya, maka bermula episod hidup yang amat sukar bagi Manjita. Mana tidaknya, ketika kanak-kanak lain masih lena berselimut, jam 4 pagi dia sudah bangun untuk memulakan tugasnya sebagai pembantu rumah.

Dia dikehendaki menyapu, mencuci pinggan mangkuk dan memasak. Lebih memeritkan dia diarahkan melakukan tugas sama di rumah saudara-mara majikannya dan selepas jam 12 tengah malam baru Manjita dapat berehat.

“Apabila kerja saya tidak seperti yang diharapkan, isteri majikan akan memukul saya dengan periuk dan kuali, sambil mengancam hendak menjual saya pada lelaki lain,” cerita Manjita yang kini berusia 22 tahun.

“Ketika itu saya rasa amat takut, tetapi saya tidak boleh menangis di depan mereka. Saya hanya boleh menangis dalam bilik air, itupun perlahan-lahan supaya keluarga majikan tidak dengar,” katanya.

Apabila dia bertemu semula dengan ayahnya setahun kemudian, dia merayu supaya dibawa pulang. Namun ayahnya yang bekerja sebagai buruh kontrak berkata, keluarga tidak mampu untuk menyara Manjita dan adiknya.

Itu sebabnya mereka berdua dijual kepada orang kaya untuk dijadikan hamba domestik yang melakukan kerja pembantu rumah.

Hamba domestik atau gadis kamlari dalam bahasa Nepal adalah golongan yang paling lemah. Pada usia muda, ada yang semuda enam tahun mereka sudah dijual untuk dijadikan hamba domestik. Mereka juga sering menjadi mangsa keganasan fizikal dan seksual, malah ada yang dikurung oleh majikan masing-masing.

Pada Januari setiap tahun, ketika masyarakat Tharu di Nepal menyambut perayaan Maghi yang menandakan berakhirnya musim sejuk, keluarga yang miskin akan menandatangani kontrak bernilai serendah 2,500 rupee (RM80) setahun, untuk meminjamkan anak perempuan mereka menjadi pembantu rumah.

Tradisi tahunan ini sememangnya satu budaya atau amalan pelik walaupun di Nepal sendiri di mana kes perhambaan haram secara kontrak dan buruh kanak-kanak semakin meningkat. Malah, pemandangan kanak-kanak bekerja di restoran dan tapak pembinaan adalah satu perkara biasa.

Seabad lalu, keturunan Tharu yang dikatakan keturunan Buddha memiliki tanah ladang sendiri dan hidup agak terasing di dataran Terai. Walaupun ketika itu malaria melanda dataran Terai, tetapi kaum Tharu seolah-olah kebal terhadap penyakit itu yang menyerang kasta lebih tinggi dan dapat menikmati kehidupan yang baik.

Kamlari
Sebahagian daripada gadis kamlari yang diselamatkan 
dan dibebaskan daripada dunia perhambaan.

Tetapi apabila malaria dapat dihapuskan dari kawasan subur itu pada 1960, kaum Tharu yang menjadi mangsa apabila petani daripada kasta tinggi menyisihkan mereka. Akhirnya mereka hidup susah dan menjadi hamba di tanah sendiri.

Ramai ibu bapa miskin termasuk ibu bapa Manjita yang terpaksa menjual anak perempuan mereka untuk menjadi hamba domestik.

Kemiskinan ini yang akhirnya memantapkan budaya kamlari. Walaupun undang-undang sudah mengharamkan budaya ini pada 2006 tetapi ia masih berleluasa di seluruh Nepal.

Manjita sendiri menjadi gadis kamlari selama tiga tahun. Selama itu dia menahan penderitaan keganasan dan gangguan seksual, sebelum aktivis sosial dari Yayasan Belia Nepal berjumpa ayahnya dan menawarkan bantuan sokongan serta pendidikan untuk adik-beradik perempuan Manjita jika dia bersetuju menamatkan kontrak perhambaan mereka.

Hanya pada usia 12 tahun Manjita mula belajar menulis dan membaca. Kini mahasiswa perniagaan ini menjadi lebih yakin, ada keterampilan dan boleh bertutur dalam tiga bahasa.

Namun parut psikologi yang dialaminya ketika kecil terus melekat dalam dirinya. Ini membuatkan Manjita tekad untuk menjadi sukarelawan bagi membantu dan memperjuangkan hak gadis kamlari.

“Zaman kanak-kanak saya dirobek dan diragut. Itu saat yang paling buruk dalam hidup saya dan saya akan lakukan apa saja untuk menamatkan amalan yang tidak berguna ini. Saya mahu bebaskan gadis-gadis lain yang menerima nasib serupa,” katanya.

Sebenarnya budaya kamlari berasal dari barat daya Nepal dan ia masih bertahan kerana adanya permintaan daripada keluarga kaya.

Pegawai perundangan di Hak Asasi Manusia dan Perkhidmatan Sosial Kanak-kanak-Wanita Nepal (CWISH), Kamal Guragain menganggarkan ada sekurang-kurangnya 1,000 gadis kamlari di Nepal dan hampir separuh bekerja di Kathmandu.

Manjita
Manjita tekad mahu menghapuskan budaya kamlari di Nepal.

Sehingga kini tiada majikan yang dihukum kerana mengupah atau menganiaya gadis kamlari, walaupun Guragain menerima banyak gesaan untuk mendakwa majikan dan tuntutan supaya mangsa diberikan pampasan atau bayaran ganti rugi.

“Sampai sekarang kamlari masih wujud kerana majikan tidak didakwa atau dipenjarakan walaupun secara terang-terangan mereka melanggar undang-undang,” kata Guragain.

Insiden seorang gadis kamlari berusia 12 tahun meninggal dunia akibat terbakar ketika berada di rumah majikannya Mac tahun lalu, mencetuskan kemarahan banyak pihak yang menggesa kerajaan menghentikan amalan itu. Namun selepas hampir setahun berlalu, tidak banyak perubahan yang berlaku.

Ram Prasad Bhattarai, jurucakap Kementerian Wanita, Kanak-kanak dan Kebajikan Sosial sebaliknya berkata, aktivis kini terlalu provokatif dan mendesak menuntut hak.

“Kami sekarang memberi fokus kepada usaha memperkasakan gadis kamlari dengan menawarkan pendidikan dan peluang latihan sebagai jurusolek dan tukang jahit selepas kontrak mereka tamat. Tetapi kami tidak bercadang membuat serbuan dari rumah ke rumah di Kathmandu,” katanya.

Dalam satu serbuan yang dilakukan di Kathmandu, aktivis menyelamatkan seorang remaja, Jayarani Tharu, yang tidak ingat bila dia meninggalkan rumah keluarganya kerana sudah terlalu lama menjadi hamba domestik.

Majikannya yang menjalankan perniagaan perabot dan restoran membayar 6,000 rupee (RM192) setahun kepada bapanya. Ketika aktivis membantu Jayarani mengemas barang-barangnya, isteri majikannya, Ramba Uprety menangis teresak-esak.

“Saya melayannya seperti anak sendiri. Sebab itu saya tidak rasa bersalah,” kata Uprety.

Jayarani sendiri mengakui majikannya adalah orang baik, tidak pernah berkasar atau melakukan keganasan terhadapnya. Bagaimanapun, hatinya tetap terkilan setiap kali melihat guru datang ke rumah untuk mengajar dua anak majikannya, sedangkan dia terpaksa bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan di rumah berkenaan.

“Mulanya saya sedih juga tidak dapat ke sekolah, tapi lama-kelamaan sudah jadi biasa. Saya selalu fikir, mereka bayar untuk saya buat kerja, bukan belajar. Kini saya tidak tahu apa saya boleh lakukan perubahan dalam hidup ini. Saya sudah hilang banyak masa,” katanya sedih. -AFP

BACA INI JUGA: Kanak-kanak Paling Berani Dalam Sejarah

Fenomena Luarbiasa Ombak Di Langit

Fenomena Luarbiasa Ombak Di Langit

Jika sekali pandang ia seperti pecahan ombak di lautan. Kelihatan bergulung-gulung dan beralun. Namun, situasi ini bukan berlaku di lautan, tetapi dilangit!

Billow Clouds

Menariknya, keadaan langit ketika itu kelihatan sangat cantik dengan bentuk yang sedemikian.

Ia sebenarnya merupakan satu fenomena awan yang berbentuk seperti ombak. Awan ini turut dikenali dengan beberapa nama. Antaranya, Kelvin-Helmholtz, Kelvin Wave ataupun Billow Clouds.

Pembentukan awan Kelvin-Helmholtz merupakan satu fenomena di atmosfera yang jarang sekali berlaku. Awan jenis ini walau bagaimanapun mudah dikenal pasti kerana rupa bentuknya seperti ombak dipermukaan laut.

Fenomena ini pernah berlaku pada 16 Disember 2011 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat. Ketika kejadian, kelihatan satu siri gelombang yang bergerak secara perlahan-lahan dan serentak. Fenomena tersebut juga menggambarkan seolah-olah berlakunya satu tsunami yang sangat besar dilangit.

Kelvin-Helmholtz in Birmingham, Alabama
Kelvin-Helmholtz.

Fenomena awan yang menakjubkan ini dikenali sebagai ketidakstabilan Kelvin-Helmholtz. Nama tersebut adalah hasil dari gabungan nama dua orang saintis yang menerangkan tentang fenomena ini iaitu Lord Kelvin yang merupakan seorang Baron dari Scotland dan Herman Helmholtz, seorang ahli fizik dari Jerman.

Fenomena ini berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor utama penyebab fenomena ini adalah kerana pergeseran yang berlaku antara dua lapisan udara dalam awan.

Kedua-dua lapisan udara itu mempunyai ciri karakter dan ketumpatan yang berbeza. Kajian menunjukkan bahawa lapisan atas adalah lapisan yang berketumpatan rendah. Manakala lapisan bawah pula berketumpatan tinggi.

Billow Clouds [2]

Ia juga boleh terjadi disebabkan perbezaan suhu di atmosfera. Jika cuaca dalam keadaan panas, bahagian lapisan udara yang bersuhu tinggi akan melapisi bahagian yang bersuhu rendah. Udara yang padat serta angin yang kuat dikedua-dua lapisan tersebut akan menyebabkan proses perolakan berlaku.

Apabila kedua-dua arus bertemu dan lapisan udara di bahagian atas pula bergerak lebih laju berbanding dengan lapisan udara di bahagian bawah, ia menyebabkan lapisan awan seperti ini terbentuk.

Faktor ini dilengkapi dengan pergerakan kedua-duanya yang saling berbeza arus. Selain daripada itu, faktor densiti iaitu berat awan juga turut menyumbang kepada pembentukan awan ini. Lapisan yang densitinya berat akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang.

Secara logiknya, apabila ada dua perbezaan di antara berat dan ringan, secara automatiknya, benda berat akan berada di bawah. Manakala benda ringan akan berada di atas.

Billow Clouds and Kelvin-Helmholtz
Fenomena luarbiasa ombak dilangit.

Merujuk kepada fenomena ini, lapisan yang berdensiti berat sentiasa akan berada di bawah yang berdensiti kurang.

Apabila wujudnya faktor tiupan angin yang kuat dan berlawanan arus, lapisan yang berdensiti berat ini akan berusaha untuk berada di bawah lapisan yang berdensiti kurang. Disebabkan itu, berlakulah satu pergolakan dan awan seperti ini akan terbentuk.

Fenomena seperti ini bukan sahaja berlaku di langit malah ia juga berlaku di dalam laut. Konsepnya adalah sama, apabila adanya situasi dua lapisan yang berbeza karakter ketumpatan bertembung.

Dan tahukah anda, fenomena seperti ini dikatakan pernah berlaku di Malaysia pada 30 Disember 2011 yang lalu. Ia berlaku di Segamat, Johor dan Labuan, Sabah. Ketika itu negara kita berada pada musim tengkujuh.

-Sentiasapanas.com

Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh

Derita Kulit Tertanggal Apabila Disentuh

Info Ngeri. Waktu mandi merupakan detik yang paling sukar dalam kehidupan harian seorang budak lelaki di England, Rhys Williams. Ia bagaikan satu penyeksaan yang amat berat, malah, turut meninggalkan kesan emosi kepada ibunya, Tanya Moores.

Rhys Williams Epidermolisis Bulosa

Apa tidaknya, jeritan suara Williams, 8, sebaik sahaja air mengenai badannya sukar untuk digambarkan hinggakan si ibu berasa trauma untuk memandikannya.

"Saya takut untuk memandikannya. Saya tidak sanggup mendengar rintihannya menahan sakit," ujar Moores seperti yang dilaporkan portal berita Dailymail.

Ekoran daripada itu, Moores terpaksa mengambil masa yang lama iaitu sehingga tiga jam untuk memandikan anak lelakinya itu.

Keadaan itu sebenarnya berpunca daripada penyakit kulit Epidermolisis Bulosa (EB) yang dihidap Williams. EB membuatkan kulit Williams melepuh dan melecet.

Lebih menyedihkan tatkala kanak-kanak lain gembira mendapat pelukan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Williams sebaliknya tidak mampu menikmatinya.

(Baca: Makanan Yang Menyebabkan Kita Pelupa)

Setiap sentuhan hanyalah satu penyeksaan kepadanya. Sentuhan akan membuatkan kulit Williams tertanggal dan luka.

Keadaan itu menyebabkan ibunya lebih rela tidak memeluk dan menciumnya biarpun jauh di sudut hatinya dia mengimpikan momen indah seperti itu.

"Saya tidak boleh memeluknya kerana ia akan mengakibatkan kulit badannya tertanggal. Saya tidak sanggup melihatnya menangis menahan kesakitan," ujar Moores yang berusia 30 tahun.

Malah, menurut Moores, keadaan Williams dianggap kritikal sehinggakan dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit jenis morfin.

"Bagaimanapun, sekarang dia tidak mahu lagi mengambil ubat tahan sakit itu. Dia mengambil paracetamol sahaja," katanya.

Moores memberitahu, anaknya itu sebenarnya menderita penyakit kulit tersebut sejak lahir.

Keadaan itu menyebabkan badannya perlu sentiasa ditutup dengan kain pembalut bagi memastikan kulitnya tidak tertanggal.

Ini kerana jika terdedah, kulit Williams senang berdarah apabila tersentuh sesuatu.

Keadaan itu menyebabkan pakaian Williams kerap terkena darah. Ini kerana jika terdedah, kulitnya cenderung untuk tersentuh dengan objek lain yang akan mencetuskan luka.

Rhys Williams Epidermolisis Bulosa [2]

Ekoran daripada itu juga, Williams tidak mampu untuk bermain di luar seperti kanak-kanak lain.

Malah, kebanyakan masanya dihabiskan di dalam rumahnya yang terletak di Bolton, Greater Manchester, England.

"Pernah suatu ketika, dia tidak mahu keluar berjalan langsung kerana terlalu malu akibat menjadi tumpuan orang ramai yang selalu melihat keadaannya.

"Williams turut meminta saya menutup dirinya daripada pandangan wanita lain yang sering membuat aksi tergamam apabila melihatnya," ujar Moores yang terpaksa meredah perjalanan kira-kira 300 kilometer apabila ingin mendapatkan rawatan untuk anaknya itu di Hospital Kanak-Kanak Birmingham.

Cerita Moores, perkara paling melukakan hatinya ialah apabila ada individu yang memberikan komen negatif dengan menganggapnya sebagai seorang ibu yang cuai kerana membiarkan anaknya bermain berdekatan cerek panas.

(Baca: Ngeri! Masih Hidup Walaupun Wajahnya Sudah Hancur Akibat Jangkitan Kuman)

"Mereka ingat anak saya terkena air panas," katanya yang memberitahu, masih ramai yang tidak terdedah dengan pengetahuan berkaitan penyakit tersebut.

Ujar Moores, lebih menyedihkan apabila anaknya itu juga terpaksa diberi makan menggunakan tiub khas pada badan.

Ini kerana jika Williams mengambil makanan pejal secara oral, ia akan mengakibatkan lepuhan pada kerongkongnya.

Menurut Pakar Pediatrik, Dr. Colin Tidy, EB merupakan sejenis penyakit keturunan yang menyebabkan kulit mudah melepuh dan tertanggal.

Bagi individu yang mengalami EB, sentuhan secara lembut pada kulit sahaja sudah dapat meninggalkan kesan lepuhan yang teruk.

Antara simptom yang dialami pesakit termasuklah lepuhan di dalam mulut, susah untuk mengunyah dan menelan makanan, serta mengalami masalah penglihatan.

"Sehingga kini belum ada penawar khusus bagi penyakit EB. Rawatan yang diberikan hanyalah untuk mengurangkan simptom yang dialami pesakit," katanya.

Tambah Tidy, statistik menunjukkan penyakit yang jarang dijumpai ini menyerang satu daripada 17,000 kelahiran di Britain.

Sumber: Kosmo Online

Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Pada 2 Ogos 1964, dunia telah digemparkan dengan berita bagaimana kapal perang Amerika Syarikat, USS Maddox yang berlabuh di Teluk Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun seawal pagi terperanjat membaca berita di akhbar, Amerika Syarikat diserang!

USS Maddox - Konspirasi Teluk Tonkin

Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negara sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dunia. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Vietnam Utara yang telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox tanpa sebarang sebab-musabab yang jelas.

Malah, rakyat dunia juga turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Amerika.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika sedang menjalankan misi De Soto dipersisiran pantai Teluk Tonkin. Perairan antarabangsa di Asia Tenggara itu dianggap sebagai wilayah yang berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat untuk menghadapi Komunis. Mereka menjalankan misi tersebut ketika Vietnam Utara dan Vietnam Selatan sedang berada di ambang perang saudara.

Berdasarkan ulasan akhbar, serangan tersebut dilaporkan telah mencederakan beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat. Dengan serta-merta sentimen anti-perang rakyat Amerika mula pecah. Mereka tidak sanggup merelakan kedaulatan negara Amerika yang tercinta diragut begitu sahaja.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara, elit politik Amerika Syarikat telah meluluskan Resolusi Teluk Tonkin - Gulf of Tonkin Resolution.

Gulf of Tonkin Resolution
Gulf of Tonkin Resolution.

Dengan lulusnya ketetapan ini, Amerika Syarikat dengan sendirinya telah mendapat mandat untuk memerangi Vietnam Utara. Undang-undang seperti Patriot Act yang bertentangan dengan piagam hak asasi warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan.

Di Washington, Presiden Lyndon B. Johnson tanpa banyak bicara telah memerintahkan pasukan tentera udara AS untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan-pangkalan kapal perang Vietnam Utara.

Operasi itu dilancarkan pada 5 Ogos1964. Puluhan pesawat penggempur F-8 telah membedil pangkalan kapal yang berpusat di Quang Khe. Serangan yang serupa juga turut dilanjutkan di pelabuhan Hon Gai dan 25 buah kapal perang Vietnam Utara dilaporkan telah musnah.

Serangan udara AS terhadap Vietnam Utara yang bertujuan untuk melawan kekuatan Komunis tersebut mendapat sokongan banyak pihak. Malah, Presiden Lyndon B. Johnson turut dianggap sebagai hero dan diangkat sebagai panglima tertinggi pasukan tentera AS. Beliau kemudiannya mengarahkan lebih banyak tentera AS dihantar ke medan peperangan.

Dengan kelengkapan senjata canggih dan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada lebih sejuta orang, AS dijangka menang mudah didalam peperangan itu. Namun, jangkaan tersebut rupanya meleset.

Gerila Vietkong yang mewakili tentera Vietnam Utara tidak mudah menyerah kalah. Mereka menyerang markas-markas tentera AS di Saigon, Bien Hoa serta Hanoi, menyebabkan beberapa orang tentera AS terkorban.

Pada ketika itu, kata-kata sinis dan kecaman mula timbul sehingga menyebabkan Presiden Johnson menjadi berang dan tidak sabar.

Untuk menunjukkan operasi tentera berjaya, Presiden Johnson kemudiannya memerintahkan pasukan tentera melancarkan operasi tempur berskala besar di bandar Da Nang - Operation Flaming Dart.

Namun, operasi yang didominasi serangan udara itu tidak mematahkan semangat gerila Vietkong. Malah, mereka turut melancarkan serangan balas sehingga menyebabkan 21 orang tentera AS terkorban.

Operation Flaming Dart tersebut terus dilanjutkan dan menjadi serangan udara membabi-buta. Malah, serangan tersebut terus mendapat tentangan hebat gerila Vietkong dan mereka langsung tidak mahu menyerah kalah. Semakin banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan berlaku dimerata tempat.

Sehinggalah sampai ke satu tahap, tentera AS akhirnya mengakui misi tersebut tidak perlu diteruskan lagi.

Ketika Johnson digantikan dengan Presiden Nixon, tentera AS akhirnya secara beransur-ansur dibawa pulang dan misi peperangan tersebut berakhir begitu sahaja.

Perang Vietnam yang dipacu oleh insiden Teluk Tonkin telah menelan kos yang sangat tinggi. Lebih 60,000 tentera AS terkorban dengan kos peperangan dikatakan sebanyak $USD170 bilion, 1 trilion dolar jika dinilai pada waktu sekarang.

Ekonomi AS turut mengalami penyusutan dan kekalahan Amerika dalam peperangan ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyatnya.

Pembohongan Terbongkar

Setelah lebih 40 tahun perang itu berlalu, seorang ahli sejarah Amerika Syarikat, Robert J. Hanyok yang bekerja di bawah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), telah melakukan kajian mengenai insiden itu.

Dalam penyelidikannya, beliau cuba untuk mencari jawapan jelas mengapa kerajaan Vietnam Utara telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox pada tahun 1964.

Namun, dalam kajian tersebut, Robert J. Hanyok telah membentangkan satu fakta yang mengejutkan ramai pihak. Dia tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kapal USS Maddox diserang atau dibedil.

Dengan kata lain, serangan itu tidak pernah berlaku dan sekadar suatu rekaan semata-mata!

Kajian tersebut telah diterbitkan oleh NSA pada tahun 2005 dan turut dipetik akhbar New York Times.

Dalam kesimpulannya, Robert J. Hanyok menyatakan, ia hanyalah sekadar satu konspirasi Presiden Johnson.

Konspirasi itu sengaja direka oleh pihak atasan Amerika Syarikat untuk memecahkan sentimen anti-perang rakyat Amerika dan menghalalkan serangan mereka ke atas Vietnam Utara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Saturday, February 01, 2014

P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!

P1, Rekaan Pertama Kereta Elektrik Porche 116 Tahun Lalu!

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa penggunaan kereta elektrik adalah satu inspirasi zaman moden. Namun, jangkaan tersebut disangkal sama sekali oleh Porche.

Porche P1

Syarikat tersebut baru-baru ini telah membaikpulih sebuah kereta Porche yang dikenali sebagai P1, kereta elektrik yang direka oleh Ferdinand Porsche 116 tahun yang lalu, pada tahun 1898 yang merupakan kereta pertama rekaan beliau.

Walaupun hanya dilengkapi dengan enjin 3 kuasa-kuda serta jarak pemanduan sejauh 50-batu pada satu-satu masa, kereta ini sudah cukup laju untuk memenangi perlumbaan kereta elektik pada tahun 1899.

P1 kini dipamerkan di Muzium Porsche di Stuttgart, Jerman. -Engadget

Sejarah Jenama Porsche

Porsche 64 [2]

Porsche adalah satu nama besar dalam dunia automotif. Daripada kanak-kanak hinggalah golongan berusia, masing-masing mengenali dan mengagumi kereta yang berasal dari Stuttgart, Jerman itu.

Menyusuri sejarah jenama tersebut, Porsche diasaskan oleh Profesor Ferdinand Porsche yang pada awalnya menawarkan perkhidmatan konsultansi dan pembangunan kenderaan.

Antara bisnes awal yang diterima Porsche adalah daripada kerajaan Jerman untuk membina kereta rakyat. Kereta rakyat itu ialah Volkswagen Beetle.

Porsche 64 yang merupakan model pertama Porsche berkongsi banyak komponen dengan model Beetle. Pada tahun 1948, model kedua Porsche iaitu 356 dibina oleh Ferry Porsche iaitu anak kepada pengasas jenama itu. Sekali lagi, model tersebut berkongsi komponen dengan model Beetle seperti enjin, transmisi dan suspensi.

Lebih menarik lagi, model 356 dibina selepas Ferry Porsche gagal menemui model dalam pasaran yang kena dengan jiwanya dan langsung membina sendiri kereta idamannya.

Berpuluh-puluh tahun kemudian, reka bentuk Porsche masih tetap sama. Cuma modifikasi dilakukan sedikit supaya ia kekal relevan dengan peredaran zaman. Tetapi model yang dipaparkan kali ini iaitu Cayenne Turbo S sungguh radikal.

Kekalkan identiti Porsche

Cayenne Turbo S
Cayenne Turbo S.

Model SUV yang dikeluarkan pada tahun 2002 itu memecah tradisi Porsche yang sebelum ini hanya mengeluarkan kereta sport dua pintu. Walaupun badannya jauh lebih besar, namun Cayenne masih lagi mengekalkan identiti Porsche seperti aplikasi rekaan lampu utama, lampu belakang, bonet dan bampar.

Senang kata, sekali lalu orang boleh mengecam bahawa model itu adalah keluaran Porsche. Selain Cayenne, Porsche turut mengeluarkan sebuah lagi model yang lari daripada tradisi iaitu Panamera, sebuah sedan sport empat pintu.

Strategi yang langsung lari daripada tradisi bukanlah pelik dalam keadaan ekonomi tidak menentu demi survival memandangkan kehendak pelanggan adalah jauh lebih penting daripada ego pengeluar. Lagi pun, bukan semua orang kaya menyukai kereta sport dua pintu.

Berdasarkan kepada laporan agensi berita Newspress, pada tahun 2010 Porsche mengeluarkan Cayenne generasi kedua menerusi beberapa varian seperti Hybrid, Diesel, GTS dan Turbo.

(Baca: Ulang Tahun Ke 30 Paling Hebat Dalam Sejarah Manusia! )

Tidak cukup dengan itu, Porsche turut mengeluarkan model terkini dan paling berkuasa iaitu Turbo S yang memiliki kuasa mencecah 550hp. Dengan pakej kerangka, sistem pacuan empat roda dan kuasa enjin, model SUV tersebut lebih berprestasi berbanding mana-mana kereta sport yang ada dalam pasaran.

Model Turbo S mempunyai ekstra 50hp berbanding model Cayenne Turbo. Peningkatan tork daripada 700Nm kepada 750Nm diterjemahkan kepada kuasa pecutan dan kelajuan maksimum yang lebih tinggi.

Pecutan dari titik pegun hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya mengambil masa 4.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 282km/j. Cayenne Turbo S dikonfigurasi dengan terperinci bagi mencapai dinamik prestasi yang maksimum.

Justeru, model tersebut dipasang dengan sistem kawalan yang bersesuaian dengan prestasinya sebagai peralatan standard. Berkongsi dengan model Turbo, Cayenne Turbo S menggunakan komponen yang sama seperti supspensi dan kawalan PASM damping control.

Peralatan lain ialah Porsche Dynamic Chassis Control (PDCC) yang bertanggungjawab mengurangkan sudut olengan semasa di selekoh tajam, sekali gus memperbaiki kelincahan dan keselesaannya.

Porsche Torque Vectoring Plus (PTV Plus) juga merupakan peralatan standard yang menggabungkan torque vectoring pada roda belakang dengan rear differential lock kawalan elektronik untuk meningkatkan aspek cengkaman, seterusnya menjadikan SUV itu lebih sedap dipandu dalam apa jua kondisi pemanduan.

Penampilan luaran Cayenne Turbo S amat jelas dalam memberi isyarat kuasa yang dimilikinya. Rekaan menonjol ialah gril yang mempunyai liang udara, perumah lampu utama dan cermin yang diwarnakan hitam berkilat.

Roda aluminium bersaiz mega iaitu 21 inci yang diberi nama 911 Turbo II pula direka khas untuk model Cayenne Turbo S. Pada bahagian dalaman, pereka Porsche telah memberi pakej warna dan corak yang segar khusus untuk model itu.

Kombinasi warna istimewa yang tersedia ialah kombinasi Black/Carrera Red atau Black/Luxor Beige. Pakej Interior Carbon pula menjadi pelengkap kepada tema warna merah tersebut untuk menambah lagi kemasan model tersebut.

Di United Kingdom, Cayenne Turbo S akan dipasarkan pada Januari 2013. Harga yang ditawarkan bermula dari £107,460 pound sterling atau kira-kira RM527,000 seunit.

Untuk pengetahuan anda, harga Cayenne Turbo di pasaran tempatan ialah RM970,000 manakala harga Cayenne Turbo S masih belum ditentukan. Agak-agaknya berapakah harganya nanti? Pasti melebihi takat harga RM1 juta. -Kosmo

BACA INI JUGA: Kereta Peronda Abu Dhabi Hypercar Paling Mahal Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

Lima Makanan Bantu Kesuburan Wanita

Lima Makanan Bantu Kesuburan Wanita

Secara umumnya, faktor genetik memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kesuburan seseorang.

Wanita subur

Bagaimanapun, faktor nutrisi juga mampu mempengaruhi keupayaan seseorang wanita untuk mudah hamil.

Menurut pakar kesihatan holistik yang juga penulis buku Women-Code, Alisa Vitti, sistem reproduksi yang lebih sihat dapat diperoleh menerusi keseimbangan hormon yang terhasil menerusi diet pemakanan.

Lima makanan yang dikatakan mampu meningkatkan kualiti kesuburan wanita ialah;
  1. Avokado
  2. Biji bunga matahari
  3. Kayu manis
  4. Telur
  5. Gandum kuda.
Buah avokado kaya dengan kandungan lemak tak tepu yang dapat menambah kesuburan, manakala pengambilan tiga genggam biji bunga matahari seminggu mampu meningkatkan kualiti sel telur.

Sementara itu, Vitti memberitahu, kayu manis dan gandum kuda merupakan bahan makanan yang akan merangsang proses ovulasi wanita.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar telur diambil secara rebus separuh masak bagi mengekalkan kandungan vitamin D dan B6 untuk penghasilan progesteron iaitu hormon penting untuk kehamilan.

Guna komputer terlalu lama penyebab kemurungan

Computer
Elakkan menggunakan komputer melebihi lima jam sehari.

Jika pekerjaan memerlukan anda duduk berjam-jam lamanya di depan komputer, sebaik-baiknya anda segera mencari aktiviti lain.

Kajian mendapati, perbuatan menggunakan komputer terlalu lama dapat menyebabkan seseorang mengalami kemurungan.

Dalam kajian ke atas 25,000 orang pekerja, ramai antara mereka mengeluh kerana berasa tertekan, cemas dan sukar bangun tidur pada keesokan paginya.

Mereka juga mendapati, kualiti tidur terganggu dan sukar berkomunikasi dengan rakan sepejabat.

Kajian oleh para penyelidik di Universiti Chiba, Jepun itu menyimpulkan bahawa pihak atasan perlu mengehadkan waktu untuk kakitangan mereka bekerja di depan komputer.

“Hasil kajian ini menunjukkan gangguan mental dan tidur yang berpunca daripada penggunaan komputer. Waktu maksimum untuk tujuan itu disarankan tidak lebih lima jam sehari," ujar salah seorang penyelidik, Dr. Tetsuya Nakazawa.

Makanan manis, merokok sama bahaya

Smoking and Drinking

Makanan yang manis dan enak sememangnya berbahaya kepada kesihatan.

Hasil kajian mendapati, pengambilan makanan manis sama bahayanya dengan merokok.

Seorang pakar kesihatan, Simon Capewell dari Universiti Liverpool, England berkata, pengambilan makanan manis mempunyai hubungan dengan peningkatan berat badan dan obesiti.

Walaupun gula tidak mengandungi lemak, namun ia dapat menaikkan berat badan seseorang.

Dalam laporan Medis Xpress, Capewell mendapati, obesiti mempunyai hubungan dengan berjuta-juta kematian akibat penyakit jantung dan diabetes setiap tahun.

Hal itu boleh dicegah dengan mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula. -Kosmo

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

-Sentiasapanas.com

Adakah Mulut Anda Berbau Sampah?

Adakah Mulut Anda Berbau Sampah?

Info Kesihatan. Realitinya, individu yang mengidap penyakit mulut berbau tidak sedar dan sukar mengesan yang dirinya berhadapan dengan masalah itu lantaran terbiasa dengan bau yang dihidunya sehari-hari.

Mulut berbau busuk

Memang kelakar tapi itu sebenarnya yang berlaku. Mereka langsung tidak tahu dan yakin dengan keadaan itu jika tiada siapa menegur. Masalahnya, sanggupkah kita nak menegurnya kerana sudah menjadi adat dan budaya kita, mahu jaga hati orang dan tidak mahu sesiapa berkecil hati.

Cara paling efektif bagi anda atau sesiapa bagi memastikan kita tidak berdepan masalah ini adalah dengan bertanyakan kepada pasangan, sanak saudara atau kawan rapat sama ada bau mulut anda normal atau sebaliknya.

Tapi jangan sekali-sekali berkecil hati dengan maklum balas yang diterima jika anda seorang daripada mangsa berdepan penyakit ini kerana setidak-tidaknya kita tahu cara untuk menghilangkannya dan tidak terus yakin bercakap dengan orang.

Selain itu juga, terdapat sejenis alat yang digunakan doktor gigi untuk mengukur kandungan sulfur dalam nafas pesakit.

Selepas diperiksa, rupa-rupanya anda disahkan doktor menghidap masalah mulut berbau. Usah cepat terasa hati sebaliknya cari jalan yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau itu.

Cara lain yang boleh menghilangkan masalah ini adalah dengan memberus gigi setiap hari dan kalau betul anda seorang individu yang berpenyakit ini, apa kata berus kita sekerap mungkin untuk keselesaan sendiri.

Amalan memberus gigi perlu dilakukan dengan betul. Tidak cukup dengan berus, anda dinasihatkan supaya menggunakan benang flos untuk menyingkirkan bakteria dan lebihan makanan yang berkumpul di celah gigi.

Dengan mempraktikkan cara berkenaan, bakteria sukar menghasilkan sulfur seterusnya mengelakkan mulut berbau.

(Baca: Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?)

Mungkin ada yang memandang remeh soal pembersihan lidah ketika menggosok gigi. Ingat, seperti yang dikatakan sebelum ini yang bakteria mudah menyorok di rekahan serta belakang lidah.

Pada masa sama, anda boleh menggunakan pembersih lidah yang banyak dijual di farmasi. Gunakan berus gigi yang mempunyai pembersih lidah di bahagian belakang pemberusnya atau pilihan berus gigi yang lembut dan gosok perlahan-lahan sehingga lidah kelihatan bersih.

Kalau anda ingin memastikan masalah ini tidak langsung terkena pada diri anda, apa kata gosok gigi setiap kali selepas makan kerana setidak-tidaknya bau makanan tadi tidak terus melekat dalam mulut dan seterusnya menghasilkan bau kurang selesa.

Sekiranya anda gagal memberus gigi selepas makan, kunyah gula-gula getah yang bebas kandungan gula. Cara ini dikatakan mampu menyingkirkan sisa makanan yang terperangkap di ‘kawasan’ yang ‘dalam’ seterusnya merangsang pengeluaran air liur.

Kemudian, perbanyak mengambil air suam. Air adalah elemen paling utama dalam mengekalkan tahap kesihatan seseorang. Sebab itu, dua liter air sehari adalah sukatan yang cukup sesuai.

Bagi memudahkan kerja, isi air di dalam botol bagi memudahkan proses menyukat. Secara tidak langsung, teknik ini membuatkan mulut anda sentiasa basah dengan air, malah pada masa sama berfungsi merangsang pengeluaran air liur dan menyekat kehadiran bakteria.

Cuba langkah mudah ini bagi memastikan masalah mulut berbau tidak ada dengan kita kerana masalah ini tidak patut terjadi terutama kepada anak muda seperti kita.

Sumber: Harian Metro Online

Semak Status Terima BR1M 3.0 Anda

Semak Status Terima BR1M 3.0 Anda

Adakah anda salah seorang pemohon untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2014 atau BR1M 3.0? Jika ya, bolehlah cuba semak samada anda layak atau tidak terima BR1M 3.0.

BR1M 3.0

Jika dah daftar, tentu nak tahu samada permohonan diterima atau tidak. Untuk itu, ada dua cara untuk semak keputusan terima BR1M 2014 ini.

Talian 1-800-88-2716
Anda boleh cuba menelefon talian telefon diberikan yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari bekerja sahaja. Jadi, talian tersebut hanya boleh anda dail untuk semak keputusan BR1M dari Isnin sehingga Jumaat sahaja.

Email BR1M
Satu lagi cara ialah dengan menghantar email ke alamat email berikut: br1m2@treasury.gov.my

Anda perlu nyatakan nama serta nombor kad pengenalan dalam email anda tersebut.

(Baca: Harapan Tidak Pernah Mati, Ia Cuma Cahaya Yang Telah Hilang)

Buat mereka yang mahu menyemak menggunakan email yang tertera di atas, pastikan anda ada kesabaran sedikit. Ini adalah kerana kemungkinan jawapan menerusi email akan ambil masa, paling kurang pun dalam 2-3 hari.

Untuk BR1M 3.0 kali ini, penerima akan menerima bantuan kewangan yang dimaksudkan terus ke akaun bank.

Hanya akaun bank milik individu sahaja dibenarkan. Akaun bank ASB dan Tabung Haji tidak dibenarkan.

Sumber: Hasrulhassan.com

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Ketahui 25 Ciri-ciri Wanita Pujaan Lelaki

Benarlah kata-kata, sikap lelaki memang sukar diduga. Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala wanita terutama yang mencintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih yang mendalam terhadapnya demi meraih cintanya.

Wanita Pujaan Lelaki
Gambar hiasan.

Walaupun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, anda harus memberi sebahagian hati untuk membuatkan dia tertawan.

Mungkin anda boleh mencuba petua ini, mana tahu persahabatan yang disemai berakhir dengan ikatan suci.

1. Jadi pendengar setia

Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Bersolek terlalu tebal

Lelaki tidak suka jika wanita memakai alat solek yang terlalu tebal.

3. Ingat hari penting

Mengetahui bila hari lahirnya antara resepi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

4. Hormat

Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

5. Terlalu kebudak-budakan

Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

6. Agresif

Lelaki menyukai sikap wanita yang agresif.

7. Terlalu seronok

Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya, berbual terlalu lama di telefon dalam perkenalan pertama.

8. Terlalu ganas

Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

9. Terlalu baik

Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu seorang yang terlalu baik dan sempurna.

10. Jangan perasan

Jangan terlalu perasan bahawa kamu mempunyai paras rupa yang jelita (walaupun benar).

11. Bersederhana

Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

12. Sifat keibuan

Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

13. Lemah-lembut

Sentiasa bercakap lemah-lembut dengan pasangan lelaki anda.

14. Sensitif

Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

15. Kenali dirinya

Kenali siapa dirinya yang sebenar sebeluma anda memulakan langkah untuk memikat.

16. Jaga kecantikan

Lelaki menyukai wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat yang tidak terurus langsung.

17. Kemas

Aset penting untuk anda memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

18. Kuno

Jangan bersikap terlalu kuno.

19. Sering bertanya khabar

Bertanya khabar sekurang-kurangnya beberapa kali seminggu supaya tali ikatan percintaan dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.

20. Jujur dalam tingkah-laku

Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun.

21. Beragama

Lelaki sukakan seorang yang wanita yang beriman dan berakhlak mulia.

22. Tidak mudah dipermainkan

Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

23. Jangan tunjuk lemah

Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada disamping lelaki yang anda minati.

24. Tunjuk matang

Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

25. Suka dimanja

Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik, sama ada diranjang, didapur mahupun direstoran!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com