Wednesday, January 29, 2014

Mudah Memikat Wanita Jika Anda Ada Kereta Jenama Ini..

Mudah Memikat Wanita Jika Anda Ada Kereta Jenama Ini..

Seorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu.

Wanita_Kaya

Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki.

Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan.

Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik.

Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:
  • Sports (27 peratus)
  • SUV (16 peratus)
  • Sedan (11 peratus)
  • Hibrid (9 peratus)
  • Trak UPS (4 peratus)
  • Van (2 peratus)

Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus).

Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus).

Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus).

Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:
  • BMW (16 peratus)
  • Mercedes (14 peratus)
  • Porsche (10 peratus)
*Jika anda tiada kereta sports atau kereta mewah, guna jelah apa yang ada ye..:)

Sumber: Mynewshub

Bomba China Dikritik Siar Imej Mangsa Berseluar Dalam!

Bomba China

Pasukan bomba di Ezhou, sebuah bandar di Semenanjung Hubei telah dikritik hebat dalam media sosial setelah memuat naik gambar seorang wanita berseluar dalam yang cuba diselamatkan lapor Chutian Times hari ini.

Niat anggota bomba yang cuba menzahirkan sumbangan mereka kepada masyarkat telah disalah ertikan oleh pengunjung-pengunjung forum apabila foto berkenaan tidak ditapis dengan mengaburkan muka wanita berkenaan.

Kejadian tersebut berlaku apabila tangan wanita tersebut tersangkut pada lubang tandas setelah beliau cuba mengambil stokin yang terjatuh ke dalamnya. Anggota bomba cuba menyelamatkannya dengan terpaksa mengangkat keluar tandas tersebut.

Pengunjung forum memuji tindakan bomba namun mengkritik gambar yang dimuatnaik kerana ianya agak tidak sesuai. [Sumber]

Bomba China
Bomba China
Bomba China

-Sentiasapanas.com

Aksi Terlalu Seksi Beyoncé Pada Grammy Dikecam!

Aksi Terlalu Seksi Beyoncé Pada Grammy Dikecam!

"Ia merupakan hari yang sedih kerana anak-anak kita tidak dapat menyaksikan anugerah Grammy," itu luahan ibu bapa selepas menyaksikan persembahan menjolok mata penyanyi Beyoncé pada majlis berkenaan.

Beyonce-Naked-At-Grammy-Awards

Ramai ibu bapa yang terkejut menyaksi aksi liuk lentuk Beyonce dan ia dianggap terlalu lucah untuk ditonton oleh anak-anak mereka.

Pada majlis itu, Beyonce yang juga ibu kepada seorang anak perempuan itu memakai pakaian seksi ketika mempersembahkan lagu Drunk In Love bersama suaminya, Jaz Z.

Sepanjang persembahan itu diadakan, ibu bapa terus memuat naik kecaman melalui twitter dan Facebook mengenai aksi berahi Beyonce yang disifatkan sebagai tidak menghormati dan tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak.

(Baca: Insuran Payu Dara Jennifer Love Hewitt USD$5 Juta)

Sementara suaminya pula tidak dapat menahan daripada memegang punggung isterinya dan turut bercium ketika pertengahan lagu.

Ketika penonton di Staples Center gembira menyaksikan persembahan itu, keadaan berbeza dengan penonton di rumah yang langsung tidak teruja dengan aksi lucah penyanyi berkenaan.

Beyonce sebelum ini mengaku bahawa dia bangga dengan penampilan seksinya itu dalam satu dokumentari mini.

“Saya tidak malu kerana menjadi seksi. Saya tidak rasa bahawa saya perlu menyembunyikannya,’’ katanya.

Kontroversi, Perkahwinan Pasangan Gay Di Grammy Awards

Gay Married at Grammy Awards

Penganjuran Anugerah Grammy minggu ini dilihat mencipta sejarah tersendiri apabila secara live berlangsungnya majlis perkahwinan 33 pasangan gay dan normal yang diraikan dalam majlis yang diadakan di Staples Centre, California.

33 pasangan itu telah selamat bergelar suami isteri dan ‘married couple’ selepas disahkan oleh Queen Latifah.

(Baca: Top Celebrity Scandals Videos You May Have Missed)

Yang mengarutnya, upacara perkahwinan mereka diadakan semasa persembahan rappers Macklemore, Ryan Lewis, Mary Lambert dan juga diva popular, Madonna.

Seperti yang kita tahu, masyarakat Barat sangat terbuka dengan isu perkahwinan sejenis dan California telah pun membenarkan perkahwinan sejenis sejak 2008.

Di bawah penulis kongsikan video persembahan dan perkahwinan ‘kontroversi’ yang penuh warna-warni ini. Sumber: Mynewshub



101 Pertanyaan Untuk Membuat Hidup Anda Luar Biasa

101 Pertanyaan Untuk Membuat Hidup Anda Luar Biasa

Info Motivasi. Anthony Robbins pernah mengatakan dalam salah satu bukunya bahawa, berfikir sebenarnya adalah proses bertanya dan menjawab pertanyaan-pertanyaan. Beliau kemudian menambahkan bahawa, orang-orang yang berjaya adalah mereka yang selalu bertanya pada diri sendiri.

Hidup Luar Biasa

Berikut adalah 101 pertanyaan untuk membuatkan hidup anda luar biasa:
  1. Apa yang saya inginkan?
  2. Untuk perkara apa sahaja saya perlu berterima kasih?
  3. Apakah perkara yang hilang dalam hidup saya?
  4. Adakah saya melihat perkara-perkara baru di dunia ini setiap hari?
  5. Adakah saya meluangkan terlalu sedikit masa untuk mendengar orang lain?
  6. Adakah saya cukup bersenang-senang?
  7. Bagaimana saya menjadikan hidup ini lebih ceria?
  8. Apa yang saya inginkan dalam hidup?
  9. Apa perkara yang saya tidak inginkan dalam hidup?
  10. Adakah saya selalu mencari peluang?
  11. Adakah saya mengambil kesempatan bila ada peluang?
  12. Adakah saya mempunyai fikiran terbuka?
  13. Adakah saya cukup fleksibel?
  14. Adakah saya terlalu cepat menghakimi orang lain?
  15. Adakah saya terlalu memikirkan risiko?
  16. Adakah saya ikhlas memuji orang lain?
  17. Adakah saya menghargai apa yang orang lain lakukan untuk saya?
  18. Ke tempat manakah yang saya ingin lawati?
  19. Siapakah individu yang saya ingin temui?
  20. Arah tuju apakah yang ingin saya ikuti?
  21. Adakah saya peduli dengan apa yang orang lain fikirkan tentang saya?
  22. Adakah saya cepat tersinggung?
  23. Apakah yang membuatkan saya bahagia?
  24. Apakah perkara yang saya sering tunda?
  25. Adakah saya selalu memikirkan diri sendiri?
  26. Adakah saya suka menyimpan dendam?
  27. Adakah saya selalu mengingati masa lalu?
  28. Adakah saya sering membiarkan fikiran negatif orang lain mempengaruhi saya?
  29. Adakah saya boleh memaafkan diri sendiri?
  30. Adakah saya cukup tersenyum?
  31. Adakah saya cukup gembira?
  32. Adakah saya mengelilingi diri saya dengan orang-orang yang positif?
  33. Adakah saya seorang yang positif?
  34. Adakah saya menyediakan masa yang cukup untuk merawat diri sendiri?
  35. Apakah ambisi rahsia saya?
  36. Apakah yang saya ingin orang-orang kenang tentang saya di penghujung hidup nanti?
  37. Apakah erti kejayaan untuk saya?
  38. Bagaimana saya dapat memberikan kebaikan kepada kehidupan orang lain?
  39. Bagaimana saya mampu melayani orang lain dengan baik?
  40. Perkara apakah yang boleh saya lakukan dengan lebih baik berbanding orang lain?
  41. Apakah 3 kekuatan terbesar saya?
  42. Adakah saya bergerak menuju ke pencapaian impian saya?
  43. Adakah saya menceritakan pada orang lain apa yang saya inginkan dalam hidup?
  44. Seperti apakah hari yang indah menurut saya?
  45. Ingin seperti apakah saya, 1 tahun lagi? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?
  46. Seperti apakah bentuk lingkungan hidup yang baik menurut saya?
  47. Apakah yang ingin saya lakukan jika saya tidak mempunyai rasa takut?
  48. Apakah yang saya ingin lakukan jika wang bukanlah perkara yang penting?
  49. Alasan-alasan apakah yang sering saya ucapkan?
  50. Adakah saya gembira dengan apa yang saya lakukan setiap hari?
  51. Adakah saya berada di laluan yang betul?
  52. Adakah saya meyayangi diri sendiri?
  53. Adakah saya baik pada orang lain?
  54. Adakah saya mengambil sesuatu tanpa balasan?
  55. Adakah saya sedang melakukan perkara yang paling penting ketika ini?
  56. Adakah ada perkara-perkara dalam hidup yang saya perlu beri perhatian lebih?
  57. Adakah saya sudah menggunakan waktu saya dengan sebaik-baiknya?
  58. Apakah yang boleh saya lakukan ketika ini yang mampu membuat perbezaan terbesar dalam hidup?
  59. Apakah perkara yang saya hindari?
  60. Perkara-perkara apa saja yang saya boleh bertoleransi?
  61. Adakah hidup saya mempunyai tujuan yang jelas dengan pencapaiannya?
  62. Adakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada diri sendiri?
  63. Adakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada orang lain?
  64. Jika saya ingin kehidupan saya sempurna, apakah perkara yang saya harus ubah?
  65. Apakah perkara yang saya lakukan dengan bersungguh-sungguh ketika ini?
  66. Bagaimana saya membuatkan hidup saya lebih sederhana?
  67. Perkara apakah yang saya lakukan tetapi saya tidak menikmatinya? Adakah perkara tersebut saya lakukan bersungguh-sungguh? Bolehkah saya membayar orang lain untuk melakukannya?
  68. Adakah saya melihat diri saya sebagai seorang yang cukup kreatif?
  69. Adakah saya membiarkan diri saya untuk menjadi orang yang kreatif?
  70. Bolehkah saya menjadi seorang yang spontan?
  71. Apakah saya terlalu kritis pada diri saya sendiri?
  72. Adakah saya terlalu kritis pada orang lain?
  73. Adakah saya mampu melihat permasalahan dari sudut pandangan yang berbeza?
  74. Perkara-perkara apakah yang telah saya selesaikan?
  75. Perkara-perkara apakah yang menjadi sumber stress dalam hidup?
  76. Bagaimana saya mampu mengurangkan stress dalam hidup?
  77. Kemana wang saya dibelanjakan?
  78. Mampukah saya mengurus kewangan saya dengan baik?
  79. Adakah saya mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan?
  80. Untuk apakah masa saya digunakan?
  81. Sudahkah saya membuat sistem pengelolaan masa baik?
  82. Apakah 3 keutamaan terbesar dalam hidup saya?
  83. Siapakah orang terpenting dalam hidup saya?
  84. Siapakah insan-insan yang menyayangi saya?
  85. Siapa yang mengambil berat terhadap saya?
  86. Untuk siapakah saya bekerja keras?
  87. Adakah tempat tinggal dan lingkungan kerja saya telah diatur sebaiknya sehingga memberi keselesaan pada saya?
  88. Adakah saya mempunyai cara hidup yang sihat?
  89. Adakah saya sering terbawa-bawa dengan emosi?
  90. Adakah saya mampu melupakan kesalahan-kesalahan yang telah saya lakukan di masa lalu?
  91. Adakah saya mengizinkan diri saya untuk melakukan kegagalan?
  92. Adakah saya mempelajari kegagalan-kegagalan saya?
  93. Adakah saya cepat putus asa ketika sesuatu tidak berjalan dengan lancar?
  94. Adakah saya mempunyai keyakinan yang baik?
  95. Adakah saya melonggarkan peraturan yang telah saya buat untuk diri sendiri dan orang lain?
  96. Apakah impian masa kecil yang telah saya lupakan?
  97. Siapakah idola/tokoh yang saya tiru?
  98. Adakah saya menjadi diri saya sendiri atau sedang cuba menjadi orang lain?
  99. Bagaimana jika?
  100. Mengapa tidak?
  101. Bagaimana saya dapat?
Pertanyaan manakah yang membuatkan anda paling tersentuh? Sila kongsikan disini atau jika anda sendiri mempunyai pertanyaan, boleh kongsikan dengan pembaca lain..:)

[Sumber] [Edited by SP]

Misteri Tragedi Kapal SS Ourang Medan

Misteri Tragedi Kapal SS Ourang Medan

INFO MISTERI. Pada bulan Februari 1948, keadaan cuaca di Selat Melaka begitu sempurna. Tidak ada sebarang gangguan alam dan keadaan ombak cukup tenang.

SS Ourang Medan

Namun, kesempurnaan itu dikejutkan oleh satu isyarat SOS yang datang secara tiba-tiba. Ia adalah isyarat kecemasan yang dikirim daripada sebuah kapal kargo milik Belanda, SS Ourang Medan.

Beberapa buah kapal yang melalui Selat Melaka telah menerima isyarat tersebut melalui sistem radio mereka. Antaranya, kapal City of Baltimore dan Silver Star dari Amerika Syarikat.

Dalam keadaan sayup-sayup dihujung radio, kedengaran satu suara panik yang membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya terdiam seketika.

Diantara dua buah kapal dagang itu, hanya Silver Star yang dapat menentukan arah koordinat SS Ourang Medan dengan tepat. Kapten kapal kemudian segera memerintahkan anak-anak kapalnya bergerak menuju ke lokasi SS Ourang Medan.

Belum sempat tiba ke lokasi kejadian, kapal Silver Star menerima satu lagi pesanan kod morse diikuti oleh satu teriakan di hujung radio. Kemudian, suasana bertukar menjadi hening.

Apa yang kedengaran hanyalah bunyi gemersik radio yang tidak keruan. Daripada isyarat itu, krew kapal Silver Star dapat mengagak satu tragedi telah menimpa kapal SS Ourang Medan.

Dalam masa hampir dua jam, kapal Silver Star sampai ke lokasi koordinat yang dituju. Mereka berhenti agak jauh daripada SS Ourang Medan untuk memerhatikan apa yang sebenarnya telah berlaku.

Satu isyarat komunikasi telah dihantar ke kapal tersebut namun tiada sebarang isyarat diterima sama ada melalui radio mahupun bendera.

Disebabkan tiada respon diterima, sepasukan kelasi telah dihantar untuk meninjau keadaan kapal SS Ourang Medan dengan lebih dekat. Bot yang membawa pasukan peninjau itu bergerak secara perlahan-lahan menuju ke kapal berkenaan.

Dari jauh, mereka tidak dapat melihat sebarang pergerakan di atas kapal. Namun, di bahagian lambungan terdapat beberapa ekor ikan yu yang sedang berenang ke hulu ke hilir. Kemunculan ikan-ikan yu itu menandakan bahawa terdapat mayat di atas kapal berkenaan.

Setibanya di atas kapal tersebut, pasukan peninjau telah menyaksikan satu situasi yang amat menggerunkan. Mereka melihat mayat-mayat bergelimpangan di atas dek kapal.

Pasukan peninjau kemudiannya menuju ke ruang kemudi untuk mencari kapten kapal SS Ourang Medan.

Sebaik sahaja mereka memasuki ruang berkenaan, pasukan peninjau mendapati kapten serta beberapa orang krew kapal sudah tidak bernyawa. Mayat-mayat terbaring kaku, sementara diruang radio pula, petugas telegraf terkulai di atas peralatannya yang sudah tidak berfungsi.

Situasi itu menunjukkan seolah-olah kapten kapal tersebut telah mengumpulkan anak-anak kapal untuk berbincang mengenai sesuatu sebelum mereka semua meninggal dunia.

Bagaimanapun, apa yang mengerikan ialah mimik muka ketakutan yang jelas kelihatan pada setiap wajah mayat yang ditemui.

Kesemua mayat berkeadaan pucat dengan mata terbuntang luas. Gigi mereka terkacip rapat manakala wajah mereka terarah ke langit.

Kemudian, beberapa mayat pula ditemui dengan keadaan tangan mengacung ke atas. Malah, bangkai seekor anjing yang ditemui di bawah dek juga berada di dalam keadaan yang sama. Keadaan mayat menunjukkan seolah-olah nyawa mereka melayang ketika sedang berhadapan dengan sesuatu yang sangat menakutkan.

Pasukan peninjau kemudian memeriksa keseluruhan kapal. Mereka tidak menemui sebarang tanda-tanda kerosakan. Keadaan tubuh badan mayat yang bergelimpangan juga tidak mengalami sebarang luka mahupun sebarang kecederaan luaran.

Ini menunjukkan tragedi berkenaan bukannya angkara lanun. Jadi, apa sebenarnya yang telah terjadi?

Belum sempat penyiasatan menyeluruh dijalankan, satu lagi kejadian misteri telah berlaku. Kargo yang ada di atas kapal secara tiba-tiba terbakar. Api menjalar dengan pantas dan memusnahkan hampir keseluruhan ruangan kargo SS Ourang Medan.

Pasukan peninjau bertempiaran menyelamatkan diri menggunakan bot kecil mereka dan hanya dalam tempoh masa yang singkat, SS Ourang Medan meletup! Letupan itu telah menggegarkan Selat Melaka dan boleh didengar sejauh empat batu nautika.

Dari kejauhan, pasukan peninjau dapat melihat kapal SS Ourang Medan terbakar dan tenggelam perlahan-lahan ke dasar laut. Ia tenggelam bersama misteri yang baru sahaja mereka saksikan.

Kisah misteri mengenai tragedi kapal SS Ourang Medan telah didedahkan kepada umum melalui jurnal bertajuk Proceedings Of The Merchant Council yang diterbitkan oleh US National Coast Guard pada tahun 1953.

Bagaimanapun, beberapa orang penyelidik mendapati terdapat perkara pelik mengenai tragedi ini. Selain daripada penerbitan ini, tidak ada sebarang data atau dokumen rasmi yang boleh dikaitkan dengan kapal berkenaan. Dengan kata lain, kapal itu dikatakan tidak pernah wujud!

Sebahagian individu percaya US National Coast Guard telah mencipta satu kisah khayalan mengenai SS Ourang Medan. Bagaimanapun, beberapa orang penyelidik terus menjalankan penyiasatan untuk memastikan kebenaran kisah ini.

Antaranya, seorang ahli sejarah Roy Bainton dan seorang pakar akademik maritim dari Jerman, Profesor Dr. Theodor Siersdorfer Essen.

Kedua-dua penyelidik itu cuba untuk mencari data mengenai SS Ourang Medan, tetapi mereka menemui jalan buntu. Di dalam Kamus Bencana Laut 1824-1962 juga tidak ditemui sebarang dokumen yang berkaitan dengan kapal SS Ourang Medan.

Namun, di dalam pencarian itu mereka akhirnya menemui satu artikel dari Jerman karangan Otto Mielke yang menyebut tentang peristiwa ini. Justeru, kedua-dua penyelidik itu mengandaikan SS Ourang Medan sememangnya benar-benar wujud.

Bainton dan Dr. Theodor berpendapat kemungkinan besar SS Ourang Medan adalah sebuah kapal penyeludupan. Disebabkan itulah tiada sebarang rekod rasmi mengenai kapal ini.

Mereka berpendapat yang kapal kargo ini berkemungkinan membawa muatan berupa bahan kimia yang berbahaya. Dan kebocoran bahan kimia itu dikatakan telah menjadi punca kematian anak-anak kapal SS Ourang Medan.

Bagaimanapun, ia hanyalah teori semata-mata. Kebenaran mengenainya tidak dapat dipastikan dan sehingga ke hari ini, tragedi SS Ourang Medan terus kekal misteri!

BACA INI JUGA: Misteri Kapal-kapal Yang Hilang Di Segitiga Bermuda

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, January 28, 2014

 PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

Tindakan PKR meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hari ini menunjukkan mereka tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 PKR Mempermainkan Pilihan Raya! – Dr. Asri

Bekas Mufti Perlis itu berkata, sekiranya benar PKR menggantikan Lee Chin Cheh dengan Anwar semata-mata mahu menyelesaikan kemelut dalaman antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jelaslah parti itu sanggup gadai kepentingan rakyat demi beberapa individu dalam parti.

“Kalau itu benar, mereka sanggup korbankan kepentingan rakyat daripada beberapa orang dalam parti,” katanya kepada The Malaysian Insider, di Kuala Lumpur.

Mohd Asri berkata, dengan tindakan sedemikian, pilihan raya kecil (PRK) hanya akan menjadi “mainan” kepada parti tersebut.

“PRK melibatkan perbelanjaan orang awam. Lama-lama nanti pilihan raya hanya akan jadi mainan,” katanya.

Anwar hari ini disahkan menjadi calon PKR di DUN Kajang selepas Lee memutuskan untuk mengundurkan diri “demi kebaikan PKR.”

Dipercayai tindakan Anwar itu adalah bagi menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Abdul Khalid di Selangor.

“PKR bersama Pakatan Rakyat (PR) setuju letak Anwar sebagai calon DUN Kajang,” kata Abdul Khalid kepada pemberita pada sidang media di Petaling Jay, pagi tadi.

(Baca: Jika Tidak Mengambil Risiko Anda Akan Menyesal Seumur Hidup)

Ditanya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan PKR meletakkan Anwar, Abdul Khalid berkata:”Kalau saya tidak setuju saya tiada di sini.”

Anwar yang turut hadir pada sidang media tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut spekulasi beliau bertanding di DUN Kajang bagi mengambil alih kedudukan menteri besar Selangor daripada Abdul Khalid.

“Itu sekadar spekulasi … tidak berbangkit isu itu,” kata Anwar.

Anwar berkata, keputusan meletakkan beliau sebagai calon di DUN Kajang akan digunakan sebagai lonjakan prestasi khidmat PKR kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, PKR akan menjelaskan kepada pengundi Kajang keperluan untuk pilihan raya kecil di DUN berkenaan.

“Kami akan jelaskan, Khalid, Azmin akan membantu. DAP dan PAS penting, semua perlu untuk pengundi Kajang tahu kenapa kami perlu PRK ini,” katanya.

Katanya, cadangan beliau untuk bertanding di kerusi berkenaan juga diutarakan oleh rakan komponen pembangkang itu daripada PAS dan PKR.

“Ada konsensus dalam PKR, dan kami bawa kepada DAP dan PAS untuk mencalonkan saya, saya tiada pilihan kecuali untuk bertanding,” katanya.

Sumber: Mynewshub

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang!

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang!

Tidak sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang! [2]

Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.

"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat," katanya kepada MalaysiaGazette.

(Baca: Yuktes Vijay Dedah Dana Kekayaan Anwar!)

Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bosnya dahulu.

"Jika saya kalah pun tidak mengapa, itu memang sudah dijangka tetapi jika Anwar menang tetapi majoritinya menyusut walaupun hanya dengan satu undi, itu adalah sesuatu yang paling memalukan beliau," katanya lagi.

Bersandarkan manifesto yang ringkas iaitu 'Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13', Yuktes akan mula berkempen dengan pergi ke kawasan-kawasan bermasalah di DUN Kajang.

Katanya, pelbagai janji yang telah ditabur semasa PRU-PRU yang lepas, namun Kajang masih dibelenggu oleh pelbagai masalah antaranya jalanraya berlubang serta tiada pembelaan terhadap pemilik-pemilik gerai makanan yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

DUN Kajang sebelum ini diwakili oleh Lee Chin Cheh yang memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.

Sumber: Malaysiagazette

Evolusi Medan Kutub Bumi Punca Cuaca Sejuk?

Evolusi Medan Kutub Bumi Punca Cuaca Sejuk?

Cuaca tidak menentu sejak akhir-akhir ini mencetuskan pelbagai spekulasi dan turut menjadi topik hangat yang sering diperkatakan oleh pengguna laman sosial.

Anjakan kutub bumi
Keratan akhbar 30 Disember 2013 lalu.

Selain itu, ada juga pihak tidak bertanggungjawab bertindak menyebarkan mesej berantai berhubung pelbagai teori perubahan cuaca ekstrem pada masa ini hingga menyebabkan masyarakat mudah percaya tanpa mengambil kira fakta sains.

Dakwaan salji turun di negara beriklim tropika, Indonesia juga adalah satu lagi laporan berita palsu pihak tidak bertanggungjawab untuk mencemaskan masyarakat selepas insiden penurunan salji di Vietnam dan Mesir.

Fenomena salji di Malaysia juga adalah satu perkara mustahil walaupun cuaca sejuk luar biasa sedang melanda negara ini.

Hal ini kerana, Malaysia terletak di garisan Khatulistiwa yang mempunyai dua musim sepanjang tahun.

Sebelum ini, isu anjakan kutub bumi yang dikaitkan dengan hari kiamat juga heboh di kebanyakan blog, namun wujud pertikaian berhubung kebenaran perkara itu.

Bagaimanapun, teori sains yang dijelaskan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) ini diharap dapat merungkai kekeliruan paparan sebelum ini.

Medan magnet bumi pernah menyongsang

Menurut saintis, medan magnet bumi sebenarnya menyongsang beberapa kali sejak beribu tahun lalu.

Dalam kata lain, jika manusia hidup kira-kira 800,000 tahun lalu dan memegang kompas di tangan mereka, ia akan menunjuk ke arah selatan.

Ini kerana, kedudukan kompas magnetik ditentukan berdasarkan kutub bumi dan arah Utara-Selatan akan berubah 180 darjah jika kutub medan magnet terbalik.

Persoalannya kini adalah, adakah keadaan tersebut akan memberi kesan dramatik?

Hasil daripada rekod fosil dan geologi diperoleh daripada ratusan tahun ketika berlakunya penyongsangan kutub menunjukkan ia sebenarnya tidak memberi kesan dahsyat seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Proses penyongsangan kutub adalah satu peraturan alam yang tidak dapat dielakkan sejak 20 juta tahun lalu dan ia berlaku setiap 200,000 hingga 300,000 tahun sekali.

Bagaimanapun, kutub tidak menyongsang sepenuhnya kerana medan magnet saling menarik dan menolak antara satu sama lain, di mana beberapa kutub turut muncul pada latitud pelik ketika proses tersebut.

Saintis meramalkan proses pembalikan terbabit telah berlaku beratus kali sejak lebih tiga bilion tahun lalu, namun ia dikatakan berlaku lebih kerap atau setiap sejuta tahun sekali selepas Zaman Dinosaur.

Tiada perubahan drastik pada flora, fauna

Kajian ke atas aktiviti medan magnet dan rekod fosil diperoleh dari endapan teras pada permukaan laut dalam dikatakan boleh memberi penjelasan kepada saintis berhubung perubahan kutub magnetik.

Medan magnet bumi ditentukan berdasarkan pemagnetan lava kerana ia berada di dasar laut di Rabung Tengah Atlantik, di mana benua Amerika Utara dan Eropah berpecah.

Difahamkan, lava membeku itu sebenarnya mampu mewujudkan rekod orientasi medan magnet pada masa lalu seperti bunyi rekod pita rakaman.

Kali terakhir kutub bumi menyongsang adalah kira-kira 780,000 tahun lalu yang turut digelar saintis sebagai pembalikan Brunhes-Matuyama.

Rekod fosil menunjukkan proses tersebut tidak memberi perubahan drastik terhadap flora dan fauna.

Selain itu, endapan teras pada zaman terbabit juga tidak menunjukkan sebarang perubahan dalam aktiviti glasier berdasarkan jumlah isotop oksigen pada permukaan tersebut.

Keadaan itu membuktikan proses penyongsangan kutub tidak akan menjejaskan putaran paksi bumi walaupun kecondongan paksi bumi memberi kesan besar kepada iklim dan pengglasieran.

Proses penyongsangan kutub juga sebenarnya tidak tetap dan ahli geofizik agak pasti bumi mempunyai medan magnet kerana teras besi padunya dikelilingi lautan cecair logam panas.

Aliran cecair besi di dalam teras bumi mencipta arus elektrik yang seterusnya mewujudkan medan magnet.

Saintis dapat mengukur pergerakan dalam teras dengan memerhatikan perubahan di dalam medan magnet,

Menurut kajian mereka, kutub magnet bumi telah berganjak pada jarak lebih 1,100 kilometer (km) sejak awal abad ke-19.

Bagaimanapun, anjakan tersebut didakwa berlaku lebih cepat pada masa ini dengan anggaran jarak kira-kira 64 km setahun berbanding kira-kira 16 km setahun pada awal abad ke-20.

Medan magnet tidak hilang

Satu lagi hipotesis mengenai penyongsangan kutub mengandaikan proses itu akan menyebabkan bumi kehilangan medan magnet yang berfungsi sebagai pelindung daripada ribut solar.

Saintis mendakwa medan magnet sememangnya boleh berubah-ubah tetapi tidak ada sebarang petunjuk bahawa ia akan hilang sepenuhnya.

Medan magnet yang lemah akan menyebabkan peningkatan jumlah kecil radiasi solar tetapi kesan itu tidak membawa maut kerana atmosfera tebal bumi mampu memberi perlindungan terhadap kemasukan zarah matahari secara terus.

Kajian sains menunjukkan penyongsangan kutub magnet dari skala masa geologi adalah satu fenomena yang biasa berlaku sejak ribuan tahun lalu.

Bagaimanapun, keadaan yang menyebabkan proses itu berlaku tidak dapat diramalkan sepenuhnya kerana sebagai contoh gerakan kutub utara mungkin boleh bertukar haluan.

Rekod geologi berusia jutaan tahun juga menunjukkan pembalikan kutub tiada kaitan dengan senario hari kiamat seperti yang dihebohkan banyak pihak dengan tujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat pada ketika ini.

Sumber: http://www.nasa.gov/topics/earth/features/2012-poleReversal.html

-Sinar Harian Online
Suami Tak Kenang Budi, Lari Selepas Isteri Derma Buah Pinggang!

Suami Tak Kenang Budi, Lari Selepas Isteri Derma Buah Pinggang!

Habis madu, sepah dibuang - begitu nasib menimpa seorang wanita selepas dia menyelamatkan nyawa suaminya dengan menderma buah pinggang.

Samantha Lamb
Samantha (kiri) menyesal menderma buah pinggang kepada Adam.

Samantha Lamb, 41, menawarkan buah pinggang untuk suaminya Adam, 45, yang menghidap kegagalan renal dan memerlukan dialisis untuk meneruskan hidupnya.

Sebagai persediaan menderma buah pinggang, Samantha sanggup menahan lapar bagi membolehkan berat badannya turun 19 kilogram bagi memastikan dia sendiri cukup sihat pembedahan pada Oktober 2009.

Pengorbanan itu kemudian menarik perhatian stesen televisyen BBC yang menerbitkan dokumentari khas mengenai cinta Samantha.

Tidak seperti cerita cinta biasa, rumah tangga Samantha - Adam berantakan hanya beberapa tahun selepas pembedahan itu.

Adam akhirnya meninggalkan Samantha.

Dia mengangkut semua barangnya, termasuk televisyen dan radio sebelum meninggalkan kunci rumah di dalam peti surat ketika Samantha bekerja syif malam.

Samantha percaya suaminya menjalin hubungan sulit dengan rakan baiknya, namun Adam berkali-kali menafikan.

(Baca: Petua Bagaimana Supaya Isteri Anda Klimaks Berulang-kali!)

Pasangan itu - yang berkenalan ketika sama-sama menjadi pemandu ambulans - pernah berpisah seketika sebelum berkahwin pada 2007.

Adam jatuh sakit tidak lama selepas itu dan terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Kata Samantha, dia tidak tergamak melihat Adam lalu menawarkan buah pinggangnya.

“Adam yang mempunyai anak hasil perkahwinan sebelum ini mahu melihat mereka membesar,” katanya.

Menurut Samantha, dia kini menyesal membantu Adam.

“Saya tidak menyesal melakukan pembedahan yang membantu seseorang - namun alangkah baiknya jika buah pinggang itu diberi kepada orang lebih layak.

“Kalaulah boleh saya ambil semula buah pinggang itu dan memberinya pada orang lain,” katanya.

Namun dia mengakui perkara itu mustahil dan kini hanya berharap proses perceraian diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, dia merasa sakit hati setiap kali melihat parut berukuran empat inci hasil pembedahan itu.

“Namun sekurang-kurangnya Adam pun perlu sentiasa ingat dia berhutang nyawa dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Adam menafikan mengadakan hubungan dengan rakan isterinya selain menegaskan tidak pernah meminta didermakan organ berkenaan.

Sumber: Harian Metro Online

Berzikir Mampu Meningkatkan Tahap Kecerdikan

Berzikir Mampu Meningkatkan Tahap Kecerdikan

Info Agama. Otak manusia memang unik. Tahukah anda, orang yang selalu berfikir mempunyai sel neuron aktif yang banyak berbanding mereka yang kurang berfikir.

Berzikir Mampu Meningkatkan Tahap Kecerdikan

Dipercayai, individu yang gemar muhasabah diri setiap hari akan mengaktifkan sejuta sel neuron dalam otaknya.

Kajian saintis mendapati, individu begini mempunyai tahap kecerdikan yang sangat tinggi. Dalam bahasa sains ia dikenali sebagai IQ (Intelligence Quatient).

(Baca: Jangan Cuba Menggapai Perkara Yang Tidak Pasti)

Jadi, bagi orang Islam, perbuatan berzikir dan memohon taubat setiap hari sebenarnya mengaktifkan sel otak untuk mempersiapkan diri bagi menyelesaikan masalah.

Perkara ini terbukti melalui sejarah apabila asas pelbagai ilmu moden hari ini seperti kimia, fizik, matematik, astronomi, perubatan, perundangan, kejuruteraan, teknologi, kemasyarakatan dan banyak lagi bermula dengan sarjana Islam.

Malangnya, ramai umat Islam hari ini telah dilalaikan daripada berzikir dan bertaubat (muhasabah diri).

-Sentiasapanas.com

Monday, January 27, 2014

Salahkan UMNO, Anwar Dicabar Pinda Enakmen Agama Selangor

Salahkan UMNO, Anwar Dicabar Pinda Enakmen Agama Selangor

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Addul Rahman Dahlan mempertikaikan tindakan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang cuba menyalahkan Umno dan kerajaan Barisan Nasional berhubung kemelut kalimah Allah.

Anwar dan isu kalimah Allah

Menurutnya Anwar ketika menyampaikan ucapannya di Taginambur, Kota Belud semalam banyak menyentuh isu semasa termasuk kalimah Allah yang kononnya angkara Umno. Sedangkan semua isu tersebut berlaku di Selangor yang ditadbir oleh kerajaan pakatan rakyat.

“Saya hanya ingin maklumkan kepada Datuk Seri Anwar bahawa naskah Al-Kitab yang dirampas berlaku di negeri Selangor, yang di tadbir oleh parti beliau iaitu Pakatan Rakyat. Agensi yang merampas adalah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) iaitu agensi negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

“Enakmen negeri yang melarang penggunaan kalimah Allah di Selangor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Sultan yang bertitah mengenai larangan penggunaan kalimah Allah ialah DYMM Sultan Selangor, Sultan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Rahman turut mengatakan sekiranya Anwar merasakan isu tersebut menghantui pemikirannya, dia sepatutnya memecat semua pegawai yang terlibat atau sekurang-kurangnya segera mengadap DYMM Sultan Selangor dan meminta baginda menarik kembali titah larangan yang dikeluarkan sebelum ini.

(Baca: Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?)

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini bertitah bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja, mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

“Jawapannya senang sahaja. Datuk Seri Anwar tidak berani. Dia lebih berani nak berceramah di Kota Belud dan cuba mengabui mata rakyat dan lepas tangan sambil menuduh orang lain. Apa pun masih tidak lewat untuk Datuk Seri Anwar untuk menujukkan keberaniannya,” ujar beliau lagi.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut mencabar Anwar untuk meminta kerajaan Selangor membawa usul bagi meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (1988) dalam persidangan dewan undangan negeri yang akan bersidang tidak lama lagi.

“Tidak ada alasan untuk pindaan itu tidak diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri kerana Pakatan Rakyat mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan tersebut. Lagi pun tiga Ahli Yang Berhormat DAP dari Selangor telah berjanji untuk membawa usul pindaan itu. Saya harap Datuk Seri Anwar tidak menekan mereka untuk menarik balik hajat mereka itu.

“Samada DYMM Sultan Selangor akan berkenan meluluskan pindaan itu atau tidak bukan persoalannya. Yang penting Datuk Seri Anwar ada peluang untuk membuktikan bahawa beliau serius untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah di Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat,” jelas beliau lagi.

[Sumber]