Friday, January 31, 2014

Pemain Skateboard Termuda Di Dunia Berusia 2 Tahun!

Pemain Skateboard Termuda Di Dunia Berusia 2 Tahun!

Penulis ingin memperkenalkan kepada pembaca semua, Kahlei Stone Kelly, yang berumur dua tahun tetapi cukup cekap bermain papan selaju atau skateboard.

Kahlei Stone Kelly

Si kecil itu berasal dari Victoria, Australia

Kepantasan dan kelincahan dia bermain skateboard mengejutkan para pengguna internet tambahan pula dia kelihatan comel menaiki skateboard dengan hanya memakai lampin pakai buang.

Di laman YouTube, ada video menunjukkan aksi Kahlei yang lincah dan cukup laju apabila bermain skateboardnya itu.

(Baca: Kana-kanak Ini Minum Viagra Untuk Terus Hidup)

Pada satu bahagian di dalam video itu, si comel itu mampu mengimbangi skateboardnya hanya dengan dua roda sahaja.

Kahlei juga dilihat menuruni sebuah bukit yang kecil dengan kepantasan yang cukup laju tanpa terjatuh. Kepakarannya bermain skateboard telah membuatkan videonya ditonton sebanyak 132,795 kali sejak dimuatnaik pada 24 Januari lepas.



Bagaimanapun ada juga beberapa orang yang memberi komen di YouTube bimbang kerana Kahlei bermain skateboard tanpa sebarang peralatan keselamatan.

Untuk rekod, ketika ini Kahlei merupakan pemain skateboard termuda di dunia.

Sumber: Mynewshub

Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya

Kisah Sahabat Nabi Yang 'Ditakuti' Doanya

Imam Bukhari dan Muslim serta Baihaqi meriwayatkan dari Abdul Malik bin Umair bahawa Jabir ra berkata: Ada sesetengah orang di Kufah mengadu kepada Umar tentang perbuatan Saad bin Abi Waqqas semasa menjadi wakil Khalifah di Kifah, Iraq.

Doa

Umar mengirim utusannya ke kufah untuk menyiasat kebenaran aduan itu. Utusan itu pun menjalankan tugasnya di merata Kufah dan menerima jawapan orang ramai bahawa Saad telah menjalankan tugasnya dengan baik dan memuaskan.

Utusan itu kemudian bertemu dengan seorang lelaki yang berkata: "Aku bersumpah bahawa Saad tidak berlaku adil dalam urusannya kepada orang ramai dan dia enggan keluar untuk berjihad."

Bila tuduhan orang itu di sampaikan kepada Saad beliau berdoa: "Ya Allah, jika orang itu benar matikan dia dengan segera, dan jika dia berdusta panjangkan umurnya dalam kekafiran dan fitnah."

Kata Ibnu Umair: "Aku lihat orang itu hidup sampai lanjut umurnya, hidupnya melarat, akhlaknya terlalu buruk, dia dikutuk orang ramai kerana suka menganggu wanita dijalanan.

Bila orang bertanya kenapa dia berkelakuan demikian, dia menjawab: "Aku ditimpa doa Saad."

Thabrani, Ibnu Asakir dan Abu Nu'aim meriwayatkan dari Abi Qubaisah yang berkata: "Ada seorang lelaki suka mengejek Saad bin Abi Waqqas.

Bila ejekan orang itu didengar oleh Saad beliau berdoa: "Ya Allah, aku memohon agar dihentikan gangguan lisan dan tangan orang ini terhadapku menurut pertimbanganmu."

Orang itu, kemudian ikut serta dalam peperangan Qadisiyah di Parsi dan mendapat cedera parah di tangan dan lidahnya. Sejak kejadian itu, sehingga orang itu meninggal, dia tidak lagi dapat berkata-kata.

Diriwayatkan dari Abdul Rahman bin Auf bahawa ada seorang wanita yang cuba mengoda dan mengganggu Saad. Walaupun telah diberikan amaran beberapa kali tetapi dia tetap mengganggu Saad, akhirnya Saad berdoa: "Ya Allah palingkan muka wanita itu."

Tidak lama selepas itu, muka wanita itu terpusing ke belakang dan tidak dapat berpaling ke depan lagi.

Al-Hakim meriwayatkan bahawa Musab bin Saad berkata: "Pernah Saad mendoakan orang yang sangat menyakitinya hingga orang itu terbunuh oleh seekor unta. Sejak itu, Saad tidak mahu mendoakan apa-apa lagi kepada sesiapa.

Al Hakim juga meriwayatkan dari Ibnu Musab bahawa Marwan bin Hakim pernah berkata kepada Saad: "Harta ini adalah harta kami dan kami berhak mendapatkannya kepada siapa yang kami suka.

Mendengar perkataan Marwan itu, Saad pun mengangkat tangannya sambil berkata kepada Marwan: "Mahukah kamu jika aku doakan untuk membuktikan kesalahan kata-katamu itu?

Marwan terburu-buru melarang sambil berkata: "Harta ini adalah harta Allah."

Imam Thabrani meriwayatkan dari Amir bin Saad bahawa pada suatu hari Saad mendengar seorang lelaki mencela Ali, Thalhah dan Zubir bin Awwan. Saad pun berkata kepadanya: "Demi Allah, kamu telah mencela orang-orang yang telah menyahut panggilan Allah.

Jika kamu tidak berhenti mencela mereka aku akan doakan musibat ke atasmu."

Orang itu menjawab: "Aku percaya kamu hanya hendak menakutkan aku seolah-olah engkau nabi."

Saad pun mendoakan seksaan yang bakal diterima oleh orang itu. Orang yang menyaksikan seksaan yang diterima oleh orang itu segera mengejar Saad dan menyampaikan khabar: "Hai Saad, doamu telah dimakbulkan Allah."

Daripada riwayat yang banyak tentang kelebihan doa Saad bin Abi Waqqas, jelaslah doa beliau sentiasa dikabulkan Allah.

Perkara ini berlaku kerana Allah telah memakbulkan doa Rasullulah SAW yang (kasihnya kepada saad) telah berdoa: "Ya Allah jika Saad memohon kepadaMu terimalah doanya. Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Al-hakim.

Perang Islam

Dalam satu riwayat oleh Abu Nu'aim dari Ibnu Dafiliy, bahawa ketika Saad memimpin pasukan tentera Islam untuk memerangi musuh di tanah Parsi, beliau melihat perahu-perahu yang biasanya banyak tersadai di tepi sungai Dajlah telah dirampas dan dilarikan musuh.

Tentera Islam terpaksa menunggu di tepi sungai itu selama beberapa hari. Perkara ini menyedihkan hati Saad. Pada suatu malam beliau bermimpi melihat kuda tentera muslimin menyeberangi sungai Daljah.

Kebenaran mimpi itu diuji oleh Saad lalu beliau menyuruh setiap orang dalam pasukannya membaca;

"Kami memohon pertolongan dari Allah. Kami berserah kepada Allah. Pelindung kami adalah Allah. Dia adalah sebaik-baik tempat menyerah diri. Tiada daya dan kekuatan selain dari Allah yang Maha Tinggi dan Agung."

Dengan zikir itu Saad memerintahkan tenteranya menyeberangi sungai Dajlah dengan menunggang kuda. Dengan izin Allah kuda tentera Islam berjaya melawan arus deras sungai Dajlah dan terus menyerang kedudukan musuh yang tidak bersedia kerana tidak menduga sungai itu boleh diseberangi tanpa perahu.

Abu Nu'aim meriwayatkan dari Hubaib bin Suhban bahawa tentera Parsi yang menyaksikan tentera muslim yang berkuda menyeberangi arus sungai itu seolah-olah melihat mereka berjalan di atas air.

Lalu mereka melarikan diri kerana menyangka musuh yang datang menyerang itu bukan tentera manusia tetapi tentera jin yang menyerupai manusia.

BACA INI JUGA: Kisah Seorang Janda Dan Sebiji Terung

Sumber: mSelim3

Kisah Warna Merah Dan Sambutan Tahun Baru Cina

Kisah Warna Merah Dan Sambutan Tahun Baru Cina

Buah nanas adalah lambang tuah dan masa depan cemerlang manakala buah limau bali melambangkan kesejahteraan, kesihatan dan ikatan kekeluargaan.

Merah

Lantas tidak hairanlah dua buah-buahan tempatan ini mempunyai makna yang begitu penting buat masyarakat Cina malah dua simbol ini digunakan dengan pelbagai cara ketika sambutan Tahun Baru Cina negara ini.

Antaranya isi buah limau bali adalah ramuan utama sajian Yee Sang, manakala pelbagai hiasan termasuk tanglung berupa buah nanas menjadi hiasan yang biasa dilihat di rumah-rumah yang menyambut perayaan itu.

Populasi dunia berketurunan Cina juga mempunyai pandangan tinggi terhadap merah dan kuning, yang mana dua warna ini boleh dikira memonopoli dalam pelbagai upacara dan sambutan sepanjang perayaan yang disambut selama 15 hari itu.

Hiasan rumah, pelbagai lampu dan tanglung serta angpau pasti dimonopoli dengan warna yang melambangkan kebahagiaan, kemakmuran dan semangat untuk hidup serta nasib baik itu.

Merah juga melambangkan keadaan yang terang dan ceria dalam kehidupan seharian malah dikaitkan dengan segenap hidupan dalam budaya masyarakat itu sendiri iaitu musim panas, elemen api dan arah selatan.

Bagi warna kuning pula, selain menjadi warna kebesaran raja-raja negara China zaman dahulukala, ia dilambangkan sebagai harapan supaya tahun baru yang menjelma itu akan mendatangkan lebih banyak rezeki.

Penggunaan warna kuning barangkali lebih penting dan mempunyai makna yang lebih menarik ketika zaman monarki masih menguasai China memandangkan ia adalah lambang dan kekuasaan takhta diraja.

Lagipun, maharaja pertama negara itu digelar Maharaja Kuning, negara China sendiri digelar bumi kuning (Yellow Earth) dan induk semua sungai ialah Sungai Kuning.

Antara lain, catatan sejarah negara itu menyatakan bahawa jubin-jubin kuning digunakan untuk membina istana Kota Larangan ketika zaman Dinasti Song (960-279).

Dikatakan juga semua maharaja selepas dinasti berkenaan mengenakan jubah kebesaran berwarna kuning ketika mencemar duli, malah menaiki kenderaan seperti kerusi sedan berwarna kuning, berjalan di atas laluan kuning (Yellow Path) dan mempunyai bendera rasmi yang juga berwarna kuning.

Maharaja Kuning

Apapun, dua warna yang ceria itu memang begitu penting semasa sambutan Tahun Baru Cina sehingga ahli keluarga yang berkumpul beramai-ramai ketika menghadiri upacara makan besar secara tradisinya akan berpakaian merah untuk wanita dan kuning untuk lelaki.

Mengenai kepentingan warna merah ketika Tahun Baru Cina, seorang pengantin baru, Foo Swee Ling, 36, menyediakan angpau merah buat pertama kali untuk anak saudaranya tahun ini.

"Biasanya secara tradisi, angpau merah diberi oleh mereka yang sudah berkahwin kepada orang tua dan sanak saudara yang lebih muda dan bujang," katanya.

Memandangkan wang ringgit Malaysia yang bernilai RM10 juga berwarna merah, beliau seperti ramai yang lain memilih untuk mengisi sampul angpau dengan wang itu.

Warna merah tidak hanya penting semasa musim perayaan, malah beliau juga masih dapat mengingati, semasa masih kecil, bagaimana warna merah menguasai pesta perkahwinan masyarakat Cina di kampungnya yang terletak di Selayang.

"Antaranya, terdapat banyak lilin merah besar yang diukir dalam bentuk naga yang dipercayai bertujuan menghalau roh-roh jahat.

"Pengantin wanita juga biasanya memakai warna merah sebagai tanda kebahagiaan dan kesetiaan, manakala adik beradik yang masih bujang turut mengenakan warna merah sebagai tanda berkongsi bahagia," tambahnya.

Bagaimanapun, kebanyakan belia kaum Cina masa kini lebih selesa mengadakan upacara perkahwinan dalam bentuk resepsi ala-barat dengan mengenakan gaun dan tuksedo.

China, sebagai negara yang berusia beribu tahun serta amat kaya dengan pelbagai legenda dan mitos, cara sambutan Tahun Baru Cina dan kaitannya dengan warna merah juga mempunyai kisah tersendiri.

Penglipur lara negara China mengaitkan permulaan Tahun Baru Cina dengan usaha menghalau seekor raksasa lapar yang bergelar 'Nian'.

Nian Myth

Ini kerana setiap tahun pada permulaan musim bunga yang menandakan kehadiran tahun baru, Nian akan menjarah kawasan perkampungan dan memakan ternakan, tanaman dan penduduk kampung terutama kanak-kanak.

Lantas, demi keselamatan, penduduk kampung akan meletakkan makanan di hadapan pintu rumah dan segera bersembunyi mengurung diri mereka sehinggalah Nian datang, makan dan beredar dari situ.

Mereka percaya sekiranya Nian telah makan hingga kenyang, ia tidak akan mengganggu mereka lagi sehinggalah tahun baru berikutnya.

Rutin itu berterusan sehinggalah pada suatu hari, penduduk kampung menyedari kelemahan raksasa itu apabila seorang kanak-kanak berpakaian merah terlepas dan berlari tidak jauh dari Nian.

Ini amat mengejutkan Nian yang segera beredar dari tempat itu memandangkan ia sangat takutkan warna merah.

Sejak itu, penduduk kampung mula menggantungkan pelbagai tanglung dan skrol kaligrafi merah pada pintu dan tingkap rumah mereka setiap kali sebelum Tahun Baru Cina.

Mereka juga membakar mercun merah dan mengetuk pelbagai alat muzik bergendang untuk menakutkan dan menghalau raksasa itu.

Sejak itu kelibat raksasa berkenaan, dipercayai tidak lagi kelihatan malah dikatakan ia telah ditangkap oleh seorang sami Taoisme yang telah menyumpah raksasa itu menjadi Gunung Hongjun Laozu.

Walaupun ia sekadar mitos, tetapi tradisi berpakaian merah, berkumpul dengan ahli keluarga, mercun dan gendang telah menjadi kemestian dalam perayaan Tahun Baru Cina di seluruh dunia.

Ang Pow

Kembali menyentuh mengenai Tahun Baru Cina untuk tahun 2014 ini, masyarakat Cina akan meraikan kedatangan tahun kuda dengan elemen kayu dan warna hijau.

Tahun ini dipercayai dicirikan dengan tiga sifat termasuk sebagai tahun yang kaya dengan belas kasihan iaitu mereka yang memerlukan akan lekas mendapat bantuan dan perlindungan.

Dua lagi sifat tahun ini ialah optimis yang membolehkan kita menghadapi kerumitan kewangan dengan percaya bahawa tuah akan hadir lambat laun, dan sifat baik hati yang memberikan kita rakan-rakan yang sedia memberi sokongan ketika perlu.

BACA INI JUGA: 8 Fakta Menarik Sambutan Perayaan Kuih Bulan Yang Anda Harus Tahu

Madah Cinta Versi Facebook

Madah Cinta Versi Facebook

Masa bercinta banyak sangat luahan atau madah cinta ayng keluar, tapi tiu zaman dulu-dulu. Sekarang ni zaman Facebook. Kenal dan bercinta melalui Facebook.

Madah Facebook

Apa yang akan jadi kalau madah cinta itu di Facebookkan? Jom baca madah-madah cinta Facebook..

Madah biasa: "Tak dapat tengok orang, tengok bumbung pun jadilah!
Madah Facebook: "Tak dapat tengok orang, tengok profile pic pun jadilah!"

Madah biasa: "Kalau tak percaya, ambil kapak belahlah dada!"
Madah Facebook: "Kalau tak percaya, tekan password checklah private message".

Madah biasa: "Keranamu kusanggup redah lautan api".
Madah Facebook: "Keranamu, kusanggup online sampai pagi".

Madah biasa: "Jika benar cinta itu buta, butakah mataku?"
Madah Facebook: ""Jika benar akaunku dihack, engkaukah yang hack akaunku?"

Madah biasa: "Cinta tak kenal siapa".
Madah Facebook: "Aku approve friends tak kira siapa".

Semoga anda terhibur..

-Sentiasapanas.com

Thursday, January 30, 2014

Chef Wan Kata, "Nasi Lemak MAS Macam Telanjang"

Chef Wan Kata, "Nasi Lemak MAS Macam Telanjang"

Siapa yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan? Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Chef Wan Kata Nasi Lemak MAS Macam Telanjang

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS).

Menggelarnya sebagai ‘telanjang’, dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis.

Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja.

Chef Wan Kata, "Nasi Lemak MAS Macam Telanjang"

Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from Mas for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita Agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini. 

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be. 

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul? 

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Lebih penting lagi, nasi lemak ni dah umpama makanan rasmi kita… janganlah hidang dalam keadaan yang menghilangkan seri dan imej masakan itu.

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Ada baiknya pihak-pihak tersebut mengambil positif teguran Chef Wan itu. Tambah-tambah pula, tahun 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia.

Jangan kerana nila setitik, rosak pula susu sebelanga.

Sumber: Mynewshub

Dr Aafia Siddiqui Mangsa Fitnah Amerika Syarikat

Dr Aafia Siddiqui Mangsa Fitnah Amerika Syarikat

Dr. Aafia Siddiqui, ibu kepada tiga anak dari Pakistan ini diculik dan diseksa di penjara Agensi Perisikan Pusat (CIA) di Bagram selama beberapa tahun sebelum dipindahkan secara rahsia ke Amerika Syarikat (AS).

Dr. Aafia Siddiqui

Ahli neurologi tersebut menjadi mangsa ketidakadilan AS selepas dijatuhi hukuman penjara 86 tahun pada 2010. Kes terhadap Dr Aafia Siddiqui dipalsukan oleh rejim bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W Bush dan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Hukuman ke atasnya dirancang Mossad dan turut dibantu rejim bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf.

Kehidupan Awal Dr Aafia Siddiqui dilahirkan pada 2 Mac 1972 di Karachi, Pakistan merupakananak bongsu daripada tiga adik beradik kepada pasangan Mohammad Siddiqui dan Ismet.

Beliau berpindah ke Texas sebelum melanjutkan pengajian ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) pada 1990. Ketika di MIT, Aafia menyertai Persatuan Pelajar Muslim (MSA) dan turut bergiat aktif dalam program memberi penjelasan mengenai keindahan agama Islam kepada penuntut bukan Islam serta memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang.

Selepas tamat pengajian pada 1995, Aafia mengahwini pelajar perubatan, Mohammed Amjad Khan dan menyambung pengajian di Universiti Brandeis dalam bidang neurosains kognitif.

Akibat daripada kesukaran bagi orang Islam untuk terus tinggal di AS selepas insiden 9/11 menyebabkan Aafia dan suaminya memutuskan untuk kembali semula ke Pakistan.

Bagaimanapun, Aafia dan suaminya bercerai ketika beliau sedang hamil anak ketiga yang ketika itu kandungannya mencecah lapan bulan.

Pada Disember 2002, Aafia kembali semula ke AS tanpa membawa anakanaknya untuk mencari pekerjaan di kawasan Baltimore.

Tidak lama selepas itu beliau bersama anaknya dilaporkan hilang selepas pihak berkuasa Pakistan menahan dalang serangan 9/11, Khalid Sheikh Mohammed.

Misteri kehilangan

Menurut ibu Aafia, wanita itu hilang tanpa khabar berita selepas meninggalkan rumah dengan menaiki teksi Metro pada 28 Mac 2003 untuk ke lapangan terbang.

Ketika berita kehilangannya dilaporkan, Kementerian Dalam Negeri Pakistan membuat pengesahan berhubung penahanan seorang wanita yang didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan.

Media turut melaporkan, Aafia diberkas agensi risikan di Karachi dan dihantar ke lokasi rahsia untuk disoal siasat.

Setahun selepas itu, jurucakap telah diserahkan kepada pihak berkuasa AS tanpa alasan kukuh.

Aafia dilaporkan hilang lebih setahun selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) memuat naik gambarnya dalam laman rasmi mereka kononnya sebagai cara untuk mengaburi mata masyarakat.

Bagaimanapun, pada Februari 2010, anak sulung Aafia yang dibebaskan daripada tahanan pihak berkuasa tampil membuat pendedahan bagaimana dia bersama ibu dan adiknya ditahan kira-kira 15 hingga 20 orang menaiki empat kenderaan yang kemudiannya bertindak menculik mereka.

Ditahan selama lima tahun Aafia mendakwa beliau bersama anaknya diculik perkhidmatan risikan Pakistan sebelum dipindahkan ke pusat tahanan AS.

Wanita itu ditahan di beberapa lokasi rahsia selama lima tahun dan Aafia didera serta turut dirogol dengan kejam ketika beliau dipenjarakan di Bagram sebagai banduan 650.

Ketika itu, Aafia terpaksa menanggung derita kerana menjadi mangsa penderaan mental dan fizikal selama beberapa tahun.

Pada 4 Ogos 2008, pendakwa raya persekutuan AS mengesahkan Aafia dihantar ke AS dari Afghanistan.

Perbicaraan berat sebelah

Perbicaraan ke atas Aafia berlangsung pada 19 Januari 2010 di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

Beliau didakwa merancang melancarkan serangan ke atas Empire State, Brooklyn Bridge dan Wall Street serta cuba untuk menyerang pihak berkuasa AS.

Difahamkan, sepanjang dua minggu perbicaraan berlangsung, kebanyakan saksi dilaporkan turut memberi keterangan bercanggah hingga menyebabkan kes tersebut menjadi semakin rumit.

Pada 3 Februari, Aafia didapati bersalah di atas semua pertuduhan walaupun tiada bukti kukuh dan beliau ditahan sekali lagi di Pusat Tahanan Metropolitan di New York.

Pada April 2010, anak perempuan Aafia, Maryam dipulangkan semula kepada rumah keluarganya di Karachi oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Ketika dalam satu sidang media, Senator Talha Mehmood memaklumkan, Maryam Siddiqui ditemui di pangkalan tentera udara Bagram.

Menurutnya, budak malang itu dikurung tanpa perikemanusiaan dalam sebuah bilik gelap selama tujuh tahun.

Selepas beberapa kali perbicaraan ditangguhkan, Aafia akhirnya dijatuhi hukuman penjara 86 tahun selepas disabit bersalah di atas lima pertuduhan pada 23 September 2010.

Trivia

Aafia memiliki 144 sijil dan ijazah kepujian dalam bidang neurologi dari pelbagai institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

Merupakan satu-satunya ahli neurologi di dunia yang dianugerahkan Doktor Falsafah oleh Universiti Harvard.
  • Enam bulan selepas bercerai, Aafia didakwa mengahwini Ammar al-Baluchi, sepupu kepada Khalid Sheikh Mohammed tetapi laporan itu dinafikan keluarganya.
  • Beliau adalah Hafizah al-Quran. Kini dilaporkan hilang ingatan akibat penderaan fizikal, seksual dan psikologi ke atasnya. Ditahan dalam kurungan seorang diri di Penjara Carswell di Texas.
  • Digelar Daughter of Nation.
  • Pergerakan Aafia ditubuhkan ketika ulang tahun ke-10 insiden penculikan beliau bersama tiga anaknya pada akhir Mac lalu.
  • Kehilangan anak bongsu Aafia, Suleman masih menjadi tanda tanya hingga kini.

BACA INI JUGA: Mesej Rahsia Tersirat Illuminiti Disebalik Pembikinan Filem Avatar

Sumber: Sinar Harian Online

Hitler in Brazil, Kisah Ketua NAZI Hidup Dalam Pelarian!

Hitler in Brazil, Kisah Ketua NAZI Hidup Dalam Pelarian!

Bekas diktator Jerman, Adolf Hitler sebelum ini dipercayai membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah di sini tahun 1945 menjelang kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Hitler in Brazil, Kisah Ketua NAZI Hidup Dalam Pelarian!

Namun, seorang penulis, Simoni Renee Guerreiro Dias dalam bukunya, Hitler in Brazil mengejutkan banyak pihak apabila dia mendakwa bekas diktator itu meninggal dunia pada tahun 1984 selepas hidup dalam penyamaran di sebuah bandar kecil dekat sempadan Brazil dengan Bolivia.

Dias berkata, Hitler berjaya melarikan diri dari tempat persembunyiannya di sini dan menuju ke Amerika Selatan.

Penulis berkenaan mengemukakan sekeping gambar gambar menunjukkan Hitler bersama seorang wanita kulit hitam untuk membuktikan dakwaannya.

Melalui bukunya, Dias mencabar pendapat ramai ahli sejarah yang percaya Hitler menembak dirinya di kubu bawah tanah berkenaan pada 20 April 1945.

(Baca: Top 10 Muka Hadapan Majalah Terkenal Paling Kontroversi)

Pengarang tersebut sebaliknya memberitahu, bekas pemimpin Parti Nazi itu melarikan diri ke Argentina dan kemudian ke Paraguay sebelum menetap di Mato Grosso, Brazil.

Menurutnya, Hitler kemudian menetap di sebuah bandar kecil, Nossa Senhora do Livramento bersama seorang teman wanita.

Menurut Dias, Hitler sengaja memilih wanita kulit hitam sebagai kekasih bertujuan untuk mengelirukan musuh-musuhnya.

Sebelum ini, bekas diktator tersebut terkenal kerana membenci bangsa Yahudi dan kulit hitam tetapi memuliakan bangsa Aryan.

Dias merancang untuk menjalankan ujian DNA dengan menggunakan seorang saudara Hitler yang tinggal di Israel setelah diberi kebenaran untuk menggali kubur Adolf Hitler yang didakwa ditanam di Nossa Senhora do Livramento bagi membuktikan dakwaannya. –Agensi

Adik Rakam Kesengsaraan Detik Akhir Kematian Abangnya

Adik Rakam Kesengsaraan Detik Akhir Kematian Abangnya

Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani

Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat akhir sebagai pesakit kanser melalui kamera, derita itu jelas kelihatan dan menyentuh hati.

Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [2]

Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.

Kesakitan itu jlas tertera dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahupun minuman.

Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [3]

Akhirnya selepas 39 hari, Mohammad Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 tahun.

Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [4]

Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Sani.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [5]

Sumber: Dailymail UK

Aristotle Pernah Ditanya Perkara Yang Paling Ditakutinya..

Aristotle Pernah Ditanya Perkara Yang Paling Ditakutinya..

Info Motivasi. Perkara yang paling ditakuti manusia dalam dunia ini adalah 'berubah' dan tahukah anda, sejak beberapa ribu tahun dahulu, manusia sangat takut dengan perubahan tetapi mereka tidak berani mengakuinya.

Afraid

Mengikut cerita lisan orang-orang Greek, Aristotle pernah ditanya muridnya, apakah perkara yang sangat ditakutinya?

Jawab Aristotle, BERUBAH!

Murid itu terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan kerana tidak faham. Pada anggapan murid ini, dia menyangka Aristotle hanya takut dengan raja mereka sahaja.

(Baca: Kisah Manusia Yang Terlupa Mendongak Ke Langit)

Setelah murid itu dewasa, dia telah menjadi seorang pembesar dan mengikut rajanya keluar berperang buat kali pertama.

Semasa didalam perjalanan, raja bertanya kepada pembesar ini adakah dia pernah membunuh orang? Pembesar itu menjawab tidak pernah. Lalu raja itu berkata lagi, pastikan kamu tidak membunuh diri sendiri.

Ancient war

Semasa dimedan peperangan, berlaku pertempuran yang sangat hebat. Pembesar muda ini terpaku dan tidak mampu menggerakkan pedangnya.

Akhirnya dia bersembunyi disebalik mayat yang bergelimpangan.

Sejak saat itu, dia akhirnya faham apa yang dimaksudkan Aristotle sebelumnya.

Sentiasapanas.com

Wednesday, January 29, 2014

Shah Rukh Khan Cedera Parah Ketika Penggambaran

Shah Rukh Khan Cedera Parah Ketika Penggambaran

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mengalami kecederaan parah ketika di set penggambaran filem "Happy New Year" baru-baru ini.


Menurut satu laporan, kejadian berlaku di Mumbai di mana ketika itu SRK berada di set penggambaran filem terbaru arahan Farah Khan yang turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Sonu Sood dan Deepika Padukone.

"Entah bagaimana silapnya apabila tiba-tiba pintu papan yang berat itu jatuh menghempap tubuh SRK. Kepala SRK belah kanan berdarah, manakala lutut kaki SRK turut cedera.

"Paling teruk di bahagian bahu SRK sudah melalui beberapa pembedahan dan ia ternyata SRK sangat dalam kesakitan."

Selebriti Korea saman klinik kecantikan


Hampir 35 selebriti popular Korea bertindak menyaman semula sebuah klinik pembedahan kecantikan yang menggunakan wajah dan nama mereka untuk tujuan komersial tanpa kebenaran.

Antara selebriti yang mengemukakan saman tersebut adalah Kim Nam Gil, Girls' Generation, Wonder Girls, f(x), Super Junior, 2AM, 2PM dan Jang Dong Gun.

Menurut laporan Star News, seorang wakil guaman berkata, "Wakil peguam kepada semua plaintif telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Daerah Seoul Tengah. Mereka merancang untuk mencuba sekali lagi di Mahkamah Tinggi."

Rayuan selalunya mengambil masa kira-kira dua minggu untuk dihantar ke Mahkamah Tinggi yang akan menetapkan tarikh bicara.

Sebelum ini kesemua selebriti telah menyaman Klinik Surgeri Dr. Cho yang terletak di Gangnam, Seoul sebelum ia digugurkan oleh mahkamah pada Januari 2013 kerana bukti tidak mencukupi.

Mereka bertindak menyaman sekali lagi kerana mendakwa Dr. Cho mengaut keuntungan dengan menggunakan wajah mereka tanpa pembayaran royalti.

Di Korea Selatan, pembedahan plastik telah berjaya membawa keuntungan hampir 2 bilion setiap tahun menerusi imej sempurna yang dibawakan oleh selebriti K-pop terkenal.

Sumber: Tupai.com.my