Wednesday, January 29, 2014

Shah Rukh Khan Cedera Parah Ketika Penggambaran


Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) mengalami kecederaan parah ketika di set penggambaran filem "Happy New Year" baru-baru ini.


Menurut satu laporan, kejadian berlaku di Mumbai di mana ketika itu SRK berada di set penggambaran filem terbaru arahan Farah Khan yang turut dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Sonu Sood dan Deepika Padukone.

"Entah bagaimana silapnya apabila tiba-tiba pintu papan yang berat itu jatuh menghempap tubuh SRK. Kepala SRK belah kanan berdarah, manakala lutut kaki SRK turut cedera.

"Paling teruk di bahagian bahu SRK sudah melalui beberapa pembedahan dan ia ternyata SRK sangat dalam kesakitan."

Selebriti Korea saman klinik kecantikan


Hampir 35 selebriti popular Korea bertindak menyaman semula sebuah klinik pembedahan kecantikan yang menggunakan wajah dan nama mereka untuk tujuan komersial tanpa kebenaran.

Antara selebriti yang mengemukakan saman tersebut adalah Kim Nam Gil, Girls' Generation, Wonder Girls, f(x), Super Junior, 2AM, 2PM dan Jang Dong Gun.

Menurut laporan Star News, seorang wakil guaman berkata, "Wakil peguam kepada semua plaintif telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Daerah Seoul Tengah. Mereka merancang untuk mencuba sekali lagi di Mahkamah Tinggi."

Rayuan selalunya mengambil masa kira-kira dua minggu untuk dihantar ke Mahkamah Tinggi yang akan menetapkan tarikh bicara.

Sebelum ini kesemua selebriti telah menyaman Klinik Surgeri Dr. Cho yang terletak di Gangnam, Seoul sebelum ia digugurkan oleh mahkamah pada Januari 2013 kerana bukti tidak mencukupi.

Mereka bertindak menyaman sekali lagi kerana mendakwa Dr. Cho mengaut keuntungan dengan menggunakan wajah mereka tanpa pembayaran royalti.

Di Korea Selatan, pembedahan plastik telah berjaya membawa keuntungan hampir 2 bilion setiap tahun menerusi imej sempurna yang dibawakan oleh selebriti K-pop terkenal.

Sumber: Tupai.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon