Thursday, January 30, 2014

Adik Rakam Kesengsaraan Detik Akhir Kematian Abangnya


Melihat darah daging sendiri menderita kesakitan yang teramat sangat di depan mata pastilah satu pengalaman yang amat pahit.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani

Kepahitan itu tak mungkin mampu diterjemahkan dengan kata-kata kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Namun apabila seorang adik berkongsi ‘detik’ kesengsaraan abangnya yang sedang meniti saat-saat akhir sebagai pesakit kanser melalui kamera, derita itu jelas kelihatan dan menyentuh hati.

Itulah yang dirasakan apabila melihat gambar-gambar yang dirakam Ahmad Yusni pada 39 hari terakhir yang dilalui abangnya, Mohammad Sani sebaik sahaja didiagnos menghidap kanser ‘germ sell’.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [2]

Sel kanser yang dihidap Mohammad Sani sangat agresif, hinggakan dia terpaksa menanggung kesakitan di seluruh tubuhnya.

Kesakitan itu jlas tertera dalam gambar-gambar dirakam Ahmad Yusni, antaranya pada 11 Disember 2012 di rumah mereka di Georgetown, Pulau Pinang di mana abangnya berlutut di atas katil menahan kesakitan yang teramat sangat hinggakan dia tidak mampu untuk menelan sebarang makanan mahupun minuman.

Pada 14 Disember pula, Mohammad Sani dirakam duduk termenung di hadapan tandas sambil merokok kerana tidak mampu untuk tidur walau sejenak meskipun selepas diberikan morfin bagi menahan kesakitan.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [3]

Akhirnya selepas 39 hari, Mohammad Sani menghembuskan nafas terakhir pada usia 33 tahun.

Mohammad Sani dikebumikan bersebelahan pusara bapa dan abangnya yang sudah pergi terlebih dahulu.

Mengenang semula detik-detik bersama abangnya hingga ke saat akhir nyawa ditarik, Ahmad Yusni menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [4]

Paling tidak dapat dilupakannya, terdapat dua malam di mana dia melihat abangnya bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat depan mata namun tidak ada apa yang mampu dilakukan bagi membantu. Akhirnya dia ikut menangis kerana terlalu sedih.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Sani.

Saat kematian ngeri Mohammad Sani [5]

Sumber: Dailymail UK

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon