Monday, January 27, 2014

PANAS! Gereja Di Pulau Pinang Digegar Letupan Molotov Cocktail!

PANAS! Gereja Di Pulau Pinang Digegar Letupan Molotov Cocktail!

Polis sedang giat memburu suspek yang melontar ‘molotov cocktail’ atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Isnin.

PANAS! Gereja Di Pulau Pinang Digegar Letupan Molotov Cocktail!

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.

“Kita telah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek,” katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini Ahad.

(Baca: Tahukah Anda Maksud Sebenar Kalimah 'Allah'?)

Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 gereja di sekitar daerah timur laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.

Semalam kain rentang bertulis ‘Allah is Great , Jesus is the son of Allah’ dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.

Baca Di SINI (Penyebaran Kain Pemidang Allah Jesus Di Pulau Pinang – Provokasi Atau Realiti)

Sementara itu, Pemuda Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling ‘molotov cocktail’ itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadab dan kurang ajar.

Ketuanya Rafizal Abdul Rahim menggesa kerajaan negeri terutama Exco bertanggungjawab dalam hal agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim supaya mengambil tindakan segera agar perkara itu tidak berlarutan dan menimbulkan ketegangan.

“Semalam, Pemuda Umno Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung isu kain rentang berkenaan dan bersamanya kita turut kepilkan maklumat mengenai kejadian itu yang mana ada orang nampak tiga hingga empat lelaki mengantung kain rentang tersebut.

“Kita harap polis dapat segera menjalankan siasatan serta mengumumkan tindakan penyiasatan mereka bagi memuaskan hati semua pihak dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Suami Kongsi Video Isteri Kantoi Curang Di YouTube!

Suami Kongsi Video Isteri Kantoi Curang Di YouTube!

Curiga dengan sikap isterinya yang malas dan jarang menyediakan keperluannya setiap kali balik ke rumah membuatkan seorang lelaki bertindak balik ke rumah lebih awal daripada kebiasaan.

Video isteri kantoi curang

Ternyata ‘terjahan’nya membongkar segala rahsia isterinya selama ini apabila dia mendapati wanita itu sedang berasmara dengan lelaki lain di atas katil.

Menyedari kehadirannya, ‘kekasih gelap’ wanita itu bergegas keluar dari bilik itu, manakala isterinya yang panik cuba menjelaskan perkara itu.

Bagaimanapun, suaminya yang merekodkan perbualan itu berkata:

“This will go on the internet, and wait until your mother and sister see it (Ia akan tersebar di internet, dan tunggu sehingga ibu dan kakak awak melihatnya).

“Nothing gets done around here, beds are never made, there is nothing to eat in the refrigerator (Tiada apa yang awak lakukan, katil tak pernah dikemas, tiada apa untuk dimakan dalam peti sejuk).

“I always wonder what you do with your time, and I caught you. I busted you (Saya selalu terfikir apa yang awak buat dengan masa yang ada, dan kali ini saya dapat jawapannya).”

Video tersebut kemudiannya dimuatnaik oleh lelaki berkenaan ke YouTube dan beberapa laman web sebagai membalas dendam atas perbuatan isterinya itu.

Biar pun agak memalukan, ramai yang bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan yang dianggap wajar sebagai pengajaran kepada wanita itu.

Hai, tak tahulah nak cakap apa. Kasihan ada, padan muka pun ada.

BACA INI JUGA: Terbukti Wanita Juga Sebenarnya 'Gatal'

Minum Susu Anjing Kerana Terlalu Miskin

Minum Susu Anjing Kerana Terlalu Miskin

Apabila manusia itu dibelenggu kemiskinan, apa sahaja cara akan digunakan demi untuk mencari makanan untuk mengenyangkan perut yang sedang lapar.

Shakil Ahmed Minum susu Anjing

Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun di Bangladesh, menjadikan ruang internet gempar apabila fotonya sedang meminum susu dari seekor ibu anjing tersebar luas.

Kejadian itu berlaku di sebuah daerah di bahagian utara Bangladesh yang dikenali sebagai Gaibandha.

BACA INI JUGA: Masyarakat Yang Hidup Dalam Timbunan Sampah

Shakil Ahmed dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dia sering kelaparan apabila ibunya meninggalkannya di rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Tabiat Shakil bermula dengan meminum susu daripada ibu anjing peliharaannya sendiri, walaupun ditegur ibu bapa dan jiran, Shakil tetap melakukannya.

Biarpun kini, anjing peliharaannya itu telah mati, Shakil masih tidak dapat berhenti daripada meminum susu anjing.

Dia kini meminum susu anjing daripada ibu anjing yang ditemuinya di jalanan.

Ibu Kesal Diarah Susukan Anak Dalam Tandas

Leanna Donaldson Dennis, 18

Sementara itu, seorang ibu muda, Leanna Donaldson Dennis, 18, kesal apabila dia diarahkan untuk menyusukan bayinya di dalam tandas orang kurang upaya (OKU) sewaktu berada di Restoran Singapore Buffet Express di Clydebank, West Dunbartonshire, Scotland, baru-baru ini.

Dia yang pada ketika itu sedang menikmati makanan tengahari bersama rakannya memohon kebenaran dari pengurus restoran tersebut untuk menyusukan Pete yang berusia dua bulan.

“Bayi saya jelas kelaparan dan saya bertanya kepada pengurus tersebut, adakah saya boleh duduk di satu sudut untuk menyusukan Pete. Tetapi, dia berkata ‘tidak’ dan mengarahkan seorang pekerjanya untuk membawa saya ke tandas OKU.

“Saya berada di situ selama 20 minit dan kemudiannya keluar kerana merasakan keadaan sangat tidak bersih untuk menyusukan Pete. Kami kemudiannya membayar bil tanpa menghabiskan makanan dan menuju ke pusat membeli-belah Clyde yang lebih ‘mesra’ kepada ibu seperti saya,” ujarnya.

Di negara itu, adalah menjadi hak seorang ibu untuk menyusukan bayi di bawah usia dua tahun di tempat awam dan sebarang percubaan untuk menghalangnya dikira sebagai kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, pengurus restoran tersebut kemudiannya menjelaskan kejadian tersebut hanyalah salah faham dan memohon maaf atas perkara itu.

BACA INI JUGA: Penemuan Saintifik Susu Ibu Bukti Kebenaran Al-Quran

Sumber: Clydebankpost/Mynewshub

Pembayaran BR1M 3.0 Bermula Pertengahan Februari

Pembayaran BR1M 3.0 Bermula Pertengahan Februari

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 akan mula diagihkan kepada 7.9 juta rakyat Malaysia yang layak pada pertengahan Februari ini.

Pembayaran BR1M 3.0

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan pemberian BR1M ini ia akan dapat meringankan beban rakyat yang sedang menghadapi kenaikan harga barangan pada masa ini.

“Majlis Tertinggi (MT) Umno mengambil maklum bahawa BR1M akan dilaksanakan dalam masa dua minggu lagi iaitu pada pertengahan bulan Februari, ia akan membantu rakyat dalam menghadapi masalah kenaikan harga barang,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno di sini hari ini.

Ketika mengumumkan Bajet 2014 pada Oktober tahun lepas, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion bagi melaksanakan BR1M 3.0.

Pada tahun ini, pemberian bantuan itu akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

(Baca: Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2014)

Buat pertama kalinya juga, BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Najib berkata tidak dinafikan bahawa rakyat mengalami masalah berhubung kenaikan harga barang dan kerajaan komited untuk menangani perkara itu menerusi pelbagai program serta langkah yang sedang dan akan diambil.

Presiden Umno itu berkata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat juga sedang menunggu hasil kajian daripada makmal khas yang ditubuhkan bagi mengurangkan beban rakyat.

“Di samping itu, kita turut melihat masalah rantaian bekalan yang wujud di mana pihak pemborong yang menaikkan harga pada peruncit bukan pada dasar (harga) yang berpatutan.

“Kita juga mengambil maklum kesan dari musim tengkujuh yang melanda menyebabkan barang naik harga, namun dengan langkah yang diambil kerajaan kita akan bendung perkara ini,” katanya.

Najib berkata MT Umno juga memberikan sokongan padu dan sepenuhnya kepada semua dasar kerajaan dan langkah-langkah yang sedang diambil bagi meringankan beban rakyat memandangkan asas ekonomi negara masih teguh.

“Dari segi pelaburan, pertumbuhan ekonomi, inflasi, bursa saham ia berada dalam keadaan baik dan meyakinkan, asas ekonomi kita mendapat pengiktirafan bukan sahaja dalam negara malah di luar negara,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nik Aziz Kata, "Jangan Guna Kalimah ALLAH Ganti God"

Nik Aziz Kata, "Jangan Guna Kalimah ALLAH Ganti God"

*Tonton video di bawah sehingga ke penghujung mengenai pendirian terkini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan penggunaan kalimah Allah yang nyata berubah berbanding sebelum ini.

Nik-aziz-bantah-kalimah-Allah

Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak boleh sesekali menggunakan kalimah ALLAH sebagai menggantikan perkataan God sebagaimana yang terdapat dalam kitab mereka khususnya Bible, tegas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, perkataan God dalam kitab itu lebih tepat diterjemah kepada perkataan ‘tuhan’ bukannya ALLAH sebagaimana desakan sesetengah pihak.

“Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta.

“Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

“ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu.

(Baca: Realiti Nama Tuhan Dalam Agama Kristian)

Menurutnya, masyarakat Arab jahiliyah di Makkah menggunakan kalimah ALLAH sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi, malah sekarang orang Cina pun selalu menyebut Alhamdulillah, Insya ALLAH selaligus membuktikan kalimah ALLAH sudah jadi sebutan untuk semua tanpa mengira Islam atau kafir.

Bagaimanapun katanya, walaupun kini kalimah ALLAH itu menjadi lafaz ‘biasa’ dalam kegiatan seharian masyarakat termasuk orang bukan Islam, namun ia tidak boleh disamakan dengan tuhan yang dirujuk dalam fahaman agama mereka.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut mengenai isu kalimah ALLAH sebaliknya hanya mengulangi sokongannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama Pas pada Januari tahun lalu.

Isu kalimah ALLAH hangat kembali berikutan tuntutan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang berkeras mahukan semua gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya sebelum mengundang kemarahan umat Islam.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya.

Sumber: Sinar Harian Online

Sunday, January 26, 2014

Filem-filem Sekuel Terhebat Hollywood 2014

Filem-filem Sekuel Terhebat Hollywood 2014

Berakhirnya 2013 bermaksud bermulanya tahun baru dengan pilihan filem-filem baru yang pastinya menghiburkan. Ramai yang pasti menantikan "Interstellar", sebuah lagi filem dari pengarah inovatif, Christopher Nolan, atau menyaksikan Angelina Jolie sebagai si ahli sihir jahat titular Maleficent yang sebelum ini popular dalam "Sleeping Beauty".

Sleeping Beauty

Tentu ramai juga mahu menonton animasi "The Leggo Movie" yang menampilkan lakonan suara Will Chris Pratt, dan Will Ferrell, atau menyaksikan karya Hisroshi Sakurazaka, "All You Need is Kill" menjadi sebuah filem adaptasi lakonan Tom Cruise berjudul "Edge of Tomorrow".

Tapi 2014 juga merupakan tahun kemunculan semula karakter popular, sekuel dan sambungan francais terkemuka.

"Robocop"
Tarikh tayangan: 30 Januari

Robocop

Selepas lebih dua dekad, francais klasik sains fiksyen Paul Verhoeven ini dibangkitkan kembali dengan lakonan Joel Kinnaman sebagai Alex Murphy, seorang pegawai polis yang ditubuh kembali sebagai si separuh manusia, separuh robot, Robocop oleh empayar multinasional, OmniCorp.

Filem arahan pengarah Brazil Jose Padilha ini turut menampilkan beberapa pelakon hebat lain seperti Michael Keaton, Gary Oldman, Jackie Earle Haley dan Samuel L. Jackson. Pastinya figura aksi Robocop akan kembali memenuhi kedai mainan tidak lama lagi!

"300: Rise of an Empire"
Tarikh tayangan: 6 Mac

300 Rise of an Empire

Sekuel kepada filem "300" (2007) ini berkisar mengenai jeneral Greek, Themistocles yang harus berdepan dengan serangan tentera Parsi yang dipimpin Raja Xerxes. Sekalipun tidak lagi diarahkan oleh Zack Snyder (tugas tersebut diberikan kepada Nuam Murro), Snyder masih bertanggungjawab menulis lakon layar dan menerbitkan sekuelnya.

Filem ini juga bakal menjelaskan bagaimana Xerxes diangkat menjadi "Raja Tuhan". Selain Rodrigo Santoro yang melakonkan watak Xerxes, filem ini turut dibintangi Sullivan Stapleton, Eva Green, dan Lena Headey.

Adakah kita akan mendengar ayat "This. Is. Athens!" pula?

"Captain America: The Winter Soldier"
Tarikh tayangan: 3 April

Captain America The Winter Soldier

Selepas kejayaan filem pertamanya "The First Avenger" pada tahun 2011, Chris Evans kembali menyarung kostum patriotiknya sebagai Steve Rogers/Captain America. Tapi kali ini, dia mengalami kesukaran untuk membiasakan dirinya hidup dalam dunia moden, dalam masa yang sama harus berdepan dengan antagonis baru, si ejen Soviet yang dikenali sebagai Winter Soldier.

Selain Evans, Scarlett Johansson kembali memegang wataknya sebagai Natasha Romanoff. Begitu juga dengan bintang francais "Avengers" yang lain termasuk Samuel L. Jackson, Cobie Smulders, Sebastian Stan dan Hayley Atwell.

"Muppets Most Wanted"
Tarikh tayangan: 24 April

Muppets Most Wanted

Selepas kejayaan filem reboot "The Muppets" (2011) yang diarahkan oleh James Bobbin dan ditulis oleh bintang utamanya Jason Segel sendiri, Bobbin kembali mengarahkan filem seterusnya ini yang turut dibintangi pelawak British Ricky Gervais dan bintang "30 Rock", Tina Fey.

Dalam "Muppets Most Wanted", Kermit, Miss Piggy, Fozie, Bear, The Great Gonzo dan lain-lain secara tidak langsung telah terperangkap dalam jenayah secara tidak sengaja ketika sedang membuat persembahan jelajah di Eropah.

"The Amazing Spider-Man 2"
Tarikh tayangan: 1 Mei

The Amazing Spider-Man 2

"The Amazing Spider-Man" mungkin tidak mendapat populariti segah versi Sam Raimi yang ditayangkan sedekad lalu, namun itu tidak bermakna ia tidak diberikan peluang kedua.

Dalam sekuelnya, Peter Parker/Spider-Man (Andrew Garfield) harus berdepan dengan cabaran dan musuh lebih hebat termasuk Electro (Jamie Foxx), Rhino (Paul Giamatti) dan rakannya sendiri, Harry Osborn (Dale DeHaan). Malah treler pertamanya turut memberi petunjuk akan kehadiran Sinister Six (Doctor Octopus, Vulture, Electro, Kraven the Hunter, Mysterio, dan Sandman!)

"Godzilla"
Tarikh tayangan: 15 Mei

Godzilla 2014

Pada tahun 1998, "Godzilla", kisah raksasa radioaktif gergasi Jepun yang menyerang New York arahan Roland Emmerich ini, merupakan antara filem yang gagal di pawagam.

Lebih sedekad kemudian, "Godzilla" kembali menyerang dan kali ini, filem yang diarahkan oleh Gareth Edwards dalam filem bajet besar pertamanya nampak lebih meyakinkan. Apatah lagi bila ia turut menampilkan para pelakon hebat seperti Aaron Taylor-Johnson, Elizabeth Olsen, Bryan Cranston, Juliette Binoche, David Strathairn, Sally Hawkins, dan Ken Watanabe.

"X-Men: Days of Future Past"
Tarikh tayangan: 22 Mei

X-Men Days of Future Past

Dengan menggabungkan plot dan barisan pelakon filem hebat "X-Men: First Class" dan trilogi "X-Men" sebelum ini, "X-Men: Days of Future Past" mempersembahkan sebuah kisah tentang pertempuran hidup golongan mutan yang melibatkan dua era untuk menyelamatkan masa depan mereka.

Sekalipun Matthew Vaughn, pengarah di sebalik kejayaan "X-Men: First Class" tidak kembali ke kerusi pengarah, tugas tersebut diambil alih oleh pengarah asalnya Bryan Singer.

Barisan pelakon yang terlibat termasuk Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Ellen Page, Peter Dinklage, Patrick Stewart, Ian McKellen, Shawn Ashmore, Daniel Cudmore, Nicholas Hoult, Omar Sy, Booboo Stewart, Fan Bingbing, Adan Canto, Evan Peters, Josh Helman dan Lucas Till.

"Transformers: Age of Extinction"
Tarikh tayangan: 26 Jun

Transformers Age of Extinction

Kejayaan filem pertama, kedua dan ketiga membolehkan Michael Bay menghasilkan filem keempat dengan barisan pelakon baru, tak kisahlah kalaupun kegilaannya menghasilkan filem "Transformers" dianggap sebagai cara mudah Bay untuk mengaut keuntungan.

"Age of Extinction" bermula empat tahun selepas kejadian dalam "Transformers: Dark of the Moon", dan membangkitkan semula pertempuran antara Autobot dan Decepticon, manakala seorang mekanik bernama Cade dan anaknya Tessa terperangkap di antara keduanya.

Pelakon utamanya sebelum ini, Shia LaBeouf tidak lagi muncul untuk siri keempat dan digantikan oleh Mark Wahlberg dan Nicola Petz. Ia turut dibintangi beberapa bintang dari China, termasuk pelakon "Resident Evil: Retribution", Li Bingbing.

"Dawn of the Planet of the Apes"
Tarikh tayangan: 10 Julai

Dawn of the Planet of the Apes

Pada tahun 2011, prekuel francais "Planet of the Apes" muncul dalam bentuk "Rise of the Planet of the Apes" lakonan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis (yang memenangi piala Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Saturn melalui lakonannya sebagai si cimpanzi Caesar dalam bentuk performance capture).

Kejayaan filem tersebut agak mengejutkan, tapi membolehkan pihak penerbit untuk menghasilkan sekuel kepada prekuel tersebut, "Dawn of the Planet of the Apes", di mana bangsa mawas pimpinan Caesar kini diancam oleh sekumpulan manusia yang terselamat daripada virus fatal yang tersebar sedekad lalu.

"The Hunger Games: Mockingjay – Part 1"
Tarikh tayangan: 20 November

The Hunger Games - Mockingjay – Part 1

Selepas kejayaan filem pertamanya, "The Hunger Games" pada tahun 2012 dan yang kedua, "Catching Fire" (2013), francais adaptasi trilogi Suzanne Collins ini bakal kembali dengan bahagian pertama filem ketiganya, "Mockingjay" yang menyaksikan girl-on-fire Katniss memimpin wilayah-wilayah Panem dalam pemberontakan ke atas Capitol yang korup.

Selain pelakon asalnya, Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson dan Liam Hemsworth, bahagian pertama pengakhiran siri THG ini turut menampilkan muka-muka baru seperti Julianne Moore sebagai Presiden Alma Coin, Stef Dawson sebagai Annie Cresta, dan Lily Rabe sebagai Komander Lyme.

"The Hobbit: There and Back Again"
Tarikh tayangan: 18 Disember

The Hobbit - There and Back Again

Akhirnya, filem yang sebenarnya berasal dari sebuah novel kanak-kanak 310 muka surat ini bakal ditamatkan dengan filem terakhirnya, yang menggunakan judul asal "There and Back Again".

Dalam bahagian terakhirnya, Bilbo dan golongan kerdil yang diketuai Thorin Oakenshield harus menemukan Arkenstone, sementara si naga Smaug pula melepaskan kemarahannya ke atas para penduduk Lake-town yang telah membantu Bilbo dan yang lain-lain kembali ke istana mereka di Lonely Mountain.

Sumber: Tupai.com.my

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Sepasukan pasukan pendakwaan dan pakar forensik antarabangsa telah menemui bukti terbaru penyeksaan dan pembunuhan sistematik yang dilakukan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Wakil CNN, Christianne Amampour mendedahkan perkara tersebut dengan laporan eksklusifnya bersama akhbar The Guardian.

”Bukti ini TIDAK BOLEH DISANGKAL lagi,” kata salah seorang pakar, David Crane dalam laporan berkenaan.

Crane sebelum ini adalah ketua pendakwaan untuk Mahkamah Khas Sierra Leone

(Baca: Kontroversi! Lelaki Paling Kejam Di Dunia!)

Gambar di bawah ini menunjukkan bagaimana tahanan telah dibiarkan kebuluran, dipukul dengan kejam dan diseksa hingga membawa kepada kematian mereka.

Sebanyak 150 mayat individu telah diperiksa, majoritinya berumur dari 20 hingga 40 tahun.

Salah seorang daripada tiga peguam yang menulis laporan itu, Sir Desmond de Silva, yang juga bekas ketua pendakwaan Mahkamah Khas Untuk Sierra Leone menyifatkan apa yang berlaku sama seperti mana mangsa kekejaman Holocaust.

Lihatlah ‘dunia’... –Mynewshub

Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad
Pendedahan Terbaru CNN Bukti Kekejaman Tentera Syiah Assad

Juan Mata Lengkapkan Perpindahan RM203.61 JUTA Ke MU!

Juan Mata Lengkapkan Perpindahan RM203.61 JUTA Ke MU!

Pemain tengah Sepanyol, Juan Mata melengkapkan rekod perpindahannya bernilai £37.1 juta (44.7 juta euro) dari Chelsea ke Manchester United selepas selesai menjalani ujian perubatan.

Juan Mata

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris itu dilaporkan bersetuju membayar 37 juta pound (RM203.61 juta) kepada The Blues untuk melengkapkan perpindahan pemain berusia 25 tahun tersebut.

Ini adalah pembelian paling mahal pernah dilakukan United sejak mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov dari Tottenham menerusi bayaran 30.7 juta pound (RM169.22 juta) pada 2008.

"Manchester United dengan sukacitanya mengumumkan telah mencapai perjanjian dengan Juan Mata menerusi perpindahan rekod kelab.

"Kontrak akan ditandatangani selepas pemain tersebut selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan bersetuju dengan beberapa terma peribadi.

"Butiran lanjut akan diumum dalam masa terdekat," kata United dalam satu kenyataan.

“United adalah tempat yang terbaik untuk saya dan saya amat gembira mempunyai peluang untuk bersama kelab ini,” katanya.

Mata mempunyai 32 cap permainan bersama pasukan kebangsaan Sepanyol.

Beliau tiba di Manchester dengan penuh bergaya menggunakan helikopter sebelum menjalani ujian kesihatan.

(Baca: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United)

Pembelian itu melebihi £30.75 juta oleh United kepada Tottenham Hotspur pada 2008 untuk mendapatkan penyerang Bulgaria, Dimitar Berbatov.

Pengurus United, David Moyes kini amat terdesak untuk membawa masuk beberapa nama besar bagi menaikkan semula semangat pasukannya yang mengharungi musim buruk sejak dia mengambil alih kelab daripada Alex Ferguson.

Sejak menggantikan Ferguson, Julai lalu, Moyes membimbing United menghuni tangga ketujuh liga, 14 mata di belakang pendahulu, Arsenal.

Mereka juga tersingkir pada pusingan ketiga Piala FA menentang Swansea, selain dimalukan oleh Sunderland pada separuh akhir Piala Liga, Rabu lalu.

Mata, yang dibeli dengan bayaran 23.5 juta pound (RM130 juta) dari Valencia pada 2011, gagal mendapat tempat di bawah bimbingan pengurus Chelsea, Jose Mourinho biarpun memenangi anugerah Pemain Terbaik Pasukan selama dua musim berturut-turut.

Rooney tandatangani kontrak RM1.65 juta?

Wayne Rooney

Pada ketika masa depan Wayne Rooney di Old Trafford sebelum ini dikatakan tidak menentu, akhbar Britain bagaimanapun melaporkan, bintang penyerang England itu bakal menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United yang membolehkannya menikmati gaji 300,000 pound (RM1.65 juta) seminggu.

Menurut Daily Telegraph, kontrak baharu yang jauh lebih lumayan itu bakal mengekalkan Rooney di Old Trafford sehingga 2018, sekali gus menamatkan spekulasi bahawa dia akan berhijrah ke Real Madrid atau Chelsea.

(Baca: Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!)

Kontrak sedia ada Rooney, 28, yang membolehkan pemain itu menikmati gaji 250,00 pound (RM1.37 juta) seminggu akan berakhir pada penghujung 2015.

Akhbar Daily Telegraph berkata, rundingan di antara United dan Rooney akan dijalankan bulan ini. Tawaran baharu yang lebih menarik dan lumayan dijangka akan memikat penyerang Rooney itu untuk terus menyarung jersi United.

Berita tersebut hadir tidak lama selepas Rooney dilihat berada di Essex, London, sekali gus menguatkan spekulasi bahawa dia akan menyertai Chelsea.

United sebelum ini menolak dua tawaran yang dikemukakan The Blues untuk mendapatkan bintang penyerang England itu pada musim panas lalu. -AFP/AGENSI

-Sentiasapanas.com
Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Bagi peminat sukan, hiburan diperoleh apabila menonton saat-saat cemas pasukan atau individu yang disokong meraih gol atau mengutip mata.

Video Perlawanan Ping Pong Paling Lawak

Tapi siapa sangka, penonton 2014 Stars Table Tennis Tournament mendapat lebih daripada itu.

Dalam perlawanan ping pong membabitkan pemain terkenal Belgian, Jean-Michel Saive dan pemain Taiwan, Chuang Chih-Yuan awal bulan ini; kedua-duanya tidak bermain dalam keadaan tegang dan serius seperti selalu disaksikan dalam pertandingan membabitkan peringkat antarabangsa terutama Saive.

Malah Saive beberapa kali selamba mengejar bola hingga terkeluar dari gelanggang, selain membuat pelbagai aksi lucu termasuk bersenam dan mengejek Chih-Yuan.

Gelagatnya ini membuatkan penonton dan pengadil sendiri ikut tergelak.



Berdasarkan komen pengulas, Saive dipercayai bermain begini kerana sudah hampir pasti dia tidak dapat melangkah masuk ke peringkat semi final.

Apa pun alasannya, ramai percaya ini adalah permainan ping pong paling lawak dan menghiburkan pernah berlaku dalam sejarah sukan ini di peringkat antarabangsa.

Sumber: Mynewshub

Frogner Park, Taman Patung Bogel

Frogner Park, Taman Patung Bogel

Di Frogner Park, terdapat 212 patung yang diperbuat daripada gangsa dan granit yang direka oleh Gustav Vingeland.

Frogner Park

Dia membuat sendiri imejnya pada tahun 1924 dan berhenti pada tahun 1950. Pembuatan taman ini memerlukan masa bertahun-tahun lamanya.

Sayangnya, pembuat patung ini meninggal sebelum taman ini berjaya diselesaikan.

Patung-patung ini tidak juga bukanlah 'se-porno' yang anda bayangkan.

Beratus-ratus patung karya Gustav Vingeland ini merupakan gambaran fasa kehidupan manusia.

Bermula dari janin, kanak-kanak kecil, bayi, remaja hinggalah orang dewasa.

Motif dominan patung-patung ini adalah untuk menunjukkan hubungan intim antara lelaki dan wanita.

Sebahagian besar patung juga menggambarkan orang-orang yang terlibat dalam pelbagai aktiviti, seperti lari, gusti, menari, memeluk, berpegangan tangan dan sebagainya.

Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park
Frogner Park

[Sumber]