Saturday, January 25, 2014

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Penternak arnab di China sanggup bertindak zalim menyiat bulu haiwan itu demi keuntungan berganda.

KEJAM! Video Bulu Arnab Disiat Demi Keuntungan

Dalam keadaan kaki dan tangan diikat, bulu arnab disiat dua hingga tiga bulan sekali.

Selepas itu, arnab dibiarkan pulih dalam sangkar kotor hingga ada yang terkena jangkitan.

Pengarah hak asasi haiwan Peta Britain Mimi Bekhechi berkata, arnab berusia dua dan lima tahun dibunuh jika bulunya tidak tumbuh.

"Kami memboikot baju sejuk atau selendang tertulis angora," katanya.

Video dibawah memaparkan bagaimana seekor arnab berwarna putih menjerit ketakutan ketika bulu mereka dicabut dengan menggunakan tangan.

Menyiat bulu arnab tersebut dilakukan hingga kulit arnab yang berwarna pink kelihatan jelas.



[Sumber]

Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu

Biodata Lengkap IBLIS Yang Kita Wajib Tahu

Maka, mereka dengan serentak bersujud kepada Adam, kecuali Iblis yang ingkar dan menolak perintah Allah. Allah murka kepada Iblis kerana sombong, membangkang dan tidak mempatuhi perintahNya lantaran merasa dirinya paling hebat, paling sempurna dan paling mulia.

Biodata IBLIS

Kemudian, Iblis pun melontarkan kata kata yang membuat Allah menjadi lebih murka lagi, “Aku lebih mulia dari Adam. Aku diciptakan dari api, sedang dia diciptakan Adam dari tanah”, al-Baqarah.

Oleh kerana itu, Iblis telah dilaknat dan diusir dari lingkungan para malaikat yang sentiasa bertasbih, bertahmid dan menyembah Allah siang dan malam.

Wajah Iblis yang dulunya tampan dan bercahaya berubah menjadi hitam dan kelam. Iblis merasa sakit hati. Apalagi setelah Allah menempatkan Adam a.s. di syurga dan dikurniakan seorang isteri bernama Siti Hawa, maka Iblis bertambah dengki dan berdendam kepada mereka.

Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH.

Nama glamour: Hantu, syaitan, pelesit, jembalang,langsuir dan lain-lain

Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri: Fasik kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap: Neraka jahanam

Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH

Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok

Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya

Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH

Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus

Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli

Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Sahabat karib: Anak-anak Adam

Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’

Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya

Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)

Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar

Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya

Logo: Sebarang tatu

Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat

Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT

Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat

Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam

Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH

Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s

Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran

Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan

Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran

Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa

Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH

Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya

Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak

Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya

Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala

Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina

Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya

Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya

Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat

Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT

BACA INI JUGA: Ketika Iblis Dihumban Ke Dalam Neraka

Sumber: Detikislam.blogspot.com

UNIK! Empat Anak Dilahirkan Pada Tarikh Yang Sama, 12 Januari

UNIK! Empat Anak Dilahirkan Pada Tarikh Yang Sama, 12 Januari

Info Unik Dunia. Nampaknya Emily Scrugham dan Peter Dunn tidak perlu susah-susah mengingati tarikh kelahiran keempat-empat anak mereka.

Emily Scrugham and Peter Dunn Family [2]

Mereka semuanya dilahirkan pada tarikh yang sama. Emily dan Peter dikurniakan 4 orang anak yang lahir pada 12 Januari.

Anak-anak mereka, Sam, 5 tahun, Brooke dan Nicole (kembar), 2 tahun dan anak terbaru mereka yang juga lahir pada 12 Januari 2014!

Menurut Emily, anak pertamanya lahir pada 12 Januari selepas tarikh tempoh kelahiran melebihi dua minggu dari tarikh jangkaan.

(Baca: Genius Yang Mendapat Ijazah Ketika Berusia 10 Tahun)

Kelahiran unik ini sangat jarang berlaku di dunia dengan perbandingan, satu dari 133 ribu kelahiran.

Pasangan yang sudah berkahwin selama 7 tahun ini mengakui sangat gembira mempunyai keluarga kecil yang istimewa.

"Saya benar-benar tidak percaya mereka lahir pada tarikh yang sama," kata Peter.

"Sam lambat lahir dua minggu dan si kembar sebulan lebih awal manakala Ryan awal 3 hari.

Emily Scrugham and Peter Dunn Family

Semua tak dirancang lahir pada 12 Januari.

"Si kembar perlu dilahirkan secara Caesarean kerana doktor tidak dapat mencari denyutan jantung mereka," katanya.

"Saya tidak mahu mereka dilahirkan segera tetapi tidak mmpunyai pilihan lain".

Sangat bertuah kan..

[Sumber] [Edited by SP]

Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman

Fesyen Yang Tidak Luput Ditelan Zaman

Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan kerana kebiasaannya wanita adalah insan yang pandai dan hebat berfesyen, namun pernahkah anda merasa rugi sekiranya berhabis untuk trend yang hanya bertahan untuk seketika sahaja?

women and fesyen

Jika ya, kami di sini ingin berkongsi dengan anda mengenai trend yang tidak 'outdated' sepanjang zaman supaya ia dapat digunakan sepanjang masa dan masih boleh membuatkan anda tampil bergaya dan 'trendy.

Skirt mini

Skirt mini

Skirt mini mula popular pada era 1960 dan sehingga kini skirt mini telah berkembang menjadi satu rekaan yang menjadi kegilaan ramai. Anda boleh menyimpan skirt mini yang anda kenakan pada usia remaja untuk anak gadis anda kerana trend skirt pendek akan sentiasa segar pada masa akan datang.

Leggings

Leggings

Ramai yang memilih legging kerana keselesaannya. Ia sangat berguna untuk mereka yang gemar mengenakan skirt yang terlalu singkat tanpa mencacatkan gaya. Bukan itu sahaja, rekaan fesyen terbaik ini memberikan ilusi bentuk kaki yang cantik kepada anda.

Jaket/Blazer

Jaket_Blazer

Jaket atau blazer boleh mengubah gaya anda dalam sekelip mata sahaja! Walaupun anda mengenakan gaun formal untuk ke pejabat, jaket kulit dapat menyelamatkan anda dengan memberikan gaya 'chic' dan kasual sekiranya mahu terus berhibur di malam hari dengan mengenakan gaun yang sama.

Gaun kembang

Gaun kembang

Trend ini mewarnai majlis karpet merah dari dahulu sehingga kini. Trend terbaik yang memberi suntikan elegan kepada gaya anda ini adalah busana mesti ada di dalam almari setiap wanita.

Kemeja T basic

Basic T Shirt

Trend ini mampu mengimbangkan gaya anda. Sekiranya seluar anda bercorak padat, kemeja-T asas boleh membuatkan anda tampak sedikit ringkas. Sekiranya anda terasa seperti mahu bermain dengan aksesori, kemeja-T mampu menyerlahkan lagi perhiasan yang dikenakan. Pendek kata, kemeja-T merupakan trend mesti ada sepanjang zaman!

Kasut 'flat'

Flat ballerina Shoes

Terima kasih kepada pencipta kasut 'flat ballerina' kerana memberi penyelesaian kepada mereka yang tidak gemar berkasut tinggi. Kasut ini fleksibel kerana sesuai digayakan dengan pelbagai jenis persalinan, kasual atau formal.

BACA INI JUGA: Fesyen 'Seksi' Wanita Yang Tidak Digemari Lelaki

Sumber: Tupai.com.my

Satu-satunya Manusia Yang Sembuh Daripada Jangkitan HIV

Satu-satunya Manusia Yang Sembuh Daripada Jangkitan HIV

Timothy Ray Brown, menjadi satu-satunya manusia dalam sejarah yang sembuh daripada jangkitan HIV selepas menjalani pembedahan pemindahan sumsum tulang daripada individu yang kebal terhadap virus itu.

Timothy Ray Brown

Dia disahkan menghidap HIV sekitar tahun 1995 ketika menuntut di Berlin, Jerman dan diberitahu hanya mampu hidup selama dua tahun lagi.

Brown yang terkenal dengan jolokan ‘Berlin Patient’ berasal dari bandar raya Seattle, Washington, Amerika Syarikat (AS). Dia menjadi popular selepas beberapa doktor cuba mengaplikasikan teknik yang unik itu dengan menggunakan penderma kebal HIV untuk menjalani satu pemindahan sel induk bagi mengubati penyakit leukemia Brown.

Sejak tahun 2007, dia telah menjalani dua pembedahan pemindahan sumsum selepas doktornya, Gero Huetter melakukan ujian ke atas lebih 70 penderma untuk menentukan keserasian mereka dengan Brown. Penderma itu juga menunjukkan keputusan negatif dalam ujian HIV.

“Saya disembuhkan daripada HIV. Dahulu saya mempunyai HIV, tetapi kini tidak lagi. Saya menjadi bukti bahawa AIDS boleh diubati. Sungguh mengagumkan apabila dapat sembuh daripada jangkitan HIV,” kata Brown.

Kombinasi terapi antivirus yang muncul di pasaran dunia membolehkan jangkitan HIV yang dihidap berjuta-juta penduduk dunia dirawat.

Terapi itu dapat mengekang kuman HIV di dalam badan Brown tetapi dia memilih untuk menemui seorang doktor pada tahun 2006 selepas mengalami kelesuan yang berpanjangan.

Gen CCR5

Dia kemudian disahkan menghidap leukemia dan menjalani rawatan kemoterapi yang menyebabkannya mengalami pneumonia manakala darahnya mengandungi bakteria beracun.

Dalam usaha menyelamatkan nyawa Brown, doktornya, Huetter, mendapat idea untuk melakukan pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan menggunakan penderma sel induk yang memiliki gen mutasi reseptor chemokine C-C jenis 5 (CCR5).

Mereka yang ada gen CCR5 kebal terhadap jangkitan HIV kerana sel mereka tidak boleh ditembusi virus tersebut.

Namun, manusia yang mempunyai gen CCR5 jarang ditemui. Dipercayai cuma satu peratus penduduk dunia khususnya mereka yang tinggal di rantau Eropah Utara memiliki keupayaan tersebut.

Idea Huetter adalah untuk cuba menyembuhkan leukemia dan HIV menerusi pembedahan transplan itu. Prosedur itu berjaya dan Brown didapati bebas daripada kuman maut itu.

Brown pada Selasa lalu mengumumkan pelancaran Yayasan Timothy Ray Brown untuk meningkatkan penyelidikan ubat-ubatan di Washington, ketika AS menjadi tuan rumah kepada mesyuarat saintifik terbesar di dunia mengenai HIV/AIDS.

“Pada dasarnya saya merancang mencari penderma bagi mendapatkan dana untuk membantu penyelidikan,” kata Brown sambil menambah bahawa dia merancang untuk mengabdikan hidupnya dalam usaha mencari penawar kepada virus maut itu untuk orang lain.

“Saya berhenti mengambil ubat HIV pada hari saya melakukan pemindahan dan sejak itu, saya tidak pernah mengambil apa-apa ubat HIV lagi. Saya hidup untuk menjadi bukti bahawa mungkin terdapat penawar untuk AIDS,” jelasnya.

Seorang pengarah perubatan bank tali pusat, StemCyte di AS, Dr. Lawrence Petz memberitahu, julat kesepadanan antara si penderma dengan orang yang ingin diderma tidak perlu terlalu rapat.

Petz berkata, pemindahan sumsum tulang yang dijalani Brown menjadi rumit kerana sel stem darah datang daripada penderma dewasa.

“Apabila melakukan pemindahan sel stem, kesepadanan yang sangat rapat diperlukan antara penderma dan penerima tetapi dengan pemindahan melalui darah tali pusat, ia tidak memerlukan kesepadanan yang sebegitu.

“Ia juga jauh lebih mudah untuk mendapatkan penderma yang sepadan,” ujar Petz.

Walau bagaimanapun, daripada 17,000 sampel darah tali pusat, hanya 102 daripadanya membawa gen yang kebal terhadap penyakit HIV. Untuk itu, Petz berkata, bank darah tali pusat perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Pemindahan

“Buat masa ini, tiada cara lain yang dapat menyembuhkan beberapa pesakit selain menggunakan darah tali pusat,” beritahu Petz kepada Fox News.

Pemindahan darah tali pusat pertama ke atas pesakit HIV dari Belanda telah dijalankan beberapa minggu lalu dan pasukan Petz mempunyai satu lagi pemindahan yang telah diatur untuk seorang pesakit di Sepanyol akhir bulan ini.

“Ia akan mengambil masa yang lama sebelum penyelidik dapat mengenal pasti sama ada rawatan itu memberikan perbezaan kepada pesakit HIV.

“Setakat ini tiada keputusan muktamad lagi, tetapi kami yakin proses ini bakal memberi faedah kepada pesakit,” beritahu Petz.

Sementara itu, dua cara utama dikenal pasti untuk mengubati penyakit AIDS berdasarkan kisah-kisah menakjubkan daripada sekumpulan kecil orang di seluruh dunia yang mendakwa telah berjaya mengatasi penyakit itu.

Walaupun terdapat kemajuan dalam merawat berjuta-juta orang dengan menggunakan ubat antiretroviral, pakar mengatakan penyembuhan adalah lebih penting.

Ini kerana kadar jangkitan HIV mengatasi keupayaan pakar untuk mengubati pesakit berkenaan.

“Bagi setiap seorang yang memulakan terapi antiretroviral, dua individu baharu pula akan dijangkiti HIV,” ujar penyelidik daripada Institut Penyelidikan AIDS (IrsiCaixa) di Sepanyol, Javier Martinez-Picado pada Persidangan Antarabangsa AIDS di Washington, Selasa lalu.

Kira-kira 34 juta orang di seluruh dunia hidup dengan HIV dan telah menyebabkan kira-kira 30 juta kematian akibat AIDS sejak penyakit itu dikesan pada tahun 1980-an.

Dengan pengambilan ubat antiretroviral, ia membantu lebih ramai pesakit untuk terus menjalani kehidupan biasa berbanding sebelum ini, tetapi dadah jenis itu sangat mahal dan perlu diambil seumur hidup.

“Saintis kini boleh membayangkan penawar daripada dua perspektif yang berbeza, sama ada dengan cara membasmi virus itu daripada badan seseorang atau membentuk badan pesakit untuk mengawal virus itu.

“Ini mungkin menjadi pesakit pertama yang pernah didokumenkan sembuh daripada jangkitan HIV,” rujuk Javier kepada Brown, pesakit HIV pertama yang sembuh daripada virus pembunuh itu.

BACA INI JUGA: Gerakan Berahi Untuk Menambah Nikmat Suami Isteri

Sumber: Kosmo Online

Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!

Pemain Malaysia Patut Belajar Gelecek Bola Dari Cameroon!

Tidak perlu lagi bercerita lagi soal bola sepak negara. Buang masa. Rakyat Malaysia sudah terlalu kecewa. Bosan. Hampa.

cameroon football

Mari kita berkisah pula tentang pasukan bolasepak Cameroon.

Tapi, mengapa Cameroon? Cameroon bukan negara maju. Republik Cameroon sebuah negara Komanwel seperti Malaysia. Negara itu bersempadan dengan Nigeria dan Chad.

Di sana tidak ada kemudahan kompleks sukan secanggih Bukit Jalil atau stadium di merata negeri atau gelanggang futsal di serata ceruk kampung dan desa macam kita. Apa yang ada di Malaysia tidak ada di Cameroon.

Tapi, apa yang membezakan Malaysia dan Cameroon? Pendudunya sedikit dari Malaysia, kira-kira 20 juta orang.

Tapi, kenapa pasukan bola sepak Cameroon sudah tujuh kali masuk ke Piala Dunia?

Mereka layak buat pertama kali sejak 1982. Hebat. Luar biasa!

Cameroon world cup

Terbaru, Cameroon layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil 2014. Mereka menang selesa 4-1 menewaskan Tunisia.

Cara mereka bermain bukan bertahan macam kita tetapi untuk menyumbat gol. Mereka bukan berkampung di barisan pertahanan tetapi bawa bola dan tendang ke pintu gol lawan.

Kita patut belajar dari Cameroon. Mereka sudah bergelar juara sebanyak empat kali Piala Afrika sejak 1984.

Negara itu juga pernah ke peringkat suku akhir Piala Dunia 1990. Pernah memenangi pingat emas bola sepak Sukan Olimpik 2000. Macam-macam kejayaan sudah diraih.

Kita hanya menang Piala Suzuki 2010. Piala Asia? Piala Dunia? Haha..

Ranking FIFA? Tak usah cerita, memalukan! Cameroon ditangga ke-48. Malaysia??? 160!!!

Pasukan kita hanya setanding dengan Bermuda (161), Bangladesh (162), Nepal (165), Sri Lanka (166) dan Pakistan (168).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bukan sahaja patut mencontohi Cameroon tetapi belajar dari negara Afrika ini cara bermain bola sepak yang betul.

Malaysia Piala Suzuki

Kalau nak tahu, pemain mereka berlatih bukan hendak belajar cara-cara menyepak bola tetapi menggelecek bola dan berlatih menyumbat gol.

Itu dua perkara berbeza yang kita patut belajar dari Cameroon.

Malaysia bermain bercorak bertahan dan berkampung tetapi Cameroon bermain untuk menjaringkan gol ketika latihan. Itu kelebihan Cameroon.

"Kami memang berhak menang. Kami menumpukan kepada jaringan sejak kami memulakan latihan", kata pertahanan Cameroon, Danny Nounkeu selepas pasukannya membelasah Tunisia 4-1 untuk layak ke Piala Dunia di Brazil 2014.

Pemain-pemain Cameroon pandai menggelecek bola dan tidak ragu-ragu menyumbat gol berbanding kita yang suka membalun bola sekuat hati, membuang tenaga dan masa berharga di atas padang.

Hebat Cameroon!

BACA INI JUGA: Kisah Lagenda Tersohor Alex Ferguson Menjulang Manchester United

-Sentiasapanas.com

Tell No One, Permainan Kisah Seram Malaysia

Tell No One, Permainan Kisah Seram Malaysia

Perhatian kepada peminat pemainan elektronik seram! Sebuah syarikat permainan elektronik Malaysia, Spacepup Entertainment dikatakan sedang dalam proses menghasilkan permainan yang berbeza daripada permainan seram yang biasa dihidangkan kepada kita.

Tell No One

Kebanyakan permainan seram yang dilancarkan di pasaran antarabangsa menggunakan elemen Barat seperti kiamat dan kejadian alam yang lain. Sebaliknya, permainan yang dikenali sebagai Tell No One, akan mengetengahkan konsep cerita seram Malaysia pada plot mereka.

Dalam permainan ini, anda akan mengikuti kisah seorang wartawan wanita yang melawat sebuah kampung terpencil untuk menjalankan siasatan berkenaan kejadian aneh yang berlaku di kampung tersebut.

(Baca: 10 Tablet Terbaik 2013)

Pada masa sama, beliau akan “terjumpa” beberapa entiti dari kisah seram popular Malaysia sepanjang siasatan tersebut.

Sama seperti mana-mana permainan seram lain, Tell No One menampilkan beberapa siri halangan teka-teki memandangkan para pemain tidak akan diberikan sebarang senjata.

Pengasas Spacepup Entertainment, Yuen Wai Leong berkata, Tell No One akan dilancarkan dalam beberapa siri episod menjelang hujung Februari ini melalui Steam untuk PC dan Mac. Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan harga untuk pengalaman seram Malaysia ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Tell No One, facebook.com/tellnooneapp.

Sumber: Lowyat

Friday, January 24, 2014

Dokumen Perceraian Nurul Izzah Tersebar?

Dokumen Perceraian Nurul Izzah Tersebar?

Sehari dua ini, isu pergolakan rumah tangga Nurul Izzah Anwar hangat diperkatakan di laman siber mahupun kedai kopi.

Dokumen Perceraian Nurul Izzah [3]

Memandangkan Nurul Izzah merupakan anak Anwar Ibrahim, masih muda dan cantik serta memegang pula jawatan tinggi dalam politik, tak hairanlah setiap inci kisahnya mendapat perhatian ramai.

Selepas tarikh tuntutan fasakh yang difailkan Nurul Izzah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada awal Januari lalu berjaya dihidu, kini tersebar pula pelbagai spekulasi berkaitan punca pergolakan rumahtangga wakil rakyat Lembah Pantai ini.

Turut tersebar, dokumen penceraian antara Nurul Izzah dan suami, Raja Ahmad Shahrir Iskandar.

Dokumen Perceraian Nurul Izzah
Dokumen Perceraian Nurul Izzah [2]

Dalam dokumen ini tercatit persetujuan bersama Nurul Izzah dan suami untuk menyelesaikan segala isu dan tuntutan perceraian mereka mahu pun hadhanah anak-anak secara damai di luar mahkamah.

Nurul Izzah juga dikatakan bersetuju untuk tidak akan menuntut sebarang harta selepas perceraian selain anak-anak akan diserahkan hak jagaan kepadanya.

Bagaimanapun sama seperti kisah-kisah punca masalah rumah tangga puteri sulung Ketua Umum PKR ini, dokumen penceraian yang disebarkan di internet ini pun tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihannya.

Hanya Nurul Izzah dan suami yang lebih mengetahui apa sedang berlaku dan marilah kita sama-sama doakan keputusan terbaik untuk setiap orang.

Sumber: Apple-bru.blogspot.com

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Pemuda PKR Ugut Saman, Nafi Bakar Dan Pijak Bendera Jepun!

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Bukit Katil merangkap Ketua AMK, cuba melepaskan perasaan kecewanya kerana demonstrasi yang dianjurkannya di hadapan Kedutaan Jepun, kerana hanya dihadiri oleh dua belas orang pecacai, cuba melakukan pembohongan secara terang-terangan.

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Shamsul Iskandar Mohd Akin cuba menafikan perbuatan memijak bendera atau lambang negara Jepun dilakukan oleh AMK, sebaliknya cuba berdalih kononnya, perbuatan itu bukan dilakukan oleh AMK Pusat.

Apa yang dimaksudkan oleh Shamsul Iskandar atau lebih glamour dengan nama gelarannya, Sam Ketot, sebagai AMK Pusat?

Apakah Sam Ketot cuba memberitahu, yang berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Jepun itu bukannya AMK Pusat kerana yang datang cuma 12 orang?

Atau perbuatan memijak dan membakar lambang negara Jepun itu, akan memberi kesan negatif kepada Anwar Ibrahim sendiri?

Sungguh menggelikan hati melihat gelagat Sam Ketot dan 11 orang pengikutnya yang menyalak-nyalak marahkan Kerajaan Jepun kerana tidak membenarkan Anugerah Tuhan mereka masuk ke Jepun.

Bagi mereka, tidak ada undang-undang mana-mana negara pun yang tertakluk kepada Anugerah Tuhan mereka yang bernama Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim menurut mereka, bebas ke sana ke mari dan bebas berbuat apa-apa sahaja sekehendak hatinya.

(Baca: Anwar Ke Jepun Atas Jemputan Anak Pengasas Yakuza?)

Jepun tidak lebih besar daripada Israel mahupun Amerika Syarikat yang membenarkan serta memberi ruang yang sangat besar kepadanya. Kalau Israel dan Amerika Syarikat boleh mengalu-alukan Anwar Ibrahim, mengapa pula Jepun yang dilihat sebagai salah sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat, berlagak sebagai tuan besar yang mempunyai kedaulatan ke atas tanah airnya.

Namun kelucuan itu sebenarnya tidak sepatutnya menggelikan hati. Biarpun hanya 12 orang, demonstrasi bodoh yang dilakukan oleh Sam Ketot bersama konco-konconya itu, memberi kesan yang jauh lebih buruk kepada negara.

Pastinya, demonstrasi 12 orang di hadapan Kedutaan Jepun mendapat perhatian media-media Jepun yang jauh lebih advance dan jauh lebih patriotik biarpun pro pembangkang negara itu.

Isu demonstrasi tersebut, akan menjadikan mereka bersatu dan sama-sama menghentam Malaysia dan mengeji kegagalan pihak berkuasa Malaysia membendung demonstrasi yang cuba memalukan salah sebuah negara yang paling banyak menyumbang kepada rizab simpanan luar Malaysia.

Sebagai seorang peguam, meskipun sekadar peguam pada nama, Sam Ketot amat menyedari natijah daripada perbuatannya itu. Justeru itulah dia selagi boleh cuba menafikan pembabitan AMK Pusat yang diketuainya.

Mungkin berasakan orang Jepun tidak tahu jawatannya yang sebenar, kecuali sebagai penyokong dan penjilat Anwar Ibrahim, Sam Ketot cuba melakukan penipuan secara terang-terangan. Dan lebih menarik apabila Sam Ketot dan pecacainya membuat desakan agar Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Jepun selain memboikot produk Jepun.

Sungguhnya melucukan!

Pemuda PKR Nafi Bakar Bendera Jepun

Sebabnya, Sam Ketot cuba memberitahu, Anwar Ibrahim itu setaraf dengan Perdana Menteri Malaysia. Memalukan Anwar Ibrahim, bererti memalukan rakyat Malaysia, walaupun hakikatnya, majoriti rakyat Malaysia bukan sahaja gembira, tetapi juga ketawa terbahak-bahak suka hati kerana Anwar terhalau dari Jepun kerana kegagalannya mengingati yang dia adalah bekas banduan yang perlu melalui proses extra iaitu mengisi borang dan memohon visa berbanding rakyat Malaysia yang lain.

Ironinya, meskipun terdapat bukti-bukti bergambar dan video yang menunjukkan memang berlaku perbuatan memijak lambang AMATERASU yang digambarkan menerusi bulatan berwarna merah dan berlatar putih atau kerapkali dikenali sebagai Matahari, biarpun tanpa jalur cahaya, Sam Ketot masih cuba membuat penafian.

(Baca: Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia)

Amaterasu adalah Dewi Matahari dan merupakan tuhan paling utama dalam agama Shinto dan orang Jepun amat mempercayai, raja-raja mereka merupakan keturunan Dewi Amaterasu. Perbuatan memijak lambang tersebut merupakan perbuatan menghina agama Shinto dan merendah-rendahkan agama orang Jepun.

Sam Ketot memberi amaran, akan menyaman sesiapa sahaja yang menyatakan perbuatan memijak bendera dan lambang agama Shinto Jepun itu dilakukan oleh AMK atau PKR atau mana-mana yang berkaitan. Dia tidak mahu dikaitkan dengan perbuatan tersebut.

Dia tidak mahu AMK atau PKR dikatakan membiakkan budaya kurang ajar dan biadap walaupun hakikatnya AMK, PKR dan Anwar Ibrahim memang membawa budaya kurang ajar, biadap dan tidak kenang dek untung.

Semuanya terserlah menerusi keangkuhan, kebiadapan dan KEBAHLOLAN yang ditunjukkan oleh Sam Ketot di hadapan Kedutaan Jepun!

[Sumber]

Penduduk Singapura Berang Digelar Miskin

Penduduk Singapura Berang Digelar Miskin

Seorang pengurus kewangan yang juga suami kepada bekas ratu cantik Singapura memohon maaf secara terbuka kepada rakyat negara itu kerana tindakannya menghina ‘orang miskin’ melalui akaun Facebooknya.

Anton Casey Stupid

Anton Casey yang berasal dari London mencetuskan kemarahan orang ramai selepas memuatnaik gambar anaknya yang berada di dalam keretapi dengan ayat berbunyi: “Daddy, where is your car & who are all these poor people? (Ayah, di mana kereta awak & siapa orang-orang miskin ini?)”

Anton Casey Stupid

Satu lagi gambar anaknya berada di dalam sebuah kereta Porsche, juga disertakan dengan ayat berbaur penghinaan: “Ahhhh reunited with my baby. Normal service can resume, once I have washed the stench of public transport off me”.

Anton Casey Stupid

Kenyataan berunsur sarkastik itu sekaligus membawa maksud yang dia mahu ‘membersihkan kekotoran’ akibat menaiki pengangkutan awam tersebut.

Antara komen yang diterimanya termasuklah ancaman bunuh selain memintanya supaya meninggalkan negara itu secepat mungkin.

Melalui surat permohonan maafnya, Anton menyifatkan Singapura sebagai tempat tinggalnya sendiri dan sangat menghormati penduduk negara itu.

“Saya hanya mahukan kemaafan daripada anda atas ketelanjuran kata saya dan berharap agar diberi peluang kedua untuk membina semula kepercayaan orang ramai,” ujarnya.

Ha, tahu pun takut! Itulah akibatnya kalau bercakap sesedap rasa.

Macam manalah hendak mendidik perbadi anak kalau si ayah memang jenis manusia yang suka merendah-rendahkan orang lain?

BACA INI JUGA: Filem-filem Yang Bersifat Rasis Demi Komedi

Sumber: Mynewshub.cc