Thursday, September 05, 2013

Skandal Adi Putra Dan Isteri Orang Disiasat Polis

Skandal Adi Putra Dan Isteri Orang Disiasat Polis

Siapa pun pasti tidak akan menyangka dan terkejut saat membaca berita ini. Sekeping gambar wanita skandal Adi Putra telah dikongsikan oleh Fan Club Adira AF8 beberapa jam lepas namun wajah wanita terbabit telah diblurkan atas faktor keselamatan.

Adi Putra

Mana tidaknya, pelakon yang kita kenali dengan perwatakan dan disiplin yang baik tiba-tiba saja didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang lain.

Menerusi laporan Berita Harian, pelakon berusia 32 tahun ini dikhabarkan sedang dalam siasatan polis apabila seorang ahli perniagaan dari Johor mendakwa pelakon itu mempunyai skandal dengan isterinya.

Tak cukup disitu, Adi Putra turut didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan isteri ahli perniagaan terbabit.

Skandal ini dipercayai dikesan oleh suami wanita terbabit di Johor sekitar awal Ogos lalu.

Namun, menerusi laporan Rotikaya hari ini, kami difahamkan bahawa Adi Putra turut membuat laporan polis kerana menerima ugutan dari ahli perniagaan tersebut.

Melalui salinan laporan polis itu, Adi Putra mengadu bahawa lelaki tersebut telah menghina dan menjatuhkan maruahnya serta menyuruh dia menceraikan isterinya.

Adi Putra

Lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia akan memastikan kerjaya Adi Putra hancur.

Pelakon KL Gangster ini dalam kenyataannya mengaku ketika dihubungi lelaki tersebut pada 7 Ogos lepas, dia telah memasang ‘loudspeaker’ sambil perbualan mereka didengari isterinya, Aida.

Nampaknya, ini merupakan isu yang paling panas kami kira selepas bulan puasa berakhir.

Ia bukanlah isu yang boleh dibuat main dan kami pasti, ramai peminat yang tertunggu-tunggu dengan cerita sebenar. -Ohbulan

Inilah Bantuan Amerika Syarikat Kepada Tentera Mesir!

Inilah Bantuan Amerika Syarikat Kepada Tentera Mesir!

Dasar Amerika Syarikat berkaitan krisis di Mesir boleh dikatakan ironis. Di satu sisi, pentadbiran Obama meminta agar pemerintah sementara Mesir untuk menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan. Tetapi, di sisi yang lain negera Pak Cik Sam itu terus menyuntik bantuan sebanyak 1.3 bilion dolar AS setiap tahun untuk Tentera Mesir.


Padahal dunia sudah pun tahu, Tentera Mesir telah membantai rakyatnya yang sedang memperjuangkan demokrasi.

Selama beberapa dekad, Tentera Mesir telah menjadi salah satu penerima bantuan terbesar dari Amerika Syarikat. Menurut laman theglobalpost, bantuan tahunan yang dihulurkan AS itu kemudian dibelanjakan untuk membeli senjata dari syarikat-syarikat milik Amerika Syarikat (AS) sendiri.

Berikut merupakan 10 syarikat Amerika yang mendapat keuntungan dari tentera Mesir.

Lockheed Martin. Nilai kontraknya mencapai 259 juta dolar AS. Pada 2010, Lockheed Martin menyediakan 20 unit pesawat F-16 untuk Tentera Mesir.

DRS Technologies. Nilai kontraknya dengan Tentera Mesir mencapai 65.7 juta dolar AS.

L-3 Communication Ocean Systems. Nilai kontraknya mencapai 31.3 juta dolar AS. L3 Communications membekalkan sistem sonar dan peralatan ketenteraan ke Mesir.

Deloitte Consulting. Deloitte memenangi kontrak sebanyak 28.1 juta dolar AS untuk menyediakan perancangan dan sokongan program pesawat Mesir.

Boeing. Boeing mendapatkan kontrak bernilai 22.5 juta dolar pada 2010 dari Mesir, Syarikat itu menyediakan 10 helikopter Apache.

Raytheon. Mendapatkan kontrak sebanyak 31.6 juta dolar AS untuk menyokong sistem peluru berpandu Hawk milik Mesir.

AgustaWestland. Mendapat kontrak 17.3 juta dolar dari Tentera Mesir.

US Motor Works. Pada 2009, mendapat kontrak bernilai 14.5 juta dolar AS untuk menyediakan mesin dan suku cadang dari Pihak Berkuasa Persenjataan Mesir.

Goodrich Corp. Tentera Udara AS dan Goodrich memenangi kontrak 10.8 juta dolar AS untuk mengedarkan reconnaissance systems bagi pesawat jet F-16 milik AU Mesir.

Columbia Group. Columbia Group mendapat kontrak 10.6 juta dolar dari Tentera Laut Mesir.

[Sumber]

Proton Saga BLM Dijadikan Bom Kereta Di Syria!

Proton Saga BLM Dijadikan Bom Kereta Di Syria!

Seperti yang diketahui perang di Syria masih lagi berlaku.

Proton Saga BLM jadi bom kereta di Syria

Namun, penulis ingin berkongsikan video di bawah ini yang memaparkan kenderaan buatan Malaysia, Proton Saga BLM telah digunakan sebagai alat peledak bom.

Mereka telah mencipta dan mengubah suai bahan-bahan letupan di dalam rangka kereta tersebut selain menguji alat kawalan jauh yang dibuat mereka.

Proton Saga yang digunakan kelihatan sangat uzur kerana ketiadaan lampu belakang, nombor plat serta warnanya pun sudah pudar.

Kenderaan itu kemudiannya dipandu ke tempat sasaran sebelum diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh tersebut.



Penulis hanya mampu berharap agar peperangan di sana segera berakhir dan akhirnya kemenangan akan berpihak kepada pihak yang benar.

BACA INI JUGA: Penemuan Epik Kuno Yang Menceritakan Perang Nuklear Pernah Terjadi!

Sumber: Mynewshub

Wednesday, September 04, 2013

Hanya Naik RM0.20 Tapi Bodohlah Kalau Harga BARANG Pun Tak Naik Lepas Ni!!

Hanya Naik RM0.20 Tapi Bodohlah Kalau Harga BARANG Pun Tak Naik Lepas Ni!!

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, kerajaan BN telah menaikkan harga minyak petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen. Dengan kenaikan itu, harga semasanya menjadi RM2.10 sen dan RM2.00 seliter bagi diesel.

Minyak naik

Langkah kenaikan yang disifatkan Najib untuk pengukuhan ekonomi itu juga menyebabkan subsidi kerajaan keatas petrol kini menurun kepada 63 sen manakala untuk diesel menjadi 80 sen sahaja.

Kenaikan ini jelas tidak menggembirakan rakyat. Di alam maya, Najib menerima kritikan, cemuhan dan serangan yang berterusan.

Bukan saja rakyat biasa yang rasa terbeban dengan kenaikan itu meluahkan perasaan dan kemarahan mereka, malahan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dan ahli akademik, Dr Mazleee Malik juga turut aktif di twitter masing-masing dengan pelbagai maklumat yang berupa kritikan dan sindiran mengenai kenaikan itu.

Ahli-ahli politik pembangkang pula tentulah menggunakan peluang ini untuk menghentam dan mengkritik kerajaan semahu-mahunya, apalagi kenaikan petrol dan diesel ini umpama hadiah daripada Najib kepada rakyat sempena 100 hari kemenangan BN.

Buat pertama kali juga, pemimpin UMNO menjadi kurang aktif sama ada si facebook ataupun twitter. Selalunya jika timbul isu-isu sebegini, para pemimpin UMNO yang aktif di dunia sosial turut memainkan peranan mempertahankan apa yang dilakukan kerajaan, tetapi malam tadi ramai yang berdiam diri dan tidur awal agaknya.

Mungkin mereka juga sudah tiada idea lagi untuk mempertahankan tindakan Najib itu.

Pengendali laman sosial yang pro UMNO dan kerajaan juga kelihatan pasif dan tidak tidak berdaya lagi mempertahankan langkah tidak bijak Najib itu.

Hanya Bung Mokhtar Radin, Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Felcra yang cuba mempertahankan dan menyokong kenaikan minyak ini tetapi beliau juga kemudiannya dikritik dan diserang hebat, termasuk mengaitkan dengan perkahwinan keduanya bersama aktres Zizie Ezzette.

Harga minyak naik

Di alam nyata pula, kenaikan ini disambut dengan rungutan dan cebikan mulut daripada rakyat terhadap Najib dan BN.

Ditambah dengan hujan yang turun sejak awal petang, kesesakan bukan saja berlaku di jalan-jalan raya, malahan juga di hampir semua stesen minyak. Ini jelas menggambarkan kenaikan 20 sen tetap memberi kesan kepada kebayakan rakyat dan mereka berusaha untuk menjimatkan perbelanjaan masing-masing sedaya yang mungkin.

Dilaporkan juga terdapat kejadian merosakkan stesen minyak berikutan rakyat menjadi marah selepas beratur lama untuk mengisi minyak, tiba-tiba diberitahu bekalannya sudah habis.

Ini menggambarkan bukan saja kenaikan itu dibantah, malahan masa pengumuman mengenai kenaikan itu juga memperlihatkan sikap tidak bijak Najib sehingga mencetuskan suasana kelam-kabut dan panik di kalangan sesetengah rakyat.

Kenaikan minyak kali ini tidak disebut Najib sebagai kesan kenaikan minyak dunia tetapi lebih ke arah pengukuhan ekonomi dan mengurangkan defisit. Najib lantas memberitahu kenaikan harga minyak ini akan diseimbangkan dengan kenaikan BR1M yang akan diumumkan dalam Belanjawan pada Oktober nanti.

Terlihat di sini bahawa Najib mengambil pendekatan ekonomi "tutup lubang, gali lubang" untuk menyelesaikan masalah. Dengan subsidi petrol dan diesel yang dapat dijimatkan, ia kemudian akan disalurkan pula melalui BR1M.

Walaupun pemberian tunai BR1M ini mendapat kritikan daripada Mahathir tetapi nampaknya Najib akan terus menggunakan pendekatan itu untuk mengambil hati orang-orang kampung dan rakyat berpendapatan rendah, malah sudah membayangkan akan menaikkan lagi jumlahnya.

Kali ini mungkin menjadi RM700, RM1000 ataupun mungkin juga menjadi RM1200.

Harga minyak naik

Kesan kenaikan petrol dan diesel ini tentu saja akan menyebabkan kenaikan harga-harga barang di pasaran. Walaupun Najib mengingatkan peniaga tidak menaikkan harga barang, tiada jaminan kawalan ataupun penguatkuasaan akan diambil terhadap peniaga yang ingkar. Ia hanyalah sekadar peringatan semata-mata.

Ini bermakna belum pun BR1M dilaksnakan, beban kenaikan harga barang sudah menyusah dan mengeringkan lagi poket rakyat.

Bagi yang tinggal di Lembah Kelang dan bandar-bandar lain dan tidak layak pula menerima BR1M, kenaikan harga minyak dan disertai dengan kenaikan harga barang keperluan harian umpama "pontianak" yang menghisap poket mereka sehingga kering setiap hari.

Kenaikan harga minyak ini juga berlaku dicelah-celah ura-ura kerajaan mahu menaikkan tarif elektrik dan melaksanakan cukai GST yang mungkin akan diumumkan dalam Belanjawan nanti.

Walaupun propa kerajaan melalui Mahahdir Khalid mengatakan kenaikan elektrik dijamin tidak membebankan rakyat, sebenarnya asal saja namanya kenaikan, ia tetap memberi kesan kepada kehidupan rakyat.

Kerajaan juga bertegas mahu melaksanakan GST. Idris Jala yang merangka mengenainya sudah pun membayangkan hakikat itu. Masalahnya hanyalah berapa peratus saja, mungkin 5 peratus, mungkin 4 peratus dan sebagainya. Namun ia pasti akan dilaksanakan oleh Najib. Tunggu saja berita "gembira" ini dalam Belanjawan nanti.

Jika kenaikan petrol dan diesel dianggap hadiah 100 hari kemenangan BN kepada rakyat, sebenarnya banyak lagi hadiah-hadiah dalam bentuk penambahan cukai, kenaikan harga barang dan peningkatan kos hidup akan dilaksanakan oleh Najib dari semasa ke semasa. Kenaikan minyak adalah permulaannya dan lepas ini akan disusuli dengan tarif elektrik dan cukai GST pula.

Lepas itu cukai dan kenaikan yang entah apa-apa pula akan diumumkan. Mungkin juga harga minyak akan naik lagi.

Bagaimanapun di sebalik semua kenaikan ini, masih lagi ada sesetengah rakyat yang berkata, syukurlah Malaysia masih aman! [Sumber]

Luahan Kesedihan Orang Miskin Bila Harga Minyak Naik RM0.20 Sahaja!!

Luahan Kesedihan Orang Miskin Bila Harga Minyak Naik RM0.20 Sahaja!!

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Harga Minyak Naik

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mengisi perut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.

Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

BACA INI JUGA: Alasan Najib Kenapa Minyak Naik!

Sumber: Kedahkekl

Pengurangan Subsidi Minyak Satu Kesilapan Besar Kerajaan?

Pengurangan Subsidi Minyak Satu Kesilapan Besar Kerajaan?

Dalam kepayahan kita mencerna berita pengurangan subsidi minyak, berbagai-bagai persoalan dikemukakan mengenai rasionalitinya tindakan ini diambil.

Subsidi dikurangkan

Ramai yang melihat bahawa pengurangan subsidi minyak seharusnya menjadi pilihan terakhir untuk merancakkan ekonomi negara.

Ini bukan kali pertama subsidi dikurangkan. Dari pengalaman Malaysia, telah beberapa kali subsidi dikurangkan dan setiap kali juga ia akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

Apa yang penting ialah kerajaan harus menunjukkan bahawa langkah ini diambil sebagai pilihan terakhir.

Dalam pemerintahan Tun Mahathir, kenaikan harga minyak diimbangi dengan kenaikan cukai hiburan, cukai korporat, cukai minuman keras, rokok dan sebagainya.

Dengan cara itu, ekonomi negara terus rancak dan rakyat juga tidak marahkan kerajaan.

Dalam menghadapi krisis kewangan pula, Tun Mahathir melaksanakan kaedah tambatan ringgit, sekali lagi bagi mengelakkan rakyat bawahan menerima kesan yang besar.

Kaedah ini dilihat sesuai digunakan pada hari ini di mana keadaan Ringgit Malaysia yang semakin merudum.

Hari ini, Ringgit Malaysia jatuh ke paras rendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan 15 tahun rendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun.

Justeru, tambatan nilai ringgit harus dilakukan segera bagi mengelakkan nilai ringgit terus jatuh.

Secara ringkasnya, pengurangan subsidi adalah tidak perlu sekiranya beberapa langkah lain dilaksanakan.

Apa yang lebih membimbangkan ialah desas-desus bahawa kerajaan bakal mengambil langkah yang bertentangan dari yang diambil oleh Tun Mahathir dalam menghadapi situasi sama.

Jika Tun Mahathir memilih untuk menaikkan cukai korporat dan menyalurkan pendapatan dari situ kepada golongan berpendapatan rendah melalui subsidi, kerajaan hari ini dikhabarkan akan mengurangkan lagi cukai korporat atas alasan untuk merancakkan ekonomi.

Kita menyambut baik cadangan kerajaan untuk menggunakan penjimatan dari pengurangan subsidi minyak bagi pembangunan luar bandar, peningkatan kadar BR1M dan program-program kewangan untuk golongan berpendapatan rendah.

Namun, jumlah RM1.1 billion tidak mungkin mampu melonjakkan kedudukan ekonomi masyarakat luar bandar dan golongan berpendapatan rendah bagi menyaingi golongan berpendapatan tinggi.

Sebaliknya, ekonomi yang rancak hasil dari pengurangan cukai korporat dan dasar terbuka akan melipatkan-gandakan pendapatan golongan berpendapatan tinggi.

Keadaan ini akan menyebabkan harga hartanah meningkat berlipat kali ganda, begitu juga dengan harga barangan harian.

Kadar peningkatan pendapatan kedua-dua golongan yang tidak seiring akhirnya akan melebarkan lagi jurang ekonomi.

Di kala golongan berpendapatan tinggi melonjak secara drastik, golongan berpendapatan rendah masih merangkak untuk membina ekonomi keluarga.

Dari segi politik pula, tindakan tidak popular tidak seharusnya diambil jika masih ada cara lain.

Rakyat berpendapatan rendah dan luar bandar mungkin merasa gembira dengan pengumuman peningkatan BR1M, tetapi rakyat berpendapatan sederhana yang merupakan kumpulan paling ramai menggunakan RON95 tertanya-tanya apakah faedahnya untuk mereka.

Ini menimbulkan persoalan sinis dan kritikal terhadap kerajaan kerana mereka tidak layak menerima BR1M serta tidak pula mampu menyertai ‘pesta ekonomi’ golongan berpendapatan tinggi. Mereka terperangkap dalam kos sara hidup dan hartanah yang melonjak tinggi di bandar.

Memandangkan masalah utama ialah penurunan nilai ringgit, maka sebaiknya kerajaan menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkannya terlebih dahulu sebelum tergesa-gesa membuat keputusan.

Dengan itu, kaedah tambatan nilai ringgit dilihat sebagai kaedah paling tepat.

Kaedah ini akan membantu meningkatkan populariti kerajaan di kalangan rakyat marhaen serta membawa kesan jangka panjang yang lebih baik dari segi mendekatkan jurang ekonomi di dalam masyarakat.

[Sumber]