Thursday, August 29, 2013

Siapa Sangka Jambatan Cinta Benar-benar Wujud Di Dunia

Siapa Sangka Jambatan Cinta Benar-benar Wujud Di Dunia

Tahukah anda bahawa di dunia ini ada pelbagai jambatan cinta? Jambatan-jambatan ini bukan hanya dilawati dan disukai oleh ramai pasangan yang sedang bercinta, namun boleh menjadi saksi bisu kisah cinta dua hati yang terikat.

Strong Russian Commitment
Tallin, Estonia


Sebuah jambatan yang nampak biasa, namun terkenal dengan sejarah unik, ada di Estonia. Jambatan ini kelihatan biasa, namun bila melihat sejarahnya, akan membuat kita tertanya-tanya.

Rupanya ada sebuah tradisi unik di Estonia. Bagi pasangan di sana yang berkahwin, para pengantin perlu membeli mangga dan menuliskan nama mereka di atasnya. Kemudian mangga itu akan dikunci di pinggir jambatan dan kuncinya dibuang ke aliran sungai. Dengan demikian, kisah cinta mereka akan terikat selamanya.

Unbreakable Bonds
Florence, Itali


Jambatan lain yang tak kalah romantisnya terletak di Itali. Jambatan ini memang memberikan pemandangan indah bagi pasangan yang melawat jambatan ini.

Dan di tempat inilah ramai pasangan mengikat janji dan cinta mereka dengan mangga di pinggir jambatan.

Wah, bayangkan romantisnya mengikat tali kasih dengan pemandangan yang amat besar ala Itali yang romantis.

All Red, All Heart
Penglai Shandong, China


Ehh!! Lucunya bentuk hati berwarna merah ini. Rupanya ini adalah mangga cinta yang dipasang di pinggir jambatan cinta di Penglai.

Bukan hanya penduduk tempatan, namun juga pelancong. Menurut tradisi China, saat pasangan berkahwin, mereka akan memasang mangga di rantai jambatan dan membuang kuncinya ke sungai sebagai lambang keabadian cinta.

Jambatan Tumski
Wroclaw Poland


Ini merupakan jambatan yang dibina pada tahun 1889 untuk menyambungkan dua kota. Namun ternyata jambatan ini juga boleh menjadi tempat untuk menyambung dan mengunci dua hati yang bertaut.

Bagi siapa saja yang melaluinya, akan merasa bahagia melihat mangga-mangga penuh makna lambang cinta sejati dan abadi bertaup di pinggirannya.

Yunagi no Hashi
Jepun


Jepun juga mempunyai jambatan cinta yang mengabadikan kenangan romantis para pasangan. Ini adalah sebuah jambatan istimewa bernama Yunagi no hasih yang terbentang 120 meter dan diperbuat daripada kayu.

Mitosnya, bila anda dan pasangan memasang mangga di sana, maka cinta anda akan berterus selamanya hingga happy ending.

Ramai orang yang mempercayai itu dan mereka memasang mangga mereka sambil menikmati indahnya matahari terbit terbesar dunia di siang hari.

Love In The Rhine
Cologne, Jerman


Anda akan melihat banyak sekali mangga berwarna-warni yang bertaup di jambatan kereta api Jerman ini.

Memang terdapat sebuah mitos yang mengatakan bahawa bila anda mengabadikan cinta anda dan pasangan dengan mangga di jambatan tersebut, maka anda akan merasakan indahnya cinta abadi.

Wow, percaya atau tidak, terpulang kepada individu itu sendiri.

BACA INI JUGA: Wanita-wanita Terkenal Yang Menjadi Korban Kerana Cinta

[Sumber]

Wednesday, August 28, 2013

Expose Western Media Lies on Egypt, The Lies Of Democracy

Expose Western Media Lies on Egypt, The Lies Of Democracy

Egypt’s Anti-Coup National Alliance says media outlets are lying when they say the number of protesters in anti-coup demonstrations is declining.

LIES is DEMOCRACY?

The alliance said on Monday that protesters have increased in number, diversity, and momentum across the country.

The alliance pointed out that they have been monitoring the protests and the number of demonstrators.

They insist that more people attended the Martyrs’ Friday demonstrations than the Friday of Anger demonstrations. Supporters of the ousted Egyptian President Mohamed Morsi held the nationwide demonstrations to demand his reinstatement to office.

Egypt has been rocked by a fresh wave of political chaos after the military overthrew Morsi on July 3.

The government of army-appointed interim President Adly Mansour has launched a fierce crackdown on Morsi supporters and arrested more than 2,000 Brotherhood members, including the party’s leader, Mohamed Badie, who was detained on August 20.

Nearly 1,000 people were killed in a week of violence between Morsi fans and security forces after police dispersed their protest camps in a deadly operation on August 14.

The massacre sparked international condemnation and prompted world bodies to call for an independent investigation into the violence. -MN/AB/AS

Perikatan Mesir kutuk pembohongan media Barat

Perikatan Kebangsaan Anti Rampasan Kuasa Mesir mendakwa, rangkaian media tempatan dan antarabangsa berbohong terhadap laporan angka sebenar penunjuk perasaan dalam demonstrasi anti rampasan kuasa, kelmarin.

Jurucakap pertubuhan itu berkata, jumlah kehadiran penunjuk perasaan yang sebenar meningkat mengikut kawasan dan momentum di seluruh negara.

Kumpulan itu mengaku memantau bilangan penunjuk perasaan dan menegaskan lebih ramai berhimpun pada Jumaat Syahid berbanding perhimpunan Jumaat Kemarahan.

"Penyokong presiden digulingkan Mohammed Mursi berhimpun di seluruh negara untuk menuntut semula kepimpinan beliau," katanya.

Sejak 3 Julai lalu, Mesir dilanda gelombang demonstrasi berpolitik apabila tentera yang mengambil alih kerajaan menggulingkan Mursi.

Kerajaan sementara Mesir dilaporkan turut melancarkan tindakan keras terhadap penyokong setia Mursi dan menahan lebih 2,000 ahli parti Ikhwanul Muslimin termasuk pemimpinnya, Mohamed Badie pada 20 Ogos.

Kekecohan yang dicetuskan tentera Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi, juga didakwa membunuh hampir 1,000 orang pada 14 Ogos.

Malah, pembunuhan beramai-ramai itu juga mencetuskan kritikan antarabangsa dan mendorong pertubuhan badan dunia untuk mengadakan siasatan bebas membabitkan isu keganasan. - PressTV

Media dilabel melaporkan berita palsu membabitkan angka sebenar peserta protes.

-SinarOnline

Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!

Dua Lelaki Setuju Bermadu Beristerikan Seorang Wanita!

Dua lelaki bermusuhan menandatangani satu perjanjian bertulis baru-baru ini untuk berkongsi seorang wanita yang sama-sama mereka cinta.

Sylvester Mwendwa dan Elijah Kirmani sedang berbincang.

Perjanjian itu dibuat selepas wanita berkenaan enggan memilih seorang daripada mereka.

Kedua-dua lelaki itu baru-baru ini menyedari wanita terbabit menjalinkan hubungan sulit dengan kedua-dua mereka selama empat tahun. Bagaimanapun, masing-masing-masing enggan memutuskan hubungan dengan wanita berkenaan kerana tidak sanggup untuk berpisah dengannya.

Seorang daripada lelaki itu, Sylvester Mwendwa, ketika ditemui wartawan mengaku bersetuju berkongsi wanita itu dengan lelaki bernama Elijah Kirmani.

Menurutnya, mereka sama-sama mencintai wanita itu dan perjanjian berkenaan bertujuan untuk menjadi garis sempadan selain memastikan mereka tidak bergaduh.

“Wanita itu seperti pengadil. Dia akan menentukan sama ada dia akan tidur dengan saya atau Kirmani,” kata Mwendwa.

Kedua-dua lelaki itu akan membiayai kehidupan wanita itu dan anak yang akan dilahirkan pada masa depan.

“Kami akan membesarkan anak dilahirkannya seperti anak kami, tidak kiralah siapa bapanya sebenar,” katanya.

Di Kenya, poligami dibenarkan. Begitu juga dengan poliandri (wanita dua suami). Tetapi ia jarang berlaku. –Agensi

Luahan Warga Netizen Dan Teori Konspirasi Pembunuhan Altantuya

Luahan Warga Netizen Dan Teori Konspirasi Pembunuhan Altantuya

Bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan?

Hakim perbicaraan Altantuya tersilap, bekas 
polis tidak seharusnya dijatuhkan hukuman.

Ini adalah dua soalan yang kerap ditanya di ruang siber apabila pengguna internet (netizen) memberi ulasan yang meluap-luap terhadap pembebasan dua anggota polis berkenaan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Berikutan keputusan mahkamah hari ini, ada pelbagai kemungkinan yang tiada berpenghujung mengenai apa yang berlaku kepada kes Altantuya, yang meletakkan Malaysia di peta dunia atas sebab yang salah.

Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya?

Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang netizen, Isana berkata:”Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities’ hanya berlaku dalam 1Malaysia.”

Satu lagi, Rayfire mengulas,”Ya, `Endless possibilities’ untuk menipu, membunuh dah bebas! Keadilah mesti dan akan ditunjukkan oleh Yang Berkuasa.”

Sebahagian yang lain tertanya-tanya sama ada masyarakat akan dapat mengenali bagaimana rupa Azilah dan Sirul.

“Muka mereka ditutup dari hari pertama, setiap kali mereka dibawa masuk dan keluar mahkamah,” kata Mr M.

“Bagaimana mereka berdua dibenarkan menutup muka mereka sejak hari pertama? Adakah itu supaya apabila mereka dibebaskan, tidak ada sesiapa yang tahu siapa mereka dan bagaimana rupa mereka? Jika mereka tidak dibebaskan sekali pun, tidak ada siapa akan tahu sama ada mereka benar-benar digantung sebab tiada yang tahu rupa mereka! *teori konspirasi*”.

Sebahagian yang lain meluahkan rasa kecewa terhadap sistem keadilan yang memutuskan pembebasan itu walaupun ada yang kata, itu memang dijangkakan berlaku.

Netizen Angel mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sengaja tidak memanggil DSP Musa memberi keterangan di mahkamah.

“Peguam negara tidak tahu bagaimana hendak mengendalikan kes itu. Dia sengaja tidak memanggil Musa Safri, pegawai khas Najib. Dia akan mengikut arahan Najib,” kata Angel dalam ulasannya.

Pihak pendakwa tidak memanggil Musa, perkara yang dibangkitkan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan hari ini, bahawa `saksi material tidak dipanggil beri keterangan, termasuk Musa’.

Altantuya dikatakan menjadi kekasih penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, tetapi, kemudian memburunya dan meminta komisen yang tinggi, kononnya atas bantuan membantu dalam urusan pembelian dua kapal selam untuk Malaysia.

Razak kemudian mengupah penyiasat upahan P Balasubramaniam untuk memerhatikan wanita itu ketika dia datang ke Malaysia.

Apabila Altantuya muncul di luar rumah Razak pada 18 Oktober 2006, polis menahannya dan itu adalah kali terakhir dia dilihat hidup.

Netizen Justice Pao memberi komen:”Sungguh memalukan! Altantuya tidak dibunuh, jadi mesti dia menjerut dan menembak dirinya di belakang kepala menggunakan alat khas, kemudian guna C4 untuk meletupkan dirinya!”

Seorang lagi netizen, Longjaafar dalam postingnya berkata:”Satu ketika dulu, seseorang kata Anwar Ibrahim menumbuk mukanya sendiri. Sama seperti ini, Altantuya bom dirinya.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga terkait dalam kontroversiti itu.

Satu tweet berkata,”Keputusan berunsur politik untuk melindungi Najib, Rosmah? Bekas pengawal peribadi bebas daripada pembunuhan Altantuya”.

Ramai netizen turut mengucapkan takziah kepada bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu, yang mereka gelar sebagai `adalah lelaki paling sedih di dunia hari ini’. [Sumber]

Bukan Rakyat Tapi Pemimpin Yang Sepatutnya Membina Sifat Patriotik!

Bukan Rakyat Tapi Pemimpin Yang Sepatutnya Membina Sifat Patriotik!

‘National Anthem Act’ 1968 akan berkuat kuasa tidak berapa lama lagi dalam pawagam. Semua penonton mesti bangun dan menghormati ‘Negara Ku’ yang akan dimainkan sebelum tayangan sesebuah filem itu.

MALAYSIA

Sesiapa yang melanggarnya boleh didenda tidak lebih RM100 atau dipenjara tidak melebihi satu bulan. Ini adalah kandungan yang ada di dalam Akta itu yang digubal pada 1968 dahulu.

Tujuannya, kata Menteri yang bertanggungjawab ialah untuk membina semangat patriotik terhadap negara di kalangan penonton pawagam itu dan rakyat keseluruhannya.

Selepas ini akan ramailah orang yang akan masuk penjara sebaik sahaja keluar dari pawagam di seluruh negara.

Jangan dipersoalkan niat Kementerian Penerangan dan Menterinya sekali. Niat mereka baik dan jujur untuk melihat pembangunan semangat patriotisma di kalangan rakyat.

Jika dengan Akta baru ini boleh membinanya kita terima dan kita akur. Lagi pun sememangnya kita wajib berdiri semasa lagu Negara Ku itu dimainkan. Tetapi kenapa mainkan dalam pawagam?

Tetapi persoalannya adakah ini cara yang baik dan betul untuk membina semangat patriotisma? Jika itu cara yang terbaik adakah terfikir oleh kita apakah elemen yang akan membantutkan kempen patriotisma ini? Adakah dengan berdiri menghormati Negara Ku itu secara paksa seperti ini akan terbina semangat patriotisma yang dikehendaki kerajaan itu?

Membina semangat sayangkan negara tidak boleh semata-mata ditempelkan sahaja. Ia perlu datang dari keikhlasan dan kejujuran rakyat dari lubuk hati dan nurani mereka.

Cara yang paling baik untuk membinanya ialah dengan kerajaan bersama dengan pimpinan keseluruhannya menunjukkan patrotisma itu dengan jelas.

Pemimpin yang mempunyai patriotisma adalah pemimpin yang komited untuk membina negara dengan jujur dan tidak melakukan jenayah kepada negara.

Pemimpin seperti ini tidak akan melakukan kerja rasuah serta menggunakan kedudukan mereka untuk mengaut kepentingan peribadi dan sanggup memecahbelahkan rakyat yang dahagakan perpaduan.

Apa yang terbaik dan terunggul sekali ialah pemimpin tidak mahu negara berpecah kerana mereka dan sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan mereka sandang setelah gagal mentadbir rakyat dan negara dengan baik. Ini ciri patriotisma yang tertinggi nilainya.

Nilai ini bukan sahaja sepatutnya ada pada mereka sedang berkuasa yang mahu meletakkan jawatan. Ia juga terbabit dengan pemimpin yang ingin mendapatkan jawatan itu. Apabila seseorang itu terpalit dengan isu moral peribadi mereka juga tidak sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi pemimpin negara.

Mereka yang dipersepsikan oleh rakyat sebagai pemimpin tidak bermoral juga sepatutnya berkorban dengan membatalkan niat untuk menjadi pemimpin utama negara kerana mereka juga akan membawa negara kepada kehancuran. Justeru pemimpin seperti ini juga boleh menunjukkan semangat patriotisma mereka dengan membatalkan sahaja niat untuk mengambil alih kepimpinan negara.

Selama ini pemimpin yang lebih menunjukkan rasa tidak patriotisma mereka dari rakyat. Rakyat sedar jika pemimpin itu benar-benar seorang patriotik, tidak akan ada yang memegang kuasa menggunakan kuasa dan mandat itu dengan mengambil wang rakyat berbillion ringgit untuk menyelamatkan perniagaan anaknya.

Jika seseorang itu menggunakan pengaruhnya dengan mengambil wang rakyat dalam jumlah berbillion untuk menyelamatkan perniagaan anaknya ini, bolehkah, atau layakkah pemimpin seperti ini digolongkan dalam golongan patriotik?

Tetapi itu yang berlaku di negara kita dan orang sama juga bercakap tentang isu moral kerajaan yang buruk serta menidakkan semua kerja baik orang lain.

Rakyat melihat dan memerhatikan tindakan serta kata-kata mereka sama ada selari atau pun sebaliknya. Rakyat biasa seperti kita di bawah ini tidak pun mengambil wang berbillion ringgit dari rakyat untuk kepentingan perniagaan anak mereka.

Mereka menanggung kerugian sendirian dan ramai bankrap kerana kerugian mereka dalam perniagaan.

Apa perasaan rakyat yang ramai di bawah ini apabila melihat pemimpin bercakap besar mengenai negara sedangkan anak mereka bersandar kepada rakyat untuk membayar kerugian perniagaan mereka dan dalam masa yang sama mendapat keuntungan lagi dalam proses 'bail-out' menggunakan wang rakyat itu.

Justeru perihal patriotisma ini tidak perlu dididik terhadap rakyat jelata. Sepatutnya menunjukkan sifat patriotisma itu adalah pemimpin sendiri, tidak kira pemimpin kerajaan atau pembangkang.

Pemimpin yang patriotik tidak akan tergamak untuk menaikkan harga belian kelengkapan ketenteraan misalnya.

Pemimpin patriotik tidak akan tergamak meluluskan pinjaman beratus juta ringgit untuk kroni atau keluarga pemimpin yang tidak pun mahir dalam perniagaan seperti peniagaan lembu dan sebagainya.

Pemimpin benar-benar patriotik akan mengambil contoh seperti pimpinan masa lalu yang tidak mempunyai apa-apa semasa persaraannya. Tunku Abdul Rahman tidak mempunyai ‘empire’ perniagaan untuk anaknya.

Pemimpin sezaman itu tidak mempunyai mahligai apabila menyentuh kuasa. Pemimpin mempunyai nilai patriotik tidak akan berbelanja ratusan juta ringgit untuk lawatan keluar negara.

Justeru tidak usah pemimpin hari ini berkempen untuk membina semangat patriotisma itu sedangkan mereka sendiri adalah penjenayah tegar kepada negara yang dicintai rakyat ini.

Kalau rakyat tidak memberontak dalam hati mereka tidak ada sebab kenapa rakyat tidak mengibarkan bendera yang harganya hanya setakat sepuluh dua puluh ringgit itu.

Rakyat membayar hutang anak pemimpin yang kerugian dalam perniagaan mereka dalam jumlah berbillion ringgit sebelum ini.

Tetapi kenapa rakyat berkira dengan harga satu bendera itu? Jawapannya mudah. Ia disebabkan pemimpin tidak mengira perasaan rakyat yang rata-rata marhaen di bawah ini. Rakyat sedar dalam kemarhaenan, mereka terpaksa membayar hutang besar dilonggokkan pemimpin kepada mereka.

Buat masa ini elok kita meminta pemimpin yang bercakap tentang patriotisma itu hentikan kempen ini. Rakyat lebih arif tentang isu patriotisma itu.

Yang sepatutnya membina sifat patriotisma itu adalah barisan pemimpin yang sedang memimpin kita sekarang ini.

Pemimpin yang tidak dapat membezakan antara harta sendiri dengan harta rakyat jangan sekali-kali bercakap tentang patriotisma kerana barisan pimpinan yang rakus itu sendiri adalah bertentangan dengan patriotisma itu.

BACA INI JUGA: Pemotongan Subsidi Tersembunyi Bajet 2016 Rakyat Wajib Tahu!

[Sumber]

Gambar Erin Malik Sekeluarga Yang Macam Minum Kopi Campur Arang

Gambar Erin Malik Sekeluarga Yang Macam Minum Kopi Campur Arang

Selain Dato Ac Mizal, Erin Malek turut membawa ahli keluarganya bercuti ke luar negara baru-baru ini.


Destinasi yang menjadi pilihan mereka sekeluarga ialah di Brisbane, Australia.

Erin, ibu dan dua adik perempuannya telah terbang ke negara Kangaroo itu pada 9 Ogos dan telah selamat kembali ke tanah air pada 15 Ogos lalu.

Sepanjang berada di sana pelakon Misiku Kuza ini sempat berkongsi gambar-gambar menariknya di sana.

Malah kebanyakan peminatnya berasa terkejut dengan penampilan ibu Erin yang masih kelihatan muda dan sekali tengok macam adik dan kakak, bukannya ibu dan anak!

Memang awet muda ibunya walaupun sudah memiliki tiga anak yang sedang meningkat dewasa. -Mynewshub


Tapi macam biasalah, macam ada sesuatu yang tak kena dengan gambar-gambar ni. Ye la, dua orang bertudung cantik, manis. Yang dua orang lagi pula dengan skirt pendek dan baju sendat.

Sebagai orang Islam, berpakaian tu biarlah kena pada tempatnya.

Melihat gambar-gambar ni, macam minum kopi campur dengan arang pulak. Pembaca sekalian pula macamana?

-Sentiasapanas.com

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Kesesatan Syiah, Kufah Dan Karbala

Agak mengelirukan apabila tokoh-tokoh agama Syiah menggembar-gemburkan kemuliaan Masjid Kufah di Iraq serta kesucian Karbala sebagai ganti kepada Masjid Al-Aqsa yang dianggap mereka sebagai tidak wujud dalam syariat Islam.

Syiah sesat

Menarik untuk ditanya, adakah karamah Masjid Kufah dan bumi Karbala yang ditonjolkan sebagai destinasi ibadah untuk umat Islam?

Tidakkah ia hanya merupakan sentimen Syiah untuk mencari premis ibadah baru demi mencabar akidah Ahli Sunnah Waljamaah?

Dengan penuh berani, ulama Syiah menafikan ayat-ayat suci Al-Qur'an yang meletakkan Al-Aqsa sebagai masjid ketiga mulia dalam Islam selepas Masjidilharam di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarah.

Masjid Kufah
Masjid Kufah, Iraq

Keunggulannya ketiga-tiga masjid itu sering disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda dan mendorong umat Islam melakukan ibadah dengan ganjaran pahala yang disebut dengan sahih.

Mengikut sebuah buku tafsir Syiah berjudul 'Tafseel Wasaail Ash-Sheeah' Masjid Kufah dianggap sebagai rahmat Allah kepada Sayidina Ali dan tiada siapa yang boleh membinasakannya melainkan akan menerima bala daripada Allah. Ditegaskan bahawa masjid itu adalah yang ketiga termulia.

Persoalan tentang kedudukan Masjid Al-Aqsa sebagai masjid ketiga termulia ditolak oleh ulama Syiah.

Semuanya sependapat bahawa ayat 1 surah al-Israq (17) bukan bermaksud al-Aqsa di Jurusalem tetapi sebuah masjid di Baitulmuqaddis di syurga.

Al-Kulani dalam bukunya berjudul 'Al-Kaafi' memetik kata-kata seorang ulama yang mendengar ucapan tokoh agung Syiah bernama Syeikh Abu Abdullah al-Sidiq sebagai berkata bahawa satu kali solat di dalam Masjid Kufah adalah bersamaan seribu kali solat di tempat-tempat lain. Satu dirham dibelanjakan di masjid ini adalah bersamaan seribu dirham dibelanjakan ditempat lain.

Dijelaskan lagi bahawa tanah dan Masjid Kufah adalah tempat ibadah para malaikat sebelum Nabi Adam diturunkan ke bumi. Tempat itu memiliki sebuah taman di tengah-tengah perkarangannya dan sumber ini akan tersaksi di akhirat nanti.

Diceritakan bahawa seorang penduduk Iraq datang ke masjid itu untuk bertemu dengan tokoh agung Syiah, Abu Abdullah Al-Siddiq untuk mengucapkan selamat tinggal kerana ingin mengembara ke Al-Aqsa.

"Apakah yang kamu ingin cari dalam pengembaraan ini?", tanya Abu Abdullah.

"Saya ingin ke MAsjid Al-Aqsa dan ingin mendapat restu dan pandangan syeikh," jelas orang itu.

"Apakah yang kau ingin capai daripada lawatan itu?" tanya syeikh itu lagi.

"Pahala," jawab orang itu.

Secara keras Syeikh Abu Abdullah berkata, "Pergi jual unta kamu dan makanlah bekalan perjalanan kamu dan sembahyanglah di dalam masjid ini!"

Lalu ulama Syiah itu menjelaskan bahawa sembahyang waktu dalam masjid ini adalah sama dengan melakukan haji dan sembahyang sunat adalah sama dengan pahala umrah.

Dijelaskan lagi bahawa kawasan Masjid Kufah mempunyai karamah besar sejauh 12 batu. Di bawahnya terdapat telaga susu, telaga air dan minyak. Akan ada sebuah kolam yang boleh membersihkan kamu zahir dan batin. Di sinilah berlaku pelancaran bahtera Nabi Nuh.

Selanjutnya dijelaskan bahawa seandainya seseorang mengalami masalah, maka bersolat di masjid ini sesaat akan nescaya Allah akan memenuhi permintaannya dan menghilangkan masalahnya.

Perlu diketahui bahawa dari sudut sejarah, Masjid Kufah pada awalnya dibina oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Saad Ibni Abu Waqqaas pada 17H pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab. Apabila tiba zaman kepimpinan Sayidina Ali, masjid ini dirobohkan dan dibina semula.

Lantaran sentimen yang melampau terhadap Ali, maka Syiah mewujudkan sebuah hadis bersanad kepada khalifah itu yang menyebut bahawa perjalanan ibadah adalah pada tiga buah masjid iaitu Masjidilharam, Masjid Nabawi dan Masjid Kufah adalah dituntut oleh syariah (Syiah). Catatan itu hanya ada di dalam kitab fikah dan kitab sejarah tulisan Syiah sahaja.

Dalam pada itu tanah perkuburan Karbala menerima keagungan yang lebih tinggi dari kaca mata puak Syiah, malah lebih agung daripada Al-Aqsa dan Kaabah.

Hari Asyura
Pengikut Syiah merayakan Hari Asyura meratapi kematian Hussein.

Karbala yang merupakan medan pertempuran antara pengikut Yazid, anak kepada Muawiyah, khalifah pertama Bani Umaiyyah dengan kejam membunuh Sayidina Hussein dan rombongannya yang datang ke bumi Iraq.

Tindakan kejam tentera Yazid memancung kepala Hussein menyebabkan puak Syiah merasa bersalah kerana tidak membantu cucu Rasulullah dalam pertempuran itu.

Kejadian itu membuatkan pengikut Syiah semakin 'cinta' kepada keturunan Nabi (ahlul bait) dan sekaligus membuatkan mereka lebih mengagungkan Karbala.

Dalam kitab 'Bihaar Al-Anwaar' dimaktubkan bahawa Allah memilih bumi Karbala sebagai tempat yang selamat dan tersuci, 24 ribu tahun sebelum berlaku pembinaan Kaabah. Kesucian tempat itu akan terus dipelihara Allah hinggalah ia akan dijadikan taman syurga kelak.

Dalam buku yang sama dijelaskan bahawa menziarahi kubur Sayidina Hussein adalah sama seperti mengerjakan haji. Syeikh Abu Abdullah Al-Sidiq berkata, barang siapa menziarahi kubur Hussein bersamaan hari Arafah akan dicatat Allah pahala sejuta haji dan demikian juga pahala yang diberi kepada ibadah umrah.

Makam
Menziarahi kubur Hussein adalah merupakan ibadah yang tersuci.

Ulama Syiah, Syeikh Al-Faidh Al-Kaashaani ketika menjelaskan fadilat lawatan ke kubur Hussein menegaskan, sekalipun seseorang akan mengalami kepenatan, mengeluarkan belanja dan bersusah payah berada di perkarangan masjid itu maka Allah menjanjikan petunjuk di dunia mahupun di akhirat.

Keagungan dan kebesaran Masjid Kufah dan Karbala banyak sekali dihidangkan dalam kitab-kitab fikah dan Mazaarat oleh ulama, sejarahwan dan pentafsir mazhab Syiah.

Kelainan fahaman Syiah ke atas Masjid Al-Aqsa adalah untuk memberi signifikan kepada Masjid Kufah dan perkuburan Hussein di Karbala. Entah dari sumber mana tafsir dan hadis ini dipetik tidak dapat dipastikan dengan sahih.

Tindakan berani itu diambil untuk menyimpang titian agama supaya laluan pengikut Syiah dianggap lebih betul daripada pengikut Ahli Sunnah Waljamaah atau mazhab-mazhab lain dalam Islam.

BACA INI JUGA: Bagaimana Mengenal Penganut Syiah?

-SENTIASAPANAS.COM

Haram Membaiki Pusara P.Ramlee-Saloma Yang Telah Dirosakkan!

Haram Membaiki Pusara P.Ramlee-Saloma Yang Telah Dirosakkan!

Pusara Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan isterinya Puan Seri Saloma yang bakal dibaik-pulih dengan kos mencecah RM25,000 adalah haram hukumnya di sisi agama Islam.

Pusara yang dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, Islam mengharamkan sesebuah pusara itu dihias secara berlebih-lebihan apatah lagi pengubahsuaian itu dilakukan di atas sebuah tanah wakaf.

“Kos RM25,000 itu sangat tinggi untuk menghias sesebuah pusara dan saya percaya ia pasti menggunakan batu marmar yang mahal.

Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid.

“Malah dalam Islam sendiri sudah jelas memberitahu haram jika pusara dihias secara berlebih-lebihan di tanah wakaf melainkan ia adalah tanah persendirian,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin.

(Baca: Video Channel History - P. Ramlee Dikhianati Bangsa Sendiri)

Pada 21 Ogos lalu sebuah akhbar melaporkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan melakukan pengubahsuaian terhadap pusara P.Ramlee dan Saloma selepas ia roboh akibat dihempap pokok pada Mac lalu.

Ketua Pengarah agensi itu, Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dalam laporan berkenaan berkata, kerja-kerja pengubahsuaian tersebut mengambil sedikit masa memandangkan bahan binaan pusara berkenaan diimport dari luar negara yang turut mencecah RM25,000.

Pusara berkenaan terletak di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini.

Dalam pada itu Mohd Tamyes berkata, setiap pusara di tanah wakaf hanya boleh dihias tidak melebihi setengah kaki selain dilarang sama sekali membina makam atau bangunan pusara berbentuk kekal kerana ia mungkin akan diguna semula pada masa akan datang jika tanah sudah penuh.

Tambah beliau, walaupun matlamat pihak yang mahu menghias sebuah pusara itu sebagai ingin mencantikkan tempat berkenaan tetapi biarlah hiasan pusara dapat memberi manfaat seperti menanam pokok-pokok renek yang akan mendoakan si mati agar mengurangkan dosa-dosa kecil mereka semasa di dunia.

“Senang cerita, kewajipan manusia pada jenazah hanya empat iaitu memandikan, mengapankan, sembahyangkan dan mengebumikannya. Ini yang wajib dan menghias bukanlah dalam perkara wajib,” tegasnya yang turut menyifatkan kos pembinaan itu adalah satu pembaziran.

Sementara itu, pendakwah dan pembimbing jemaah Haji, Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar pula berkata pihak Finas perlu mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak berkuasa agama Islam sebelum meneruskan perancangan membaik pulih pusara berkenaan.

“Memanglah P.Ramlee milik masyarakat dan Allahyarham disayangi ramai.

“Tetapi untuk membaik pulih pusara dengan kos seperti itu, lebih baik mereka berbincang dahulu bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya oleh pihak berkuasa Agama Islam ataupun mufti-mufti,” katanya.

Tambah beliau, jika pembinaan pusara itu dibuat secara keterlaluan, ditakuti wujudnya unsur-unsur syirik dengan aktiviti pemujaan untuk generasi akan datang sehingga menjadi tempat penyebaran ajaran sesat.

“Adalah lebih baik wang itu digunakan untuk membuka maahad tahfiz P.Ramlee kerana ia akan mendatangkan lebih manfaat kepada umat Islam dan juga si mati sendiri,” katanya.

Ditanya siapakah yang berdosa jika projek berkenaan diteruskan Mohd Hasnil berkata, pihak yang terlibat membinanya akan menanggung dosa itu dan bukannya si mati. -mStar

Tuesday, August 27, 2013

Benarkah Wujud Kerajaan Misteri Di Puncak Himalaya?

Benarkah Wujud Kerajaan Misteri Di Puncak Himalaya?

INFO Misteri. Ada sebuah kepercayaan yang meyakini bahawa di antara puncak-puncak bersalji Himalaya dan lembah-lembah yang terpencil ada sebuah tempat yang tidak tersentuh, sebuah kerajaan dimana kebijakan universal berada di sana.

Benarkah Wujud Kerajaan Misteri Di Puncak Himalaya?

Di dalam teks-teks kuno, seperti Kalachakra dan Zhang Zhung disebutkan, kerajaan tersebut bernama Shambahala yang berasal dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'Tempat Kedamaian' atau 'Tempat Yang Damai'. Kerajaan tersebut memiliki ibu kota bernama Kalapa dengan raja dari dinasti Kulika.

Ramai orang berusaha mencari kebenaran mengenai kewujudan kerajaan ini, namun masih belum ditemui.

Lalu, ada yang mempercayainya dan ada pula yang menganggap ini hanyalah simbol penghubung antara yang nyata dan alam ghaib.

Tetapi, dalam teks kuno Zhang Zhung, kerajaan tersebut memiliki persamaan dengan Lembah Sultej di Himachal Pradesh. Sedangkan Bangsa Mongolia menyamakannya dengan lembah-lembah tertentu di Siberia Selatan.

Di sekitar tahun 1833, menyebutkan bahawa Shambhala terletak diantara 45’ dan 50’ garis lintang utara.

Nicholas Roerich (1874-1947), penganut teosofi telah melakukan penjelajahan pada tahun 1923-1928 dengan melintasi 35 puncak gunung untuk mencari kerajaan tersebut.

Nazi, pada tahun 1930, 1934 dan 1938 juga pernah mengirim pasukan ekspedisi pencari Shambhala.

Muncul keyakinan bahawa Raja Shambhala yang ke-25, Rudra Cakrin akan memimpin pasukan untuk melawan sebuah pasukan yang jahat dan raja itu akan menjadi pemenang.

Alex Berzin, seorang cendekiawan meramalkan bahawa peristiwa itu akan terjadi pada tahun 2424 Masehi.

Ada juga kepercayaan bahawa Shambhala merupakan tempat makhluk asing yang menurut mereka memiliki perlindungan spritual sehingga sukar untuk ditemui.

Menurut mereka, ada banyak pintu menuju kerajaan Shambhala yang berada diseluruh dunia:
  • Taman Nasional Gua Mammoth di Kentucky, AS
  • Gunung Shasta di California, AS yang juga diyakini terdapat kota Agharta dibawah gunung itu
  • Kota Manaus, Brazil
  • Mato Grosso, Brazil
  • Air Terjun Iguacu, terletak disempadan Brazil dan Argentina
  • Gunung Epomeo, Italia
  • Pegunungan Himalaya, Tibet
  • Pyramid of Giza, Mesir
  • King Solomon’s Mines
  • North and South Poles

Namun apa yang jelas, Kerajaan itu belum ditemui hingga kini walaupun ada yang meyakini bahawa para biksu yang mencari tempat itu sudah menemuinya dan sudah lama tinggal disana.

BACA INI JUGA: Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

-SENTIASAPANAS.COM

Kesalahan Azilah dan Sirul Telah Tidak Dibuktikan Secara Memuaskan?

Kesalahan Azilah dan Sirul Telah Tidak Dibuktikan Secara Memuaskan?

Keterangan mengikut keadaan adalah tidak mencukupi dan tidak cukup kukuh untuk mengekalkan sabitan kesalahan dua anggota unit tindakan khas polis membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, menurut penghakiman Mahkamah Rayuan.


Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dalam penghakiman 47 muka surat yang dikeluarkan hari ini berkata mahkamah dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korperal Sirul Azhar Umar kerana kesalahan mereka tidak dibuktikan dengan memuaskan.

(Baca: Jadi Siapa Yang Membunuh Altantuya?)

"Kami sedar akan jenayah kejam yang telah dilakukan tetapi kesalahan perayu (Azilah dan Sirul Azhar) telah tidak dibuktikan secara memuaskan, (maka) kami dikekang untuk memberikan manfaat keraguan kepada perayu," katanya.

Beliau berkata mahkamah sebelum ini telah mengabaikan dan terlepas pandang fakta-fakta penting dan bukti yang memihak kepada perayu yang menyebabkan kegagalan pelaksanaan keadilan yang serius dan ketara terhadap perayu sambil menambah bahawa kesan kumulatif terhadap beberapa bukan arahan menjadikan pensabitan terhadap perayu tidak selamat.

Hakim Tengku Maimun juga berkata DSP Musa Safri merupakan saksi penting yang boleh mengungkap kejadian yang berlaku dan boleh memberikan penjelasan terhadap fakta-fakta dan boleh merapatkan jurang dalam penceritaan kes pendakwaan.

"Kami memutuskan bahawa berdasarkan fakta kes ini, iaitu peranan DSP Musa dalam membawa kedua-dua perayu ke dalam gambaran keseluruhan episod ini, keterangan beliau adalah penting untuk membentangkan penceritaan yang dijadikan asas kes pendakwaan," katanya.

Pada Jumaat lepas, tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka.

Dua lagi hakim dalam panel itu ialah Hakim Datuk Linton Albert dan Hakim Tengku Maimun.

Mereka (Azilah dan Sirul Azhar) telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan mengenakan hukuman mati terhadap mereka atas kesalahan membunuh Altantuya.

Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, dituduh membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam pada 19 Okt, dan 1 pagi 20 Okt 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt, 2008 terhadap pertuduhan bersubahat dengan mereka selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie ke atasnya. Pihak pendakwaan tidak memfailkan rayuan.

Dalam penghakimannya, Hakim Tengku Maimun berkata afidavit Abdul Razak yang diambil oleh hakim perbicaraan sebagai sebahagian daripada keterangan pendakwaan mengandungi perkara-perkara memudaratkan terhadap perayu dan ia cenderung untuk mencadangkan perayu adalah bersalah.

"Malah, sejak tertuduh ketiga (Abdul Razak) dibebaskan dan dilepaskan dengan tiada rayuan dibuat pihak pendakwaan, ternyata bahawa apa sahaja yang dilakukan perayu dalam melakukan jenayah sepenuhnya adalah atas kehendak mereka sendiri.

"Bagaimanapun, ia tidak boleh terlepas pandang bahawa episod yang buruk dan dahsyat ini bermula dengan permintaan tertuduh ketiga kepada DSP Musa sebelum perayu muncul.

"Keterangan menunjukkan tanggungjawab perayu adalah untuk meronda di sekitar rumah tertuduh ketiga dan kehadiran perayu di rumah tertuduh ketiga pada malam 19.10.2006 adalah atas permintaan untuk apa-apa bantuan daripada tertuduh ketiga kepada Azilah," katanya.

Musa ialah pengawal peribadi timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa itu (kini perdana menteri).

Tengku Maimun berkata hakim perbicaraan juga gagal mempertimbang pembelaan alibi oleh Azilah yang mendedahkan bahawa dia tidak mungkin berada di dua tempat pada masa yang sama pada malam pembunuhan Altantuya.

Katanya hakim perbicaraan gagal menangani fikirannya kepada cabaran pihak pembelaan ke atas eksibit seperti log panggilan dan ramalan liputan dan membuat dapatan mengenai kesahihan data yang merupakan bahan keterangan penting bagi menunjukkan kehadiran Azilah di tempat kejadian jenayah.

Menurut eksibit-eksibit berkenaan, Azilah berada di Pekan Subang pada 10.15 malam dan di Kampung Melayu Subang pada 10.19 malam. Bagaimanapun. diari balai polis di Bukit Aman menunjukkan bahawa Azilah berada di sana untuk mengambil senjatanya, Glock EAH 387 dan dua magazin peluru, pada 10.18 malam.

Mengenai Sirul Azhar, Tengku Maimun berkata terdapat percanggahan dan tidak membawa kepada sebarang keputusan tentang peristiwa berhubung penemuan jaket hitam dan barang kemas (barang kemas Altantuya).

Katanya menurut seorang daripada saksi-saksi polis, Sirul Azhar telah memberitahu supaya dia menyimpan barangan itu (barang kemas) dalam jaket, tetapi testimoni daripada pegawai yang lain tidak mendedahkan sebarang kenyataan sedemikian dibuat.

Tengku Maimun berkata tangggungjawab pihak pendakwaan di mana keterangan mengikut keadaan sebenarnya adalah sangat berat.

"Keadaan mesti sepenuhnya dan alasan-alasan yang ditunjukkan, rantaian keterangan mesti lengkap, bukti mesti menunjukkan mendesak kepada kesimpulan tertuduh bersalah dan tidak boleh ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan dan jika wujud jurang di dalamnya, maka ia tidak mencukupi," katanya.

Katanya pendakwaan telah mencadangkan bahawa kehadiran perayu (Azilah dan Sirul Azhar) di Hotel Malaya pada 18 Okt, 2006 adalah bukti niat mereka untuk melakukan jenayah.

"Bagaimanapun, kesimpulan memihak kepada perayu juga boleh disediakan iaitu bahawa kehadiran mereka adalah semata-mata untuk mengesahkan bahawa di mati (Altantuya) adalah memang menginap di hotel itu sebagai satu maklumat yang diberikan oleh penyiasat persendirian kepada Abdul Razak dan oleh Abdul Razak kepada Azilah," katanya.

Tengku Maimun berkata kehadiran perayu di Hotel Malaya tidak menunjukkan rantaian keterangan yang lengkap ke atas mereka untuk mendapati mereka bersalah.

Katanya pendakwaan juga mengakui bahawa terdapat pelbagai bukan arahan oleh hakim perbicaraan dan meminta mahkamah untuk menggunakan proviso Seksyen 60 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk membetulkan kecacatan untuk menegakkan sabitan komando polis itu.

"Melihat kepada keseluruhan keterangan dan hal keadaan kes ini, kita berpandangan bahawa ini bukan kes yang layak dan sesuai untuk kita menggunakan proviso itu.

Keadaan yang digunakan oleh pihak pendakwaan tidak sepenuhnya dan alasan-alasan yang ditunjukkan dan rantaian bukti tidak lengkap.

"Kita tidak boleh mengatakan jika tribunal yang munasabah diarah dengan betul boleh mensabitkan perayu berdasarkan keterangan yang ada," katanya. -Bernama