Saturday, June 29, 2013

Ustaz Azhar Idrus Calon PAS DUN Hulu Besut?

Ustaz Azhar Idrus Calon PAS DUN Hulu Besut?

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.


Malah dalam Sinar Harian hari ini, pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

Baik bila bercakap soal ‘heavyweight’ ini, dah mula dengar cakap-cakap dan komen dalam internet yang mula mengaitkan nama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) sebagai calon Pas di kerusi itu.

UAI seperti yang kita tahu memang penyokong kuat Pas dan kerap dilihat memberi sokongan terbuka kepada kepimpinan parti berkenaan.

Malah dia adalah duta Pemuda Pas Terengganu pada PRU-13 lalu.

Cuma yelah, UAI sebelum ini pernah menolak untuk bertanding atau diberi pencalonan bertanding dalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil.

Dalam erti kata lain, mungkin dia lebih selesa di platform sekarang iaitu menjalankan kerja-kerja dakwahnya.

Tetapi siapa tahu dengan kelebihan yang ada padanya maka dia akan diangkat sebagai calon? Itu kemungkinan yang tak boleh ditolak!

Apatah lagi UAI anak jati Terengganu, cantik sangat.

Lagipun ini peluang dan medan terbaik untuk UAI ‘walk the talk’ kata orang putih.

Yelah, setakat berceramah memang mudah tetapi yang lebih penting melaksanakan apa yang diucap.

Rasanya kalau terpilih jadi ADUN sekalipun, ini tidak bermakna dia tidak boleh memberi ceramah-ceramah lagi seperti sebelumnya.

Namun terpulanglah kepada yang empunya diri.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.

Politik ini sepak terajangnya lain macam sikit.

Musuh boleh datang dari luar dan dari dalam parti itu sendiri.

Pendek kata, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Ke macam mana Ustaz?

-Mynewshub

Nenek Saman Cucu Penipu

Nenek Saman Cucu Penipu

Seorang warga emas, Sarah Weinberg, 73, menyaman cucu perempuannya selepas wanita itu menipunya dengan menjual dua hartanah mewah miliknya dan turut menghalau dia keluar dari rumah tersebut.


Sarah mendakwa, tindakan yang dilakukan oleh cucunya, Danielle Kaminsky ke atasnya itu telah memaksa dia mengemukakan tuntutan saman berjumlah $16 juta.

“Saya berjaya menyelamatkan diri daripada Nazi, terselamat daripada nahas pesawat dan pernah dilanggar oleh kereta, namun apa yang dilakukan oleh cucu saya ini amat menyedihkan.

“Ada sesuatu yang tidak kena dengan dia tetapi saya tidak mahu bercakap buruk mengenainya,’’ kata Sarah.

Dalam fail tuntutan saman yang dikemukakan di Mahkamah Manhattan, Sarah berkata, Danielle, yang juga seorang broker hartanah yang cantik, telah berkomplot dengan menantu dan peguamnya untuk menipu.

Ia merlibatkan dua bangunan apartmen yang dimilikinya sejak berdekad-dekad lalu.

“Danielle meminta saya mengemas, itu sahaja,’’ katanya.

Jelas Sarah, penipuan itu berlaku ketika Sarah menetap bersama anak perempuannya, Iris dan juga cucunya Danielle.

Anak serta cucunya itu, kata Sarah telah berpindah ke kediamannya selepas dia dilanggar oleh kereta dan ketika itu bangunan berkenaan dalam proses pembiayaan semula.

Danielle, 23, dikatakan telah menyebabkan kebimbangan, ketakutan dan kekeliruan kepada neneknya itu dalam usaha memujuk wanita tua itu menual bangunan berkenaan.

Bangunan itu dijual pada bulan Mei lalu kepada rakan kepada bapa Danielle pada harga S3.5 juta walaupun kos sebenar dianggarkan $5.3 juta.

Sementara bapa Danielle, Davi Kaminsky yang juga seorang ejen hartanah telah dibayar komisyen sebanyak $200,000 selepas pertukaran hak milik dijalankan.

Dalam pada itu, peguam Sarah, Kenneth Glassman, berkata, anak guamnya itu berhijrah ke Eropah pada 1939 ketika dia masih kecil bagi melarikan diri daripada Nazi.

-Mynewshub

Friday, June 28, 2013

Punca Sarawak Blackout Belum Diketahui

Punca Sarawak Blackout Belum Diketahui

Penurunan frekuensi pada sistem tenaga yang mencetuskan gangguan bekalan elektrik di sebahagian besar kawasan di Sarawak, petang semalam, mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Torstein Dale Sjøtveit.

Kejadian terputus bekalan elektrik mengakibatkan kesesakan lalu lintas 
yang teruk serta menjejaskan operasi premis-premis perniagaan.

Beliau berkata sistem itu terpelantik yang membawa kepada kegagalan keseluruhan sistem SEB dan semua stesen SEB mengalami gangguan termasuk di Sejingkat di Kuching, Batang Ai, loji arang batu Mukah selain loji gas Bintulu dan Miri.

“Punca insiden yang bermula 5.36 petang masih belum diketahui sepenuhnya tetapi dengan fakta yang diperoleh setakat ini, kelihatan seperti penurunan frekuensi mungkin bermula dari loji hidroelektrik Bakun,” katanya dalam kenyataan yang dihantar melalui e-mel kepada Bernama di sini.

Sambil memohon maaf atas kesulitan dan kerugian yang dialami pengguna akibat gangguan bekalan elektrik itu, beliau memberi jaminan SEB akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan keadaan itu seperti sedia kala pagi ini berikutan masalah luar jangka yang dialami bagi memulihkan sistem itu.

Beliau berkata semua sistem penghantaran SEB termasuk talian penghantaran Kemena-Bintulu, dipulihkan beberapa jam pertama selepas sistem itu terpelantik tetapi ia hanya mampu mendapatkan semula bekalan melalui dua daripada empat unit bekalan tenaga Bakun selepas 11 malam tadi.

“Sistem itu masih tidak stabil akibat impak besar itu tetapi buat masa ini, saya mempunyai satu pasukan lebih daripada 30 orang kami yang terbaik di Menara Sarawak Energy di sini bagi melihat dan memulihkan sistem itu peringkat demi peringkat,” katanya.

Katanya ratusan petugas SEB juga digerakkkan di seluruh Sarawak di stesen-stesen janakuasa dan stesen kecil bagi menyokong dan memantau pemulihan sistem. Beliau memberi jaminan siasatan sewajarnya akan dijalankan dengan input pihak ketiga bagi memaksimumkan apa yang boleh dipelajari SEB daripada insiden yang sangat serius ini.

Bekalan tenaga hampir dapat dipulihkan sepenuhnya di bandaraya Kuching menjelang 10.45 malam tadi manakala bekalan tenaga di sebahagian kawasan di Miri dan Bintulu dapat dipulihkan dengan Sibu masih mengalami gangguan.

Di Lawas, pengguna tidak terjejas dengan insiden itu dan menikmati bekalan tenaga kerana kawasan itu tidak disambung dengan grid utama.

–BERNAMA

Panas! 185 Syarikat Guna Penapis Rokok Daripada Darah Babi

Panas! 185 Syarikat Guna Penapis Rokok Daripada Darah Babi

Ketua Suruhanjaya Pengendalian Tembakau Nasional berkata, penapis rokok yang digunakan secara meluas di Indonesia mengandungi bahan berasal daripada darah babi.

Rokok Darah Babi

Dr Hakim Sarimuda Pohan berkata, hemoglobin atau protein darah babi digunakan dalam penapis rokok untuk menyaring racun kimia agar tidak masuk ke dalam paru-paru perokok.

Bercakap pada dialog mengenai bahaya merokok di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, semalam, Hakim berkata, beliau yakin penapis yang diimport untuk digunakan pada rokok di Indonesia adalah komponen daripada darah babi.

Katanya, perkara itu diketahui apabila ia didedahkan oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman.

Chapman dilaporkan mengingatkan perkara itu kepada golongan agama tertentu dengan merujuk kajian yang dilakukan di Belanda yang mendedahkan bahawa 185 syarikat menggunakan hemoglobin babi sebagai bahan membuat penapis rokok.

Hakim berkata, sudah sepatutnya umat Islam di Indonesia menjauhi barang yang jelas haram di sisi agama. -agensi

BACA INI JUGA: Adakah Rokok Elektronik Selamat Digunakan?

-SENTIASAPANAS.COM

Benarkah Mark Lester Ayah Kandung Sebenar Paris dan Prince Jackson?

Benarkah Mark Lester Ayah Kandung Sebenar Paris dan Prince Jackson?

Salah seorang rakan baik mendiang Michael Jackson hari ini memberitahu, dia mengenali siapa sebenarnya ayah kandung kepada Paris dan Prince.

Paris (kiri) dan Prince dipercayai anak kandung Mark Lester.

Jason Pfeiffer juga memberitahu Raja Pop itu sendiri pernah mengakui hal ini beberapa bulan sebelum dia meninggal dunia. Malah menurut Pfeiffer, bapa sebenar kepada Paris dan Prince adalah seorang aktor British, iaitu Mark Lester.

"Michael merasakan Mark sebagai seorang rakan terdekat. Dia pernah memberitahu Mark sebagai seorang pelakon yang hebat. Malah dia turut mengakui kepada saya dia telah memilih Mark dari beberapa penderma sperma lain," katanya.

Michael Jackson mempunyai dua anak dengan Debbie Rowe, sementara seorang lagi anaknya dilahirkan oleh seorang ibu tumpang.

Malah Lester sebelum ini juga pernah membuka persoalan ini melalui temu ramah yang mengatakan dia mungkin ayah kandung kepada dua anak Jackson itu kerana pernah menderma sperma.

Malah sewaktu anak kedua Jackson, Paris mengalami kecelaruan diri dan mahu membunuh diri baru-baru ini, Lester dengan sikap bertanggungjawab mahu melindungi anak itu dengan menawarkan sebuah rumah untuk Paris.

Jackson yang meninggal disebabkan menerima dos anesthetic Propofol secara berlebihan daripada doktornya juga pernah menawarkan Lester untuk berbaik-baik dengan anak-anaknya itu.

Sementara itu menurut Lester dia sanggup menjalani ujian DNA bagi membuktikan kebenaran itu. Bagaimanapun dia tidak akan memaksa mereka untuk melakukan ujian tersebut kerana masih menghormati mendiang Jackson.

"Terpulang, saya tidak mahu mengganggu urusan mereka. Saya akan terus berhubung dengan mereka melalui hubungan ayah angkat yang sudah dipersetujui oleh Michael.

"Anak perempuan saya yang berumur 18 tahun mempunyai wajah seiras Paris. Malah orang ramai juga menyedari persamaan di antara saya dan Prince Michael," katanya.

-Utusan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Masih Dalam Peringkat Kajian

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Masih Dalam Peringkat Kajian

Kerajaan masih belum memuktamadkan pelaksanaan dan kadar bagi Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia masih lagi diperingkat kajian, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.


Ahmad Husni berkata, Putrajaya bagaimanapun telah mempertimbangkan untuk memberikan cukai sifat kepada barangan keperluan asas dan kegunaan harian seperti produk makanan, air, dan elektrik yang diperlukan rakyat daripada golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan masih belum membuat kata putus lagi dan akan dimaklumkan keputusan itu kelak," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari ketika sesi perbahasan di Parlimen hari ini.

Ahmad Husni berkata, termasuk Malaysia, hanya 11 sahaja negara yang belum melaksanakan GST, sedangkan 160 negara telah melaksanakan sistem percukaian berkenaan.

"Negara mahukan sistem kutipan cukai terbaik dalam menguruskan kewangan. Peningkatan hasil peningkatan perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat," kata Ahmad Husni, yang juga ahli Parlimen Tambun.

Antara cadangan sifar cukai itu jelas Ahmad Husni adalah termasuk barang makanan, seperti beras, minyak masak, ternakan dan daging, ukan udang, bekalan eletrik 200 kilowat, bekalan air 30 meter padu.

"Barangan dan produk diperingkat penjualan akhir, tidak dikenakan GST," katanya, dan menambah ia berkurangan daripada peraturan yang dikenakan, ia melibatkan teksi, bas dan rumah kediaman.

"Ada dua impak yang kita lihat , bebanan kepada rakyat, berbanding cukai jualan dan berapa banyak pertambahan sekiranya berlaku dan apakah kaedah ini sekiranya dan kadar faedah ini sedang kita kaji," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, walaupun dalam kajian kerajaan, GST merupakan sistem yang baik dan dilaksanakan di 140 negara bagi menggantikan cukai jualan dan perkhdimatan, namun dengan mengambil kira prinsip rakyat, maka kerajaan tidak melaksanakan cadangan itu pada masa sekarang.

Rang Undang- Undang GST telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, telah ditangguhkan.

Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

[Sumber]

Jaclyn Victor Sah Putus Tunang Selepas Bercinta 10 Tahun!

Jaclyn Victor Sah Putus Tunang Selepas Bercinta 10 Tahun!

Selepas 10 menyulam cinta bersama tunang, hubungan antara penyanyi popular Jaclyn Victor dan tunangnya Chris Bellamy kandas di tengah jalan apabila masing-masing bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.


"Hubungan kami tiada masalah apa-apa, Cuma apabila memikirkan soal perjalanan karier masing-masing ia membuatkan kami harus akur suatu keputusan terbaik perlu diambil.

Jadi kami sepakat tidak memutus hubungan ini sebaliknya berasa wajar memilih jalan membawa haluan sendiri," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Jaclyn, 35, walaupun sudah tidak mempunyai sebarang ikatan istimewa mereka masih berhubung melalui telefon untuk bertanyakan khabar dan meluahkan masalah masing-masing.

Pada masa sama, Jaclyn berkata, walaupun perasaan sayang masih tebal kerana hubungan mereka sudah 10 tahun, namun dia tidak mahu meletak sebarang harapan yang kabur dan tidak pasti.

[Sumber]

Pasangan Leka Berasmara Mati Terjatuh Dari Flat!

Pasangan Leka Berasmara Mati Terjatuh Dari Flat!

Sepasang kekasih ditemui mati dalam keadaan bogel setelah dikatakan terjatuh daripada pangsapuri rumah mereka kerana terlalu asyik berasmara di sini baru-baru ini.


Menurut sumber, pasangan itu dikatakan sedang ‘bergurau-senda’ di tepi tingkap rumah mereka sebelum si wanita gagal mengimbangi badannya.

Pihak polis percaya, berdasarkan siasatan awal, tingkap rumah berkenaan didapati rosak dan ia mungkin ‘menyumbang’ kepada kejadian ngeri tersebut.

Kedua-dua mayat mengalami keceraan parah di bahagian kepala dan seluruh badan.

Bagaimanapun sehingga kini siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca SEBENAR kejadian sama ada disebabkan mereka terlalu asyik mengadakan hubungan seks di tepi tingkap ataupun disebabkan ada unsur-unsur jenayah yang lain.


Yang pasti menurut penduduk setempat, cuaca panas di daerah itu sejak akhir-akhir ini MUNGKIN menjadi penyebab mengapa pasangan itu memilih tingkap sebagai tempat melampiaskan keinginan batiniah mereka.

Macam-macamlah...

-Mynewshub