Friday, March 01, 2013

Sukan Kejam Rentap Leher Angsa Sampai Putus

Sukan Kejam Rentap Leher Angsa Sampai Putus

Sukan yang dikenali sebagai Goose Pulling ini pada asalnya dimainkan di Netherland, Belgium, England dan North America pada abad ke 17 hingga ke 19.


Sukan ini dimainkan dengan menggantung seekor angsa dengan kepala di bawah dan diikat pada tali yang ditambat pada tiang.

Kemudian, peserta akan menunggang kuda dan mencuba untuk menarik leher haiwan malang tersebut sehingga putus.


Mereka yang berjaya menarik leher angsa sehingga putus akan dinobatkan sebagai pemenang.

[Sumber]

Potato Chip Rock Yang Sangat Unik

Potato Chip Rock Yang Sangat Unik

Info Unik Dunia. Potato Chip Rock ini terletak di Mount Woodson, San Diego, California, US. Ia menjadi tarikan pelancong kerana kepingan batu itu yang nipis dan nampak seperti rapuh.



Ramai pelancong yang datang untuk mengambil gambar diaatas Potato Chip Rock itu. Hikers mesti suka.

[Sumber]

Isu Lahad Datu - Penceroboh Yang Memulakan Tembakan!

Isu Lahad Datu - Penceroboh Yang Memulakan Tembakan!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku tembakan di kawasan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah jam 10 pagi tadi tetapi dimulakan pihak penceroboh.

Beliau berkata, pasukan keselamatan Malaysia tidak memulakan sebarang insiden tembakan.

Penceroboh Memulakan Tembakan

“Saya mengesahkan bahawa pasukan kita tidak melepaskan sebutir tembakan pun tetapi menerima tembakan pukul 10 pagi ini,” katanya.

(Lahad Datu – I confirm that our security forces have not taken a single shot but were shot at 10am this morning!- Hishamuddin Hussein).

Hisahmmuddin bagaimanapun mengesahkan keadaan masih terkawal.

Pencerobohan di Lahad Datu sudah hampir 4 minggu berlaku melibatkan 180 anggota yang mendakwa sebagai Askar DiRaja Kesultanan Sulu.

Sebahagian daripada mereka memiliki senjata berat.

Kerajaan Malaysia telah mengambil sepenuhnya langkah-langkah diplomatik dan memujuk kumpulan berkenaan agar pulang ke Selatan Filipina tetapi tidak diendahkan.

-Sentiasapanas.com

Pelik! Pokok Pisang Kelihatan Seperti Sedang Mengandung

Pelik! Pokok Pisang Kelihatan Seperti Sedang Mengandung

Info Pelik. “Saya terkejut apabila melihat satu daripada pokok pisang emas yang ditanam berbuah di batangnya dan kelihatan seperti sedang mengandung,” kata seorang pencuci bangunan selepas melihat kejadian aneh itu di rumahnya di Kampung Tanjung, Jeram di sini.


Siti Aishah Ibrahim, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas membersihkan dan menebas semak samun di sekitar kawasan rumahnya pada petang Ahad lalu.

“Tidak sangka pula petang itu saya akan menjumpai buah pisang yang keluar di batangnya seperti orang mengandung iaitu pada pokok pisang yang ditanam oleh arwah ibu lebih setahun lalu.

“Sejak setahun lalu, pokok terbabit telah mengeluarkan tiga kali hasil namun ini merupakan kali pertama ia keluar di batang seakan mengandung dan tidak berlaku pada pokok pisang yang lain,” katanya kepada Sinar Harian.

Siti Aishah berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat menebang pokok itu kerana mahu menunggu keseluruhan hasilnya.

“Saya tidak akan tebang dan mahu melihat apa akan terjadi seterusnya kerana ia juga berbuah dalam keadaan menaik dan bukan menurun seperti pisang yang lain.

“Kami sekeluarga bersyukur diberi peluang melihat perkara aneh tetapi benar seperti ini dan berharap menerima rezeki daripada Tuhan,” katanya.

[Sumber]

Isu Lahad Datu - "Kami Diserang, Terdapat Anggota Yang Cedera!!"

Isu Lahad Datu - "Kami Diserang, Terdapat Anggota Yang Cedera!!"

Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Tentera Berbalas Tembakan

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata: "Ewan ko (Saya tidak tahu)."

-Sentiasapanas.com

Panas! Isu Lahad Datu - Tentera Berbalas Tembakan!

Panas! Isu Lahad Datu - Tentera Berbalas Tembakan!

Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Tentera Berbalas Tembakan

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah hari ini yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan mereka setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir.

Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.

Menurut sumber pasukan keselamatan, operasi menahan penceroboh itu dipercayai dijalankan secara bersepadu melibatkan pasukan polis dan tentera termasuk Pasukan Gerakan Am, pasukan Komando 69 dan polis marin.

Keadaan di pekan Lahad Datu tegang dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.

Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Februari dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.

Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.

Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.

Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.

Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.

Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.

Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.

-Sentiasapanas.com

Kereta Mewah Bakal Termahal Tahun Ini

Kereta Mewah Bakal Termahal Tahun Ini

Sebuah syarikat pengeluar kereta dari Lubnan, W Motor, telah memperkenalkan kereta terbaru mereka iaitu LykanHyperSport yang akan dipasarkan hujung tahun ini dengan harga US$ 3.4 million.


Ia mempunyai 750 kuasa kuda dan 3D holographic display beserta lampu hadapan bertatahkan berlian.


Kereta ini boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.7 saat!

[Sumber]

Reebok Perkenal Kasut Pelik Terbaru

Reebok Perkenal Kasut Pelik Terbaru

Reebok telah memperkenalkan kasut terbarunya iaitu Reebok ATV 19+ yang digunakan untuk berlari. Kasut ini dinamakan ATV kerana ianya menyerupai konsep ATV iaitu All Terrain Vehicle.


Kasut ini terdapat dalam 3 warna pilihan dan dijual dengan harga US$ 139.98.

[Sumber]

Kilang Penyembelihan Ular Di Indonesia

Kilang Penyembelihan Ular Di Indonesia

Di sebuah kampung di Kapetakan, Indonesia, terdapat sebuah kilang penyembelihan ular untuk mendapatkan daging dan kulitnya yang dikenali sebagai Boss Cobra oleh penduduk tempatan.


Kilang ini menghasilkan beratus meter kulit ular yang kemudian dijual kepada pembuat barangan kulit berasaskan ular. Dagingnya pula tidak dibazirkan.


Ia dijual dan dipercayai boleh menjadi ubat kepada penyakit kulit, asma, dan meningkatkan prestasi ketika berasmara.

[Sumber]

Misao Okawa Diiktiraf Wanita Tertua Didunia

Misao Okawa Diiktiraf Wanita Tertua Didunia

Misao Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam.


Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.

-AP