Sunday, December 30, 2012

Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

Keunikan Ruby Falls Air Terjun Di Bawah Tanah

Ruby Falls adalah sebuah air terjun setinggi 145 kaki di bawah tanah yang terletak di dalam Lookout Mountain, berhampiran Rock City dan Chattanooga, Tennessee di Amerika Syarikat.

Ruby Falls

Lampu elektrik dipasang di dalam gua, menjadikannya salah satu daripada gua-gua komersil pertama yang begitu lengkap dengan kemudahan. Ruby Falls dimiliki oleh keluarga Steiner dari Chattanooga, Tennessee.

BACA INI JUGA: Top 10 Air Terjun Paling Cantik Di Dunia

Ruby Falls [2]
Ruby Falls [3]
Ruby Falls [4]

Sumber: Foren-6

Gambar Koleksi Basikal Yang Sangat Unik

Gambar Koleksi Basikal Yang Sangat Unik

Info Unik Dunia. Koleksi basikal unik dan pelik yang dihasilkan oleh orang yang kreatif dan bersungguh-sungguh.


-Lepaksini

Fakta Luarbiasa Tentang Alam Semesta

Fakta Luarbiasa Tentang Alam Semesta

-Bumi adalah planet ke tiga dari susunan planet yang mengelilingi bintang yang bernama matahari.

Fakta Luarbiasa Tentang Alam Semesta

-Matahari adalah satu daripada 200 billion bintang yang bergerak berputar bersama mengelilingi galaksi Milkyway/Bimasakti.

-Jumlah galaksi besar (large galaxies) ada 350 billion buah manakala galaksi kecil (dwarf galaxies) ada 7 trillion buah.


-Galaksi Bimasakti adalah bahagian dari kumpulan galaksi lain membentuk gugusan galaksi dan diramalkan ada sebanyak 25 billion gugusan galaksi yang wujud.

-Gugusan galaksi berkumpul membentuk super cluster, diramalkan ada 10 juta super cluster.

-Bintang-bintang (serupa matahari yang mempunyai sumber cahaya sendiri dengan saiz yang lebih besar atau lebih kecil daripada matahari) pada seluruh langit dan di bumi yang terlihat, diramalkan sekitar 30 bilion trillion (3 × 10 ² ²) buah.


-Keluasan alam semesta diramalkan berdiameter 14.5 billion tahun cahaya, dimana 1 tahun cahaya (ly: light year) = 9.46 x 10 ^ 12 km (sedikit di bawah 10 trilion kilometer).

-SP

Luarbiasa! Saintis Temui Sungai Dalam Laut di Laut Hitam

Luarbiasa! Saintis Temui Sungai Dalam Laut di Laut Hitam

Sekumpulan saintis dari Britain baru-baru ini telah menemui sebatang sungai dalam laut yang keenam terbesar di dunia di Laut Hitam di Mediterranean.

Luarbiasa! Saintis Temui Sungai Dalam Laut di Laut Hitam

Jika sungai itu terdapat di daratan, para saintis yang baru jumpa sungai tersebut menjangkakan ia akan menjadi yang keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah air yang mengalir.

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Leeds, Britain, sungai itu membawa air masin dan enapan. Pasukan penyelidik itu menggunakan sebuah kapal selam robot untuk mengimbas sungai tersebut dekat Turki.

Sungai dalam laut itu yang satu-satunya yang ditemui setakat ini mengalir dari air masin yang melalui Selat Bosphorus dari Laut Mediterranean ke Laut Hitam. Semasa melalui Laut Hitam itu, airnya mengandungi kandungan garam yang kurang. Penemuan itu akan menjelaskan kenapa kehidupan boleh hidup di laut dalam yang terletak jauh dari air yang kaya dengan khasiat.

Ketua pasukan penyelidik itu, Dr. Dan Parsons memberitahu akhbarSunday Telegraph, pada setiap saat, sungai dalam laut itu membawa 22,000 kubik air yang melalui terowong bawah tanah. Menurutnya, jumlah itu 10 kali ganda lebih besar daripada sungai terbesar di Eropah, Sungai Rhine.


Sungai yang terpanjang di dunia ketika ini ialah Sungai Nil diikuti dengan Amazon, Yangtze, Mississippi-Missouri, Yenisei-Angara Selenga di Rusia dan Mongolia serta Sungai Kuning di China.

–Agensi

Top 5 Haiwan Darat Yang Paling Berbisa

Top 5 Haiwan Darat Yang Paling Berbisa

Ini adalah senarai haiwan-haiwan darat yang sangat berbisa. Mereka mampu membunuh dalam sekelip mata atau menyebabkan kesengsaraan yang tidak terhingga.

King Cobra


King Cobra yang merupakan ular berbisa yang terpanjang didunia. Gigitan ular ini mampu membunuh seekor gajah Asia dalam masa 3 jam, apatah lagi manusia.

Death Stalker Scorpion


Death Stalker Scorpion mempunyai racun yang sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, demam, koma, sawan, lumpuh dan kematian. Haiwan ini boleh ditemui di Afrika Utara dan Timur Tengah.

The Brazilian Wondering Spider


The Brazilian Wondering Spider muncul dalam Guiness Book of World Recods 2007 sebagai labah-labah paling berbisa dan penyebab utama kematian manusia pada masa tu. Haiwan ini sangat berbahaya kerana haiwan ini sentiasa berkeliaran dimana-mana. Haiwan ni juga dikatakan sering bersembunyi pada waktu pagi di dalam rumah, pakaian, kasut dan kereta.

Inland Taipan


Inland Taipan ialah ular yang paling berbisa didunia. Gigitan ular ini mampu membunuh 100 orang lelaki dewasa dan 250,000 ekor tikus. Racun ular ini dikatakan jauh lebih kuat daripada ular tedung. Seorang lelaki dewasa akan mati hanya dalam masa 45 minit oleh racun ular ini.

Poison Dart Frog


Poison Dart Frog adalah salah satu haiwan yang tinggal di hutan hujan di Amerika Selatan. Racun katak ini boleh membunuh 10 orang dewasa dan 20,000 ekor tikus.

[Sumber]

Top 5 Haiwan Laut Yang Paling Berbisa

Top 5 Haiwan Laut Yang Paling Berbisa

Jangan pandang haiwan-haiwan ini sebelah mata, tersilap langkah maut jadinya. Inilah haiwan-haiwan didalam laut yang memiliki racun yang sangat berbisa.

Box Jellyfish

Box Jellyfish

Haiwan ini mencatatkan rekod dengan kematian sebanyak 5667 orang sejak tahun 1954.

Racunnya sangat berbisa sehingga mampu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat, mangsa diserang sakit jantung dan akhirnya mati.

Marbled Cone Snail

Marbled Cone Snail

Marbled Cone Snail ni sedap dipandang kerana bentuknya yang cantik. Tapi, jangan tertipu dengan bentuknya yang cantik itu kerana disebalik haiwan ini mempunyai racun yang sangat berbisa yang mampu membunuh lebih daripada 20 manusia.

Racunnya berbentuk air garam. Kesan racun ini boleh menyebabkan bengkak-bengkak, kekejangan otot dan seterusnya membawa kepada kematian.

Blue-Ringed Octopus

Blue-Ringed Octopus

Blue-Ringed Octopus sangat kecil dengan saiznya yang hanya sebesar bola golf, tetapi racunnya adalah sangat kuat sehingga mampu membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit.

Gigitannya mungkin tidak berapa merbahaya dan sakit, tetapi ia boleh menyebabkan otot kejang, nafas terhenti dan akhirnya membawa kepada kematian.

Haiwan ini boleh ditemui di Kolam Air Pasang di Lautan Pasifik dari Jepun ke Australia.

Stonefish

Stonefish

Stonefish ialah sejenis ikan yang paling berbisa didunia. Racun Stonefish ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, kelumpuhan dan anggota badan perlu dipotong sekiranya terkena racun ini bagi mengelakkan racun itu daripada merebak.

Puffer Fish

Puffer Fish

Puffer Fish biasanya dijumpai di Jepun dan Korea. Ia merupakan salah satu makanan kegemaran di kedua-dua negara tersebut. Kulit dan organ Puffer Fish ni sangat beracun.

Sesiapa yang terkena racun ni akan mati dalam masa 24 jam. Tidak ada penawar bagi racun tersebut!

BACA INI JUGA: 15 Haiwan Paling Pelik Di Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta Kita!

Tahukah Anda Betapa Luasnya Alam Semesta Kita!

Tahukah Anda? Berapa luaskah alam semesta ini? Pernahkah anda terfikir kenapa Tuhan menciptakan begitu luasnya alam semesta ini, tetapi yang boleh kita nikmati hanya sekecil bumi? Adakah kita tidak pernah memikirkan bahawa alam semesta ini terlalu membazir bagi manusia yang kecil ini?


"Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagi-Nya dalam kekuasaan (Nya), dan Dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya." (QS. Al-Furqan, 25: 2)

Jika melihat banyaknya bintang di langit, sebenarnya berapa banyak bintang yang ada di galaksi yang kita huni ini.

Lalu timbul pula pertanyaan, beberapa luaskah alam semesta ini?

Contohnya, setiap orang tahu bahawa alam semesta sangatlah luas. Akan tetapi, saat kita berfikir tentang seberapa luas ia sebenarnya, kita akan menemui gambaran yang jauh berbeza dari apa yang biasanya kita fahami.

Garis tengah matahari adalah 103 kali lebih besar daripada garis tengah bumi. Mari kita perjelaskan hal ini dengan menggunakan perbandingan.

Jika kita umpamakan bumi sebagai kecil, matahari adalah bola yang dua kali lebih besar daripada sebuah bola sepak.

Hal yang menarik di sini adalah jarak di antara keduanya. Agar boleh membuat perbandingan yang mencerminkan saiz sebenarnya, kita perlu meletakkan jarak sejauh kira-kira 280 meter (920 kaki) di antara bumi berukuran kecil dengan matahari yang berukuran bola tersebut.

Dan bintang-bintang yang berada di luar sistem suria kita perlu ditempatkan berkilo-kilometer jauhnya.

Bagaimana pula dengan ukuran bintang-bintang yang lain nya? Untuk menjawab pertanyaan di atas, mari kita lihat gambar di bawah ini!


Pada gambar terakhir di atas, matahari adalah sama sekali tidak kelihatan, sekalipun ia adalah berbentuk "titik"!

"Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Al-Quran, 51:47)

-SENTIASAPANAS.COM
Shakira Lahirkan Anak Lelaki

Shakira Lahirkan Anak Lelaki

Pasangan selebriti Shakira dan Gerard Pique sekali lagi mengumumkan khabar bahagia apabila mereka mengesahkan dikurniakan seorang anak lelaki.


Menerusi laporan Dailymail, Shakira telah selamat melahirkan anaknya itu pada Khamis lalu dan ia diumumkan menerusi Twitter milik Gerard.

Foto ini dipaparkan ketika mengumumkan kehamilan Shakira.

"Anak lelaki kami dah lahir dan kami sangat bahagia! Terima Kasih semua!" kata Gerard di twitter dalam bahasa Sepanyol.

Bagaimanapun pemain bola sepak Sepanyol itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai perihal anaknya itu.

Pada September lalu, Shakira telah mengumumkan kehamilannya yang telah pun mengandung lima bulan dengan memuatkan fotonya di Twitter.

-mStar

Rihanna Bergaduh Rebut Chris Brown

Rihanna Bergaduh Rebut Chris Brown

Ketegangan antara Rihanna dan Karrueche Tran nampaknya tidak akan berakhir.

Chris Brown bingung untuk membuat keputusan
sama ada mahu memilih Rihanna atau Karrueche.

Menurut laporan portal Digitalspy, kedua-dua mereka masih lagi berkelahi gara-gara alasan lama iaitu mahukan Chris Brown dengan saling melemparkan ejekan di Twitter.

"Rihanna dan Karrueche bertengkar kerana Chris dan selama beberapa minggu ini, mereka mengejek antara satu sama lain di Twitter," kata sumber.

Sehingga kini, cinta tiga segi antara Rihanna, Chris Brown dan Karrueche memang membingungkan.

Chris seolah-olah tidak boleh menetapkan pilihan hatinya.

"Rihanna memang menghabiskan Hari Krismas bersama Chris, tetapi tiada alasan bagi lelaki itu untuk tidak bertemu dengan Karrueche," tambah sumber itu lagi.

-mStar

Shah Rukh Khan Nekad Berhenti Merokok

Shah Rukh Khan Nekad Berhenti Merokok

Bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya menyedari tabiat merokok bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada dirinya.


Dia juga kini dikatakan sedang berusaha menghentikan tabiat buruk itu dan berkongsi pendapatnya di laman sosial Twitter miliknya, baru-baru ini.

"Tabiat merokok bagaikan menghentam kepala sendiri menggunakan tukul besi. Jika tabiat itu dihentikan, kesakitan akan berkurangan," katanya di Twitter.

Bagaimanapun terdapat khabar angin yang mengatakan pelakon itu mula menyedari keburukan merokok selepas anak perempuannya, Suhana telah memberi amaran kepadanya mengenai perkara tersebut.

-Sinarharian