Sunday, April 01, 2018

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Disebalik pelbagai kelebihan Amerika Syarikat sebagai salah satu kuasa besar di dunia, wujud beberapa lokasi di negara itu yang seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman.

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Lokasi tersebut seolah-olah masih lagi ketinggalan zaman seperti suasana ketika era American Old west yang wujud pada abad ke 18 lalu.

Apa yang pasti, wujud satu lokasi yang diduduki satu populasi masyarakat yang terkenal dengan panggilan nama 'Amish People' atau orang Amisah.

Siapa Amish People ini? Dari mana asal mereka? Mengapa mereka ketinggalan zaman dan menolak cara hidup moden?

Gelaran Amisah People wujud selepas tercetusnya konflik keagamaan di Eropah sekitar tahun 1525, berikutan munculnya satu gerakan radikal digelar Anabaptist.

Kumpulan Anabaptist ini dipercayai mengamalkan upacara penyucian untuk orang dewasa.

Fahaman tersebut dikatakan bertentangan dengan ajaran asal sebuah agama yang melakukan upacara penyucian semasa bayi.

Upacara yang dijalankan telah menimbulkan kebimbangan ekoran dakwaan mengatakan bahawa gerakan radikal ini turut menjalankan beberapa upacara ekstrem sehingga menyebabkan kejadian yang meragut nyawa.

Selepas ajaran itu ditentang sekeras-kerasnya oleh masyarakat, gerakan ini dipercayai telah melarikan diri ke utara Amerika Syarikat dan memulakan kehidupan baru di negeri Pennsylvania.

Ditempat baru itu, gerakan radikal ini telah diketuai oleh seorang individu bernama Jakob Ammann dari Switzerland.

Pada penghujung tahun 1600an, sebuah rumah ibadat telah dibina untuk kegunaan kumpulan Amish ini dan dinamakan sempena nama pemimpin tersebut.

Sejak bertapak di Amerika Syarikat, orang Amish terkenal dengan cara hidup mereka sendiri.

Ketika masyarakat lain mengikut arus kemodenan hari ini, mereka tetap mengamalkan gaya hidup secara sederhana.

Teknologi Moden Bukan Keperluan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Masyarakat Amish menganggap kemajuan teknologi hari ini bukan keperluan penting dalam kehidupan seharian mereka, jadi tidak hairanlah mereka menolak sebarang kemasukan elemen teknologi seperti telefon bimbit, kemudahan elektrik, kenderaan, internet dan macam-macam lagi.

Amalan orang Amisah berkait rapat dengan ajaran agama yang dianuti oleh masyarakat ini.

Oleh itu, kemodenan dianggap punca kelalaian yang boleh menyebabkan mereka jauh daripada Tuhan.

Walau bagaimanapun, orang Amisah tidaklah menolak sepenuhnya teknologi. Ada masanya mereka menggunakannya, namun cuma untuk tujuan yang memberi manfaat sahaja.

Selain itu, orang Amisah sangat berpegang teguh kepada peraturan sendiri berbanding undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.

Pemulauan Sebagai Hukuman

Sebarang kes salah-laku akan dirujuk kepada sebuah komuniti khas yang terdiri dari kalangan ahli agama, yang menjadi penentu sama ada individu tertuduh bersalah atau tidak.

Sesiapa yang didapati tidak bersalah akan dilepaskan tanpa menerima sebarang hukuman.

Dan jika didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman paling popular dikalangan masyarakat Amisah, iaitu pemulauan.

Pemulauan bukan bermaksud hanya pesalah sahaja yang akan dipulaukan, tetapi akan melibatkan seluruh keluarga!

Apa yang menarik tentang masyarakat Amisah ialah, mereka merupakan sebuah kumpulan masyarakat yang saling bantu-membantu dan dilarang sama sekali bersikap individualistik, sebaliknya mengekalkan keakraban sesama sendiri.

Apa saja keperluan akan dikongsi bersama meliputi semua perkara dalam kehidupan termasuklah perbelanjaan harian, pekerjaan, pembinaan rumah, kos rawatan hospital dan sebagainya.

Perkahwinan

Dalam perkahwinan, orang Amisah hanya dibenarkan berkahwin sekali sahaja seumur hidup.

Jadi, tidak hairanlah setiap pasangan Amisah yang berkahwin memiliki jumlah anak yang ramai. Secara purata setiap pasangan akan memiliki tujuh hingga lapan anak.

Pendidikan

Keunikan Orang Amisah Yang Menolak Kemajuan

Orang Amisah hanya dibenarkan menduduki persekolahan sehingga berusia 14 tahun sahaja.

Kebanyakan proses pembelajaran bukannya disekolah biasa tetapi berkonsep 'homeschool' atau pembelajaran dirumah.

Kebiasaannya, ibu-ibu bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka.

Pada usia yang telah ditetapkan, anak-anak lelaki Amisah diwajibkan menjalani latihan berbentuk vokasional seperti bertani, bertukang dan sebagainya.

Dengan sistem latihan begini, orang Amisah mampu melahirkan komuniti yang terkenal dengan hasil kerja kayu yang bermutu tinggi.

Berdasarkan rekod kerajaan Amerika Syarikat, populasi orang Amisah semakin bertambah setiap tahun.

Bermula pada tahun 1998, bilangan orang Amisah ialah sebanyak 128,150 orang dan rekod bancian terbaharu pada tahun 2017 berjumlah 318,400 orang meliputi 31 buah negeri di Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, December 27, 2017

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Apa agaknya perasaan anda apabila melihat bulu kening seorang wanita bersambung? Mungkin kita akan berasa pelik kan? Namun, wanita Tajikistan digambarkan sebagai wanita yang sangat gemar menyimpan bulu kening atau bulu alis yang lebat.

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Bagi wanita Tajikistan, kecantikan mereka tidak terletak pada kening yang dibentuk nipis, tetapi mereka lebih menyukai alis yang unik, lebat dan bersambung!

Bagi mereka, menyimpan alis bercantum dan lebat adalah lebih cantik berbanding mencabut atau mencukurnya.

Tajikistan atau nama rasminya, Republik Tajikistan ialah sebuah negara yang terletak di benua Asia.

Negara ini dikelilingi gunung-ganang dan bukit-bukau yang cantik dengan jalan yang berbahaya dan mencabar.

Negara yang wanitanya mempunyai kening lebat dan bersambung ini hanya diketahui keunikannya itu selepas kejatuhan Soviet Union.

Sejak itu, Tajikistan yang sebelumnya terasing daripada dunia luar kini menjadi tarikan pelancong teruatamnya kerana imej luar biasa wanitanya.

Apa yang uniknya, kebanyakan alis lebat dan bersambung ini adalah semulajadi disebabkan faktor genetik.

Walau bagaimanapun, bukan semuanya mewarisi keunikan itu. Ada sebahagiannya lahir dengan bulu kening nipis dan tidak bersambung.

Keunikan Bulu Kening Bersambung Wanita Tajikistan

Jadi, untuk kelihatan lebih cantik dengan alis mata idaman, mereka akan berusaha untuk menjadikannya 'bersambung' menggunakan ramuan seperti inai yang dinamakan 'Usma'.

Proses menghasilkannya cukup mudah. Usma akan dibiarkan kering dibawah matahari dan setelah kering, daun akan digiling sehingga mengeluarkan cecair berwarna hijau pekat.

Usma kemudiannya dilumur dan dibiarkan selama 15 minit sebelum diulang sebanyak dua atau tiga kali sehingga benar-benar kelihatan tebal.

Walaupun nampak pelik bagi kita, namun sangat indah pada pandangan lelaki dan wanita Tajikistan.

Cara lelaki Tajikistan menilai kecantikan seseorang wanita juga berbeza kerana perkara pertama yang akan diperhatikan adalah kening, barulah mata dan rambut. Pelik kan!

Sebab itulah sebahagian wanita Tajikistan masih lagi mengekalkan imej kening tebal dan bersambung oleh generasi terdahulu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kucing Pelik Mempunyai Bulu Kening

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, September 27, 2017

Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

Keunikan Suku Kaum Karen, Leher Panjang Sebagai Lambang Kecantikan

Manusia berleher panjang atau lebih tepat dikenali sebagai suku Kaum Karen di Thailand ini boleh dikenali lebih dekat diperbatasan sempadan Thailand dan Myanmar iaitu Chiang Rai.

Kaum Karen

Chiang Rai, Thailand tidak asing sebagai destinasi buruan backpakers Malaysia jika ke Thailand jadi, tidak salah untuk anda singgah sebentar dan lihat sendiri tinggalan tradisi purba ini melalui kaca mata sendiri.

Kaum Karen

Suku Karen terkenal dengan kaum wanitanya yang mempunyai leher panjang yang mengenakan gelong tembaga berwarna emas dileher.

Menurut tradisi mereka, gelong emas ini akan dipakai oleh mereka sejak kecil lagi sehinggalah dewasa.

Dalam kepercayaan Kaum Karen, wanita yang memiliki leher panjang (jinjang) dianggap lebih cantik dan berstatus tinggi.

Sifirnya, wanita yang memiliki leher yang lebih panjang dikatakan lebih cantik dimata kaum lelaki Karen. Di sini, muka bukanlah ukuran untuk nampak cantik bagi wanita Karen, tetapi leher!.

Selain alasan untuk tampak cantik, ada lagi sebab yang lebih unik kenapa kaum Karen mengenakan gelong dileher mereka.

Dalam catatan yang lain, budaya turun-temurun ini mempercayai bahawa kaum Karen berasal dari burung Phoenix.

Bagi mereka, burung Phoenix adalah nenek moyang wanita yang berpasangan dengan seekor naga yang dianggap sebagai nenek moyang kepada kaum lelaki kaum Karen.

Tidak pasti samaada tradisi memanjangkan leher ini menurut burung Phoenix atau Naga, namun yang pasti, ini adalah berdasarkan kepercayaan kaum Karen sendiri.

Apa pun sejarahnya, yang penting adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghormati adat, budaya serta tradisi kaum yang lain.

Fungsi lain gelong yang dipakai dileher ini turut digunakan sebagai pelindung oleh kaum Karen. Pada zaman dahulu, kaum Karen masih tinggal di daerah pergunungan dan hutan.

Sinonimnya, mereka sering berhadapan dengan ancaman haiwan buas seperti harimau dan beruang. Secara umum, haiwan buas tersebut menyerang manusia pada bahagian leher. Oleh disebabkan itulah gelong-gelong ini turut digunakan sebagai pelindung.

Kaum Yang Terbuang

Kaum Karen

Tidak banyak info yang menceritakan tentang kaum Karen. Nukilan paling dekat mengatakan bahawa kaum Karen sebenarnya berasal dari Myanmar.

Majoriti kaum dulu tinggal di hutan-hutan di perbatasan antara Thailand dan Myanmar namun, selepas berlakunya perang saudara Thailand-Myanmar pada lewat 80an, sebahagian daripada mereka berhijrah ke Thailand.

Suku kaum Karen adalah suku yang memiliki jumlah anggota suku yang terbesar di Thailand iaitu kira-kira 28 ribu orang namun begitu, kehadiran mereka di bumi Thailand masih lagi tidak diiktiraf sehingga kini.

Menjadi suku yang terbuang, kaum Karen yang tinggal di Thailand tidak memiliki apa-apa identiti kerakyatan.

Berdasarkan laporan UNESCO pada tahun 2008, hampir 2 juta suku kaum (termasuk kaum Karen, Lahu Shi Bala, Palong, Hmong, Kayaw, Akha, dan Mien) yang tinggal dipergunungan Thailand tidak mempunyai kad pengenalan diri.

70% daripada mereka tidak mendapat pendidikan asas seperti kanak-kanak Thailand yang normal dan sebanyak 98% tidak mendapat pendidikan tinggi.

Dijual Sebagai Sumber Pendapatan

Kaum Karen

Selain Chiang Rai, Mae Hong Son dan Chiang Mai adalah tempat untuk menjejaki mereka dan juga beberapa perkampungan seperti Huay Pu Keng, Huay Suah Thoh, atau Kayan Pu Keng.

Kini, kaum ‘berleher panjang’ semakin diancam kepupusan oleh arus permodenan. Tiada lagi yang asli tinggal di pergunanan dan hutan-hutan. Baki yang tinggal ditempatkan di tempat khas dan dijadikan sebagai pusat tarikan pelancongan oleh Kerajaan Thailand.

Bayaran untuk melihat keunikan budaya dan tradisi kaum berleher panjang ini boleh mencecah sehingga 15 USD atau 500 bhat, kira-kira RM65.00.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Satu-satunya Suku Kaum Yang Tinggal Di Pulau Buatan Terapung

sumber: thevocket

Thursday, September 21, 2017

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Keunikan Sekolah Magik Ala Harry Potter Versi Brazil

Di dalam sebuah istana, seekor serigala jadian kelihatan ganas di dalam sangkar sementara seorang penyihir cuba melempar mantera untuk menenangkan haiwan itu.

Harry Potter Brazil

Tapi anda jangan risau – ia hanya perkara biasa di sekolah ‘sakti’ Brazil.

Serigala jadian itu adalah seorang pelakon yang memakai kostum dan mantera itu tidaklah berkesan dalam menghadapi seekor binatang mitos sebenar namun itulah suasana awal bagi sesiapa yang mahu memasuki Magic and Witchcraft School di Campos Do Jordao, Sao Paulo.

Ramai kagum dan berasa tidak percaya apabila sesampainya mereka di pintu utama istana itu.

Diilhamkan daripada buku dan filem ‘Harry Potter’ yang dihasilkan oleh J.K. Rowling, kanak-kanak bertuah akan dapat mengikuti pembelajaran di sekolah sakti Hogwarts versi Brazil itu.

Bagaimanapun, sukatan kurikulumnya telah diadun dengan ciri-ciri tempatan.

Sejak penubuhannya pada tahun 2015, “ideanya adalah untuk hanya menyesuaikannya dengan tidak perlu mengikut seratus peratus dengan rasa keadaan di Hogwarts, kata Vanessa Godoy.

Wanita berusia 27 tahun itu merupakan insan di sebalik idea tersebut yang terletak kira-kira 200 kilometer dari Sao Paulo.

Klien yang berada di sekolah itu – beroperasi sekali-sekala selama empat hari bagi setiap sesi – kesemuanya adalah peminat kesemua siri Harry Potter.

Namun, oleh kerana undang-undang hak cipta antarabangsa mengehadkan kemampuan Godoy dan pasukan ahli sihirnya yang lain, mereka terpaksa melancarkan kreativiti sendiri dengan mencipta sejenis tongkat sakti khas dan menggunakan cerita rakyat Brazil untuk mengisi jurang itu.

“Kami ada kisah kami sendiri. Kami ada banyak mitos kerana Brazil adalah sebuah negara ajaib,” katanya.

Ruangan kelas ala Hogwarts itu dihiasi dengan Ramuan dan Eliksir, Sihir dan Sejarah Sakti Ajaib dan sudah tentu terdapatnya tarian, pertandingan dan kejohanan berdasarkan ‘quidditch’.

Ia permainan dimainkan di ‘udara’ dengan menggunakan batang penyapu terbang sepertimana terdapat di dalam novel Rowling.

Mempelajari segala rahsia ini sememangnya tidak murah, dengan harga 2,650 real (kira-kiraRM3,354) bagi satu sesi selama empat hari berada di istana itu.

Memang berbaloi kerana ia sebuah istana sebenar yang lazimnya digunakan sebagai sebuah hotel.

Harry Potter Brazil

Kliennya terdiri daripada pelbagai lapisan usia dari serendah lima tahun sehingga 65 tahun, tetapi majoriti pelanggannya adalah sekitar 25 tahun.

Mereka ini malahan bukan calang-calang individu, terdiri dari pelbagai jenis latar belakang kerjaya antaranya hakim, model, guru, jururawat dan juga pelajar.

Jangan terkejut, kesemua mereka berkongsi minat yang sama dalam fenomena karya magis Harry Potter itu.

“Apabila kita memasuki istana ini, seolah-olah dunia luar seperti tidak wujud lagi. Kami meninggalkan dunia ‘Muggle’ dan cuba meresap ke alam dunia ajaib dan semuanya kelihatan menakjubkan,” kata Zerzil Ferreira, seorang doktor tempatanyang berusia 29 tahun.

Memasuki sesi kelas ini telah memenuhi “impian zaman kanak-kanak saya yang mahu menjadi sebahagian daripada alam ajaib ini,” tambahnya lagi.

Sekitar 100 orang mengambil bahagian, semuanya dibahagikan kepada rumah-rumah Hogwarts seperti Tigers, Serpents, Squirrels dan Eagles.

Mata skor perlawanan akan dikumpulkan melalui pelbagai jenis pertandingan yang dipertandingkan. Rumah yang berjaya mendapat jumlah mata skor tertinggi akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Permainan jenis quidditch adalah yang paling popular.

Permainan ini secara teori memerlukan batang penyapu terbang, namun dalam versi daratan, peminatnya telah membangunkan cara baharu di mana pemainnya hanya perlu berlari mengelilingi bola atau mendapatkan bola sambil memegang batang penyapu tersebut di antara kaki mereka.

Kakitangan di sekolah itu – kesemuanya merupakan pelakon profesional – sangat mengagumkan kerana mereka mesti berada dalam peranan tersendiri selama 24 jam sehari. Pelajarnya juga sangat mengambil berat terhadap peranan mereka itu.

“Untuk masuk ke sini, anda perlu berada di dalam watak anda – sebagai pelajar dan belajar jadi penyihir.

"Kena hormati guru dan peraturan di sini, menjadikannya sebuah pengalaman pembelajaran lebih nyata,” kata Renie Santos, 22, yang mencipta saluran popular di YouTube, Expresso de Hogwarts.

Bagaimanapun pelajar-pelajar telah memberi banyak sumbangan. Mereka juga memainkan peranan penting. Pihak sekolah sangat berterima kasih kepada mereka, jelas Godoy ketika ditemui agensi berita antarabangsa AFP.

Dedikasi tersebut menjadi jelas semasa modul mengenai siren yang disampaikan oleh profesor bagi Penjaga Makhluk Ajaib dan menyarankan kepada pelajarnya untuk sentiasa berhati-hati sepanjang sesi itu.

Harry Potter Brazil

Pelajar-pelajar kemudiannya bertemu dengan Nyx, yang kelihatan berenang di kolam renang istana dan sangat mempesonakan.

Walaupun adanya amaran, bagi sesiapa yang mahu menjemputnya ke acara tarian, mereka mesti berenang bersamanya.

Untungnya tiada siapa yang benar-benar ‘dimakan’.

Setelah empat hari di istana itu, sudah tiba masanya penyihir-penyihir sementara ini kembali ke alam dunia sebenar.

BACA INI JUGA: Dunia Fantasi Ciptaan Manusia Paling Terkenal

sumber: mynewshub

Wednesday, April 19, 2017

5 Jenis Buku Paling Unik Di Dunia

5 Jenis Buku Paling Unik Di Dunia

Buku merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat penting bagi kita kerana selain mendapat ilmu, buku juga boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melakukan banyak perkara penting dalam kehidupan.

Ada beberapa buku unik yang sangat terkanl dan menjadi lagenda di dunia malah, memecahkan rekod dunia.

Berikut merupakan 5 jenis buku paling unik di dunia yang anda semua wajib tahu dan kagumi.

1. Buku Paling Banyak Dibaca dan Dicetak Di Dunia

Kitab+Suci

Kitab suci dari semua negara adalah buku yang paling banyak dibaca. Buku ini selalu menjadi best seller dan dicetak berulang-kali, kerana manusia yang memiliki agama memerlukan pedoman hidup yang disebut KITAB SUCI.

2. Buku Paling Besar Di Dunia

This Is Muhammad

Buku berjudul This Is Muhammad adalah buku terbesar dan terberat di dunia. Buku ini juga telah memecahkan rekod buku terbesar di dunia.

3. Buku Paling Tebal Di Dunia

Obama

Buku setebal 34 sentimeter dengan 5,247 halaman tersebut merupakan buku ketujuh karya Damien yang menceritakan tentang Obama. Buku ini diakui oleh Guiness World Records dan Muzium Rekod Dunia.

4. Buku Paling Kecil Di Dunia

Old King Cole

Dalam pameran miniatur buku di Perpustakaan Nasional Scotland di Edinburgh, terdapat sebuah buku yang berukuran sangat kecil.

Buku ini berjudul 'Old King Cole' yang telah diterbitkan sejak tahun 1985 oleh Gleniffer Press.

Buku ini hanya memiliki tinggi 0,9 mm dan memegang rekod sebagai buku terkecil di dunia yang pernah dicetak selama dua puluh tahun.

5. Buku Paling Mahal dan Jarang Di Dunia

The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art

The Onliest and The Deepest Secrets of The Medical Art adalah sebuah buku tebal, namun hanya berisi sebuah kalimat, unik dan termahal di dunia.

Kenapa buku ini mahal dan sukar diperolehi? Kerana di dalam buku ini hanya berisi sebuah kalimah sederhana.

Namun, untuk memiliki buku ini, harganya adalah US$20,000.

Buku ini adalah karya terakhir Boerhaave, seorang doktor Belanda yang menulis buku "Elementa Chemiae" yang meninggal pada tahun 1738.

BACA INI JUGA:

sumber: bintang

Tuesday, April 18, 2017

Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

Keunikan Tiang-tiang Pelik Dan Unik Giant Causeway

Terdapat satu  struktur pelik dan unik yang terletak di Ireland Utara dan struktur-struktur ini dikenali dengan nama Giant Causeway, yang bermaksud Jalan Pintas Gergasi.

Giant causeway

Giant Causeway terletak di County Antrim, pantai timur laut Ireland Utara, 3 kilometer dari bandar Bushmills.

Menurut ahli geologi, Giant Causeway terbentuk dari sebuah letusan gunung berapi 60 juta tahun yang lalu. Letusan dahsyat itu membentuk lebih 40 ribu kumpulan batu-batu basal.

Bahagian atas batu-batu itu berbentuk tangga yang menjalar dari kaki bukit hingga ke tepi pantai. Sebahagian besar batu-batu tersebut berbentuk heksagon yang sempurna. Inilah yang membuatkan Giant Causeway terkenal diseluruh dunia.

Giant causeway

Bentuknya seperti tiang-tiang rumah, dianggarkan seberat 40,000 tan.

Uniknya, 'sambungan tiang' ini mempunyai sudut berbeza-beza, ada yang bersudut enam, empat, lima, tujuh malah lapan. Saiz juga berbeza-beza, paling tinggi kira-kira 12 meter dan teratur rapi sehingga membentuk bukit kecil setinggi 28 meter.

Pada tahun 2005, tempat ini berada dalam kedudukan ke-4 tempat paling menakjubkan di benua Eropah, berdasarkan hasil undian yang dilakukan stesen Radio Times terhadap pendengarnya.

Kisah Dongeng

Giant causeway

Pada zaman Ireland kuno, hidup seekor raksasa bernama Finn McCumhail dan merupakan pemimpin pahlawan.

Finn memiliki seorang musuh bernama Benandonner yang tinggal di seberang laut di Scotland. Benandonner tidak mampu berenang menyeberang laut menuju Ireland untuk menentang Finn.

Untuk bertemu dengan musuhnya itu, Finn memutuskan membentuk potongan-potongan batu dari gunung yang meletus sebagai tangga.

Giant causeway

Jalan yang dibuatnya itu akhirnya membentuk sebuah laluan pintas yang sehingga ke Scotland.

Benandonner akhirnya berjaya menyeberangi lautan menuju Ireland dan segera menuju ke kediaman Finn. Untuk menyambut musuh, Finn berdandan seperti seorang bayi yang sama besarnya dengan raksasa. Ternyata, tipu helah Finn berhasil.

Benandonner terkejut melihat "bayi" itu dengan berfikir, jika bayi saja sebesar raksasa, bagaimana dengan Finn sendiri. Setelah itu, Benandonner bergegas kembali ke Scotland.

Tumpuan Pelancong

Giant causeway

Sekarang, Giant Causeway menjadi daya tarikan utama bagi para pelancong dari seluruh dunia yang bercuti ke Ireland.

Selain itu, Giant Causeway telah diiktiraf sebagai lokasi warisan dunia (World 's Heritage Site) oleh salah satu badan PBB, UNESCO, pada tahun 1986.

BACA INI JUGA: Postonja, Gua Batu Kapur Paling Mengagumkan Di Dunia!

sumber: zamrispoon