Saturday, February 22, 2014

Tradisi Pelik Di Kubur Semasa Hidup

Tradisi Pelik Di Kubur Semasa Hidup

Ada pelbagai tradisi unik yang kadang-kadang tidak terfikir dek akal, salah satunya di Cuba dimana satu tradisi melibatkan perarakan mengebumikan orang yang masih hidup!

Burial of Pachencho

Namun, tidak perlu bimbang, pengebumian tersebut hanyalah perarakan dan bukan benar-benar ditimbus dalam tanah.

Tradisi pelik ini dilakukan setiap tahun dengan meriah di Santiago de las Vegas, bandar kecil berhampiran Havana.

Selama 30 tahun, festival ini selalu disambut pada 5 Februari dan dikenali dengan nama "Burial of Pachencho."

Seperti pengebumian sebenar, ada seseorang yang dimasukkan dalam keranda dan diturunkan ke dalam lubang kubur diiringi muzik dan dihantar sekumpulan yang berkabung.

Burial of Pachencho [2]

Mereka juga mendoakan dan menangisi 'jenazah' itu ketika akan dikuburkan.

Prosesnya bemula di perkuburan umum dengan menurunkan keranda ke liang lahad dipimpin seorang ketua.

Selepas memberikan doa terakhir, sekumpulan yang berkabung menaburkan bunga dan menuangkan minuman ke mulut 'jenazah' untuk diminumnya.

Setelah itu 'jenazah' membuka mata dan keluar dari keranda tersebut.

Idea tradisi pelik ini bermula pada 1984 untuk mengakhiri musim karnival tempatan.

Nama 'Pachencho' sendiri dipilih bukan berkaitan dengan seseorang melainkan dari tajuk kisah yang dimainkan di teater tempatan.

Burial of Pachencho [3]

Berdasarkan kepada suasana berduka, festival kematian palsu ini malah disambut bagaikan sebuah pesta di jalan-jalan bandar selama seharian.

"Festival ini memberikan nafas kepada bandar ini yang terus menjalani kehidupan sukar, " kata Yaumara Solis.

"Berduka untuk orang yang hidup bukan tindakan tidak sopan pada yang telah tiada, ini adalah penghormatan untuk cabaran kehidupan."

BACA INI JUGA: Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun

[Sumber][Edited by SP]

Thursday, January 23, 2014

Shuudan Koudou, Tradisi Unik Masyarakat Jepun

Shuudan Koudou, Tradisi Unik Masyarakat Jepun

Warga Jepun mempunyai satu budaya yang unik dan ia telah kekal selama berpuluh-puluh tahun lamanya dikenali sebagai ‘Shuudan Koudou’ iaitu pergerakan seragam.

Shuudan Koudou

Keunikan pergerakan itu juga telah menjadikan satu video persembahan berkaitan pergerakan sebegitu di Jepun menjadi viral pada November tahun lalu.

Seramai 77 orang penuntut Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU) telah membuat persembahan berjalan kaki seragam di hadapan 11,000 orang penonton pada 14 November lepas.

Persembahan itu juga merupakan antara program utama dianjurkan universiti berkenaan.

Dalam persembahan itu, mereka akan berjalan kaki dengan pantas ala-ala kawad tentera cuma pergerakan pelajar ini lebih laju dan tepat serta pergerakan mereka agak kompleks.

Untuk menjayakan persembahan seperti itu, mereka berlatih selama lima bulan sebanyak tiga kali seminggu. Latihan diadakan untuk menjadikan pergerakan mereka benar-benar seragam dan lurus serta semuanya sama.

Dalam latihan mereka sahaja, mereka sudah pun berjalan sejauh kira-kira 1,200 km, jarak yang sama antara Paris di Perancis dan Rome di Itali.

(Baca: Onement VI, Lukisan Paling Mengarut Berharga USD44 Juta!)

Kapten kumpulan NSSU Keiko Suzuki berkata, golongan muda di Jepun di kritik hebat kerana gagal bekerjasama dan tidak berkemampuan bekerja dalam kumpulan.

“Remaja di Jepun dikatakan kurang mahir dalam bekerja secara bersama dalam kumpulan tetapi kami berjaya membuktikan ia tidak benar,” katanya.

Menurut beliau, aktiviti juga membantu mereka dalam proses mencari pekerjaan kelak kerana mereka juga dilatih untuk berdisiplin pada tahap tertinggi dan mampu mengikuti serta mematuhi peraturan.

“Saya yakin pengalaman seperti ini begitu berguna ketika kami bersaing dalam pasaran kerja kelak,” menurut Keiko.

Budaya bergerak bersama secara seragam sudah lama dipupuk dalam budaya masyarakat Jepun.

Di sekolah di Jepun, para pelajar berdiri dalam barisan yang teramat lurus di antara satu sama lain. Kumpulan berjalan kaki seragam dari NSSU ini merupakan antara satu kumpulan yang popular di Jepun. Sumber: Mynewshub



Wednesday, January 22, 2014

UNIK! 'Straw Bear, Festival Beruang Jerami

UNIK! 'Straw Bear, Festival Beruang Jerami

Banyak negara di dunia mempunyai tradisi dan perayaan yang aneh setiap tahun. Dan salah satu negara yang mempunyai festival yang unik dan menarik adalah England.

Straw Bear festival

Upacara tahunan yang dikenali sebagai festival beruang jerami atau 'Straw Bear' diraikan secara meriah pada pertengahan bulan Januari setiap tahun di bandar Whittlesey. Ia telah diadakan sejak turun-temurun oleh penduduk bandar tersebut.

Dalam festival ini, seorang lelaki akan memakai kostum yang dibuat daripada jerami. Pemakai kostum yang digelar beruang jerami akan dipantau oleh seorang penyelia kerana amat sukar untuk melihat apabila memakai kostum ini.

Straw Bear festival - Guide

Beruang jerami berjalan mengetuk pintu dari satu rumah ke rumah yang lain di sekitar bandar dan menari untuk menghiburkan penduduk tempatan dengan iringan pemuzik dan penari.

Selepas itu, mereka akan memperoleh hadiah daripada pemilik rumah sebagai balasan dalam bentuk wang tunai.

Perayaan selalunya bermula pada waktu petang dengan perarakan bermula di hadapan Kelab Ivy League dan berakhir di luar George Hotel untuk majlis penutupan.

Perayaan berakhir dengan acara membakar kostum beruang jerami pada sebelah malam supaya kostum baru boleh dibuat untuk tuaian pada tahun berikutnya.

Pemakai kostum biasanya akan dipilih tiga tahun lebih awal dan saiz badan orang tersebut memainkan peranan penting. Orang tersebut mestilah berbadan tegap dan mempunyai tenaga yang kuat untuk memakai kostum itu.

Straw Bear festival - Burn

Semua wang hasil kutipan sepanjang perayaan itu akan digunakan untuk menampung kos bagi mengadakan perayaan tersebut, manakala bakinya pula akan diedarkan kepada badan-badan kebajikan tempatan.

Tarikh sebenar upacara ini bermula tidak diketahui tetapi dipercayai ia merupakan upacara adat yang berkaitan dengan pertanian dan dilakukan oleh masyarakat disana bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat untuk memastikan tuaian yang baik pada tahun yang akan datang.

Festival Straw Bear telah diharamkan pada tahun 1909 oleh seorang anggota polis ketika itu kerana menganggap ia memaksa dan menyeksa pemakai kostum kerana berat kostum itu mencecah sehingga 30 kilogram walaupun pada hakikatnya orang yang memakai kostum itu melakukannya secara sukarela.

Straw Bear festival - History

Pada tahun 1980, perayaan ini telah dihidupkan semula oleh Persatuan Whittlesea dengan sedikit pengubahsuaian pada kostum.

Kostum baru beruang jerami direka dengan cara yang lebih praktikal dan boleh ditanggalkan. Perkara ini sangat penting kerana kostum itu sangat berat.

Ia memerlukan dua orang untuk memakai kostum tersebut secara bergilir-gilir kerana jika hanya seorang sahaja yang memakai kostum ini sepanjang festival pasti sangat memenatkan.

Straw Bear festival - Making

Semasa perayaan ini dihidupkan semula, seramai 30 orang telah terlibat dalam perarakan tersebut. Jumlah itu kini bertambah sehingga lebih 250 orang yang terdiri daripada penari, pemuzik dan penghibur dari segenap pelusuk bahagian Kepulauan British yang melakukan tarian tradisional Molly, Morris, Clog dan Sword. Terdapat juga tarian Appalachian, persembahan jalanan dan aksi pelakon mime.

Sabah tahun, upacara unik telah menarik perhatian orang ramai dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan festival unik ini.

Jika anda berkunjung ke England pada bulan Januari ini, jangan lupa singgah ke Whittlesey untuk merasai sendiri pengalaman festival yang menarik ini.

BACA INI JUGA: Festival Kejam Memutuskan Kepala Angsa!

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 21, 2013

Tradisi Pelik Memaki Pokok Kayu Supaya Cepat Mati

Tradisi Pelik Memaki Pokok Kayu Supaya Cepat Mati

Info Pelik. Ada sebuah teradisi unik di kepulauan Solomon iaitu tradisi mejerit kepada pokok yang besar agar mati dan mudah ditebang.

The Solomon Island
Gambar hiasan.

Masyarakat kepulauan Solomon, yang terletak di Kepulauan Pasifik Selatan mempunyai tradisi yang pelik ini dalam usaha membunuh pokok yang besar yang akan mereka tebang.

Jika ada pokok besar yang sukar ditebang dengan kapak maka pohon tersebut akan dijerit sambil dihina beramai ramai.

Jeritan yang dilakukan oleh masyarakat Solomon kepada pokok besar ini adalah agar pokok besar tadi cepat mati dan mudah ditebang untuk diambil kayunya.

Apabila ada sebuah pokok besar yang sukar ditebang, maka penduduk yang mempunyai keberanian tinggi akan menaiki pokok tersebut hingga sampai kepuncaknya.

Orang yang berada di puncak ini akan menjadi pemimpin bagi orang yang ada di bawah pokok yang sudah sedia berkumpul untuk menjerit dan memaki pokok besar tadi.

Kemudian, orang yang ada dipuncak pokok ini akan menjerit sekuat-kuatnya dengan nada menghina terhadap pokok besar ini dan akan diikuti oleh orang-orang yang ada di bawah pokok tadi.

Mereka akan menghina dan menjerit kepada pokok besar ini selama 40 hari berturut-turut dan hasilnya selepas 40 hari pokok besar ini akan mula layu dan akhirnya mati.

Masyarakat Solomon percaya, dengan nada makian dan hinaan yang dijeritkan dengan keras, maka secara perlahan-lahan akan membunuh roh yang ada di dalam makhluk hidup termasuk roh yang ada di dalam pokok besar tersebut.

[Sumber]

Saturday, November 09, 2013

Tradisi Menggangu Pengantin Baru Di Malam Pertama

Tradisi Menggangu Pengantin Baru Di Malam Pertama

Charivari (juga dikenali sebagai Shivaree) mungkin adalah tradisi perkahwinan yang paling memalukan bagi pengantin baru.


Charivari mempunyai definisi "nyanyian atau teriakan sumbang yang disertai bunyi pukulan periuk, cerek dan perkakas lain yang akan mengeluarkan bunyi bising untuk mengganggu pengantin baru ketika malam pertama".

Tradisi yang pelik ini menjadi popular di abad ke-19 dan tradisi ini berasal dari Perancis. Namun, tradisi ini bukan hanya ditemui di Perancis, ia juga tedapat di Amerika Syarikat dan Kanada.

Charivari di lakukan pada malam perkahwinan pasangan pengantin baru. Satu perjumpaan akan diadakan di kalangan rakan-rakan, ahli keluarga dan tetamu perkahwinan.


Mereka akan berkumpul di luar rumah pengantin baru dan kemudiannya membuat bunyi bising.

Mereka mengetuk periuk, cerek, drum, tin, tong dan sebagainya serta menyanyi dengan suara yang sumbang seperti lolongan anjing atau apa-apa cara sekalipun yang boleh digunakan untuk mengganggu pasangan pengantin baru.

Pelbagai cara akan digunakan 'para pembuli' malam pertama ini semata-mata untuk mengganggu pasangan pengantin baru tersebut.

[Sumber]

Sunday, August 11, 2013

4 Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan

4 Tradisi Kecantikan Yang Sangat Menyeksakan

Beauty is pain. Istilah bahawa menjadi cantik itu menyakitkan mungkin tak berlebihan. Menilik sejarah, amalan-amalan ekstrem telah terakam dalam tradisi kecantikan di pelbagai belahan dunia.

Beauty is pain

Ini adalah beberapa amalan ekstrem di dunia kecantikan tradisional.

1. Mengecilkan kaki

Mengecilkan kaki

Tradisi ini diamalkan sejumlah wanita kelas pertengahan dan keatas di China sebelum abad ke-20. Sejak usia 5-8 tahun, mereka mengikat empat jari kaki, kecuali ibu jari, ke bawah telapak kaki.

Kain yang digunakan untuk mengikat kemudian dijahit untuk mencegah pertumbuhan empat jari tersebut dan membiarkannya bersatu dengan tapak kaki.

Dalam budaya mereka, bentuk kaki kecil adalah lambang kecantikan wanita. Malah, boleh meningkatkan ghairah seksual lelaki.

Demi mendapat kehormatan di tengah-tengah masyarakat, mereka rela mematahkan  tulang kaki dan mengalami jangkitan semasa proses tersebut.

2. Memanjangkan leher

Memanjangkan leher

Bagi suku di pedalaman Paudang, Thailand, memiliki leher panjang akan kelihatan anggun dan cantik.

Atas nama kecantikan, mereka nekad melakukan perkara tersebut dengan mengenakan kumparan logam di leher.

Seiring pertambahan usia, kumparan ditambah sehingga tulang leher bertambah panjang.

3. Peregangan bibir

Peregangan bibir

Bagi suku Mursi di Ethiopia, lambang kecantikan bukan leher yang panjang, melainkan bibir yang lebar.

Tradisi yang dikenali dengan istilah 'Labret' ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir semacam tindik selebar 1-2 sentimeter. Kemudian, meletakkan piring bulat di dalamnya.

Setiap dua hingga tiga minggu, mereka menggantikan piringan dengan diameter lebih besar. Ini berlangsung hingga bibir mencapai 15-25 sentimeter.

Tradisi ini biasanya dilakukan para wanita sejak berusia 13-16 tahun, atau menjelang perkahwinan.

4. Korset ekstrim

Korset ekstrim

Penggunaan korset jangka panjang yang sangat ketat boleh menghasilkan pinggang yang kecil. Penggunaan korset ini malah boleh mengurangkan ukuran pinggang wanita sebanyak 7-10 inci secara semula jadi.

Kaum wanita pada abad ke-19 dan 20 ramai yang melakukan teknik meratakan perut dengan cara ini.

Walhal, cara ini sangat berisiko kerana mampu menyebabkan tulang rusuk retak, kerosakan organ dan masalah pernafasan.

BACA INI JUGA: Cara Aneh Dan Pelik Untuk Kelihatan Cantik

sumber: says

Saturday, June 22, 2013

Tradisi Mengarut Berkahwin Dengan Kanak-kanak Bawah Umur

Tradisi Mengarut Berkahwin Dengan Kanak-kanak Bawah Umur

Para lelaki normal, bujang atau duda, tentu ingin mendapatkan isteri yang lebih muda dan masih perawan. Namun, tradisi yang berlaku di beberapa negara seperti Yaman dan Afganistan, memperlihatkan kelakuan kaum Adam di sana yang sangat keterlaluan.


Mereka bukannya mencari gadis remaja untuk dijadikan isteri, tetapi menyasarkan kanak-kanak di bawah usia 10 tahun, malah 5-6 tahun, untuk dijadikan pasangan hidup.

Walaupun kelihatan cantik pada pandangan, namun secara lahiriah belum ada yang menarik dengan kanak-kanak ini. Payudara dan punggung pun belum terbentuk.

Seperti dilaporkan majalah National Geographic, saban tahun, 10-12 juta gadis dipaksa menikah sebagai tradisi dan cara menyelesaikan kemelut keluarga. Biasanya, upcara pernikahan berlangsung tengah malam atau dinihari supaya tidak diketahui polis.

Seperti pengalaman yang dialami Rajani, 5 tahun, dari Rajashtan, India, yang tertidur ketika hendak dinikahkan. Dia terpaksa dipangku oleh pakciknya ke tempat pernikahan dengan calon suaminya yang baru berumur 10 tahun.

Lain pula dengan gadis cilik dari Yaman bernama Ayesha, 10 tahun. Dia begitu ketakutan ketika melihat calon suaminya yang berusia setengah abad.

"Tiap hari dia menelefon saya dan menangis", ujar adiknya Fatimah.

Ayesha dan suaminya tinggal di sebuah desa, dua jam perjalanan dari rumah orang tuanya.

Dunia pernah dikejutkan dengan kisah Nujood Ali yang lari dari rumah suaminya kerana dipaksa bernikah.

Dia memohon kepada mahkamah untuk bercerai dengan suaminya yang berumur 30-an. Dan dia berjaya.

Sekarang, dia kembali bersekolah dan tinggal dengan orang tuanya. Kisah Nujood telah dibukukan dan telah diterjemahkan  ke dalam 30 bahasa dengan tajuk 'I Am Nujood, Age 10 and Divorced'.


Selain kehilangan masa kanak-kanak mereka, gadis-gadis ini juga berisiko kehilangan nyawa ketika melahirkan anak. [Sumber]

Edited by SP

Sunday, May 12, 2013

Giler! Pertandingan Mencari Cacing Tanah

Giler! Pertandingan Mencari Cacing Tanah

Satu pertandingan mencari cacing telah diadakan di Willaston, berhampiran Nantwich, Cheshire dan telah menjadi lokasi untuk Kejohanan Dunia tahunan.


Tradisi ini sangat pelik, kerana peserta perlu memburu cacing tanah dengan cara yang unik. Para peserta diwajibkan mematuhi 18 peraturan yang telah ditetapkan.

Diantaranya setiap peserta hanya mempunyai kawasan memburu seluas 3 meter persegi sahaja. Peserta juga dibenarkan bermain muzik atau apa saja untuk menarik perhatian cacing supaya keluar dari tanah. Tapi tidak dibenarkan menggunakan ubat-ubatan termasuk air.

Untuk kali pertama pertandingan ini berlangsung di Desa Nantwich, Chesire, pada 1980. Dengan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.

Dan orang yang pertama kali memperkenalkan sukan memancing cacing ini adalah Tom Shufflebotham, seorang warga tempatan Nantwich.


Dia memperkenalkan sukan unik ini pada 5 Julai 1980, dan ketika itu dia berjaya mendapat 511 ekor cacing tanah dalam masa setengah jam.

[Sumber]

Friday, May 10, 2013

Pelik! Tradisi Pertandingan Laga Kepala Manusia

Pelik! Tradisi Pertandingan Laga Kepala Manusia

Info Pelik. Bagi warga Bima, Nusa Tenggara Barat, musim menuai adalah waktu yang membahagiakan. Bagi mereka perayaan musim menuai ini dilakukan dengan sebuah tradisi unik yang disebut Entubu. Entubu adalah tradisi laga kepala manusia.


Tradisi entubu atau laga kepala ini merupakan tradisi peninggalan nenek moyang warga Bima di Pulau Sumbawa.

Tradisi ini hanya ada di daerah dataran tinggi Kecamatan Wawo dan hanya boleh dilakukan oleh orang-orang tertentu yang sudah dibekalkan ilmu kesaktian atau dari keturunan prajurit Kesultanan Bima.

Tidak menghairankan memang jika para peserta tergolong dari orang kuat dan nekad. Tanpa rasa sakit mereka melagakan kepala satu sama dengan yang lain.

Dalam ritual entubu ini para peserta yang jumlahnya empat hingga enam orang diiringi oleh muzik khas warga Bima dan seorang penyanyi hikayat perempuan yang dengan suara khasnya membacakan mantra-mantra.

Gerakan memans badan sebelun acara di lakukan

Sebelum melakukan ritual entubu, para peserta yang dipimpin oleh seorang dalang atau pemuka terlebih dulu dibekali ilmu kesaktian oleh si dalang.

Seperti orang kena rasuk, mereka yang sudah dibekalkan ilmu ini lantas menari-nari mencabar lawannya untuk beradu kepala.

Kasim salah seorang pemandu atau dalang mengungkapkan, untuk melakukan upacara entubu ini ia terlebih dulu harus berpuasa sehingga tiga hari untuk mengetahui waktu dan mendapatkan kesaktian bagi para pengadunya.


Tradisi entubu yang unik ini memang sudah jarang dilakukan dan jarang ditemui lagi di bandar Bima.

Namun belakangan ini, Pemuda setempat menaikkan kembali tradisi ini dikembang dan dilestarikan dengan membina beberapa sanggar kesenian .

[Sumber]

Saturday, February 23, 2013

Tradisi Pertandingan Laga Kuda Di China

Tradisi Pertandingan Laga Kuda Di China

Satu pertandingan laga kuda diadakan di Rongshui Miao, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, China minggu ini.


Pertandingan tradisi itu terkenal dalam kalangan etnik minoriti Miao.

Sejumlah penduduk menyaksikan pertandingan tersebut.

–Reuters

Saturday, January 05, 2013

Tradisi Pesta Cinta Untuk Bertemu Bekas Kekasih

Tradisi Pesta Cinta Untuk Bertemu Bekas Kekasih

Lumrah dalam percintaan, kadang-kadang setiap hubungan itu akan berakhir dengan perpisahan yang perit mahu pun secara terpaksa.

Pesta Cinta di Vietnam

Kesan perpisahan itu pastinya meninggalkan tanda yang mendalam bagi setiap insan yang mengalami pengalaman manisnya bercinta.

Sekiranya berpisah secara teruk, perasaan sakit hati mahu pun sedih, dendam akan terlekat dalam hati kita.

Keadaan itu membuatkan kita tidak mahu bertemu langsung dengan bekas kekasih kerana takut dibayangi rasa kesedihan atau mungkin terbayang kembali kenangan sewaktu bercinta.

Berbeza di negara Vietnam, ‘Pesta Cinta’ diadakan di sebuah perkampungan, Khau Vai hanya tujuan untuk bertemu dengan bekas-bekas kekasih yang dulu.

Mereka pasti akan mengadakan pesta cinta itu setiap tahun pada hari yang ke 26 dan 27 setiap tiga bulan dalam kalendar Lunar.

Penduduk-penduduk yang datang ke pesta itu adalah penduduk dari wilayah Nung, Tay, San Chi, Lo lo, Dzao, Giay dan Hmong.

Mereka akan bertemu semula dengan bekas kekasih dan menghabiskan masa bersama selama dua hari itu untuk mengenal hati diri masing-masing selain mengetahui perkembangan hidup bekas kekasih masing-masing kerana tidak dapat melakukan perkara tersebut sewaktu sedang bercinta dahulu.

Hingga kini, tradisi itu masih lagi diteruskan.

Kisah Pesta Cinta itu tercetus daripada kisah cinta yang menyayat hati penduduk di kampung itu sendiri.

Suatu ketika dahulu, seorang gadis yang cantik, Giay dari wilayah Ha Giang telah jatuh cinta kepada seorang lelaki dari wilayah Nung yang bernama Cao Bong.

Namun, percintaan mereka itu dihalang kerana Cao Bong tidak layak mengahwini Giay kerana Giay terlalu cantik dan gadis itu mesti berkahwin dengan lelaki dari puaknya sendiri, yang setanding dengan kecantikan dirinya.

Percintaan mereka itu berlarutan hingga tercetusnya perang pertumpahan darah antara dua wilayah tersebut.

Demi menyelamatkan wilayah masing-masing, Giay dan Cao Bong telah mengambil keputusan untuk berpisah kerana tidak sanggup membiarkan peperangan berlanjutan.

Walaupun sudah berpisah, tanpa diketahui sesiapa, Giay dan Cao Bong telah mengaturkan pertemuan sulit antara mereka pada hari ke 27 dalam tiga bulan kalendar Lunar.

Jadi, setiap tahun mereka berjumpa secara sulit tanpa diketahui sesiapa pun.

Menerusi kisah percintaan Giay dan Cao Bong, tradisi pertemuan cinta antara bekas kekasih masih lagi diadakan hingga kini.

BACA INI JUGA: Lelaki Gemuk Lebih Setia Dalam Percintaan

Sumber: Oddity Central

Sunday, December 02, 2012

Tradisi Pelik Gusti Manusia dan Kuda

Tradisi Pelik Gusti Manusia dan Kuda

Info Pelik. Setiap tahun, apabila tiba musim panas, penduduk-penduduk di perkampungan Galicia, barat daya Sepanyol akan berpusu-pusu memenuhi dataran pergunungan Sabucedo untuk menjalankan pesta tradisional yang dikenali sebagai 'Rapa Das Bestas'.


Festival ini memerlukan mereka untuk menangkap dan menundukkan kuda liar dengan tangan kosong, membersihkan serta memangkas bulu haiwan tersebut sehingga rapi.

Tradisi ini merupakan satu acara keramaian yang dijalankan sekali setahun oleh penduduk-penduduk di Galicia, yang mana mereka akan meraikannya pada hujung minggu pertama bulan Julai. la diadakan selama ripe hari berturut-turut iaitu bermula pada dan Jumaat dan akan berakhir pada hari Ahad.


Menjelang bulan Julai, beratus-ratus ekor kuda liar akan dikumpulkan di dataran komuniti Sabucedo yang terletak di dalam wilayah Pontevedra. Haiwan-haiwan ini akan dipilih terlebih dahulu dan hanya kuda yang telah mencapai usia matang iaitu berusia antara empat hingga lima tahun sahaja akan digunakan bagi festival 'Rapa Das Bestas' ini.

Apa yang menarik tentang ritual tradisional Sabucedo ialah penduduk-penduduk setempat dan para peserta yang terlibat hanya menggunakan tangan kosong untuk menjinakkan, bergomol serta bergusti dengan kuda-kuda liar yang dilepaskan.


Berbeza dengan 'Rapa Das Bestas' di temper lain yang mana acara ini kebiasaannya memerlukan peserta menggunakan peralatan lain seperti tali dan kain.

Berdasarkan kepada cerita lisan, pesta yang diraikan itu mempunyai sejarah dan legendanya yang tersendiri.

Penduduk-penduduk setempat menyatakan, ritual menangkap den membersihkan kuda liar di kawasan berkenaan merupakan salah satu manifestasi rasa syukur mereka pada dewa penaung Sabucecio yang dikenaii sebagai San Lorenzo.

-Sentiasapanas.com