Friday, September 13, 2013

Lelaki Warga Emas Mati Selepas Berasmara Di Hotel Bajet

Lelaki Warga Emas Mati Selepas Berasmara Di Hotel Bajet

Seorang lelaki warga emas ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung selepas mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang baru dikenalinya di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam di Muar, semalam.

Died after sex
Gambar hiasan.

Lelaki berusia 66 tahun itu yang juga seorang pekebun dikatakan tidak sedarkan diri di bilik di hotel bajet terbabit pada kira-kira jam 10.20 pagi.

Sumber memberitahu, mangsa sebelum ini kerap mengunjungi hotel bajet itu untuk tujuan sama.

Katanya, sekitar jam 10 pagi, warga emas itu dilihat memasuki sebuah bilik di situ untuk bertemu seorang wanita.

“Bagaimanapun, kira-kira 20 minit kemudian, warga emas itu pengsan sebaik selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita terbabit.

“Wanita terbabit yang panik segera memaklumkan majikannya yang kemudiannya menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan,” katanya.

Mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan.

Difahamkan, lelaki itu yang berasal dari Kampung Baru Estet Kim Kee, Bukit Pasir, dekat sini, itu masih bujang dan tinggal sendirian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian terbabit.

“Mangsa disahkan mati di hotel berkenaan dan mayatnya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk bedah siasat.

“Siasatan awal di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -Hmetro

Monday, September 02, 2013

Teguk Arak Sambil Berbaju Kurung Selepas Sambutan Malam Merdeka!

Teguk Arak Sambil Berbaju Kurung Selepas Sambutan Malam Merdeka!

Sambutan ambang merdeka yang sepatutnya berlangsung dengan penuh kesyukuran dicemari pesta minuman keras oleh pengunjung beragama Islam di sebuah kelab hiburan di Jalan Sultan Sulaiman, di sini.

Gadis Rosak Akhlak
Penguat kuasa Jawi menyita minuman keras sebagai bukti kes.

Lebih memalukan apabila ia berlangsung dalam keadaan pengunjung wanita berpakaian baju kurung dan kebaya dipercayai sempena tema ‘rumah terbuka Aidilfitri’ anjuran kelab berkenaan.

Ketika serbuan dijalankan pihak penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), kira-kira jam 2 pagi itu, rata-rata pengunjung sedang asyik berhibur bersama ‘bintang-bintang’ ternama dalam kalangan pengunjung tetap kelab berkenaan, yang menyertai pertandingan karaoke di situ.

Pada awalnya, serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu berlangsung aman, bagaimanapun beberapa pengunjung gagal memberi kerjasama membuatkan pihak penguat kuasa Jawi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum dapat menyelesaikan ketegangan yang berlaku.

Beberapa petugas media juga menjadi ‘mangsa’ sasaran pengawal kelab yang bertindak mengarahkan semua rakaman dipadamkan sambil mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Operasi Jawi, Mohamad Rais Rasid berkata, dalam serbuan berkenaan, seramai 30 pengunjung yang disyaki meminum minuman keras, ditahan untuk siasatan lanjut manakala 20 lagi diberi notis perintah hadir kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

“Setiap tahun kita laksanakannya tetapi kali ini agak mencabar kerana membabitkan pengunjung yang terlalu ramai dalam kalangan Melayu Islam dan itu amat menyedihkan kerana tempat ini tidak sesuai untuk sambut merdeka. Ada hidang arak serta pencampuran lelaki dan perempuan,” katanya selepas operasi berkenaan.

Operasi bermula jam 12 tengah malam itu berakhir kira-kira jam 4 pagi melibatkan 71 anggota penguat kuasa Jawi dan juga polis.

Mohamad Rais berkata, siasatan turut dijalankan ke atas penjual arak yang mana jika sabit salah boleh membawa didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, dua remaja berusia 20 tahun ditahan kerana berkhalwat hasil serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.

Pihak penguat kuasa Jawi terpaksa menunggu kira-kira empat minit sebelum pintu dibuka dan mendapati remaja perempuan itu cuba menyembunyikan diri dalam tandas bilik hotel dalam keadaan separuh bogel.

Kedua-duanya dibawa ke Jawi sebelum diikat jamin dan kes disiasat mengikut seksyen 27 kerana berkhalwat dan jika sabit salah denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. -SinarOnline

Friday, August 30, 2013

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Gadis Poland Mahu Meniduri 100,000 Lelaki!

Seorang gadis, Ania Lisewska, 21, mahu mengembara ke seluruh bandar di dunia ini dalam usaha untuk mencapai cita-citanya bagi meniduri 100,000 lelaki.

Ania Lisewska, 21

Ania dilaporkan memulakan hasratnya itu di bandar Warsaw dan berharap dapat mengembara ke seluruh Poland, sebelum berpindah ke negara lain bagi mencapai cita-citanya itu.

``Saya mahukan lelaki dari Poland, Eropah dan seluruh dunia. Di Poland, subjek seks adalah sesuatu yang tidak diperkatakan dan mereka yang mahu memenuhi fantasi seks akan dianggap sebagai jalang atau sakit otak,’’ katanya dalam laman facebooknya.

Setakat ini, gadis yang tidak bermaruah ini mendakwa sudah meniduri 284 lelaki walaupun sudah mempunyai teman lelaki.

Jelas Ania, teman lelakinya itu tidak gembira dengan perkara berkenaan, namun dia tiada pilihan dan terpaksa menerimanya.

Menurutnya, bagi mencapai cita-cita berkenaan, dia bercadang membuka satu laman web untuk membolehkan lelaki mendaftar dan dalam masa sama dia boleh mengemas kini aktivitinya.

Bagaimanapun ramai yang tidak percaya dengan keupayaan gadis itu untuk berbuat demikian kerana jika dia melayan 100,000 lelaki selama 20 minit bagi setiap orang, maka Ania akan menghabiskan masa selama 3.8 tahun untuk berbuat demikian.

Itupun jika dia melakukannya siang dan malam tanpa henti sama ada untuk tidur, makan atau ke tandas.

Ania juga sebelum ini cuba mendapatkan pengiktirafan daripada Guinness World Records namun tidak dilayan kerana ia tidak berminat dengan aktiviti melibatkan seks.

Selepas disoal bertalu-talu oleh pihak media mengenai perkara itu, Ania mula menukar cerita dan mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam facebook.

Dia mendakwa facebooknya telah digodam dan seseorang telah memuat naik dalam facebook itu bahawa dia menghidap AIDS. -Mynewshub

Monday, July 29, 2013

Remaja 'Rosak' Berdoa Sambil Buat Maksiat!

Remaja 'Rosak' Berdoa Sambil Buat Maksiat!

Keghairahan bercinta selalu membuat ramai remaja terlalu mengikut perasaan sendiri.


Orang kata kalau dah tengah seronok tu, air muka mak ayah dan hukum agama semua ditolak tepi.

Kalau sebelum ini seorang remaja berjanji bulan bintang kepada kekasih yang baru seminggu bercinta, kali ini seorang remaja pula berdoa bukan main lagi pada Allah Taala.

Berdoa dah tentulah tak salah, tapi kalau dah berdoa sambil tangan pakwe menjalar ketat kat pinggang apa kes?

Aduhai adik-adik sekelian, tolonglah berfikir panjang sebelum mengepos apa-apa ke laman sosial selepas ini.

Selain memalukan mak bapak, takut nanti satu Malaysia ketawakan kebodohan dan kejahilan awak. Masa depan panjang lagi kot! Belum tentu dia tu akan jadi jodoh awak yang nak tunjuk sangat lovey dovey tu kat orang lain.

-Mynewshub

Kelab ‘Hot Mama’ Ligat Mencari Kepuasan Nafsu Dibelakang Suami

Kelab ‘Hot Mama’ Ligat Mencari Kepuasan Nafsu Dibelakang Suami

Mereka sudah bersuami dan ada anak, malah boleh dikategorikan dalam golongan berada. Namun kerana ingin mencari kepuasan nafsu, mereka sanggup menggunakan kecantikan dan ‘aset’ dimiliki bagi mencari hiburan di luar.


Mencari lelaki bujang mahupun yang berkeluarga untuk dijadikan teman dan tempat melepaskan nafsu sentiasa menjadi keutamaan. Tidak kira waktu terluang, mereka yang seakan-akan bernaung di bawah kelab ‘Hot Mama’ ligat mencari teman.

Di rumah, merekalah isteri, ibu dan suri rumah tangga, tetapi apabila di luar bersama rakan, mereka seolah-olah gadis remaja yang sentiasa mencari teman untuk bersosial.

Menerusi penyamaran, wartawan ini berjaya menjejaki kumpulan berkenaan, sekali gus membongkar aktiviti sulit golongan ini.

Tanpa berselindung, beberapa wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang ditemui menceritakan kisah hidup yang sentiasa sepi tanpa belaian lelaki.

Menurut Linda “hot mama”, 31, dia mencari hiburan di luar bagi mengisi kekosongan diri kerana sering diabaikan suami yang sentiasa sibuk dengan perniagaan.

Cukuplah setakat ini, tidak perlu menceritakannya sampai habis. Cuma, sesuatu yang perlu diberi perhatian dan difikirkan ialah gejala atau kegiatan ini seolah-olah "bebas" tanpa sebarang tindakan.

Bukannya "mereka" tidak tahu. Kalau seorang wartawan pun boleh membongkar kegiatan ini, apatah lagi "mereka" yang cukup diberi latihan dan kepakaran dalam kerja-kerja penyiasatan dan pendakwaan.

Jadi, siapa yang patut disalahkan?

-Hmetro

Sunday, May 19, 2013

Giler! Pasangan Kekasih Bercium Atas Motor Di Tengah Jalanraya

Giler! Pasangan Kekasih Bercium Atas Motor Di Tengah Jalanraya

Sepasang remaja muda kantoi sedang bermesraan di motor yang sedang bergerak.


Pemandu ini memandu di sepanjang jalan berhampiran Foz de Iguacu, di selatan Brazil, Parana.

Pasangan, yang tidak dikenal pasti ini, berciuman selama lebih daripada satu minit semasa dalam perjalanan dengan kelajuan 50 mph.


Keduanya juga tidak memakai topi keledar ketika melakukan aksi bodoh ini. Topi keledar kuning terlihat jelas di letakkan di tangan kanannya.

[Sumber]

Wednesday, May 01, 2013

Pelajar 16 Tahun Di Cekup Berkhalwat Dengan Tukang Masak

Pelajar 16 Tahun Di Cekup Berkhalwat Dengan Tukang Masak

Seorang pelajar tingkatan empat bersama teman lelakinya, seorang tukang masak di sebuah kedai makan ditahan Pegawai Penguat kuasa Syariah kerana berkhalwat di sebuah bilik hotel, dekat sini, lewat petang kelmarin.

Gambar hiasan

Dalam serbuan itu, pegawai syariah bersama polis terpaksa memecahkan pintu bilik kerana pasangan terbabit enggan bekerjasama sebelum berjaya memasuki bilik disewa pasangan lelaki terbabit, sejak dua hari lalu.

Soal siasat mendapati, mereka tidak mempunyai hubungan muhrim dan bilik itu disewa pasangan lelaki yang berasal dari Balai Besar, dipercayai untuk melakukan hubungan seks.

Menurut pelajar terbabit, dia masuk ke bilik tersebut kira-kira jam 5 petang dan sempat melakukan seks bersama teman lelakinya yang telah berkahwin serta mempunyai seorang anak.

Pelajar terbabit ketika ditangkap penguatkuasa.

Pelajar terbabit yang masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Dungun itu juga turut mengakui pernah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan pasangan berlainan dan menghadapi tindakan undang-undang kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.

Lebih memeranjatkan, selepas ujian saringan air kencing dilakukan mendapati pasangan itu turut positif dadah jenis methapethamine.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah atas kesalahan mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pasangan terbabit juga turut disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki mengambil dadah.

-Sinarharian

Friday, April 19, 2013

Gadis Jadi Perompak Akibat Ketagihan Video Porno

Gadis Jadi Perompak Akibat Ketagihan Video Porno

Seorang remaja berusia 18 tahun mengaku memecah masuk rumah jirannya sebanyak tiga kali untuk mencuri dan mencari barang yang boleh dijual untuk memuaskan ketagihan pornonya.

Amanda Rose Owens

Sherif di Anoka berkata, jirannya membuat laporan polis kerana mempunyai rakaman video menunjukkan Amanda Rose Owens menyelinap masuk ke rumahnya melalui lubang anjing di pintu belakang.

Jirannya itu memasang kamera litar tertutup di rumahnya apabila wang tunai AS$300 (RM947) dan barang lain kepunyaannya, dicuri.

Pegawai penyiasat berkata, Owens mengaku mencuri masuk ke rumah jirannya itu sebanyak tiga kali.

Katanya, dia mencuri masuk kerana dia memerlukan wang untuk membeli 20 hingga 30 DVD pornografi.

Sehingga semalam, tidak dapat dipastikan sama ada dia mempunyai peguam untuk membelanya di mahkamah.

–AP

Bilik Sewa Percuma Tapi Bayar Dengan Seks

Bilik Sewa Percuma Tapi Bayar Dengan Seks

Memang mengejutkan apabila terdapat seorang jejaka yang dikenali sebagai Bryan, sanggup mengiklankan perkhidmatan bilik sewa kepada pelajar-pelajar wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 23 tahun secara percuma melalui beberapa laman pengiklanan portal.

Bilik Sewa Percuma Bayar Seks
Gambar hiasan

Apa yang lebih memeranjatkan Bryan turut meletakkan beberapa syarat kepada penyewa yang bakal tinggal bersamanya kelak iaitu mereka perlu mengadakan hubungan seks dengannya setiap hari, boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris malah dia mahukan temannya itu mempunyai perwatakkan ceria dan ‘daring’.


Adakah mana-mana wanita sanggup menggadaikan maruah mereka demi sebuah bilik yang tidak perlu dibayar sewa tiap-tiap bulan serta bersetuju dengan segala syarat yang telah ditetapkan oleh Bryan itu?

Hmmm, tepuk dada tanyalah iman anda ya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, April 15, 2013

Mislina Muak Golongan Songsang Asyik Di Benci

Mislina Muak Golongan Songsang Asyik Di Benci

Jika disebut nama Mislina Mustaffa, pelakon dan juga pengarah ini sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan dan bakatnya yang tersendiri. Karya-karya yang pernah dibawanya juga ada yang menimbulkan kontroversi.


Dan terbaru, dia telah mengarahkan serta turut berlakon sama di dalam sebuah pementasan teater berjudul “M.Butterfly” yang turut dibarisi oleh pelakon Benjy.

Karya ini sememangnya karya yang sangat kontroversi dan di Malaysia sendiri ia adalah isu sensitif kerana mempunyai unsur-unsur cinta dan seks sama jenis.

Mislina ketika ditemubual menjelaskan antara tujuan dia memilih “M.Butterfly” sebagai naskhah untuk tontonan umum adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengorek ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

“M.Butterfly adalah satu karya kontroversi, kerana ia ada cinta dan seks sama jenis. Saya dah muak terhadap kebencian orang terhadap LGBT, dan saya yang berpelajaran ada tanggungjawab untuk korek kenapa perkara itu berlaku.

“Saya sedar, jika anda sentiasa korek pengetahuan, takkan ada peluang untuk anda menjadi seorang yang ‘judgemental’,” tambahnya lagi.

Bagi yang tidak tahu, “M.Butterfly” merupakan sebuah karya yang memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard kemudiannya jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.

-Ohbulan

Alvin Kecewa Gagal Buntingkan Vivian

Alvin Kecewa Gagal Buntingkan Vivian

Pasangan kontroversi Alvin dan Vivian meluahkan rasa kecewa dalam Facebook mereka kerana masih gagal menimang cahayamata seperti yang diharapkan.


Mereka turut memuatnaik gambar alat mengesan kehamilan yang menunjukkan Vivian masih gagal mengandung.

Malah dalam nada sinis, pasangan tersebut menulis begini;


Alvin dan Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks mereka dalam sebuah blog, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

Macam-macam...

-Mynewshub

Thursday, April 11, 2013

Pelacur Warga China Separuh Bogel Ditangkap Ketika Menyorok

Pelacur Warga China Separuh Bogel Ditangkap Ketika Menyorok

Seorang wanita berpakaian separuh bogel ditemui sedang menyorok dalam sebuah almari pakaian sebuah bilik unit pangsapuri di Jalan Pasar Baru Pudu, di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Tindakan wanita berusia 30-an yang hanya memakai coli dan seluar dalam menyorok disebabkan takut dengan kehadiran pegawai Jabatan Imigresen Putrajaya yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin.

Difahamkan, wanita warga China disyaki pelacur itu berjaya diberkas bersama 24 lagi warga asing lain sekitar lokasi serbuan berkenaan.

Malah, seorang lelaki warga asing yang dipercayai berang dengan serbuan pihak berkuasa itu cuba bertindak menghalang pihak berkenaan melaksanakan tugas dengan menumbuk seorang pegawai imigresen sebelum dia turut ditahan.

Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya Abdul Malik Bujang berkata, serbuan itu berikutan aduan orang awam mengenai kebanjiran warga asing yang menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Serbuan dengan kekuatan 38 pegawai dan anggota bermula kira-kira jam 12 tengah malam itu berjaya menahan 24 pendatang asing tanpa izin masing-masing 22 wanita dan dua lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun.

“Daripada jumlah itu, 22 wanita warga China, empat Myanmar dan seorang Indonesia manakala masing-masing seorang lelaki Bangladesh dan Myanmar,” katanya ketika ditemui sebaik tamat operasi, kelmarin.

Menurutnya, wanita yang ditahan disyaki menjalankan aktiviti tidak bermotal termasuk pelacuran.

“Sebelum menyerbu kawasan itu, kita sudah melakukan risikan selama tiga bulan,” katanya.

-Hmetro

Wednesday, April 10, 2013

Pengarah Filem Gay Cuba Pikat Pelakon Muda

Pengarah Filem Gay Cuba Pikat Pelakon Muda

Seorang penerbit drama didapati cuba mempelawa seorang pelakon baru melakukan hubungan sonsang jika mahu berlakon didalam drama terbitannya.


“Tindakan biadab penerbit itu mahukan saya menjadi ‘suaminya’ dan tinggal serumah amat menjijikkan. Kalau itu yang dia mahu, saya bukanlah orangnya,” kata pelakon baru, Norshazril Ahmad, 24, atau Shazril Ahmad.

Begitulah nasib buruk yang menimpa Shazril pelakon yang baru lima bulan bergelar anak. Dia dijadikan sasaran seorang penerbit drama yang menawarkannya watak utama sebuah produksi sekiranya sanggup menjalinkan hubungan songsang dan tinggal bersama lelaki berkenaan.

Mendedahkan perkara itu, pelakon drama Hujan siaran TV3 itu berkata, dia mengenali lelaki itu pada 10 Mac lalu selepas mengetahui produksi miliknya memerlukan pelakon.

“Pada 12 Mac, dia menjemput saya untuk menghadiri sesi uji bakat drama sebelum saya ke Ampang dua hari kemudian bagi tujuan itu. Berdasarkan pengalaman membintangi empat drama, saya yakin untuk mendapatkan watak itu.

“Namun, selepas tamat uji bakat, dia menyatakan saya hanya layak diberikan watak sekiranya sudi menjadi ‘suaminya’, menjalinkan hubungan songsang, memeluk dan menciumnya selalu,” katanya.

BACA INI JUGA: Video Gelek Terlampau, Ira Kazar Mohon Maaf

Sumber: Hmetro

Friday, April 05, 2013

Vivian Minta Maaf 'Berbogel' Bersama Bendera BN!

Vivian Minta Maaf 'Berbogel' Bersama Bendera BN!

Setelah dikecam hebat oleh rakyat Malaysia dan laporan polis yang bakal dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Saudara Khairy Jamaludin, pasangan sundal ini melalui akaun Facebook mereka memohon maaf.


Tindakan keterlaluan pasangan ini bukan sahaja mencemar nama Barisan Nasional, bahkan emosi dan peradaban bangsa Malaysia.

(Baca: Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!)

Alvin mendakwa, pasangannya itu tidak berkeadaan bogel, tetapi memakai tiub dan seluar pendek ketika mengambil gambar tersebut.

Terdahulu, pasangan ini memuat naik gambar Vivian yang seolah-olah dalam kedaaan tidak berpakaian ke akaun FB mereka. Berikutan itu, satu laporan polis bakal dibuat oleh KP UMNO kerana menganggap ianya satu perbuatan menghina parti itu.

Berikut adalah teks penuh permohonan maaf pasangan berkenaan:

Kami dengan tulus ikhlas memohon ampun kerana memuatnaik gambar lucah yang boleh disifatkan menghina dan memperselekehkan bendera Barisan Nasional.


Kami tidak menyangka bahawa perbuatan yang tidak bertanggungjawab kami akan menyebabkan reaksi yang begitu negatif di kalangan rakyat Malaysia.

Kami juga ingin menegaskan bahawa Vivian sebenarnya memakai baju tiub dan seluar pendek ketat di belakang bendera tersebut. Harap maaf.

Yang benar,

Alvin dan Vivian

[Sumber]

Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!

Panas! Vivian Kempen Untuk BN Tanpa Seurat Benang!

Pastinya kita masih ingat pasangan haramjadah Alvin dan Vivian yang bukan sahaja memalukan keluarganya, malam masyarakat Malaysia secara umumnya apabila memuatnaik gambar serta video seks mereka ke internet pada tahun lepas.


Semalam, Vivian telah memuat naik gambar lucahnya ke laman Facebook dengan merentangkan bendera Barisan Nasional pada tubuh bogelnya dengan caption 'Remember to vote for BN! 记得投国阵哦!

Ingat, undilah BN!'

Tindakan Vivian ini difahamkan bertujuan untuk menjatuhkan maruah BN kerana sering dikaitkan dengan pembongkaran video salah laku beberapa pemimpin PR yang lebih kurang juga perangainya dengan pasangan ini.


Tindakan beliau mengajak peminatnya mengundi BN juga adalah hanya cubaan menyindir dan sudah difahami oleh pengujung laman FBnya. Ramai pengunjung lebih cenderung mengutuk dan tidak senang dengan tindakan ini.

-Pilihan-anda

Tuesday, March 12, 2013

Gadis Malaysia Beri Khidmat 'Kotor' Melalui Telefon

Gadis Malaysia Beri Khidmat 'Kotor' Melalui Telefon

Kelebihan menggunakan Internet banyak manfaatnya jika kita gunakannya untuk tujuan yang baik.


Namun terdapat segelintir pihak yang telah menyalahgunakan media sosial Twitter apabila mewujudkan akaun yang tidak bermoral seperti untuk menawarkan perkhidmatan perbualan seks melalui telefon.

Kalau di Barat, aktiviti seperti ini memang sudah sinonim dengan kehidupan masyarakatnya di sana.

Terdapat sebuah akaun Twitter atas nama @nanalambert yang didakwa memberikan khidmat perbualan seks menerusi telefon.

Untuk mendapatkan khidmatnya, anda hanya perlu menambah nilai RM30 untuk bil telefon si gadis terbabit.

Setakat ini gadis tersebut sudah mempunyai lebih daripada 1000 pengikut di Twitter.

Tapi penulis ragu-ragu mengenai kesahihan cerita ini, mana tahu gambar gadis itu telah dieksploitasi tanpa pengetahuannya sendiri.

Kan macam-macam hal boleh berlaku pada zaman sekarang ni.

[Sumber]