Sunday, April 28, 2013

WTH! Wajah Peserta Miss Korea 2013 Semuanya Serupa!

WTH! Wajah Peserta Miss Korea 2013 Semuanya Serupa!

Selain terkenal sebagai negara yang popular dengan keluaran alat-alat elektronik canggih, Korea Selatan juga dikenali sebagai negara di mana rakyatnya paling ramai membuat pembedahan plastik terutamanya di bahagian wajah masing-masing.


Perkara ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja, sebaliknya kaum lelaki di sana pun turut melakukan pembedahan plastik untuk mendapat wajah seperti artis K-pop pujaan mereka di sana.

Walaupun merupakan negara yang terbuka mengenai pembedahan plastik, ironinya peserta akhir pertandingan ratu cantik Miss Korea 2013 dikecam kerana wajah mereka semua dikatakan hampir menyerupai satu sama lain.


Selepas siasatan dijalankan, hampir kesemua 20 orang peserta tersebut berkemungkinan besar telah menjalani pembedahan plastik.

Mungkinkah mereka semua mendapatkan perkhidmatan doktor pakar bedah yang sama atau pun memang ‘pattern’ rupa itu lebih digemari masyarakat di sana?

Apa kata anda?

-Mynewshub

Tuesday, January 15, 2013

Ratu Cantik 2012 Korea Kantoi Lakukan Pembedahan Plastik

Ratu Cantik 2012 Korea Kantoi Lakukan Pembedahan Plastik

Sebaik Kim Yumi dimahkotakan sebagai Miss Korea 2012, gambar-gambarnya ketika masih bersekolah menengah mula timbul di internet.


Pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengannya mendakwa Kim Yumi tidak memiliki kecantikan semulajadi.

Disebabkan desakan berterusan, Kim akhirnya mengakui bahawa dirinya ‘bukan asli’.

Inilah kehebatan pembedahan plastik…memberikan kecantikan yang diinginkan…asalnya ada duit dan keberanian untuk dibedah.


Dan ini wajah asalnya...


Sumber: mynewshub.cc

Friday, December 21, 2012

Cantiknya Pemenang Ratu Cantik Universe 2012

Cantiknya Pemenang Ratu Cantik Universe 2012

Peserta berusia 20 tahun dari Amerika Syarikat (AS), Olivia Culpo menewaskan 88 jelitawan lain untuk memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe 2012 di Planet Hollywood di sini kelmarin.

Culpo memberi senyuman kepada penonton selepas dia 
memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe di Las Vegas.

Pemenang tahun lalu, Leila Lopes dari Angola menyampaikan mahkota kemenangan kepada Culpo selepas dia diumumkan sebagai pemenang.

Peserta dari Filipina, Janine Tugonon menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga menjadi milik Irene Sofia Esser Quintero dari Venezuela pada pertandingan kali ke-61 itu.

Para peserta menyertai acara pakaian renang, gaun malam dan wawancara pada peringkat separuh akhir yang disertai 16 peserta.

Culpo dari Pulau Rhode bakal menerima gaji yang jumlahnya tidak didedahkan, pelbagai koleksi pakaian, produk kecantikan dan seunit apartmen mewah di New York.

Ketika ditanya tentang perbuatan yang dikesalinya, gadis tersebut berkata: "Sesuatu yang telah dilakukan sehingga menyebabkan saya berasa kesal ialah mengganggu adik-beradik saya kerana anda akan menghargai mereka selepas anda menjadi dewasa."

Culpo merupakan pelajar Universiti Boston dan anak kepada dua ahli muzik profesional.

Ia merupakan kemenangan pertama buat warga AS selepas Brook Lee memenangi pertandingan tersebut pada 1997.

Para peserta pertandingan itu tidak boleh berkahwin atau mempunyai anak selain berumur di bawah 27 tahun.

Malaysia diwakili Kimberley Leggett pada pertandingan itu.

-Agensi

Tuesday, December 11, 2012

Gambar Seksi Peserta Ratu Cantik Miss Universe Asia 2012

Gambar Seksi Peserta Ratu Cantik Miss Universe Asia 2012

Berikut adalah sebahagian peserta Asia untuk pertandingan Miss Universe 2012.

Kalau hendak tahu mana peserta Malaysia…yang gambar nampak ada pompuan tayang lidah tu itulah dia..

Miss India

Miss Indonesia

Miss Vietnam

Miss Korea

Miss Sri Lanka

DAN MISS MALAYSIA...

Erkkk...

-Mynewshub

Edited by Sentiasapanas.blogspot.com

Tuesday, November 27, 2012

Ratu Cantik Mexico Mati Di Tembak Ketika Edar Dadah

Ratu Cantik Mexico Mati Di Tembak Ketika Edar Dadah

Seorang ratu cantik di Mexico maut ketika melarikan diri daripada pertembungan antara tentera dengan satu kumpulan pengedar dadah ketika dalam perjalanan di utara negara itu, semalam.


Ketua Pendawaraya negeri Sinaloa, Marco Antonio Higuera, berkata mayat mangsa, Maria Susana Flores Gamez ditemui terbujur di tepi jalan raya sebuah perkampungan di pinggir gunung dengan satu rifel di badannya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada Flores Gamez mengguna atau memiliki senjata api berkenaan.

“Dia bersama kumpulan penjenayah berkenaan tepi kita tidak dapat mengesahkan sama ada dia terbabit dalam pertempuran dengan anggota tentera berkenaan," katanya.

Flores Gamez dinobatkan sebagai Wanita Sinaloa pada 2012 dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan pada Februari lalu.

Higuera berkata, Flores Gamez dikatakan sedang dalam perjalanan dengan sebuah kenderaan sebelum bertembung dengan tentera sebelum berlaku aksi kejar-mengejar dan tembak menembak sehingga beberapa jam.

Beliau berkata, dua lagi anggota kumpulan berkenaan juta mati ditembak manakala empat yang lain ditangkap.

-AP

Friday, October 12, 2012

Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Pertandingan Ratu Cantik Tapi Berpurdah!

Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Tentu mengejutkan kerana negara tersebut tidak pernah membenarkan wanita memperagakan bentuk badan mereka, apatah lagi membuka aurat di depan khalayak ramai .


Bagaimanapun dalam pertandingan Miss Congeniality ini, wanita yang mengambil bahagian tidak diadili berdasarkan kecantikan, malah ada yang mengambil bahagian dengan memakai purdah.

Sebaliknya mereka dinilai kepada nilai etika masing-masing.

Pertandingan kali ketiga ini bertemakan `etikaku, identitiku” dan diadakan di Qatif.

Dalam pertandingan itu, Maram Zaki al-Saif dipilih sebagai pemenang selepas dia berjaya meyakinkan para judi dengan keyakinan yang tinggi dan mempesonakan penonton.

Selain gelaran berkenaan, Maram turut membawa pulang wang tunai berjumlah lebih $2,000 dolar.

Maram yang berasal dari Taraout itu, berjaya mengalahkan 285 peserta lain yang kebanyakannya berusia antara 16 hingga 24 tahun.

Tempat kedua disandang oleh Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17 manakala tempat ketiga diraih oleh Fatema Saeed Al Baik, 23.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif pertandingan, Khadra’a Al Mubarak berkata, kriteria utama pemilihan adalah berfokuskan kepada karisma, kaykinan dan kebijaksanaan peserta untuk menjawab soalan yang dikemukakan.

Antara soalan yang dikemukakan ialah `Apa yang akan capai selepas anda memegang gelaran juara ? dan apa yang akan anda sumbangkan kepada gelaran itu sebagai balasan?

Pertandingan itu turut dihadiri oleh golongan wanita yang terdiri daripada selebriti, tokoh media dan ibu peserta.

-Mynewshub.my

Thursday, October 04, 2012

Gagal Memenangi Ratu Cantik Universe Kerana Ada 'Telur'

Gagal Memenangi Ratu Cantik Universe Kerana Ada 'Telur'

Seorang lelaki yang menjalani pembedahan penukaran jantina, Jenna Talackova gagal memenangi pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada di Toronto kelmarin.

Jenna Talackova

Talackova, 23, bertanding bersama 61 peserta wanita.

Namun, dia berjaya menempatkan diri dalam kalangan 12 peserta akhir dalam pertandingan itu.

Talackova merupakan seorang daripada empat peserta yang dinamakan sebagai Ratu Cantik Congeniality.

Semasa dia memperagakan bikini di atas pentas, para penonton memberikan sorakan kepadanya.

Talackova menjalani pembedahan pertukaran jantina empat tahun lalu.

BINIAZ (kiri) menjadi pemenang Ratu Cantik Universe.

Sebelum ini pihak penganjur membatalkan penyertaan Talackova dalam pertandingan itu kerana peraturan menetapkan hanya wanita tulen yang dibenarkan bertanding.

Namun, peraturan itu dipinda selepas keputusan membatalkan penyertaannya mendapat bantahan daripada aktivis-aktivis lesbian, biseksual, gay dan transeksual.

Pada pertandingan itu, Sahar Biniaz, 26, memenangi mahkota Ratu Cantik Universe Kanada.

-Agensi