Thursday, March 16, 2017

Benarkah Pemilik Garis Tangan Berbentuk M Sangat Istimewa?

Benarkah Pemilik Garis Tangan Berbentuk M Sangat Istimewa?

Dipercayai bahawa, individu yang memiliki garis-garis pada telapak tangan bentuk huruf 'M' dianggap sebagai orang yang istimewa.

Garis Tangan M

Pemilik garusan huruf M ditapak tangan ini dikatakan sangat bertuah dari segi kewangan, kesihatan, jodoh dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah, ramai peramal yang menggunakan tapak tangan untuk meramal atau juga dikenali sebagai palmistry.

Mereka yang memiliki garisan tapak tangan berbentuk M dianggap sebagai orang yang berbakat dan dianggap memiliki intuisi yang kuat serta mampu menjadi ketua yang sangat baik jika menjalankan apa-apa pekerjaan.

Jika pasangannya juga memiliki garisan yang sama, ertinya dia tidak akan membohongi atau menipu pasangannya. Malah, dia akan tahu jika pasangannya sedang berbohong atau menipu.

Wanita dengan garis tangan huruf M memiliki intuisi lebih kuat dari lelaki dan jika kedua-dua pasangan sama-sama memiliki garis tangan seperti ini, wanita yang lebih dominan kerana memiliki intuisi yang lebih kuat.

Individu dengan garis tangan M yang istimewa ini memiliki kekuatan untuk membuat perubahan yang mereka perlukan dalam hidup dan mampu merebut peluang.

Jadi, jika anda adalah sebahagian individu yang memiliki garis tapak tangan huruf M, tandanya anda adalah orang yang istimewa.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

sumber: tergemes

Saturday, March 04, 2017

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Renungan Mata

Ketahui Rahsia Personaliti Seseorang Melalui Renungan Mata

Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia dan sangat menarik untuk diketahui tentang personaliti seseorang itu melalui matanya.

Adakalanya kita mampu menafsir sebahagian watak seseorang itu hanya dengan melihat mata kerana personaliti dalaman biasanya terpancar melalui mata.

1. Mata Jarang Berkedip

Mata Jarang Berkedip

Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat.

Orang ini sangat berpotensi menjadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Renungan Mata Yang Tajam

Renungan Mata Yang Tajam

Jika renungan matanya tajam seperti renungan mata harimau, orang ini sangat bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

Pemikirannya juga tajam dengan syarat matanya kurang berkedip.

Dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian.

3. Renungan Mata Seolah Merenung Masa Hadapan

Renungan Mata Seolah Merenung Masa Hadapan

Jika renungan matanya tidak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikirannya adalah unik dalam berfikir dan bijak dengan syarat jangan banyak berkedip.

Nak tahu mata jenis ini, lihat mata Tun Mahathir.

4. Mata sering berkedip

Mata sering berkedip

Apabila mata sering berkedip seolah-olah ada habuk dalam mata, orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang bijak serta mudah ditipu.

5. Renungan mata yang lemah

Renungan mata yang lemah

Mata dengan renungan yang lemah menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam erti kata lain dia hanya berpotensi menjadi watak tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindi.

6. Mata Kecil, Tajam Dan Tidak Berkedip

Mata Kecil, Tajam Dan Tidak Berkedip

Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip dan jika renungannya bercahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi menjadi pakar.

7. Mata Besar Macam Lembu

Mata Besar Macam Lembu

Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tidak tajam renungannya dan tak bercahaya matanya.

8. Renungan Mata Berkeliaran

Renungan Mata Berkeliaran

Jika mata seseorang berkeliaran biji mata hitamnya, orang ini kaki belit, suka menipu serta tidak bijak dan sukar dipercayai.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%. Semua gambar juga adalah hiasan semata-mata.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Dan Tanda-tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

Sumber: 1001rahsiadiri

Saturday, February 25, 2017

Ketahui Rahsia Dan Tanda-tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

Ketahui Rahsia Dan Tanda-tanda Seorang Lelaki Jatuh Cinta

Anda rapat dan menyukai seorang lelaki dan dia pun seperti sukakan anda juga tapi takut akhirnya cinta bertepuk sebelah tangan?

Jatuh Cinta

Mungkin seorang lelaki itu mesra dengan anda. Sama ada dia hanya mahu berkawan ataupun mempunyai hasrat lain untuk mendekati anda dengan lebih rapat, masalahnya, kita sukar nak tahu kan.

Jadi, jika anda ingin tahu 22 tanda-tanda seorang lelaki sedang jatuh cinta dan menyukai anda, begini..

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk wanita dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati seorang wanita.

3. Dia sentiasa menasihati wanita kerana amat menyayanginya.

4. Dia terlalu mengongkong kebebasan rakan wanitanya kerana perasaa cemburu yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan seorang kawan wanita.

6. Dia selalu mengawasi gerak-geri wanita kerana sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati wanita tersebut.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila wanita itu tidak menumpahkan seluruh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu wanita tersebut melayan dirinya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu wanita melakukan apa saja.

11. Dia suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh rakan wanitanya.

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kawan wanitanya terlalu lama.

13. Dia selalu memastikan keselamatan anda.

14. Dia lebih mementingkan anda daripada dirinya sendiri.

15. Dia tidak akan memperdulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.

16. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan anda.

17. Dia membanggakan anda di depan orang lain.

18. Jika ditinggalkan oleh wanita, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan wanita lain. Namun dia sentiasa mengharapkan wanita tersebut kembali padanya.

19. Apabila ada orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup melakukan apa saja untuk merebut semula perhatian seorang wanita.

20. Dia menganggap wanita sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.

21. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya.

22. Menangis demi kekasihnya kerana tidak semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya untuk seorang wanita.

Jadi, hargailah seorang insan bergelar lelaki yang mengambil berat tentang diri kamu.

BACA INI JUGA: Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah Kamsah

Sumber: 1001rahsiadiri

Tuesday, February 21, 2017

Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah Kamsah

Rahsia Bulan Kelahiran Anda Menurut Kajian Dr. Fadhilah Kamsah

Adakah anda tahu rahsia dan keistimewaan disebalik bulan kelahiran sendiri? Mari kita bongkar sikap seseorang mahupun diri kita mengikut bulan kelahiran masing-masing.

Kelahiran

Hasil kajian oleh Dr. Fadhilah Kamsah sepanjang 25 tahun pengalaman.

JANUARI
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka mendidik dan dididik
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Bersifat sensitif
  • Berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali telah dirangsang
  • Agak pemalu
  • Daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya
  • Cukup sayang pada kanak-kanak
  • Suka duduk rumah
  • Setia pada segala-galanya
  • Perlu belajar kemahiran sosial
  • sikap cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak
  • Bijak dan genius
  • Pesonaliti yang mudah berubah
  • Mudah menawan hati orang lain
  • Agak pendiam
  • Pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak apabila dikongkong
  • Suka kegiatan yang lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamerkan marahnya
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yg bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan pada benda tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semulajadi
  • Jujur
  • Pemurah
  • Mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah
  • Sangat amanah
  • Tahu balas budi dan tahu kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja
  • Suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
  • Terlalu moody

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka diberi perhatian
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk)
  • Pandai menyelesaikan masalah orang
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka adventure
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik
  • Kecenderungan bersifat dendam
  • Agresif
  • Kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada
  • Sangat kuat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Mudah marah apabila tidak dikawal
  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • Perasaan yang amat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik (otak kiri)
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat
  • Memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu
  • Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit
  • Daya khayalan yang tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Kelemahan sistem pernafasan
  • Suka sastera, seni dan muzik
  • Suka melancong
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros

JUN
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Berperangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap
  • Perangai idea @moodidea yang terlalu banyak dikepala
  • Bersikap sensitif
  • Otaknya aktif (sentiasa berfikir)
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera
  • Bersikap suka menangguh-nangguh
  • Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otaknya cerdas berangan-angan
  • Mudah berkawan dan pandai berkawan
  • Orang yang sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati
  • Mudah kena selsema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Sikap terlalu memilih dan cerewet
  • Kurang mempamerkan perasaan
  • Lambat nak sembuh apabila terluka hati
  • Suka kepada barang yang berjenama
  • Mudah menjadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
  • Sangat seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
  • Berjiwa sentimental
  • Jarang berdendam
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh-temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka
  • Caring dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan yang serupa dengan semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka menilai orang lain dengan pemerhatian mudah
  • Rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri
  • Suka duduk dirumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari segi kesihatan perut
  • Mudah gemuk
  • Minta disayangi
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja

OGOS
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan-santun dan caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  • Pandai pujuk orang lain
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah dan mudah mengamuk
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  • Cepat berfikir
  • Fikiran yang berdikari
  • Suka memimpin dan dipimpin
  • Sifat suka berangan
  • Berbakat dalam seni lukis
  • Hiburan dan silat
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  • Cepat ditimpa penyakit
  • Belajar untuk relax
  • Sikap kelam kabut
  • Romantik
  • Pengasih
  • Penyayang
  • Suka mencari kawan

SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  • Sangat cermat, teliti dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool
  • Sangat baik dan mudah simpati
  • Sangat prihatin dan terperinci
  • Amanah, setia dan jujur
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui orang
  • Banyak berfikir
  • Daya pentaakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi)
  • Banyak simpan rahsia
  • Suka sukan, hiburan dan melancong
  • Kurang menunjukkan perasaannya
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik

OKTOBER
  • Suka sembang
  • Suka orang yang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan dan sopan santun
  • Kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati
  • Baik
  • Pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  • Cepat marahPentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang kecuali diminta
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi yang mudah terusik
  • Suka berangan dan pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  • Suka melancong, bidang sastera dan seni
  • Pengasih, penyayang dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lainSuka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaranMudah patah semangat

NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnyaberfikiran kehadapan
  • Berfikiran unik dan bijak
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa
  • Pemikiran yang tajam
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi
  • Bagus untuk menjadi doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamiksifat perahsia
  • Pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Banyak berfikir
  • Kurang bercakap tetapi mesra
  • Berani
  • Pemurah
  • Setia dan banyak kesabaran
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
  • Tak suka marah kecuali digugat
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Pandai muhasabah diri
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Otak yang sangat tajam
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Tidak hargai pujian
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi
  • Apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
  • Badan yang tough
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang
  • Suka duduk dirumah
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Amanah
  • Jujur
  • Setia
  • Pandai berahsia
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
  • Bercita-cita tinggi
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
  • Sangat jujur
  • Amanah dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Perangai yg berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan
  • Suka berlawak
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Gigi

Sumber: Dr. Fadhilah Kamsah

Saturday, February 18, 2017

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Gigi

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Gigi

Mungkin ada yang memandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.

Gigi

Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap leleh. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! Tak ke haru tu?

Jadi, siapa cakap tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah anda bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri?

Wah! Ini yang menarik!

Jarang dan kecil

Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri orang lain. Pasti ada saja yang tidak kena pada pandangan mata mereka.

Tapi yang tak syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau mengkritik dirinya! Tak patut!

Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang bersalah.

Bersaiz sederhana dan rata

Cantiknya gigi dia. Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak. Tapi gigi original tau.

Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini?

Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah.

Kalau ada yang minta bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira.

Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?

Besar dan jarang

Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain.

Tak elok macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu saja.

Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak berdengki.

Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan.

Tapi awas, mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu diperolehi. Bahayanya!

Sebagai kekasihatau teman mereka, kamu harus banyak bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat-buat tu. Erk! Gelemannya!

Jongang dan kecil

Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik. Ada juga yang masih kelihatan manis dan cantik.

Apapun, apa pula maksud pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil, bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain.

Maknanya keras kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu, dalam keras ada lembutnya!

Jongang dan besar

Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau ada teman atau kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh!

Kamu haruslah kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu.

Mereka juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.

Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Selain itu, mereka ini agresif orangnya dan ringan tulang!

Tidak tersusun

Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan kecantikan yang dimilikinya itu.

Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi hati budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai pun tak berapa cantik juga.

Mereka ini merupakan teman bicara yang amat memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat.

Mereka juga berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan dan adakalanya merimaskan.

Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain.

Seolah masuk ke dalam

Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia menandakan bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar diri mereka tapi mereka agak pasif.

Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga cukup pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah meraih kepercayaan mereka.

Kecil dan tersusun

Selalunya berwajah keanak-anakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang kecil dan tersusun indah itu.

Mereka yang memiliki gigi sebegini dikatakan suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka.

Beruntungnya mereka yang memiliki pasangan atau kekasih seperti ini kerana mereka seorang yang hebat!

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA: Ketahui Titik Sensitif Rangsangan Wanita Mengikut Zodiak

Sumber: 1001rahsiadiri

Monday, February 13, 2017

Ketahui Titik Sensitif Rangsangan Wanita Mengikut Zodiak

Ketahui Titik Sensitif Rangsangan Wanita Mengikut Zodiak

Setiap orang mempunyai titik rangsangan yang tersendiri dan wanita dikatakan memiliki beberapa titik sensitif yang berbeza mengikut zodiak masing-masing.Jika diketahui lelaki, maka mudahlah merangsang titik-titik ini ketika hubungan asmara.

Sensitif

Berikut adalah informasi lengkap tentang titik sensitif setiap wanita mengikut zodiak untuk mencapai kepuasan ketika melakukan hubungan intim dengan suami.

1. Aries

Aries punyai titik sensitif di kepala dan wajah. Bahagian ini boleh menambah keghairahan ketika berhubungan intim.

Wanita Aries sangat suka pasangannya membelai rambutnya atau wajahnya. Minta suami untuk meniup telinga dengan lembut dan hangat untuk membangkitkan ghairah bercinta.

2. Taurus

Bagi Taurus, leher adalah bahagian yang sangat sensitif. Minta suami untuk menyentuh, mencium dan menggigit lembut leher untuk menaikkan ghairah dan membuatkan malam anda lebih panas.

3. Gemini

Titik sensisif bagi Gemini adalah tangan. Minta suami untuk cium dan membelai lembut tangan anda. Ini pasti akan membangkitkan ghairah bercinta anda nanti.

4. Cancer

Wanita Cancer akan terus berghairah jika bahagian payudaranya disentuh. Minta suami mulai malam indah anda dengan meraba, mencium dan meramas payudara anda.

5. Leo

Bagi Leo, belakang adalah bahagian yang sensitif. Minta suami anda untuk menggosok lembut bahagian belakang dan berikan cubitan lembut yang akan membangkitkan rasa ghairah anda untuk bercinta.

6. Virgo

Perut menjadi bahagian sensitif untuk wanita Virgo. Minta suami untuk meraba perut dari atas lalu turun kebawah.

Suami juga boleh menggunakan sentuhan jari ataupun ciuman manja. Ini akan membuatkan anda lebih bersemangat dan berghairah untuk melakukan hubungan seks.

7. Libra

Bahagian punggung menjadi bahagian sensitif bagi wanita Libra. Ramasan dan sentuhan lembut suami dibahagian punggung anda akan membuatkan anda tidak menjadi tidak menentu dan bersedia untuk aksi seterusnya.

8. Scorpio

Scorpio akan terus terangsang jika Miss V mereka diberikan sentuhan. Ini akan membuatkan Miss V lebih bersemangat untuk melakukan hubungan intim.

9. Sagitarius

wanita Sagitarius akan merasa mudah terangsang ketika peha mereka disentuh. Suami boleh memulakan dengan mencium atau membelai peha anda untuk membangkitkan nafsu anda.

10. Capricorn

Bahagian pusat dan bahagian lutut adalah titik sensitif wanita Capricorn. Minta suami cium pusat dan kawasan sekitarnya untuk membangkitkan ghairah seks anda.

11. Aquarius

Aquarius akan mudah terangsang jika betis dan pergelangan kakinya disentuh. Gosok sedikit betis sudah membuatkan anda rasa ghairah.

12. Pisces

Wanita Pisces akan terangsang jika kakinya disentuh. Urutan pada kaki akan merangsang wanita Pisces untuk segera melakukan hubungan intim.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Thursday, February 02, 2017

Ramalan Tahun Ayam Api Masyarakat Cina 2017

Ramalan Tahun Ayam Api Masyarakat Cina 2017

Mengikut kalendar lunar Cina, tahun 2017 merupakan Tahun Ayam yang berunsurkan api dan menurut pengasas Good Feng Shui, Kenny Hoo, disebabkan oleh dua elemen yang bercanggah iaitu logam dan api, tahun ayam diramal lebih mencabar.

Tahun Ayam Api

"Apabila unsur logam terlalu kuat, ia akan menyebabkan dari segi emosi lebih ramai orang yang bersikap agresif, senang marah atau menimbulkan kekecohan. Jadi banyak perkara akan berlaku dari segi pertengkaran dan pergaduhan," katanya.

Turut terkesan katanya, adalah bidang berunsurkan logam seperti ekonomi dan industri perbankan.

"Unsur berhubung dengan logam ini seperti industri kewangan dan perbankan akan menghadapi tekanan dan persaingan yang kuat."

"Namun bagi industri berunsurkan air seperti pelancongan, logistik, pengangkutan dan minuman adalah sangat baik tahun ini," katanya.

Ini kerana katanya unsur yang penting adalah air bagi tahun ini.

Justeru, beliau mengalakkan pemakaian warna biru untuk menambah tuah pada Tahun Ayam Api ini.

"Contohnya, kita boleh menggunakan lebih banyak warna biru tahun ini dari segi pakaian atau aksesori."

"Selain itu, kita juga boleh mengecat sebahagian dinding rumah dengan warna biru khususnya di kawasan utara rumah atau pejabat," katanya.

Bagi beberapa zodiak, mereka bakal menemui tuah pada tahun ayam ini, khususnya mereka lahir pada tahun Naga.

"Zodiak paling bertuah adalah bagi mereka yang lahir dalam tahun harimau, kuda, anjing dan naga.

"Bagi harimau, kuda dan anjing, tahun ini adalah peluang untuk menjadi lebih masyur.

"Mereka akan dapat berjumpa dengan kenalan baru yang akan membantu mereka dari segi kerjaya."

"Naga terutamanya adalah sangat bertuah tahun ini. Mereka akan mendapati rezeki dari segi kerjaya dan kesihatan, semuanya baik.

"Apa yang mereka impi dan rancang boleh dicapai dengan lancar tanpa sebarang halangan," katanya.

Lebih manis, ramai juga diramal akan jatuh cinta dan berkahwin.

"Dari segi percintaan, bagi mereka yang dilahirkan pada tahun monyet, tikus dan naga, mereka akan mendapati bahawa dari segi percintaan ia adalah sungguh mewah dan manis pada tahun ini.

"Tahun ini juga diramal ramai akan berkahwin dan melahirkan anak," katanya.

Bagaimanapun, bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab pula tidak begitu bernasib baik.

"Bagi kedua zodiak ini, mereka mungkin menghadapi ketidakpastian dari segi kerjaya dan percintaan.

"Jadi bagi mereka yang lahir pada tahun ayam dan arnab dinasihatkan tidak membuat keputusan yang besar terutamanya bulan 3, 7 dan 9."

"Asalkan mereka tidak membuat sebarang keputusan yang drastik atau besar, secara keseluruhannya tahun ini masih ok bagi mereka," katanya lagi.

BACA INI JUGA: Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Sumber: AA