Tuesday, March 22, 2016

Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Ketahui Rahsia Maksud Garisan Tapak Tangan

Sememangnya banyak rahsia yang tersemadi pada garisan tapak tangan kita. Walau bagaimanapun, ini hanyalah ramalan saja dan jangan telalu taksub untuk mempercayainya.

Rahsia+Garisan+Tapak+Tangan

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan anda dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas. Setiap garisan mempunyai maksud tertentu.

Namun, bukan semua garis yang dinyatakan itu terdapat pada tapak tangan anda dan bentuknya juga berbeza-beza. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebagainya.

Jadi, selamat ‘menilik’.. Jangan tersalah tilik, sudah la!

1. Garis Kehidupan

Garis bertanda nombor 1 adalah berkaitan dengan kehidupan anda. Semakin ia panjang dan terang garisan, semakin baik maksudnya.

Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis demikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.

2. Garis Kecerdasan

Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi.

Misalnya, seorang pelajar jika ia jelas, terang dan lurus, menunjukkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.

Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih.

Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah.

3. Garis Hati/Cinta

Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja.

Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta sejati.

Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis Kejayaan

Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang mempunyai dua atau lebih garisan ini.

Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga bidang yang diceburi oleh mereka.

5. Garis Matahari (Sun line)

Bukan semua orang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas. Sekiranya kamu mempunyai garisan ini, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu.

Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6. Garis Kesihatan

Sama seperti garis kehidupan, sebaik-baik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus.

Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.

7. Garis Perkahwinan

Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya.

8. Garis Bilangan Anak

Setiap orang pastinya ingin memiliki cahaya mata sendiri selepas berkahwin. Berapa orang anak yang kamu inginkan?

Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia kononnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti.

Misalnya terdapat empat garisan dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.

9. Garis Perjalanan

Adakah kamu seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing?

Nampaknya kamu mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan nombor 9.

Tidak hairanlah sekiranya kamu juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.

10. Garis Kewangan

Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh.

Bagi kamu yang memiliki garisan nombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan.

11. Garis Pergelangan Tangan

Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalam. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan?

Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira berapa gelang yang kamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri!

Tapi awas! Jangan terlalu percaya. Ajal dan maut di tangan Tuhan!

Rapatkan jari

Bila jari kamu dirapatkan, apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain?

Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian cuba perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis sewaktu kamu rapatkan keduanya.

Cuba dekatkan jari kamu itu dengan mata kamu dan lihat sama ada kamu boleh melihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya.

Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya, bermaksud ia tidak rapat dan renggang.

Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah. Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut!

Sebaliknya, jika tiada ruangan di antara kedua jari itu bila dirapatkan, ini bermakna kamu seorang yang kedekut dan pentingkan diri sendiri!

Baca tapi sila jangan percaya.

BACA INI JUGA: Kecantikan Wanita Dari Pandangan Lelaki

Sumber: 1001rahsiadiri

Monday, March 21, 2016

Ketahui Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Perempuan!

Ketahui Rahsia Perbezaan Otak Lelaki Dan Otak Perempuan!

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.

Beza lelaki dan perempuan

Dibawah ini adalah ujian yang menarik untuk dicuba bersama. Ujian yang mampu membezakan sama ada anda seorang lelaki atau perempuan!

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri.

Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

INGAT, hanya 15 saat masa diberikan!

Mula..

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!

Perbezaan otak lelaki dan wanita
Gambar ini tiada kaitan dengan ujian.

OK?

Berapa banyak?

Tiga? Yang pasti anda memang seorang lelaki!

Baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah. Sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini..

Otak LELAKI tidak mampu memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN!

Cuba uji kawan-kawan anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini.. :)

BACA INI JUGA: Misteri Permainan 'Spirit Of The Coin'

Sumber: 1001rahsiadiri

Wednesday, March 16, 2016

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Ketahui Rahsia Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Personaliti menggambarkan siapa kita dan bagaimana kita dipandang di hadapan semua orang. Personaliti menunjukkan tingkah laku, sifat, watak dan perangai seseorang.

Personaliti Melalui Bentuk Kuku

Tahukah anda bahawa penampilan anda dapat dilihat oleh bentuk kuku anda? Dan sebenarnya ada satu kajian analisis dibuat menunjukkan bentuk kuku sememangnya menggambarkan watak seseorang.

1. Rata dan luas

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [1]

Anda mempunyai fikiran yang jelas. Anda cepat belajar sesuatu yang baru dan mempunyai firasat yang tepat. Anda fikir sebelum bercakap.

Kajian menunjukkan orang-orang dengan jenis kuku seperti ini adalah seorang yang kreatif dan bijak dalam penyelesaian masalah.

2. Segi empat sama

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [2]

Orang yang mempunyai kuku berbentuk ini didapati lebih rajin. Mereka sangat ikhlas dan berdedikasi dalam tanggungjawab mereka.

Mereka ada bakat untuk menjadi pemimpin. Mereka adalah orang yang boleh dipercayai dan mudah dipercayai oleh orang lain untuk menyelesaikan apa-apa tugas.

3. Kecil dan melengkung

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [3]

Orang-orang yang termasuk dalam kategori kuku ini adalah mereka yang mempunyai bakat kreatif.

Orang-orang ini sering menjadi punca keseronokan jadi orang lain mudah tertarik dengan mereka. Mereka berani, kuat dan setia. Mereka boleh jadi keras kepala dalam beberapa situasi.

4. Tidak seimbang dan kecil

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [4]

Orang-orang ini cenderung untuk menjadi bijak dan bertenaga serta berfikiran tegas. Mereka juga suka memerhati dan lebih berfikiran luas dan suka memberi pandangan atau pendapat.

5. Segitiga

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [5]

Jika kuku seseorang itu adalah segi tiga, ia bermaksud mereka adalah seorang yang berani dan kuat semangat.

Mereka boleh dianggap sebagai orang yang suka bekerja dengan 'smart'. Mereka melakukan apa sahaja yang mereka suka.

6. Segi empat tepat dan memanjang

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [6]

Mereka yang mempunyai kuku seperti ini adalah seorang yang periang dan suka berkawan. Mereka mesra dan suka bertemu dengan orang baru dan membuat kawan.

Mereka cerewet tetapi tepat dalam membuat keputusan. Mereka tidak pandang sebelah mata dalam melakukan sesuatu walaupun membuat tugasan itu hanyalah kecil.

7. Panjang dan bujur

Personaliti Melalui Bentuk Kuku [7]

Kuku panjang dan bujur menunjukkan seorang yang kreatif dan hebat dalam seni. Mereka mempunyai kuasa imaginasi yang tinggi.

Kuku anda yang mana satu?

BACA INI JUGA: Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Sumber: Laicikang

Sunday, March 22, 2015

Ketahui Rahsia Tahi Lalat Anda

Ketahui Rahsia Tahi Lalat Anda

Semua orang ada tahi lalat. Cuma, tak tahu pula kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat.

Rahsia-Tahi-Lalat

Tapi, tahukah anda maksud tahi lalat ditubuh kita? Jika tahi lalat berada di hidung, apakah maksudnya? Kalau tahi lalat ada di lengan pula, bagaimana?

Mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat yang ada.

Tanda, Erti dan Firasat Tahi Lalat

  1. Bibir atas kanan: Banyak rezeki, pandai
  2. Bibir atas kiri: Ramai kawan, baik hati
  3. Bibir bawah kanan: Disegani orang, ramai yang suka
  4. Bibir bawah kiri: Pandai bicara, tak mudah kalah
  5. Leher kanan: Cerdas, jujur, berani menderita
  6. Leher kiri: Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
  7. Leher di tengah: Tercapai cita-cita
  8. Biji mata kanan: Suka serong dan pembohong
  9. Biji mata kiri: Pembohong tetapi baik hati
  10. Hujung mata kanan: Baik hati, sopan santun, cerdas
  11. Hujung mata kiri: Baik budi, murah rezeki
  12. Punggung kanan: Agak mengalami kesulitan
  13. Punggung kiri: Malas dan suka duduk
  14. Betis kanan: Suka berhibur, boros
  15. Betis kiri: Rajin, tidak suka menganggur
  16. Lutut kanan: Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
  17. Lutut kiri: Kurang kuat berusaha
  18. Kepala sebelah kanan: Terkabul cita-cita
  19. Kepala sebelah kiri: Sering menemui kesusahan
  20. Kepala sebelah belakang: Jujur, sabar dan tekun
  21. Kening kanan: Cerdas dan cekap
  22. Kening kiri: Cerdas dan sopan santun
  23. Tengah kening: Keras hati dan berani segala hal
  24. Hujung mulut kanan: Kecil rezeki, tak mudah kalah
  25. Hujung mulut kiri: Suka berpoya-poya
  26. Ketiak kanan: Dapat menyimpan rahsia
  27. Ketiak kiri: Jujur, banyak yang cinta
  28. Pergelangan kaki kanan: Suka keluar rumah
  29. Pergelangan kaki kiri: Kehendak kuat
  30. Batang hidung: Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
  31. Pada hidung: Banyak rezeki
  32. Dagu bawah kanan: Jujur dan baik hati
  33. Dagu bawah kiri: Bijaksana, dan berbudi luhur
  34. Kemaluan kanan atau kiri: Baik, suka senggama
  35. Di kepala kemaluan (lelaki): Bakal beristeri dua
  36. Tumit kanan: Jujur dan banyak kawan
  37. Tumit kiri: Baik budi
  38. Alis kanan: Suka menolong dan baik hati
  39. Alis kiri: Ramai yang suka
  40. Pangkal peha kanan: Kemahuan kuat
  41. Pangkal peha kiri: Suka kerja apa pun
  42. Telapak kaki kanan: Tak mudah mengeluh
  43. Jari kaki kanan: Suka menolong
  44. Jari kaki kiri: Berbudi, suka berbuat baik
  45. Bahu kanan: Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
  46. Bahu kiri: Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
  47. Buah dada kanan: Baik hati, pendiam, simpan rahsia
  48. Buah dada kiri: Ramai kawan, setia pada pasangan
  49. Lengan kanan: Setia dan taat pada atasan
  50. Lengan kiri: Menepati janji dan rajin
  51. Pipi kanan: Ramai teman
  52. Tengah-tengah pipi kanan: Ramai yang suka
  53. Tengah-tengah pipi kiri: Ramai teman
  54. Ubun-ubun: Kurang jujur
  55. Pusat: Cerdas, tangkas, tekun
  56. Pusat bahagian kanan: Sejahtera dalam hidup
  57. Pusat bahagian kiri: Beroleh kemuliaan
  58. Pinggang kanan: Sayang pada pasangan hidup
  59. Pinggang kiri: Disayang pasangan hidup
  60. Dada kanan: Dapat mengatasi masalah
  61. Dada kiri: Berani, jujur dan sabar
  62. Telapak kaki kanan: Tidak mudah mengeluh
  63. Telapak kaki kiri: Baik budi pekertinya
  64. Siku tangan kanan: Kuat ingin memiliki kejayaan
  65. Siku tangan kiri: Baik hati, suka menolong
  66. Jari tangan kanan: Serba beroleh keuntungan
  67. Jari tangan kiri: Serba baik bekerja
  68. Jari telapak tangan kanan: Banyak rezeki tetapi boros
  69. Jari telapak tangan kiri: Banyak rezeki dan cermat
  70. Pergelangan tangan kanan: Boros, suka bersukaria
  71. Pergelangan tangan kiri: Dapat berpangkat
  72. Perut bawah kanan: Banyak rezeki, suka memberi maaf
  73. Perut bawah kiri: Baik hati, tenang hidupnya
  74. Sudut mata kanan dalam: Disayang suami atau isteri
  75. Sudut mata kiri dalam: Tidak mudah dilupakan pasangan
  76. Sudut mata kanan luar: Baik budi, ramai yang cinta
  77. Pelipis kiri: Murah rezeki, dapat jadi kaya
  78. Pelipis kanan: Serba berhasil dalam usaha
  79. Kelopak mata kanan atas: Baik hati, ramah, berjaya
  80. Kelopak mata kiri atas: Baik budi, ramai yang suka
  81. Kelopak mata kanan bawah: Agak malas
  82. Kelopak mata kiri bawah: Agak bodoh, kurang bijaksana

Jangan baca serius sangat, sekadar hiburan semata-mata..:)

BACA INI JUGA: Cara Tidur Seseorang Dan Maksud Di Sebaliknya

Sumber: Tentanglelaki.com

Tuesday, March 12, 2013

Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda

Ketahui Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda

Sudah lama kami tidak berkongsikan dengan anda artikel mengenai Personaliti Cinta. Jadi kali ini, kami ingin berkongsikan mengenai satu topik yang menarik di mana anda akan mengetahui rahsia tarikh kelahiran anda.

Rahsia Nombor Tarikh Lahir

Peringatan: Artikel ini adalah untuk hiburan semata-mata. Jika ada sifat yang dinyatakan di sini sama dengan sifat anda, itu hanyalah kebetulan.

Secara asasnya, ianya adalah pengiraan nombor berdasarkan tarikh lahir anda. Daripada nombor itu, anda akan dapat mengenali potensi diri dan tahu apa kekuatan anda dan ianya adalah hasil kajian oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.

Cara Pengiraan Rahsia Tarikh Lahir

Sebagai contoh, kami ambil tarikh bayi yang lahir pada 21 Mac 2012, dalam pengiraan rahsia tarikh lahir seperti di bawah.

Contoh:
21 Mac 2012
12 + 3 +2012 = 2027
2 + 0 + 2 + 7 = 11
1 + 1 = 2

Nombor yang terhasil adalah, 2. Apakah maksud nombor ini?

Maksud Nombor Tarikh Lahir

Rujuk perenggan di bawah bagi mengetahui maksud nombor kelahiran tersebut:

Nombor Tarikh Lahir: 1

Kekuatan: Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.

Kelemahan: Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
  • Berfikirlah secara terbuka.
  • Berdiplomasi apabila diperlukan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1: Arsene Wenger, Acha Septriasa, Luna Maya, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 2

Kekuatan: Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.

Kelemahan: Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Percayalah kebolehan diri sendiri.
  • Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
  • Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2: Dr Fadzli Yaacob, Thaksin Shinawarta, Bill Clinton, Madonna

Nombor Tarikh Lahir: 3

Kekuatan: Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english – “all-rounder”. Idealistik, aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng’ekspresi’ pandangan terhadap sesuatu perkara.

Kelemahan: Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadangkala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang ‘laser’. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.

Perkara yang perlu dipelajari:
  • Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
  • Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
  • Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3: Anwar Ibrahim, Wayne Rooney, Christiano Ronaldo, Robinho, Alan Alda, Bill Cosby

Nombor Tarikh Lahir: 4

Kekuatan: Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.

Kelemahan: Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara. Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
  • Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
  • Berterus teranglah dalam sesuatu perkara

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4: Bill Gates, Alex Ferguson, Margaret Thatcher, Arnold Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

Nombor Tarikh Lahir: 5

Kekuatan: Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa fokus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistik, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.

Kelemahan: Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.

Apa yang perlu dipelajari:
  • Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
  • Melihat sesuatu dengan teliti

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5: Abdullah Ahmad Badawi, Erra Fazira, Aishwarya Rai, Bambang Susilo, Soekarno, Ronaldo, Abraham Lincoln, Britney Spears

Nombor Tarikh Lahir: 6

Kekuatan: Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor 6 mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor 6 akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.

Kelemahan: Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
  • Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
  • Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6: Luis Felipe Scolari, Rafa Benitez, Warren Buffett, Albert Einstein, Jane Seymour, John Denver

Nombor Tarikh Lahir: 7

Kekuatan: Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejar kemahsyuran dan tuah.

Kelemahan: Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka “berahsia” yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.

Perkara yang harus dipelajari:
  • Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
  • Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7: Dr. Irfan Khairi, Mawi, Saddam Hussein, Cesc Fabregas, Frank Lampard, John F. Kennedy, Micheal Jackson

Nombor Tarikh Lahir: 8

Kekuatan: Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.

Kelemahan: Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
  • Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8: Steven Gerrard, Osama bin Laden, Cindy Crawford, Barbara Streisand, Jane Fonda

Nombor Tarikh Lahir: 9

Kekuatan: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai “penghibur”, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran

Kelemahan: Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.

Perkara yang harus diperbaiki:
  • Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
  • Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
  • Kurangkan sifat emosional

Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9: Megawati Sukarno, Suharto, Gisele Bundchen, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Jimmy Carter, Elvis Presley

Hasil Pengiraan dan Potensi Diri

Daripada penerangan di atas, bayi yang lahir pada hari ini, 21 Mac 2012, mempunyai Nombor Tarikh Lahir, 2. Mereka adalah dari golongan yang mahir dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Mereka dilahirkan sebagai seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan.

Malangnya kelemahan mereka adalah mereka mendengar nasihat, tetapi tidak dikuti. Mereka juga mempunyai keyakinan diri yang rendah. Walau bagaimanapun yang bagusnya ialah kelemahan seperti ini boleh diperbaiki dengan mempelajari cara untuk meningkatkan keyakinan diri kerana orang-orang hebat seperti Adi Putra, Bill Clinton dan Madonna adalah orang dari golongan nombor 2.

Bagaimana pula dengan anda? Dari pengiraan Rahsia Nombor Tarikh Lahir Anda di atas, anda berada dalam golongan selebriti terkenal yang mana satu? Kongsikan bersama kami dalam ruangan komen di bawah.

BACA INI JUGA:

sumber: tentangcinta

Monday, February 25, 2013

Kenali Personaliti Seorang Lelaki Melalui Warna

Kenali Personaliti Seorang Lelaki Melalui Warna

Warna kegemaran biasanya berbeza untuk setiap gender sama ada lelaki atau pun wanita. Kalau biasanya wanita dikaitkan dengan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu, lelaki pula dikatakan mempunyai perwatakan yang berbeza dan ianya mempengaruhi bagaimana seseorang lelaki itu menggemari warna.

Rahsia Warna Yang Menjadi Lambang Seorang Lelaki

Berikut adalah tafsiran rahsia warna kegemaran kaum Adam di dunia ini. Ketepatan tafsiran ini adalah mungkin ada, namun jangan dianggap ianya sesuatu yang hakiki.

Putih
  • Melambangkan kesucian dan kesegaran.
  • Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis.
  • Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

Merah
  • Melambangkan tenaga fizikal.
  • Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya.
  • Aspek negatifnya, ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan.
  • Merah juga berkait denagn tenaga seksual, juga kemarahan.

Jingga
  • Ia adalah campuran merah dan putih.
  • Ia melambangkan sifat kewanitaan.
  • Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.

Oren
  • Warna ini adalah campuran merah dan kuning.
  • Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning.
  • Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

Kuning
  • Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.
  • Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa.
  • Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

Hijau
  • Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam.
  • Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda; benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain.
  • Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri.
  • Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran.
  • Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

Ungu
  • Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi.
  • Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.

Hitam.
  • Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan.
  • Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.

Coklat
  • Ia tanda banyak wang.
  • Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan.
  • Jika mahu banyak wang, ada yang menyarankan agar memakai warna coklat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Monday, November 19, 2012

Angka Nombor 3 Yang Mempengaruhi Hidup Manusia

Angka Nombor 3 Yang Mempengaruhi Hidup Manusia

Apabila dikaji daripada kesihatan, badan manusia sememangnya diberikan ketahanan semulajadi yang membolehkannya meneutralkan ancaman yang datang dari persekitaran. Namun begitu, gaya hidup manusia mengganggu keseimbangan yang Allah berikan.

Nombor 3

Mengenal nombor diri juga adalah salah satu ilmu yang dapat menghurai akan rahsia kejadian ciptaan Ilahi yang sempurna.

Tahukah anda bahawa hidup manusia banyak dipengaruhi oleh angka nombor 3?

Ada 3 perkara dalam hidup yg tidak boleh kembali

1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ada 3 perkara yang dapat menghancurkan hidup seseorang

1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ada 3 perkara yang tidak akan hilang

1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran

Ada 3 perkara yang paling berharga

1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan

Ada 3 perkara dalam hidup yang tidak pernah pasti

1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ada 3 perkara yang membentuk watak seseorang

1.Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras

Ada 3 perkara yang membuat kita berjaya

1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus

Ada 3 perkara yang tidak pernah kita tahu

1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 perkara dalam hidup yang PASTI

1. Tua
2. Sakit
3. Mati

-Sentiasapanas.com