Saturday, October 27, 2012

Remaja 17 Tahun Dilarikan Kekasih Warga Indon

Remaja 17 Tahun Dilarikan Kekasih Warga Indon

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) awal November ini, gagal dikesan sejak Sabtu lalu, dipercayai dilarikan seorang lelaki warga Indonesia.

Gambar hiasan

Norshahirah Zaman Huri, 17, disahkan hilang oleh keluarganya apabila dia tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Jawa, di sini, selepas keluar ke pekan Teluk Intan untuk berjumpa kawan.

Bapa mangsa, Zaman Huri Tan, 51, mendakwa anak gadisnya itu dilarikan seorang lelaki warga Indonesia dikenali sebagai ‘Patah’ berusia lingkungan 20-an. Dia yang ditemui semalam berkata, kehilangan anak kelima daripada sembilan beradik itu sangat dirasai terutama ketika menyambut Aidiladha semalam.

“Saya dan isteri tidak membuat sebarang persiapan kerana masih dalam kesedihan dan bimbangkan keadaannya.

“Fikiran saya bercelaru malah, usaha kami sekeluarga untuk menjejakinya juga gagal menemui sebarang petunjuk. Saya bimbang dia dibawa lari ke Lombok seperti mana yang dilaporkan media sejak kebelakangan ini,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka kejadian itu boleh berlaku kerana sebelum ini Norshahirah tidak pernah berenggang dengannya sekeluarga.

-Hmetro
Isteri Peneroka Dilarikan ke Lombok!

Isteri Peneroka Dilarikan ke Lombok!

“Tolong selamatkan aku long, guna talian antarabangsa, ini pun curi-curi,” itulah kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS), Nik Rosmalina Nik Mat, 28, yang hilang sejak 15 Oktober lalu bersama anak perempuannya berusia tiga tahun dan kini didakwa berada di Pulau Lombok, Indonesia.

Gambar hiasan

Sebelum ini Harian Metro melaporkan isteri peneroka Felda Lui Selatan 1 itu hilang dipercayai angkara seorang lelaki yang menyimpan gambar mengaibkan wanita berkenaan dan mengugut menyebarkannya jika dia enggan mengikut arahannya.

Kelmarin, suaminya, Salleh Hussin, 54, membuat laporan di Balai Polis Sungai Lui selepas kakak Nik Rosmalina di Kelantan menerima beberapa pesanan SMS meminta tolong membantunya kerana mendakwa ‘dilarikan tanpa sedar’ di Kampung Batunyala, Lombok Tengah, Indonesia.

“Sebaik diberitahu mengenai SMS itu oleh kakak isteri di Kelantan, saya segera membuat laporan polis pada hari sama sebab terlalu bimbangkan keselamatan isteri serta anak kesayangan, Nur Alia Nadia.

“Isteri turut memberikan alamat kedudukannya iaitu Kampung Batunyala, Praya, Lombok Tengah, Indonesia. Manakala, lelaki yang didakwa membawa mereka ke sana bernama Edy Gunawan dan ibu lelaki itu pula Sakmah Sinom.

-Hmetro