Sunday, January 19, 2014

Nora Danish Enggan Komen Isu Ilmu Sihir

Nora Danish Enggan Komen Isu Ilmu Sihir

Baru-baru ini, tersebar berita mengenai ibu kepada aktres Fasha Sandha, Hatijah Teh Man mengeluarkan status agak keras menerusi akaun Facebook miliknya setelah ada pihak yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan penggunaan ilmu sihir.

Nora Danish

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada peminat Nora Danish kerana mereka menghentam Fasha dan mengaitkan Fasha dengan ilmu sihir.

Hatijah menerusi status itu juga mendakwa Nora sendiri pernah bercakap mengenai ilmu sihir dan percakapan itu seakan-akan menuduh keluarga mereka terlibat dengan perbuatan syirik itu.

“Saya enggan besarkan cerita. Saya sayang anak saya lebih daripada segala-galanya. Dia (Hatijah) merupakan nenek kepada adik Rayqal, jadi dia punya perkaitan dengan anak saya.

"Jadi, saya tak mahu komen sebab anak saya penting daripada perasaan saya sendiri,” jelas Nora apabila diminta mengulas tentang perkara ini.

Jelas heroin ‘Aku Terima Nikahnya’ ini lagi dia berasa terkejut apabila mengetahui berita ini. Mengakui yang dia tidak mengikut perkembangan Hatijah di laman sosial, Nora mendapat tahu tentang isu ini apabila ada rakan yang memaklumkan kepadanya.

(Baca: Top 10 Pelakon Lelaki Bollywood Paling Kaya)

Mengulas mengenai kemungkinan segelintir orang akan memberikan tohmahan kepadanya apabila isu begini timbul, Nora hanya mengambil pendekatan mudah.

“Saya hanya boleh diamkan diri, hanya untuk anak saya walaupun saya ditohmah. Bagi saya, orang sekarang sudah bijak dan pandai menilai yang mana baik, yang mana buruk,” ujar Nora.

Ketika ditanya mengenai tindakannya memuat naik foto berkenaan doa untuk dijauhkan daripada ilmu sihir di akaun Instagramnya, Nora ada penjelasan tersendiri mengenai perkara ini.

“Orang mungkin salah faham. Umum tahu, sebelum ini ada banyak berita mengenai gangguan ilmu sihir di kalangan selebriti, jadi apa salahnya dengan doa sebegitu. Saya mempunyai kelompok ‘haters’, begitu juga dengan Fasha.

"Apabila saya memuat naik gambar tersebut, ‘haters’ mula menjalankan tugas mereka. Jadi timbul salah faham di situ.

"Apapun, hubungan saya dan Fasha masih dalam keadaan baik.

"Tempoh hari, Fasha ada menghadirkan diri ke majlis doa selamat sempena hari lahir Rayqal,” ujar Nora mengakhiri perbualan.

Sumber: GUA

Thursday, December 12, 2013

Gambar Nora Danish Berbikini Di Thailand!

Gambar Nora Danish Berbikini Di Thailand!

Hujung tahun sememangnya masa terbaik untuk bercuti bersama orang tersayang dan rakan-rakan rapat.

Dimorian Crew

Setelah terbang ke Eropah baru-baru ini, sekali lagi Nora Danish, Nadeem dan rakan-rakan mereka yang diberi nama “Dimorian Crew” melancong ke Thailand pula.

Paling cool dan stylo apabila kesemua yang terlibat di dalam trip ini memakai baju T-shirt yang dicetak dengan wajah Nadeem.

Dimorian Crew
Dimorian Crew
Dimorian Crew

Memang sempoi habis. Nampak gaya perancangan untuk percutian ini telah dilakukan lama. Pasti seronok dapat berehat bersama rakan-rakan yang sekepala.

Di bawah adalah gambar terkini percutian hangat geng Dimorian Crew di Thailand.

Dimorian Crew

Apa yang menarik dan hangat ialah aksi berbikini ahli-ahli wanitanya ketika mandi manda di lautan.

Dimorian Crew
Dimorian Crew

Dan Nora Danish? Entah, tak perasan pula, tapi sempat juga beliau twitkan sesuatu:

Dimorian Crew

"Pada siapa yang mengfitnah dan mengeji di laman sosial, get rest now, or go on holiday," ujar Nora Danish yang ikut serta dalam percutian itu bersama teman tapi mesranya Nedim Nazri.

Sumber: Pilihan-anda.blogspot.com

Wednesday, November 13, 2013

Video Gwiyomi Nora Danish Dipuji Bintang Korea!

Video Gwiyomi Nora Danish Dipuji Bintang Korea!

Pada awalnya tindakan untuk membuat gaya Gwiyomi hanya sekadar suka-suka. Tetapi dalam pada dia meraih tontonan mencecah lebih satu juta di Youtube, siapa sangka aksinya itu turut ditonton oleh penyanyi asal lagu tersebut iaitu bintang dari Korea, Hari.

Gwiyomi Nora Danish

Ketika kunjungannya ke tanah air baru-baru ini, Hari menyifatkan video parodi Gwiyomi Nora adalah yang terbaik pernah ditontonnya. Malah Hari menyatakan hasrat mahu berkolaborasi dengan pelakon comel ini.

“Saya rasa sungguh terharu. Tak sangka dalam banyak-banyak parodi, dia tengok video saya. Saya terkejut bila dapat tahu dia sukakan video tu.

Saya buat video tu pun mulanya hanya sekadar suka-suka”, kata Nora Danis tatkala diminta mengulas mengenai kenyataan Hari itu.

(Baca: Video Aksi Gwiyomi Super Cute Nora Danish)

Tambah Nora yang ditemui pada sidang media Anugerah Skrin 2013, dia sememangnya berbesar hati sekiranya dapat berjumpa dengan penyanyi berusia 23 tahun itu.

Namun pertemuan mereka tidak dapat dibuat kerana masing-masing sibuk dengan kerja.

“Sepatutnya memang saya nak jumpa dia. Tapi saya dapat tahu saat-saat akhir dan masa tu pula saya sangat sibuk. Jadi tak dapat lah kami berjumpa”, katanya.

Sementara itu, Nora yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2013 meluahkan rasa syukurnya atas percalonan tersebut. Nora tercalon menerusi filem Mencari Cinta.

“Dalam pada timbul cerita-cerita gosip saya, sekurang-kurangnya ada pihak yang melihat bakat saya. Bagi saya percalonan ini untuk keluarga saya yang banyak menyokong saya walau dalam apa pun keadaan”, katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun.

Sumber: Malaysian Digest

Wednesday, August 14, 2013

Gambar Hot Nora Dan Nadeem Di Bali

Gambar Hot Nora Dan Nadeem Di Bali

Nampaknya masih menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan anak VIP, Nadeem Nazri, namun Nora Danish dilihat semakin terbuka mempamerkan gambar-gambar romantik dan mesranya di laman Instagram bersama jejaka tersebut.


Nora dan Nadeem bersama-sama ibu, kakak dan anaknya baru-baru ini berlepas ke Bali untuk bercuti melihat keindahan kawasan pelancongan terkenal di Indonesia itu.

Kalau benar pun Nora bersama Nadeem, rasanya tak salah kerana kedua-duanya pun sudah ‘bujang’ kembali dan tidak terikat dengan sesiapa.

Malah kebanyakan peminat Nora di laman Instagramnya melahirkan perasaan gembira dan teruja mereka sekiranya benar aktres kesayangan mereka itu kini sedang dilamun cinta dengan Nadeem.


Apa-apa pun kita doakan sahaja yang terbaik buat Nora dan Nadeem. Jika ada jodoh tak kemana.

Tak gitu?

-Mynewshub